Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, July 6, 2009

PKR PADANG SERAI AKAN HANCUR.....


Saya ada menerima e-mail dari seorang teman. Amat tertarik isi kandungnya untuk kita kongsi bersama. Sungguhka.....?

Gara-gara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah, merangkap Ketua PKR Cabang Langkawi yang dilihat terlalu menonjolkan diri akhir-akhir ini semakin menimbulkan tanda tanya (?).

Kenapa Haji Wan Salleh Wan Isa terlalu beriya-iya memfokuskan PKR Cabang Padang Serai yang dilabelkan cabang PKR yang bermasalah?

Hampir 4000 lebih ahli PKR Cabang Padang Serai menjadi sangsi dengan keghairahan Pak Wan Salleh yang beriya-iya untuk menjadi hero di Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas.

Bagi pihak kami, dan ahli-ahli PKR Cabang Padang Serai menganggap Pak Wan Salleh perlu melupakan hasrat beliau yang kononnya untuk memperbetulkan PKR Cabang Padang Serai.

Siapa Pak Wan Salleh? Sungguhkah Pak Wan Salleh sebelum ini bekas Bendahari UMNO Bahagian Jerlun?

Nasihat kami jangan datang ke bumi Padang Serai semata-mata untuk menjadi Khalid Ibnu Walid, panglima perang Islam terkenal. Minta-minta Pak Wan Salleh tengoklah kiri dan kanan, sebut sahaja cabang-cabang PKR yang lain di negeri Kedah, hampir kesemuanya diketahui sangat bermasalah.

Antaranya termasuklah PKR Cabang Baling, Sik, Pendang, Padang Terap, Jerlun, Pokok Sena, Kulim dan Jerai yang didapati sering menghadapi pergolakan dalam parti.

Mesej yang dihantar Pak Wan Salleh ke Padang Serai sangatlah jelas. Kedatangan Pak wan Salleh sebenarnya sarat membawa mesej iaitu Strategi Kempen “Ada Udang Di sebalik Batu.”

Ahli-ahli PKR Cabang Padang Serai sendiri tidak boleh menerima hakikat bahawa PKR Cabang Langkawi yang diterajui oleh Calon Ahli Parlimen Langkawi, Pak Wan Salleh yang telah kalah dalam pilihanraya PRU12.

Anehnya, Pak Wan Salleh pula bercita-cita untuk memperbetulkan Cabang PKR Padang Serai sedangkan dalam pilihanraya lalu PRU12 dimenangi oleh calon PKR.

Sepatutnya Pak Wan Salleh bekerja keras membantu Parlimen Langkawi hingga menang, barulah dianggap betul jika Pak Wan Salleh ingin membantu cabang-cabang PKR di tempat lain yang kalah dalam pilihan raya. Tak gitu kah?

Pak Wan Salleh tak perlu bimbang dengan Ahli Parlimen Padang Serai, YB N. Gobalakrishnan. Kami tahu dia cuma ambil kesempatan dan mengintai-intai peluangnya di tempat kami. Isu YB Gobala tidak timbul sebab kami kenali dengan lebih dekat wakil-wakil rakyat yang kami pilih dan menang dalam pilihan raya lepas.
Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. Macam haram ja PKR neh...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Sdr. Ketua dan AJK dan ahli-ahli PKR Cabang Padang Serai,kerana berani berkata benda yang benar. Hangpa semua telah membuktikan kemampuan – Calon Parlimen dan Calon DUN Lunas dengan kerja keras hangpa semua telah berjaya hangpa menangkan dan dengan majority yang di luar jangkaan. Tak sapapun boleh nafikan hakikat ini. Orang luar tak tau yang hangpa terpaksa lalui berbagai onak dan duri sebelum akhirnya hangpa berjaya tabalkan kedua Wakil Rakyat tersebut.

    Tut-tut, semua kerja dan pengorbanan hangpa nak dipertikaikan. Dan yang lebih “menggelikan hati” orang yang kalah dalam Parlimen dan DUN PRU 12 di Langkawi mai nak tunjuk bahawa Cabang hangpa lemah………cabang dia tak menang apa pun, awat kuat sangat ka.

    Mengambil semangat perjuangan Ketua Umum PKR: LAWAN TETAP LAWAN. Membujur lalu melintang patah.
    Teruskan perjuangan mu.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.