Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, July 15, 2009

Kemenangan Moral buat Umno/BN.

Proses pengiraan semula undi sedang berlangsung di Manek Urai apabila kemenangan tipis berpihak kepada Tuan Aziz dari BN/Umno.

Walau apa pun keputusan di Manek Urai, kemenangan moral telah diperolehi oleh kepimpinan BN/Umno apabila menyaksikan peningkatan majoriti yang menyokong Kerajaan BN berbanding pada pilihanraya yang lalu.

Untuk rekod, pada pilihanraya yang lalu, Allahyarham Ismail bin Yaakob dari PAS memenangi kerusi Manek Urai dengan undi sebanyak 5,746 manakala Mohd Zulkepli bin Omar dari Umno/BN mendapat 4,394 undi. Majoriti pada yang diperolehi oleh PAS ialah sebanyak 1,352 undi.

Nyata telahan dari para pemimpin serta penyokong PAS bahawa mereka akan memenangi kerusi di Manek Urai ini dengan mudah dan akan memperolehi majoriti yang lebih besar meleset sepenuhnya.

Sebaliknya Tuan Aziz yang mewakili BN/Umno mencipta kejutan dan kunjungan TPM membantu didalam proses berkempen disini banyak "membuka mata" penduduk tempatan Manek Urai tentang kewibawaan kerajaan untuk berkhidmat untuk rakyat.

Biarpun sama ada kalah atau menang pihak BN/Umno di kerusi Manek Urai, nyata terserlah sokongan kepada kerajaan telah kembali kuat daripada rakyat yang semakin "muak dan jelak" dengan corak retorik politik pembangkang.

Tahniah buat semua pihak kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk memenangi hati rakyat di Manek Urai.
Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. PAS nak buat 'post mortem'.

    Biasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.

    Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.

    Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.

    Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.

    PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.