Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, March 4, 2011

Penjawat Awam Bankrap Dan Dibelenggu Hutang.......?


Datuk Liew Vui Keong,  mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepadakebankrapan.Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar mengenai artikel ini.




PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

“Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib,” katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Justeru, Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.

Beliau berkata, ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah mula dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai Bantuan Guaman untuk penjawat awam.

Ahli-ahli CUEPACS yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun boleh mendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.

“Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum,” katanya. – BERNAMA


Rasanya, kes ini dah lama berlaku.Itu belum lagi dikira penjawat awam yang berhutang dengan along, ceti dan sebagainya.Yang penting sebenarnya, kita perlu mendalami mengapa mereka berhutang? Tipulah kalau tak ada orang yang tak pernah hutang .Nak beli rumah pun hutang, beli kereta pun hutang.Kalau penjawat awam tu memang jutawan tu boleh la beli tunai.

Tapi dalam kes ni, kebanyakan mereka berhutang melebihi 60% pendapatan. Nak salahkan siapa dalam hal ini? Masing-masing yang bekerja penjawat awam, mungkin ada alasan masing-masing. Ada yang memang benar-benar susah, seperti anak ramai, duduk di kawasan bandar tapi gaji kecik dan sebagainya.

Tapi ada juga jenis penjawat awam yang berhutang semata-mata join MLM, ataupun beli kereta mahal-mahal, beli rumah besar,beli barang rumah hutang semata-mata nak nampak gah bila jiran-jiran atau rakan sekerja bertandang ke rumah. Ni silap sebab tak ukur baju di badan sendiri.

Namun, kami pasti ramai penjawat awam di sini yang dapat memberikan pandangan? Adakah kerana gaji yang diberikan tidak cukup, atau kerana sebab “biar papa, asal bergaya”?

Dipetik dari :  Berita Semasa.

Print Friendly and PDF

Penemuan Salahurus Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB).......?

Aku petik lagi artikal yang ditulis dalam blog DKS (tabik DKS) "Penemuan Salahurus Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB)" (klik sini). Kalau betullah seperti apa yang ditulis, aku sendiri hairan kenapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab samada dari Kerajaan PAS Kedah dan Kerajaan BN Pusat.......? Aku sebagai rakyat dan akan jati Kedah rasa amat terhina. Rakyat seolah-olah diperbodohkan....... MEMANG DIPERBODOHKANLAH......

Aku harap kita dapat menilakannya sendiri apa yang diperkatakan oleh DKS di bawah......:

---------------------------------------------------------------

Tengah aku dok menyelongkap sampah2 yg ada (maklum la tak sabaq dgn pejabat baru, depa ni pakai lempaq merata segala dokumen) terkezutttt aku terjumpa sepucuk surat pendedahan salahurus KTMSB. Surat drp KTPC ditujukan kat YB Tuan HAJI Ir Amiruddin Hamzah. Mai kita pakat2 baca... (Maaf kerana terlalu buruk dan berkeronyok aku scan tak clear, jadi aku taip jugak habuan santapan pembaca)...

---------------------------------------------------------------

Y.B. Tuan Haji Ir. Amiruddin Hamzah,
Pengerusi,
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd

PENEMUAN-PENEMUAN SALAHURUS KULIM TECHNOLOGY MANAGEMENT SDN BHD (KTMSB)

Merujuk kepada surat pengerusi KTMSB ref: KTMSB/Chairman/01/08 bertarikh 18 March 2008, saya ingin memaklumkan kebimbangan saya bahawa salahurus oleh Tuan Haji Annuar Mohd Saffar tersebut merupakan satu tindakan yang menyalahi undang-undang.

Saya percaya apa yang dinyatakan oleh pengerusi KTMSB dalam surat tersebut merupakan sebahagian kecil sahaja daripada salahurus tersebut setelah melihat penyata Akaun KTMSB bagi tahun 2007.

Transaksi mencurigakan tersebut bukan sahaja berlaku pada bulan Julai 2007 melibatkan 9 keping cek bernilai RM448,118.43 sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi KTMSB melalui surat beliau, malah ia telah berlaku beberapa lama sebelum itu.

Pada bulan Mei dan Jun 2007 juga terdapat pola pembayaran yang sama, iaitu membahagikan jumlah nilai cek agar tidak melebihi RM50,000.00 dan keseluruhannya melibatkan 26 keping cek dengan jumlah keseluruhannya bernilai hampir RM1.3 juta. Cek-cek yang dikeluarkan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Pola tersebut berulang selama tiga bulan yang menunjukkan ianya dilakukan dengan penuh pengetahuan dan sedar, dan bertujuan mengelakkan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah lain tentang pembayaran tersebut memandangkan pengeluaran cek melebihi RM50,000.00 memerlukan tandatandangan seorang lagi Pengarah selain beliau. Oleh kerana itu, cek-cek telah dibahagikan jumlahnya bagi membolehkan beliau menandatangani cek-cek tersebut dengan Pengurus Jabatan Akaun KTMSB yang merupakan kakitangan yang hanya mengikut arahannya.

Rekod juga menunjukkan Teknologam merupakan pelanggan KTMSB, Syarikat TeknoLogam Sdn Bhd pernah dianugerahkan beberapa projek antaranya tender bernilai RM4,431,384.00 pada tahun 2002 yang mana Tn Hj. Annuar merupakan orang yang bertanggungjawab membuat penilaian tender dan cadangan penganugerah tender.

Disertakan bersama-sama ini maklumat berkaitan Tn Hj Annuar dan Teknologam seperti di Lampiran B untuk makluman YB.

Saya mencadangkan agar satu Audit Bebas keatas perkara tersebut diadakan bagi menjamin integriti pengurusan KTMSB.

Sekian, Terima kasih,

Yang benar,
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD

---------------------------------------------------------------

Lampiran A

Nombor Cek
Tarikh
Jumlah (RM)
163102
3 Julai 2007
RM50,000.00
163110
3 Julai 2007
RM48,118.43
163109
3 Julai 2007
RM50,000.00
163103
3 Julai 2007
RM50,000.00
163102
3 Julai 2007
RM50,000.00
163104
3 Julai 2007
RM50,000.00
163105
3 Julai 2007
RM50,000.00
163108
3 Julai 2007
RM50,000.00
163106
3 Julai 2007
RM50,000.00
149931
6 Jun 2007
RM50,000.00
149930
6 Jun 2007
RM50,000.00
149929
6 Jun 2007
RM50,000.00
158628
6 Jun 2007
RM50,000.00
158629
6 Jun 2007
RM50,000.00
158636
6 Jun 2007
RM50,000.00
158638
6 Jun 2007
RM50,000.00
158635
6 Jun 2007
RM50,000.00
158634
6 Jun 2007
RM50,000.00
158637
6 Jun 2007
RM50,000.00
158633
6 Jun 2007
RM50,000.00
158632
6 Jun 2007
RM50,000.00
149898
11 Mei 2007
RM50,000.00
149923
11 Mei 2007
RM50,000.00
149924
11 Mei 2007
RM50,000.00
149922
11 Mei 2007
RM50,000.00
149925
11 Mei 2007
RM50,000.00
Jumlah Pembayaran
RM1,298,118.43

Transaksi dipetik dari Penyata Akaun Kulim Technology Management Sdn Bhd di Maybank Cawangan Kulim Hi-Tech Park. No Akaun: 502 111 000 881

---------------------------------------------------------------

Lampiran B

MAKLUMAT TEKNOLOGAM SDN BHD & HUBUNG KAIT DENGAN KTPC DAN KTMSB (RELATED TRANSACTION)

1.       Teknologam telah mendapat satu tender dan dua sebutharga seperti berikut dari KTPC (tender dari Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn):

2002
No Tender :KTPC/TC/2002/MP/10 – ’Advanced Metal Processing Machine’
Jenama: CO2 Laser Cutting Machine (Amada FO-3015)
Jumlah Kontrak : RM4,431,384.00

2003
No Sebutharga: KTPC/TC/2003/AEC/21 (Q) – ‘Profile Projector’
Jumlah Kontrak : RM93,680.00

2004
No Sebutharga: KTPC/TC/2004/SMPC/36 (Q) – ‘Stud Welding Machine’
Jumlah Kontrak : RM71,412.00

(Semua ini adalah semasa Tn Hj. Annuar Mohd Saffar menjadi Pengurus Besar, Pembangunan Teknologi dan Penyelidikan, KTPC yang bertanggungjawab terhadap proses tender tersebut.  Jumlah semua ialah RM4,596,476.00)

2.       Teknologam menjadi pelanggan utama METEX iaitu satu Jabatan di bawah anak syarikat Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) di mana Tn. Hj. Annuar Mohd Safar adalah Pengarah Eksekutifnya.  Lebih 60% dari kerja METEX diperolehi dari Teknologam Sdn Bhd.  Jumlah kerja sejak dari 2005 hingga sekarang adalah dalam anggaran RM500,000.

3.       Teknologam menjadi penyewa Bangunan Kilang Siap, Lot 2 (bersebelahan dengan METEX) di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari KTPC dengan kadar sewa sebulan ialah RM5,372.90 bermula 1 Julai 2005.  Ibupejabat Teknologam ialah di Sg Petani.

4.      Teknologam telah memajak tanah seluas 3.44 ekar di Zon Industri Fasa 1, KHTP dari KTPC dengan harga belian RM1,801,815.84 (Lot 20 @ RM12 sekaki persegi) pada tahun 2004.

---------------------------------------------------------------

Aku cuba mencari jawapan samada tindakan ada diambil ataupun tidak aku tak pasti. Ataupun surat ni sampai ka tak ke tangan YB pun tak pasti. Cuma yg pasti, aku rasa tutup buku saja laaa... sebab THAMS masih lagi dok bermaharajalela di KTMSB sampai la ni...

Tertarik dgn satu komen yg aku baca "Masa Datuk Shukri jadi CEO dia tak kacau pun Nash (PKR), Shahiran (PAS), Zaharah (PAS), Rohiza (PAS), Annuar (PKR/Reformasi), Mokhtar (PKR) dan Amin (PKR). Tapi bila hang dengan Hj Sobri mai habih hampa label org BN & UMNO dan nak usir semua orang yg ada sangkut dengan BN keluar. Hampa jadi anti BN, tapi dulu BN tak anti kat geng hampa pun. Sikit pun tak kacau, semua sama rata tanpa mengira fahaman politik".

Pakat2 pikiaq laaa... Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.
Print Friendly and PDF

Wednesday, March 2, 2011

Padang Serai Oh Padang Serai.......

Memandangkan tak ramai yang familier dgn blog DKS (Dahulu Kini Selamanya), so aku paste kan artikal (dgn izin) yang menarik untuk dibaca dan buat kita fikir bersama. Di bentang oleh DKS dalam kisah:


Sedih aku dengaq cerita pasai Pdg Serai ni. Terbaru bila aku baca artikal dari blog Sungguhka “UMNO Kedah Meliwat Dan Diliwat…….?” (baca sini).

Kalau betoi la apa yg ditulis oleh Sungguhka ni, aku rasa minat nak menyelam cari maklumat. Aku turun pdg jumpa la suku sakat yg meluat kat kepimpinan Umno Pdg Serai, ternyata kebenaran tu ada malah lebih memeranjatkan aku Umno bahagian Pdg Serai indah rupa dari kabar.

Banyak senario yg unik di Pdg Serai ni. Antaranya:

1.           Kemenangan Radzhi Salleh (PKR) di Lunas yg menjanjikan pembangunan. Hampeh… Lompat jadi bebas yg dikatakan menyokong pusat hilang lagu tu saja samp[ai la ni… entah hidup ka mati pun tak tau. Bersekongkol dgn Halim Bas Tim Ketua Bhg cuba jatuhkan Rahman Ketua Bhg nak buka caw Umno di Tmn Senangin dgn harapan boleh rampas jadi Ketua Bhg dan korek peruntukan dari pusat.

2.           Sama macam Radzhi Salleh, giliran Gobala (PKR) pulak lompat. Sebelum lompat, peranan Gobala adalah utk merosakkan Umno Pdg Serai. Gobala jugak mengikut corak Radzhi menggunakan Halim Bas dgn mengumpan beberapa projek dan program utk menunjukkan pada Rahman bahawa Halim ni membelot. Dgn hasutan2 org bhg sendiri, Rahman percaya dan bertambah hangatlah  pertelingkahan antara depa.

3.           Dgn terkeluarnya Radzhi dan Gobala, kerusi Parliman Pdg Serai dan DUN Lunas menjadi kosong. La ni tinggai DUN Merbau Pulas Ustazah Aishah (PAS) milik Pakatan Rakyat. Ustazah Aishah dilantik oleh MB supaya mengambil Parlimen Pdg Serai dan Lunas menjadi jajahan angkatnya. Aishah bertambah seronok dgn harapan peruntukan utk beliau akan bertambah. Dia terima dgn hati yg senang bagaikan org mengantuk disorongkan bantal. Tapi sayang seribu kali sayang, MB bukan bodo orgnya… hasil hasutan dan campurtangan  Hassan Razak dan kroninya, aku ringkaskan “kalau Merbau Pulas tak dak pembangunan… buat apa nak perbis duit kat Lunas…”. La ni pulak dok tengah hangat bercinta dgn pengerusi masjid…

4.           Umno Pdg Serai yg bodo mengambil kesempatan dari apa yg berlaku, bertikam lidah sesama sendiri. Sikap bodoh sombong depa ditunjuk dlm akhbar boleh duduk semeja dan berganding bahu dgn harapan org tengok (lebih2 lagi pimpinan Negeri mahupun Pusat) yg depa ni tiada masalah. Hakikatnya hanya org Pdg Serai yg tahu apatah lagi jawatankuasa dan ahli Umno Pdg Serai sendiri. Program masing2 buat… Rahman dgn kumpulan dia dan Halim dgn kumpulan dia. Bila wujud benda2 ni, yg cerdik Marlia (bekas YB Merbau Pulas) mengambil kesempatan menyusun strategi. Kesimpulannya Umno Pdg Serai terpecah kpd 3 kumpulan… Rahman, Halim dan Marlia. Terkini aku dengaq akan mai 2 lagi kumpulan berebut menjadi calon PRU13.

5.           Aku tau org Pdg Serai lebih arif dlm perkara ni. Malas aku nak cerita panjang, nanti org kata aku ni muhong. Jadi ringan2lah tangan bubuh dlm komen…

Tengah dok hirok pikok, timboi pulak kisah meliwat dan diliwat ni.

Dikabarkan bab liwat meliwat ni dah lama dah berlaku setiap kali bila , drp disuruh hisap… paksa meliwat… dan minta diliwat… Mungkin tuan punya diri akan menafikannya dan akan mencabar supaya membawa perkara ni kemuka pengadilan dgn bukti yg ada. Jgn dok pandai2 bawak cerita.

Aku nak bagi tau kat “Pemimpin” ni laaa… Kalu jadi kat aku la, mampoih aku takkan bawa. Buan masa saja. Contoh nyata jadi macam kes Anwar laaa…. Kerana kes liwat ni saja makan berapa tahun. Ni kes liwat pembangkang… kalau kes liwat mamat ni kena pulak org kuat Umno, silap2 mamat ni bongkok sabut (kalau umur panjang) pun tak selesai lagi. Lebih baik aku tembak dlm blog atau mana2 media dgn bukti2 yg ada dgn harapan pimpinan tertinggi akan sendirinya menyingkir atau mengambil tindakan kepada beliau. Janji PRU13 nama dia tak sangkut.

Kalau tak salah telinga aku mendengar, mungkin org yg kena liwat ni akan membuat bacaan Yasin,  seandainya dia berbohong, maka di  belai sanggup menerima apa jua petunjuk dari Allah samada baik mahupun sebaliknya. Pasang2 telingalah di mana majlis tu akan diadakan.

Risik punya risik, Umno Pdg Serai sebenarnya tiada pemimpin utk memimpin memertabahkan Umno sebagai sebuah parti yg membela nasib rakyat Pdg Serai. Barisan jawatankuasanya sendiri bermasalah, macam mana nak selesai masalah org lain.  Aku kesihan pada mereka yg benar2 ingin berjuang di dlm Umno, diketepi begitu sahaja.

Aku mohon pada Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, samada kalian semua percaya atau tidak, ambillah tindakan mahupun siasatan sebelum perkara ni merebak lebih teruk lagi. Jgn sekadar turun pdg memenuhi jemputan mahupun program shj. Dengarlah keluhan ahli.

Kalau berkesempatan, mungkin aku akan hurai salah laku setiap mereka yg bermasalah. Cuma aku nak hint sikit:

1.           Meliwat (dah tahu dah kot. Tak payah aku sebut nama).
2.           Main pintu belakang.
3.           Kaki judi… taik nombor.
4.           Songlap duit.
5.           Kaki blue.
6.           Batu api.
7.           Usung minah Indon (maaf DKS aku tambah)

Apa na jadi la dgn Pdg Serai…? Mungkin SUNGGUHKA cerita lebi lagi…

So, seperti apa yang dikatakan oleh DKS adalah benar. BPUNK hendaklah meneliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kudis tidak menjadi cancer.

Cadangan aku……. Gantungkan dulu Umno Padang Serai dan buat siasatan.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.