Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, November 11, 2010

Nik Aziz Terdiam Bila Dikata DAP Akan Perintah Malaysia.

November 2010, Nik Aziz telah bertemu secara ruasnya, Mohd Nor Deris (Bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, bekas AJK PAS Pusat) ketika berkempen di rumah Haji Omar di Galas. Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz diminta dan digesa untuk tinggalkan pakatan dengan DAP yang membawa kerugian kepada umat Islam. Nik Aziz tidak mampu untuk menjawab soalan yang bertalu-talu diajukan oleh Mohd Nor Deris. (Lihat Video 1) dan (Lihat Video 2) ini.



Video 1.

Video 2.

Nik Aziz akhirnya terdiam dengan asakan daripada Mohd Nor Deris. Ternyata Nik Aziz gagal untuk menafikan bahawa pakatan PAS dengan DAP membawa kepada perpecahan Islam. Sesama Islam dikafirkan tetapi dengan Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng, PAS boleh berkawan baik sedangkan DAP "Macam mana kita mau kafirkan UMNO, saya (Guan Eng pun kafir juga" pengakuan Guan Eng di hadapan penyokong PAS di Galas pada 3 November 2010 (baca sini). Amat jelas, DAP hanya mempermainkan Islam sahaja. Mendakwa ingin menurut cara Umar Abdul Aziz kononya, namun akhirnya mengakui diri mereka yang sebenar.

Deklarasi Setapak adalah pegangan DAP yang sebenar. Pada 29 Julai 1967, DAP mengadakan satu majlis makan malam sempena ulangtahun DAP yang pertama di Setapak. Dalam jamuan makan malam tersebut, DAP menyatakan deklarasi mahukan ideologi satu negara yang bebas, amalkan cara demokratik tetapi masih berfahaman sosialis, Malaysian Malaysia dan mendesak kesaksamaan dalam ekonomi. Selagi PAS masih bertanding hanya 60 kerusi parlimen, PAS tidak akan boleh memerintah negara ini bersendirian. PAS terpaksa berpakat dengan DAP yang lebih dominan dalam parlimen. Ada benarnya kata-kata Mohd Nor Deris bahawa "DAP nak memerintah Malaysia, anak generasi kita nanti jadi anjing DAP". Orang Islam perlu merenung kata-kata ini dengan mendalam. Sebelum nasi menjadi bubur, masih belum terlambat untuk bertindak….

Print Friendly and PDF

1 comment:

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.