Aku tidak tahu apa dah jadi dengan Prasarana la ni…… Dengar kata Prasarana dengan Rapid ni tunggang langgang jadinya. Ibarat ular makan naga.
Kesian dekat Naga tu, pi ambil ular tup…tup ular makan dia balik. Ni yang buat aku bertambah semangat nak korek cerita.
Pernah suatu ketika dulu aku buka sikit cerita bab Prasarana ni iaitu Prasarana + Rapid = Rapid.......? (Episod 1) (klik sini) .
Sebelum aku melebarkan cerita aku ni selebar mungkin, ingin aku menceritakan suatu kisah sedih yang aku dengar benar-benar menangkap kalbu dan perbuatan sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya yang memberi arahan tu bernama MANUSIA…….
Prasarana miliki satu anak Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) pada ketika itu dipimpin oleh bukan Sarjan Askar ataupun Sarjan Polis tetapi Sarjankan Md Shariff sebagai Managing Director.
Perniagaan utama adalah melalui “Cable Car” dan merupakan salah satu lubuk duit bagi Prasarana. “Cable Car” ni menawarkan perkhidmatan ke puncak Gunung Mat Chinchang untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya. Sarjankan dan staff beliau bertungkus-lumus memartabatkan PLSB melalui promosi serata dunia menarik pelancong tempatan ataupun luar negara berkunjung ke Langkawi. Apatah lagi apabila memenangi Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik 2010.
Pada suatu hari, ketika Sarjankan sedang menunaikan ibadah Haji, beliau telah menerima satu panggilan yang amat pedih hati mendengarnya. Bagai nak luruh jantung. Apa masalah yang beliau buat pada PLSB sehingga tindakan sebegini dibuat tanpa memanggil beliau membela diri. Mungkinkah ini dugaan Tuhan yang beliau perlu hadapi dengan tabah. Ibadah haji beliau berserabut.
Alhamdulillah dengan fadzilat dan kesabaran yang Allah berikan, beliau dapat meneruskan ibadah haji dengan sempurna.
Panggilan telephone apakah itu yang penting sehingga tak dapat tunggu tuan tubuh balik dari menunaikan ibadah haji……?
Rupa-rupanya Sarjankan telah menerima panggilan dari Shahril Moktar (Group Managing Director) Prasarana menyatakan bahawa perkhidmatan beliau bersama PLSB ditamatkan. Siapa yang tak luruh jantung bila dapat berita macam ni……. Tak bolehkah Shahril menanti sehingga beliau pulang dari Mekah untuk memberitahu berita buruk ini. Jenis penyamun dan tak berhati perut.
Tempat beliau akan dan kini telah digantikan oleh Ebi Azly Abdullah (Chief Operation Officer). Dahulunya PLSB dipegang oleh MD yang banyak membawa pembaharuan dan kini diterajui oleh COO. Seorang COO mengambil tugas MD……. Dikatakan pula Ebi tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, kalau rujuk pada Prasarana Leadership Team (klik sini) semuanya berkelulusan tinggi kecuali Ebi dan merupakan kawan sekolah Shahril. Hairan-hairan……. Apakah rahsia disebalik pertukaran ini……. Siapa si Ebi ni…….? Pelan-pelan kita terjah…….
Kini Hj Sarjankan diserapkan ke Prasarana sebagai GM Customer Experience Management. Kalau dalam politik, dia masuk dalam peti sejuk la……. Dari seorang GM PLSB, kini menguruskan survey pelanggan-pelanggan. Tergelak juga aku bila wujud satu division baru Customer Experience Management ni. Entah-entah pertama dalam dunia pa…….
Cerita aku ini hanya desas-desus angin meniup, tetapi hanya tuan tubuh yang mampu menjawab ataupun rakan-rakan seperjuangan, staff Prasarana, Panorama Langkawi dan sanak-saudara beliau dapat mencerita akan kebenarannya.
Mohon pada mereka yang tahu ceritanya dapat memberi komen, pendapat ataupun luahan sebenar demi kebenaran……. mengiakan apa yang aku cerita…….
Akan aku gali dan gali lagi apa yang berlaku pada Prasarana.......




