Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, September 29, 2009

Aik..... Anwar Pi Mana Dah.....?

Hari ini Anwar seolah-olah mahu berselindung disebalik perbuatan terkutuknya dengan menimbulkan berbagai-bagai isu yang dicipta dan direkanya untuk mengabui mata sekelian bangsa.

Apakah Anwar sudah menyedari seandainya terbukti benar perbuatan tersebut dia sudah tidak ada lagi tempat dihati seluruh bangsa Melayu dan politiknya hari ini. Sekaligus meranapkan samasekali politik sekutunya yang turut bersekongkol dengan agendanya selama ini.....

Seperti ranapnya ABIM setelah Anwar kembali ke pangkuan UMNO dulu.

Inilah hakikat yang amat merisaukan dan menghantui fikiran anak kelahiran To’ Kun Bukit Mertajam selama ini.

Bila segala pekong dan cabuknya terungkai dan terburai….. dimanakah maruah seluruh keluarga dan dirinya hendak di dikafankan dan ditongkan.....?

Ini masalah maruah. Bukan lagi rasuah atau wadah perjuangannya lagi.

Hari ini Anwar sedang berhadapan dengan maruah bukan berperang dengan kezaliman atau rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh UMNO lagi yang sama-sama pernah dilakukannya dahulu.

Hari ini maruah diri adalah soal pertama yang perlu dipertahankannya terlebih dadulu berbanding maruah bangsa. Kerana akibatnya akan mengerhanakan seluruh masa depan zuriat keturunannya.

Lihatlah bertapa hebatnya kuasa Allah swt dengan balasannya yang tidak terfikir oleh bangsa selama ini yang Anwar akan lalui. Seandainya perbuatan tersebut benar-benar terungkai dan terburai kebenaranya.

Padah yang bakal Anwar terima nanti walaupun tidak sehebat apa yang terjadi pada Kamal Artartuk tapi kesannya tidak jauh bedzanya.

Lebih-lebih lagi Anwar masih bernafas bilamana aib terhadap dirinya akan terburai dan terungkai didepan mata dan keluarganya serta sekelian bangsa hari ini.

Walaupun tidak sedahsyat aib yang menimpa keatas jasad Atarturk yang sudah mampu bernafas lagi.

Allahuakbar.....! hanya Allah SWT saja yang dapat mengetahui isi hati Anwar dalam pertarungan mempertahankan maruahnya hari ini.

Bayangkan jika perbuatan terkutuk tersebut benar-benar terrungkai dan terburai mampukah Anwar kembali kepangal jalan yang gelap dan gelita atau Anwar akan terus dengan agenda gilanya demi mempertahankan mauahnya.

Hari ini walaupun terpaksa bersekutu dengan DAP dan bermusuh dengan bangsa sendiri.

Maruah terpaksa dilindungi.Ini bukan lagi masanya untuk Anwar membela maruah bangsa,Anwar sudah tersepit dan terkapit dalam dua situasi maruah dirinya dan keluarga.Jika terungkai dan terbarai akan gerhanalah seluruh masa depan zuriat dan keturunannya.

Bukankah Anwar sudah berjanji dan bersumpah “Lawan Tetap Lawan” demi maruah terpaksa dilindungi.

Hari ini Anwar mungkin merasai seandainya ia meneruskan agendanya sekurang-kurangnya jika Allah swt yang maha pemurah lagi penyanyang ,masih dapat memberi ruang dan peluang terakhir padanya….maruah diri dan keluarga dapat diselamatkan buat seketika sebelum ia menutup mata dari terpaksa berhadapan aib didunia ini.

Mungkin Anwar merasai hari ini dia lebih rela berhadapan dengan Allah swt disana nanti.

Berbanding didunia ini jika terlondeh segala pekong dan cabuknya dihadapan 27 juta rakyat jelata yang berbilang bangsa.

Akhirnya pada tanggal 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian Artarturk seperti Firaun dan Namrud.
Dimana Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

Cara kematian Ataturk pula digambarkan begitu hina samada di saat kematiannya maupun selepas kematiannya.

Waktu menghadapi sakaratulmaut,Allah membalas dengan menghodohkan mukanya, perutnya bengkak, ototnya kendur dan sukar untuk bernafas.

Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk terpaksa melekapkan ketulan-ketulan ais .

Pihak bomba juga terlibat untuk memancutkan air ke dinding biliknya. Sepert kata Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.”

Panas yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa berada di istana Dolmabahce. Sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.

Ataturk menemui ajal dalam keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce. Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi.

Akhirnya mayat Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah timbunan marmar seberat 44 tan,untuk melindungi keaibannya.


Print Friendly and PDF

Syabas MB Kedah.....

"Kekotoran yang amat dasyat di Alor Setar dengan sampah-sampah yang bertimbun sehingga MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan mengakui beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.” Azizan Razak.

Amat tertarik dengan pendedahan Mummy Rokiah dalam blognya melalui kenyataan Azizan Razak merasa malu dan memohon maaf pada orang-orang Kedah, yang pulang berhari raya dengan keadaan sampah sarap yang bertimbun.

Manakala bagi Azizan Razak pula cara berdalih macam biasa..... Menafikan ini [BUKAN] kegagalan kerajaan negeri tetapi masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat.….

Itu biasalah perangai Azizan Razak..… yang aku kenai....! sejak kes bekas YB Arumugam lagi..!

Kenyataan Azizan Razak tersebut adalah kenyataan yang biasa atau sudah “mangli” kata orang kedah..… jika kenyataan tersebut datangnya dari orang yang bernama Azizan Razak..…

Selain dari kenyataannya… "saya tak tau apa.....apa.....pa.....!" "ada bukti bawa mai....." saya belum dimaklumkan.....!" .....dan macam-macam lagilah putaq belitnya.….

Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membuat kita meloya dan terasa nak temuntah mendengar alasan pandir darinya.

Isu sampah.....! bukan lagi isu yang brandnew tetapi sudah recond yang telah belarutan dari dulu-dulu sampai hari ini,hampir satu tahun, tiga bulan PAS memerintah..…

Dibawah ini terbukti kebenaran komen PAS Jerlun dulu yang menunjukkan tuduhan penyokong-penyokong PAS sendiri bukan satu fitnah atau tuduhan berniat jahat terhadap kepimpinan ulama yang bernama Azizan Razak.

Tetapi betapa bijak pula si Azizan Razak berdalih dan berhelah pada Rakyat..… dengan alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini seperti yang dimaklumkan lebih awai lagi oleh penyokong PAS sendiri yang mungkin lebih kenai sangat dengan tabiat putaq belinya MB mereka selama ini….. ini komen depa awai-awai dulu..…

“BILAKAH ISU LONGGOKAN SAMPAH YANG TIDAK DIKUTIB DALAM KAWASAN MBAS HENDAK DISELESAI?[ Nota: Rakyat tidak mahu mendengar alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini tetapi rakyat mahu melihat sampah dikutip dengan segera dan kerap!)
-[Komen PAS Kawaan Alor Setar]

Hari ini.... masalah sampah masih macam 7 bulan awai PAS perintah juga..... gagal diatasi walaupun hari ini sudah mencapai dua tahun.

Alasan Azizan Razak macam tu lah juga..… macam slogan UMNO dulu kini sampai mapuih dok macam tu..…

Tapi Azizan Razak mampu lagi memutar belit dan menipu rakyat kedah dengan penuh berhemah kononnya…..

“Beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.”

Sepatutnya Azizan Razak malu pada penyokong-penyokong PAS kerana ..masalah sampah ini bukan masalah baru seperti yang beliau berdalih dan berbohong….kononnya

“masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat”

- Azizan Razak.

Inilah putaq belit Azizan Razak bukan saja pada rakyat tapi pada penyokong PAS sendiri yang sudah belarutan sejak sekian lama…..

Itu masalah sampah!! ..…belum lagi masalah putaq belit hukum Allah ta’ala…..

Begitu juga dengan masalah hukum…jika dengan Allah swt….. Azizan Razak tidak malu….. masakan dia malu dengan makluk seperti dia juga..…?

Apakah ini bukan satu pembohongan dan putaq belit yang menyerupai ciri-ciri orang-orang munafik? Atau belum lagi boleh dikataka munafi sebab dia bertitle Ustaz atau Ulama? Lebih-lebih lagi membimbing manusia ke Syurga..... kononnya.

“SEBELUM MEMERINTAH KITA SELALU CANANG KITA AKAN LAKSANAKAN ISLAM DALAM SEGENAP BIDANG.KITA BAGI CONTOH MADINAH YANG RAKYATNYA MAJMUK BERJAYA MELAKSAN ISLAM. KITA TEGAS KITA [MISTI] MENEGAKKAN MAARUF DAN MENGHAPUS MUNGKAR.”
[ Komen PAS Kawasan Jerlun]

Sepatutnya Azizan Razak malulah dengan Allah swt kerana menolak Hukum dengan menepikan desakan penyokong penyokong PAS sendiri dengan alasan “UNDI” cina dan India memenangkan PAS dalam PRU12.

Sebagai rakyat Kedah, amat teruja bila PAS dapat memerintah Kedah..... dan dapat pula PAS melaksana hukum yang selama ini kita laung-laungkan untuk mencegah mungkar….. disetiap kali ada saja ceramah PAS kita balun UMNO habis-habisan kerana tolak Hukum….. Lupakah Azizan Razak sewaktu kita berceramah dan mendengar sahabat kita membalun dan hentam UMNO dengan ceramah-ceramah pedas..... lagi panas !!

Hari ini setidak-tidaknya PAS dapat menutup satu atau dua buah pusat perjudian secara berperingkat peringkat….. itu pun sudah cukup membanggakan kita sebagai orang Islam.

Atau dapat mengurangkan percambahan premis judi haram yang gagal kononnya dilakukan oleh kerajaan thoghut UMNO sebelum ini dibumi Kedah..... cukuplah sekitar Alor Setar saja….. jangan sampai telajak ke kawasan YB Radzi @ YB Lim Soo Ni yang pernah Azizan Razak lepak untuk berkempen dulu….. mungkin kws tersebut jauh sangat dari celah kangkang dia.

Tetapi amat malang dan mengecewakan sekali bila PAS mengambil alih pemerintahan UMNO di Kedah melalui pemimpin orang bertaraf Ustaz.

Masalah judi haram…tidak termasuk judi halal PAS TIDAK mampu membentasnya..... Azizan Razak pula bagi alasan “UNDI” kapiaq kena ambik kira.

Masyaallah ! apa nei Ustaz Azizan?

Sepatutnya ini yang patut Azizan Razak malu…bukan saja pada Rakyat Kedah tapi pada Allah swt..

Tetapi hari ini Azizan Razak seolah-olah menyambung kesinambungan pemerintahan thonghut UMNO.

Pada apbs apa bezanya pemerintahan kerajaan thoghut UMNO dan PAS dibawah Azizan Razak hari ini….. Cuma berbeza hanya status MBnya saja.

Jika dulu MBnya bukan bertaraf Ustaz atau Ulama….. Tapi kini Kedah dibawah kepimpinan seorang Ustaz atau bertaraf Ulama pulak tu..

Masalah baru atau lama mentadbir itu bukan soal pokok..... atau itu bukan masalah Rakyat Kedah perlu dengar alasan bodohnya….. dan jangan perbodoh rakyat nak bandingkan pula dengan UMNO.

Yang penting rakyat Kedah ingin melihat satu perubahan yang dapat menggantikan pentadbiran yang selama ini PAS mencanangkan UMNO mengamal Islam suku….. politik suku….. yang boleh membawa kepada kekufuran.....!

Tapi andainya….. Azizan Razak masih menyambung kesinambungan politik suku….. Islam..... suku,bermakna Kedah hari ini juga masih berada dalam gebar atau sentong “thoghut” UMNO macam dulu juga.....

Cuma bezanya mungkin UMNO masuk neraka ikut pintu Gerbang, Azizan Razak ikut pintu belakang pasai dia Ustaz @ ulama.

Ini yang sepatutnya Azizan Razak perlu malu dan takut pada Allah ta’ala dan malu pada seluruh umat Islam dibumi Kedah kerana “cakap kita tak serupa bikin”berbanding malu pada Isu Sampah yang sudah belarutan sekian lama.

Isu sampah tersebut seolah-olah memberi gambaran simbolik yang PAS hari ini lebih terok dari kepimpinan thoghut UMNO.

Selain dari segelintir EXCO-Exconya yang bijak menipu dan memutar belit..... jadi tidak ada bezanya lah PAS hari ini dengan UMNO yang di tuduh Thoghut termasuk anak buahnya YB Suraya….. yang gagal Ust Azizan Razak mentarbiyahkannya supaya meninggalkan UMNO yang dituduh kapiaq tu?

Kesian YB Suraya..... yang gagal dikembalikan ke pangkuan Islam sejati PAS oleh Azizan Razak..sia-sialah matinya nanti sebagai kapiaq harbi…..

Pada Azizan Razak renung-renunglah….. kerana kita bukan terus nak menungkat langit.

Jangan sampai satu masa nanti segala perbuatan kita boleh memalu dan mendatang aib pada anak cucu bangsa kita….. lebih-lebih lagi disana nanti.....!!!

Cukup ka..... bila sampai masa nafas kita ter stop.....!

Datang ratusan ribu menyembahyangkan Jenazah kita..... ia dapat menutup dan menghalalkan kemungkaran yang kita buat semasa kita berkuasa seperti hari ini.

Lepas itu….. seluruh rakyat Kedah merasa bangga...…

Waallahualam..!! tu kerja Tuhan melainkan Nik Aziz saja yang tau PAS masuk Syurga atau pi tang mana.....!

Lebih-lebih lagi hari ni bila kita melakukan penganiayaan pada rakyat…..

Cukup..... ka. Dengan seluruh manusia menyendatkan seluruh masid-masjid dan surau di Kedah menyembahyangkan Jenazah kita satu hari nanti… dapat melupuskan penganiayaan dan putaq belit yang kita lakukan hari ini pada rakyat bila kita berkuasa dan mohong pula dengan Hukum Allah Ta’ala?

Fikir-fikirlah Ustaz Azizan Razak …sebelum kita disembahyangkan oleh depa nanti.

Walaupun sebelum ini kita pernah membabikan orang yang terlewat bersolat subuh!

Atau Cukup ka bila keranda kita diselimut dengan lambang PAS..??

Kita akan terlepas soal kuboq?

Renung-renunglah Ustaz Azizan..... Islam itu tabliq ingat mengingati satu sama lain..…

Teringat aku Kuliah subuh di perkampungan Derang dulu waktu PAS dianggap Parti Tok Lebai Pondok…..
Print Friendly and PDF

Bila Kapiaq Mengapalai Politik PAS.

Akhirnya selepas PRU12 setelah PAS bersekongkol dengan kapiaq harbi [DAP].

Isu Kafir tidak lagi rasional buat PAS untuk menyerang politik bangsa (UMNO) seperti yang dijelaskan oleh Mat Sabu.

Kerana ditakuti bangsa asing merasai PAS masih bersifat parti perkauman lebih-lebih lagi untuk menjaga hati sekutu mereka iaitu DAP.

Selain daripada itu PAS merasai isu kafir juga tidak lagi sesuai memandangkan kini PAS bersama-sama DAP.

Dan PAS merasai tanpa isu kafir tersebut senjata ampok PAS selama ini berjaya mendekati dan mempengaruhi MCA dan MIC untuk menyokong perjuangan mereka,dan meninggal politik bangsa.Inilah kianatnya politik PAS pada bangsa hari ini.

Sedarkah kita.....?

Lebih-lebih lagi hak Istimewa Orang Melayu yang dijanjikan oleh sekutu politik mereka dapat memikat hati MCA dan MIC meninggalkan politik bangsa (UMNO) yang kononnya banyak melakukan penyelewengan,dan tidak banyak membantu bangsa.

Lebih-lebih lagi Isu liwat oleh al-khahfi mereka[Anwar] sedikit sebanyak menyumbang DANA pada politik mereka meracun fikiran bangsa.

Selain daripada itu Isu membatalkan Negara Islam juga memberi impak yang amat berkesan lagi dapat menarik segala bangsa menyokong perjuangan mereka hari ini.

Situasi ini dijelaskan sendiri oleh Mat sabu dalam seminar Angkatan Muda PKR di Dewan Hotel Sri Malaysia Sungai Petani sebelum PRU12 yang dihadiri oleh MP [DAP] Bukit Mertajam YB Chong Eng yang menentang Dasar Perjuangan PAS selama ini untuk menubuh Negara Islam.

Akhirnya Mat sabu dengan busuk dan cabuk hatinya, secara resmi menggugurkan Negara Islam mengantikannya Dengan Negara Kebajikan seperti yang dipersetujui oleh DAP iaitu MP Bukit Mertajam tersebut.

Tapi sedarkah sekelian tali barut bangsa terutama seglintir pemimpin-pemimpin PAS hari ini segala tipu muslihat Politik mereka akan membelit dan melilit sekelian bangsa Melayu.

Lalu dalam PRU12 yang lepas terbukti PAS telah mengugurkan Negara Islam menggantikan dengan Negara Kebajikan degan persetujuan bersama DAP.

Hari ini PAS merasa mereka lebih selesa berada bersama kapiaq habi menjadi gembala politik mereka dengan menepikan segala arahan ayat-ayat allah ta’ala kepada mereka.

Apakah Pemimpin PAS hari ini sudah melupai ayat-ayat yang dibaca dan dicanang didepan bangsa hari ini telah menikam maruah mereka?

Allahuakbar ! mereka sedang diuji oleh Allah atau sudah dibenci Allah swt diatas putar beli mereka pada hukum Allah ta'ala selama ini?

“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin.
Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah."
(QS. an-Nisa' 4: 137-139)

Sedarkah Pemimpin PAS bahawa Dajal itu adalah sesosok manusia.

Nabi saw. Memberi tahu kita bahwa pada akhir zaman akan muncul seorang manusia yang akan menipu kelian manusia.

Dajal akan menguasai dunia.

Maka, orang-orang Islam harus waspada agar hati kita tidak memendam cinta terhadap dunia sehingga mereka sanggup korban aqidah dan kesucian Agama karena semata- dengan rayuan serta janji-janji Dajal.

Jangan setakat bijak berpidatu didepan bangsa...sedangkan kita sendiri masih berada dalam selimut kejahilan diri sendiri hari ini.

Bangsa tidak mampu menegur kita...kerana kita kononnya lebih mulia dari mereka yang menyokong tipu daya kita?

Ingat Kuasa Allah ta'ala masih ada... dapat membuka minda mereka bila-bila masa saja,untuk menerjah kemungkaran didepan mata kita.
Print Friendly and PDF

Friday, September 18, 2009

N.34 - PAS Atau YB RADZI Yang Menjadi Pengkianat.....?

YB RADZI DI COP PENGKIANAT AMANAT RAKYAT. ATAU PENGKIANAT AMANAT PAS.....?

Begitulah bahlolnya yang menjadi pengikut Demontrasi Haram DUN N.34 LUNAS, BERHADAPAN PEJABAT YB RADZI…

Sebanarnya bangsa melayu amnya pengikut-pengikut Demontrasi haram di Paya Besar, Lunas telah diperdayakan dan diperlembukan oleh dalang-dalang talibarut bangsa…kononnya YB Radzi Pengkianat Amanat Rakyat Lunas?

Sedarkah mereka siapa sebenarnya pengkianat? Hanya pengkianat saja yang mengnali siapa pengkianat.

Sebenarnya hari ini YB Radzi telah memerdekakan Rakyat di bumi Lunas dari terus berada dibawah cengkaman dan teluntuk talibarut bangsa.!

Terimalah hakikat ini.Lunas kini sudah bebas dari tipu daya pemimpin-pemimpin yang bijak memutar belit dan pengkianat pada amanat sendiri.

Rakyat Lunas telah bebas dari politik yang hanya sekadar ber-Retorik untuk menegak hukum allah swt. Pada hakikatnya pemimpin mereka sendiri menolak Hukum Allah swt.

Pada mereka “UNDI Cina dan India” penentu kemenangan Islam di bumi Kedah.Dapatkah sekelian bangsa menerima hakikat yang bahlol ini.....?

Apakah mereka lupa Kuasa Allah swt lebih hebat dari suara bangsa di bumi Lunas ini?

Hari ini terbukti Politik PAS telah menipu kita dan bangsa serta pengundi-pengundi di bumi Lunas ini.

Tidak pernah ada dalam perlembagaan PAS maupun Transkrip politik PAS yang menyatakan PAS ingin menegak Hukum Allah swt.

Hari ini terbukti PAS telah mengkianati Amanat Asy-Syahid Ibrahim Libya dalam Tragedi Memali dan juga mengkianati Tragedi Berdarah Lubuk Merbau.

PAS hari ini adalah bertaraf nasi tambah pada politik DAP dan PKR.

PAS tidak mampu bersuara tanpa DAP dan PKR.

PAS diperkuda oleh sekutu-sekutu mereka untuk meraih undi bangsa.
Sedarlah wahai rakyat Lunas jangan kita terus diperlembukan oleh talibarut bangsa.

Hari ini terbukti PAS tidak mampu bersuara untuk kepentingan orang Melayu tanpa mendapat restu DAP dan PKR.
Print Friendly and PDF

Siapakah Yang Layak Melepaskan Jawatan.....?

Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.”
“Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.”
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan…” – HARAKAH DAILY.

MASYAALLAH…. PUTAR BELITNYA LAPORAN AKBAR MEREKA YANG LEBIH THAGHUT DARI YANG DOK ADA.....
.
TEKANAN SEMAKIN HEBAT KEATAS ADUN LUNAS.....?

DARI SIAPA.....?

DARI PENGUNDI-PENGUNDI DUN LUNAS.....?

DARI PENYOKONG-PENYOKONG PKR.....?

DARI TALIBARUT-TALIBARUT BANGSA YANG GILA KUASA.....?

ATAU DARI AZIZAN RAZAK YANG BIJAK BERMUKA-MUKA.....?

Didalam bulan puasa ini janganlah PAS bijak bermuka-muka ingatlah pada Allah ta’ala…itu namanya menipu bangsa.

Sudah lupakah pada dosa dan pahala sejak DAP menjadi gembala,walaupun kopiah dan serban diatas kepala.....?

Siapa Lebih pengkianat jika dibandingkan YB Radzi dan Gobala.
Sudahkah PAS SENARAIKAN kebiadap Gobala berbanding Radzi yang membuat pilihannya sendiri.

Siapa dalam sejarah Politik bangsa baik Mat Sabu atau Mahfus atau pemimpin-pemimpin utama dalam PAS sendiri pernah memukul pihak berkuasa.....?

Apakah selama ini pemimpin-pemimpin PAS “DAYUS” berbanding Pengurusi Kelab Penyokong PAS Gobala.....?

Hari ini adakah PAS lebih reda dengan sikap Gobala semata-mata dia menjadi DANA politik untuk memancing undi pengundi bukan Islam supaya memihak pada PAS.....?

Berbanding YB Radzi yang tidak sanggup bersekongkol dengan tipu daya serta putaq belit pemimpin PAS di Kedah hari ini.

Lalu PAS persembahkan pada Sultan agar dilucutkan jawata EXCOnya kerana tidak memihak pada mereka.Seperi yang dijelaskan oleh Zulkifli Nordin.....?

Bagaimana pula dengan kes bekas YB Bukit selamabau yang melepas jawatan dan hari ini..tapi masih berada dalam selimut PAS dan mampu pula untuk mengurus projek rakyat?

Sedarkah kita mainan politik Azizan Razak hari ini.

Sedangkan ada projek rakyat yang dibawa oleh YB Radzi ditolak mentah-mentah dengan alasan projek kesinambungan UMNO oleh EXCO PAS yang biadap dan KURANG AJAR itu.....?

Beranikah Azizan Razak bersemuka dengan rakyat hari ini diatas kebiadapan dan kurang ajar exconya hari ini?

Apakah ini bukan PENGKIANAT AMANAT RAKYAT.....?

Sedarkah Azizan Razak dengan kebiadapan segelintir EXCOnya yang berlidah biawak itu hari ini.....?

Siapa yang lebih pengkianat pada amanat rakyat hari ini YB Radzi atau segelintir exco-exconya yang lebih busuk dan cabuk hatinya melebihi bangkai.

Atau MB nya sendiri.....?

Sedarkah Azizan Razak yang bertaraf Ust itu tentang pengkianatan PAS hari ini? Atau masih dengan alasan bodoh dan bahlolnya.....”saya tak tau apa-apa.....”

Jika itulah alasannya SELAMA INI.....

Elok sajalah Azizan Razak sendiri berudur dari jawatan yang ada dan gantikan dengan orang lain yang lebih berwiba dari terus menjadi pengkianat pada anak bangsa berbanding YB Radzi yang ada.

INI TEGORAN IKLAS PADA PEMIMPIN PAS YANG DOK ADA. TIDAK ADA SEBARANG AGENDA POLITIK GILA KUASA SEPERTI MEREKA.

PENEGAK KEBENARAN DARI TERUS MEMBIAR RAKYAT DIPERKUDA.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.