Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, January 11, 2013

PKR Dalang Perangkap PAS Untuk Benar Kristian Guna Kalimah Allah.


 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentunya sedang tersenyum lebar tika ini, memandangkan tuntutannya supaya kalimah Allah s.w.t digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu akhirnya sekali lagi dipersetujui oleh PAS sekaligus kini menjadi polisi muktamad PR. 

Kira-kira dua minggu lepas segelintir pemimpin PAS yang berlatarbelakang agama terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Haron Taib telah tampil penuh yakin dan tegas membantah tuntutan tersebut. 

Kedua-dua senada bahawa kalimah suci Allah s.w.t hanya terhad kepada agama Islam dan umatnya serta tidak sepatutnya diseleweng kesuciannya, sebaliknya perkataan Tuhan lebih sepadan bagi menggantikan kata nama 'God' untuk kegunaan dalam Bible versi Bahasa Melayu. 


Pandangan mereka betul kerana Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa, yakni satu-satunya yang wajib disembah dan tidak layak dipersekutukan apatah lagi untuk disamatarafkan dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian yang bersifat trinity - Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. 

Amat benar Allah s.w.t adalah Tuhan kepada seluruh manusia, pencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya, itu iktikad kepercayaan umat Islam. Namun Allah s.w.t bukannya Jesus, bukan juga Tuhan Bapa dan bukan juga Roh Kudus sebagaimana difahami oleh penganut Kristian. 

Dalam hal ini, pemimpin Kristian dalam DAP, PKR atau mana-mana penganut Kristian di Malaysia tidak berhak untuk meletakkan kedudukan dan kebesaran Allah s.w.t setaraf dengan konsep ketuhanan triniti kepercayaan mereka. 

Namun begitu, seperti mana semua kita telah maklum, pandangan kedua-dua pemimpin PAS itu akhirnya tidak pun memberi nilai tambah yang mampu mempengaruhi pendirian bersama PR. 

Dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR yang terkini telahpun di ambil keputusan muktamad untuk memperakui kalimah Allah s.w.t sewajarnya dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. 

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ternyata gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t dan maruah agama Islam. Satu kesinambungan bukti yang menonjolkan betapa lemahnya PAS dalam menghadapi pengaruh DAP serta PKR dalam gabungan parti tidak berdaftar itu. 

Dasar PAS sekarang ternampak jelas lebih mengutamakan polisi liberalisme dan pluralisme yang dianuti PR semata-mata untuk memenangi undi masyarakat Kristian yang sebahagian besarnya tegar menyokong DAP dan PKR. 

Persoalan sekarang kenapa dan mengapa PAS sebegitu lemah sehinggakan tergamak tunduk mengikut segala tuntutan DAP serta begitu kelu bila berdepan dengan kemahuan penganut agama lain? 


Jawapan kepada persoalan itu tidak sukar untuk dikupas. Sebahagian puncanya bersangkut paut dengan pengaruh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kuat mencengkam PAS ditambah lagi dengan kewujudan ramai pimpinan generasi baru PAS yang serba liberal bertuhankan ideologi Anwarinas. 

Dengan penguasaan total oleh golongan Anwarinas dalam kepimpinan PAS menjadikan parti itu bertindak seakan sayap kanan untuk PKR bagi mencapai agenda peribadi Anwar yang begitu kemaruk mahu mengejar puncak kuasa yang lama diidam-idamkan. 

Rata-rata pemimpin pro Anwarinas percaya percaturan politik Anwar dalam isu ini pastinya bakal memberi pulangan besar dalam bentuk sokongan pengundi bukan Islam kepada PR khususnya melibatkan penganut agama Kristian, serentak dengan itu diyakini berupaya membuka laluan kuasa ke Putrajaya. 


Suka atau tidak, para penyokong tradisi PAS mahupun mereka yang bersimpati dengan perjuangan parti berlabel Islam itu harus, sudah tiada peluang untuk PAS kembali ke landasan asalnya selagi PAS terus terperangkap dalam keindahan angan-angan yang dipropagandakan oleh Anwar dan PKR.

Print Friendly and PDF

Thursday, January 10, 2013

Himpunan 12 Januari untuk Halalkan Penzinaan Anwar-Shamsidar.


12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.

Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin. 

Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.

Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.

Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain.

Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….... 


Print Friendly and PDF

Azhar Idrus Sah Geng Pembangkang.......?


Tentunya ramai penyokong PAS dan orang Melayu Islam dalam PKR sudah tidak sabar untuk memeriahkan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau pun lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Stadium Merdeka hujung minggu ini.

Himpunan yang diadakan bersempena meraikan kejayaan DAP membalacikan PAS dalam usahanya menodai kesucian kalimah Allah s.w.t untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu itu dijangkakan akan turut disertai selebriti agama, Azhar Idrus.

Bekas pemuzik yang tiba-tiba bertukar kulit menjadi penceramah agama ini sememangnya dikenali ramai berikutan kepandaiannya membuat lawak jenaka hinggakan para pendengar yang mengikuti ceramah agama yang disampaikannya di dalam masjid sering gelihati dan ketawa tak kering gusi. 

Dengan kehadiran Azhar Idrus di himpunan ini pastinya mampu membuatkan ramai pemimpin PR terutama sekali dari kalangan pemimpin Kristian dalam DAP akan tersengih sampai ke telinga bangga tak terkata.

Mana tak bangganya, selain sudah berjaya menundukkan PAS dalam isu kalimah Allah, sekarang pula dapat laba politik baru berjaya mengumpan selebriti agama yang sedang popular itu untuk turut sama meraikan kejayaan Kristian menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Selama ini, penceramah 'bebas' yang tak diketahui sejauh mana kelayakan tauliahnya sebagai penceramah agama ini seboleh mungkin cuba berlakon kononnya tidak menyebelahi pembangkang, tujuannya untuk mengelakkannya kehilangan pendengar setia.

Namun begitu, Azhar pernah melabelkan penyertaan para Ulama Muda (ILMU) ke dalam UMNO umpama bergelumang dengan najis parti sekular yang bakal dimasukkan ke dalam neraka. Para ilmuan muda itu juga digelar sebagai ustaz anjing.

Manakala dalam majlis yang lain pula Azhar pernah melabelkan bekas Mufti Perlis, Ustaz Asri Zainul Abidin sebagai golongan dajjal.

Sesuka dia saja menghina golongan ilmuan yang tidak sehaluan dengannya. Langsung tak mencerminkan akhlak seorang pendakwah. Tapi biasalah tu, kenyataan-kenyataan yang tidak berhemah seperti itu sememangnya selari dengan pandangan keras PAS yang menjadi pujaannya.

Kesediaan Azhar Idrus menyertai himpunan anjuran PR itu pun sekadar mengesahkan belang sebenar Azhar Idrus sebagai geng pembangkang yang berselindung disebalik gelaran pendakwah dan penceramah bebas.

Nak berpihak pada mana-mana parti politik tiada siapa menghalangnya, tapi tak payahlah letakkan pendirian kepartian mengatasi keutamaan agama Islam. Jika benar nawaitu mahu berkongsi ilmu agama dengan khalayak, gunalah pendekatan berhemah yang tidak menyakitkan hati orang lain.

Tak perlulah sesuka hati menghukum si polan ini masuk syurga si polan itu masuk neraka, kita siapa nak mengambil alih urusan Allah s.w.t, tak gitu?

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya apa agaknya pandangan Azhar Idrus berhubung isu kalimah suci Allah s.w.t yang dituntut oleh DAP untuk digunapakai oleh pendakwah Kristian termasuklah diterjemahkan ke dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu?

Kalau setakat selebriti agama ini jawab orang bukan Islam boleh sebut dan guna perkataan Allah s.w.t asalkan jangan mempersendakannya, itu jawapan terlampau umum yang kanak-kanak taska PASTI pun boleh menjawabnya.

Tahukah Azhar Idrus yang modus operandi DAP dan gereja Kristian beriya-iya menuntut dibenarkan menggunakan kalimah Allah s.w.t ini tujuan utamanya untuk menyemarakkan dakyah memurtadkan orang Melayu Islam, di masa yang sama seperti mahu menyamatarafkan kemuliaan agama Islam dengan Kristian.

Sedarkah Azhar Idrus bahawa penyertaannya ke himpunan tersebut secara automatik menjadi satu pengiktirafan atas kejayaan dakyah Kristian dan DAP?

Dia sedar, tapi sebab tawaran wang ringgit yang lumayan untuk tolong memeriahkan himpunan itu disamping pendirian kepartian mengatasi kepentingan dan kesucian Islam, maka Azhar Idrus akan sanggup abaikan soal maruah agama. Biasalah tu.


Print Friendly and PDF

Thursday, January 3, 2013

Takziah : Pahlawan Negara Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia.

Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia di Hospital Umum, Kuching di sini, dipercayai akibat serangan jantung, jam 1.45 pagi tadi.

Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) .

Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital dengan ambulans apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat.

Katanya, beliau dan keluarganya masih terkejut atas kematian mengejut suaminya itu kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan dalam keadaan sihat.

Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) – anugerah tertinggi untuk keberanian negara.


Print Friendly and PDF

Cina Kuasai Ladang Rakyat Di Kelantan.......


Projek Ladang Rakyat pada asasnya bermatlamat untuk membantu Kerajaan PAS Kelantan dalam usahanya mengurangkan masalah kemiskinan tegar serta meningkatkan keupayaan sosio-ekonomi Negeri dan menaikkan taraf hidup penduduk.

Ladang Rakyat yang berkeluasan 81,095 ekar merangkumi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah ini bagaimana pun sehingga kini gagal membantu seramai 4,767 orang penduduk miskin yang telah dipilih sebagai Peserta Ladang Rakyat itu. 

Ini terbukti sebagaimana dalam Laporan Audit Negara 2011 (LAN 2011) beberapa bulan lepas yang telah membuat beberapa teguran terhadap projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang didapati gagal mencapai objektifnya.


Para peserta hanya memperolehi dividen RM200.00 sebulan manakala hak milik tanah dinafikan, jauh berbeza sekali dengan nasib peneroka FELDA yang bukan sahaja memiliki hak milik tanah sekurang-kurangnya 10 ekar seorang malah turut menerima elaun bulan dan rumah sendiri. 


Sementara itu peluang bekerja menambah pendapatan di Ladang Rakyat pula hanya memanfaatkan 282 penduduk tempatan sahaja, selebihnya seramai 639 orang pekerja adalah warga asing.

Ternyata projek Ladang Rakyat telah gagal menjayakan misi yang diamanahkan untuk membantu rakyat miskin sebaliknya tauke-tauke Cina DAP dan Cina Singapura lebih mendahulukan soal keuntungan dalam mengenyangkan perut sendiri. 

Kerajaan PAS Kelantan rupanya seperti sengaja membiarkan sahaja perkara ini berlanjutan tanpa mengambil langkah pembetulan. Tauke-tauke Cina yang lebih terangsang untuk mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan tetap terus diberi keutamaan berbanding anak negeri sendiri.

Malah sebahagian besar tanah Ladang Rakyat dan hasil bumi kayu balaknya hanya berlegar dikalangan tauke-tauke Cina dan syarikat proksi mereka dengan tempoh pajakan berpuluh tahun ke hadapan. Lebih 50,000 ekar daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat dikuasai tauke-tauke Cina ini.


Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.


Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.

Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.

Sehingga kini enam syarikat telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Yik bagi memajukan projek perladangan kelapa sawit melibatkan kawasan keseluruhan seluas 28,000 ekar.

Mengikut sumber dalaman PAS, hasil traksaksi melibatkan syarikat Suurban Sdn Bhd yang disempurnakan oleh seorang wanita Melayu sebagai orang tengahnya turut memberi manfaat jutaan ringgit kepada seorang pemimpin PAS Kelantan yang sepatutnya sumbangan itu asalnya untuk tabung parti. Betulkah?

Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar dikalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja. 


Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama "Belanda dapat tanah", hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja.

Maka ada benarnya lirik yang tertulis dalam lagu Warisan, "anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang." Penuh nasihat dan membangkitkan jatidiri serta merintis kesedaran ramai. 

Patutlah para pemimpin PAS amat fobia bagaikan ketakutan dan meroyan hilang akal bila lagu Warisan mendapat perhatian ramai, rupanya mereka tahu lagu itu membawa mesej kesedaran yang jika dihayati oleh rakyat Kelantan natijahnya menyebabkan pemimpin PAS tak cukup tanah lari bertempiaran.


Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.