Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, March 16, 2012

PENDEDAHAN UMNO Selangor bahawa Pakatan Rakyat menggunakan khidmat nasihat firma perunding yahudi, National Democratic Institute (NDI) untuk merancang strategi sesuai bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), dijangka menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya akan datang.

Buku bertajuk ‘1001 cara untuk menjatuhkan kerajaan’ yang disediakan NDI ini mengamalkan beberapa pendekatan yang sekarang menjadi SOP dalam aktiviti berkaitan Pakatan Rakyat.

Antara pendekatan yang diunjurkan dalam buku panduan NDI ini ialah penggunaan warna-warna tertentu dalam demonstrasi/aktiviti tertentu bagi menarik perhatian rakyat. Sebab itu demonstrasi PKR sekarang amat berbeza dengan demonstrasi jalanan sekitar hujung 90-an dahulu bila warna-warna tertentu digunakan mengikut tema mengapa demonstrasi itu diadakan,

Sebagai contoh Bersih (kuning), Himpunan Hijau (Hijau) dan Hindraf (oren). Manakala bagi Seksualiti Merdeka, 4 warna asas yang melambangkan pergerakan LGBT digunakan, masih lagi berkisar tentang warna walaupun tidak ada demonstrasi.

Rakyat pastinya akan menolak tindakan Pakatan Rakyat menggunakan khidmat firma yahudi ini seperti dilihat dalam soal kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide yang ditohmahkan pembangkang sebagai sebuah firma milik Israel sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah firma Amerika Syarikat.

Tapi yang penting, jelas kelihatannya pada waktu itu, penyokong Pakatan Rakyat dan sebahagian rakyat Malaysia sangat anti dengan apa-apa yang ada hubung kait dengan yahudi, tanpa mereka sedar bahawa Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang menggunakan khidmat perunding yahudi untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Sudah menjadi resam, bila yahudi terlibat dimana-mana untuk menjatuhkan kerajaan, maka hasilnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, menggadai negara ini kepada kuasa asing yang senantiasa menanti masa yang sesuai untuk mengurangkan negara Islam dalam dunia – seterusnya mengurangkan ancaman kepada kewujudan Israel.

Fakta mengenai penggunaan firma NDI yang dikuasai yahudi ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana telah diakui sendiri oleh bekas pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Zahrain dan Datuk Zulkifli Nordin. Bukti juga ada ditangan mereka, cuma menunggu masa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim membuat penafian sebelum boleh didedahkan.

Pada waktu ini juga rakyat sudah seharusnya mampu melihat bahawa penonjolan Buku Jingga sebagai kitab rasmi untuk rujukan rakyat adalah satu divertion daripada kitab sebenar yang digunakan mereka iaitu yang disediakan oleh NDI. Penulis yakin, sebagai firma antarabangsa yang sudah lama terlibat dalam kegiatan seumpama ini, NDI turut menyediakan panduan bagaimana untuk menerajui kerajaan selepas kejatuhan kerajaan yang terdahulu, dan yakinlah, panduan ini akan selari dengan agenda besar yahudi di peringkat antarabangsa.

Kita seru dan gesa lebih ramai bekas pemimpin PKR tampil kehadapan dan membuat pendedahan yang sama untuk rakyat nilaikan siapa dia sebenarnya PR ini dan apa agenda busuk di belakang mereka.

Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan kepetahan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara ini menggunakan bahasa yang mengelirukan, tapi percayalah, taktik itu sudah sangat senang dibaca sekarang, seperti dibuktikan dalam perbahasan di Parlimen antara Anwar dan Khairy Jamaludin pada Selasa lepas.

Ini bahayanya bila strategi terdedah, pihak lawan dah tahu macam mana nak lawan semula.

Beruang Biru.......

Print Friendly and PDF

Wednesday, February 29, 2012

Siri 1 - Siapa Anwar Sebenarnya…….?

Untuk aku menjawab soalan ini munkin agak sukar. Akan tetapi untuk mendapatkan jawapannya tidak sesukar itu. Jangkaan aku ramai dah tahu jawapnnya. Kali ini saja aku nak mengingatkan kembali SIAPA ANWAR SEBENARNYA…….? 

Anwar dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. 

Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur. 

29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. 

Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur. 

Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS. 

Aku rasa terlajak la pula cerita ni. Aku nak rewind sikit cerita ni….. 

“Haram bagi aku duduk di Malaysia kalau Nuar jadi Perdana Menteri.”, sergah Pak Mat (bukan nama sebenar) mempunyai pertalian kekeluargaan yang amat rapat terutama dengan Pak Ibrahim. Tersentap kami dibuatnya. 

“Dah la tak kira tutuh depan belakang, pi sokong Yahudi pulak…….!!!!!!! Cukup kurang ajaq punya manusia. Ni la muka setan bertopengkan manusia……. Dasar bapa borek anak rintik…….”. Begitu marah Pak Mat ni. “Mak Yan selalu dok menangis air mata darah tengok perangai Pak Brahim. Benda yang sama berlaku kat Wan Zizah”. 

“Sabar Pak Mat……. yang berlalu biarkan berlalu…….”, aku mencelah. “Mana boleh!!!. Dah lama terbuku dalam hati ni tapi tak dak sapa pun teringin nak ambik tau. Pak Mat nak cerita kat hangpa ni kot-kot hangpa dapat tulis sikit dalam komputer tu…….”, ujar Pak Mat lagi. “Blog ka Pak Mat….?” , ujar aku. 

“Tak kira la apa pun……. janji spesis anak haram ni nyah di bumi Malaysia. Bukan apa Pak Mat tak mau benda yang sama barlaku kat Kamal Antartuk tu berlaku di Malaysia”. Herdik Pak Mat. 

Aku tergamam mendengar penjelasan Pak Mat……. Anak Haram…….? Bapa Borek Anak Rintik…….? Air mata berdarah…….? Sulaiman Palestin…….? Tok Kailan…….? Mat Sabu.......? Posmen.......? DNA…….? Hospital Sungai Bakap…….? Amanat bebas Anwar.......?

Apa semua ni…….?
Print Friendly and PDF

Tuesday, February 28, 2012

Apa Orang PAS Nak Kata...?


Aku hairan apa la yang ngok sangat puak yang menentang Lynas ni.......?

Yang dok pulun puak-puak DAP dengan PKR dan pauk PAS haluan kiri.
Print Friendly and PDF

Thursday, February 9, 2012

Geli Padang Serai…….

Seharian aku meronda di Parlimen Padang Serai menjengok perkembangan politik di sana. Bermacam-macam cerita yang aku perolehi, Ada yang baik……. Ada yang buruk……. dan ada yang menggelikan.

Kalau bab politik sorry to say tak banyak yang baiknya. Yang buruk hanya cemohan, tomahan, PHD dan berpuak-puak. Cuma apa yang aku nak komen sikit pasal yang menggelikan.......

Rata-rata aku survey, majoriti pengundi Padang Serai meletakkan pilihan parti adalah pilihan kedua. Bagi mereka, pilihan mereka terletak kepada siapa calon yang dipertandingkan.

“Kami mahukan WAKIL RAKYAT yang mampu membawa suara dan hasrat kami untuk kemajuan tempat kami. Bukannya wakil rakyat seperti yang sudah-sudah. Baik MCA ka, MIC ka, UMNO ka, PAS ka mahupun PKR menang……. Kami duduk seperti kami juga seperti dahulu entah di mana pembangunan pun kami tidak tahu……. YB nak turun padang, jauh sekali. Sedangkan waktu berkempen (10 hari) mereka boleh meredah setiap rumah meraih undi simpati tetapi takala menang, sebulan sekali pun bayang susah nak nampak”. Apa yang aku nampak, mereka inginkan anak tempatan…….

Aku sempat bersama beberapa ahli UMNO  berjawatan dan tidak berjawatan samada cawangan mahupun bahagian. 90 peratus meluahkan isi hati mereka “UMNO PADANG SERAI HANCUR”. Hancur yang dimaksudkan adalah hancur dari segi GILA KUASA dan GILA nak jadi YB. Bagi mereka, mereka tetap akur kepada keptutsan pucuk pimpinan meletakkan siapa bakal calon PRU13 kelak. Cuma yang menggelikan mereka adalah perangai sigila kuasa ini sedang geli untuk dipilih menjadi calon……. Nama-nama yang mereka maksudkan antaranya:

1.      Dato’ Marlia (Mantan YB Merbau Pulas)
2.      Ku Roshidi (timbul bila Rahman bekas KB melepaskan jawatan)
3.      Halim Timbalan Ketua Bahagian.
4.      Cikgu Zubir Setiausaha Bahagian.
5.      Cikgu Asmadi Ketua Pemuda.
6.      Bakri JASA.

Geli mereka dengar pengakuan daripada mereka-mereka ini yang:

1.      nama mereka ada di dalam senarai calon PRU13.
2.      mereka berjumpa dengan PM.
3.      mengaku orang kuat Rosmah.
4.      Tok Bashah dah tunjuk senarai bakal calon untuk PM perkenan.
5.      Tok Bashah dah setuju.

Inilah antara perkataan yang selalu mereka jaja kepada akar umbi UMNO. Malah yang memalukan lagi bilamana perkara sebegini sampai kepada bukan ahli UMNO dan orang atas pagar.  “Awat kemarok sangat ka nak jadi YB…….? Suluh diri tu dulu……. Kami kenai depa tu sapa……. Spesis bermasalah…….”. Kalaulah Tok Bashah buta hati menyenaraikan juga nama-nama tu, NESCAYA PRU13 akan mengalami tsunami lebih teruk dari PRU12. Ada yang sanggup sunat sekali lagi beramai-ramai kalau menang…….

Aku hairan tengok puak-puak UMNO terutama nama-nama yang tersenarai tu. Padang Serai ada 1 Parlimen dan 2 DUN. Ikutan sebelum ini, Parlimen Padang Serai untuk MCA, DUN Lunas untuk MIC dan DUN Merbau Pulas untuk UMNO. Walaupun pemilihan calon untuk kerusi MCA dan kerusi MIC berlaku juga penggeseran tetapi penggeseran dalam UMNO lebih hebat dan diketahui umum bab tikam menikam dan apatah lagi bila PAS dan PKR bubuh jarum sikit…….

Bila aku kaji latar belakang puak-puak ni, INGATAN pada TOK BASHAH……. PRU13 PADANG SERAI BUKAN MILIK BARISAN NASIONAL…….

Cuma apa yang dapat aku ringkaskan, UMNO Padang Serai sebenarnya ketandusan calon yang benar-benar wibawa.

Bab PAS dan PKR nanti aku ulas. Cuma hint sikit……. Lunas PKR calon payung terjun, Merbau Pulas PAS say bye-bye to Ustazah Aishah dan DAP jangan harap nak dapatkan Lunas…….

Print Friendly and PDF

Wednesday, February 8, 2012

Memorial Park Swasta Terbesar Di Utara.....

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani……. 

Sahabat beragama Islam bukalah hati dan ajaklah berfikir sejenak. 

Di Sungai Kob, Karangan, Kulim Kedah Darul Aman, akan dibina MEMORIAL PARK SWASTA (Kubur Cina, India dan Kritian) di atas tanah seluas 163 ekar. Keluasan tanah sebenar sudah hampir 200 ekar. 

Agenda hendak dijadikan Perkuburan Swasta TERBESAR di sebelah UTARA. 

Di manakah hak orang ISLAM di kawasan ini…….? ORANG ISLAM KULIM perlu sedar agenda besar ini untuk memperlekehkan orang Islam bukan setakad kawasan Karangan tetapi untuk semua…….  Sudikah kita dipijak sedemikian rupa.......? 

Marilah bersama-sama kita ketepikan fahaman politik dan bersatu BEKUMPUL UNTUK MEMBUKTIKAN PENYATUAN KITA MENOLAK DAN MEMBANTAH PEMBINAAN MEMORIAL PARK SWASTA. 

Tempat  :    Masjid Sungai Kob, Karangan, Kedah Darul Aman. 
Tarikh   :    17 Febuari 2012 bersamaan 24 Rabiulawal 1433H. 
Masa     :    2:20pm (selepas solat Jumaat). 

Panjang-panjangkan……. Semoga anda dirahmati ALLAH SWT.

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.