Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, August 3, 2009

Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kedah (UPKNK) Lengang.


Hari ni aku menjengah ke UPKNK nak dapatkan kalau2 ada naskah Warta Daru Aman keluaran terbaru. Malangnya hampa. Bukan saja warta tak ada, malah staff dia pun ramai hilang. Hati aku berkata mungkin semuanya sibuk buat kerja luar.

Mengendap punya mengendap, UPKNK sekarang ni dah tak terurus, lintang pukang dan banyak masalah dalaman. Antara hasil terjahan yang aku dapat:

  1. Urusan sambung kontrak kerja belum selesai.
  2. Gaji dah 3 bulan tak dapat.
  3. Kenaikan penyelarasan gaji tak selesai.
  4. Nak kenaikan gaji tapi skill grade tak ikut piawaian SPA.
  5. Timbalan Pengarah selalu hilang.
  6. Org yg ada degree mungkin tidak disambung kontrak.

Ini terjahan yang aku dapat. Betul ka tidak ianya terjahan saja. Insyallah akan aku dapatkan buktinya. Tapi bila aku rujuk dekat pejabat YB Dato' Amiruddin selaku exco penerangan, apa pun depa tak buat lagi. Kertas kerja penyelarasan gaji dan pangkat dah kena reject lama dah. UPKNK kena guna pakai skim lama punya kalau semua nak kekal kerja bersama UPKNK.

Cuma UPKNK ni ketegaq sikit, nak fight dan mendesak supaya Kerajaan Negeri guna pakai skim baru seperti yang mereka cadangkan. Tak dapat melalui exco, depa nak desak melalui Dewan Harian PAS.

Lagu ni punya perangai UPKNK, baik semua letak jawatan la..... Patut la sejak kebelakangan ni nak dapatkan Warta Darul Aman cukup susah. Dulu kat pusat khidmat DUN PKR cukup senang dapat tapi la ni hampeh...... Nak kalu pi cari kat pusat khidmat DUN PAS mesti ada punya. Tambah pulak ada setengah kawasan tak dapat langsung. Pejabat daerah dan perbandaran pun ada yang tak dapat. Dengaq kata UPKNK dah dibekalkan 2 buah van baru.

Muhasabahlah diri tu.....

Print Friendly and PDF

Antara Yang Hak Dan Yang Bathil.

Isu balak di Kedah semakin hangat akhir-akhir ini apabila secara tiba-tiba Setiausaha Politik MB Kedah telah campurtangan. Sungguhka hairan dan terkejut apabila Setiausaha Politik MB Kedah yang tidak ada kaitan dengan isu balak Kedah tiba-tiba melenting dan meluru ke depan dengan membuat penulisan di blog dan membuat kenyataan media.

Sungguhka cuba merungkai apa kaitan Setpol MB Kedah dengan isu balak ini?. Daripada dokumen yang ada pada Sungguhka berkaitan isu balak Kedah ini Sungguhka dapati tiada langsung nama Setpol MB Kedah dikaitkan. Hairan bin Ajaib.

Pelbagai persoalan timbul di fikiran Sungguhka, walaupun hanya hyphotesis tetapi boleh diambilkira untuk kita sama-sama merungkaikan persoalan ini. Mari kita sama-sama lihat kemungkinan-kemungkinan yang ada.

Pertama, ada kemungkinan Setpol MB Kedah ini diarahkan oleh bos beliau untuk membersihkan nama Pejabat Menteri Besar Kedah yang telah sedikit tercemar akibat perbuatan pegawai-pegawai beliau.

Kedua, ada kemungkinan Setpol MB Kedah ini merasakan beliau wajar mempertahankan Che Had Dali yang merupakan bekas bos beliau semasa beliau bekerja dengan firma jurunilai kepunyaan Che Had.

Ketiga, tidak boleh tidak kita menolak kemungkinan bahawa Setpol MB Kedah ini juga mungkin terlibat di belakang tabir dalam isu konsesi balak Kedah ini dan beliau juga “ada bahagian” dalam hasil balak tersebut.

Keempat, adakah campurtangan Setpol MB Kedah ini menunjukkan bahawa syarikat Metro Sunview hanyalah “kenderaan” yang digunakan oleh MB Kedah untuk mengaut keuntungan peribadi atau untuk PAS Kedah?.

Empat hyphotesis yang dinyatakan di atas bukan satu tuduhan tetapi hanya kemungkinan yang perlu semua pembaca renung dan nilai apakah sebab dan musabab campurtangan Setpol MB Kedah dalam kes isu balak ini, bak kata pepatah, “kalau tiada angin masakan pokok bergoyang”?.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka yang terlibat seperti AY Trading, Che Had Dali, Roslizan dan pengarah-pengarah Metro Sunview yang lain langsung tidak ke depan untuk menjawab isu ini. Adakah mereka telah mendapat arahan untuk menutup mulut supaya tidak berlaku percanggahan dalam jawapan yang mereka berikan atau agar fakta-fakta lain yang masih belum diketahui umum tidak terbocor?. Allahu ‘alam bissawab.

Yang peliknya Setpol MB Kedah yang tidak terlibat dalam isu balak ini lebih melenting dan lebih “kalut” akan isu ini?. Pihak yang terlibat langsung tidak bersuara. Nampak macam “lebih sudu daripada kuah”.

Apabila Setpol MB Kedah membuat kenyataan Media melalui saluran TV tempatan baru-baru ini, Sungguhka tertanya-tanya kenapa CH Lim tidak hadir bersama semasa kenyataan media tersebut diadakan?.

Kenyataan media itu hanya untuk membacakan surat CH Lim yang kononnya menafikan penglibatan beliau dalam saman terhadap AY Trading dan Metro Sunview. Adakah dengan hanya kehadiran “surat” CH Lim dapat menyakinkan rakyat Kedah bahawa Metro Sunview tidak terlibat?.

Cara atau strategi yang digunakan oleh Setpol MB Kedah dalam cubaan menangkis isu balak ini menyamai strategi yang digunakan oleh MB Kedah semasa mengumumkan perletakan jawatan bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam dahulu.

Pada masa itu satu sidang media telah dibuat oleh MB Kedah hanya untuk menunjukkan surat perletakan jawatan bekas ADUN tersebut manakala bekas ADUN tersebut sendiri tidak hadir semasa sidang media diadakan. Banyak pihak yang tertanya-tanya kenapa bekas ADUN tersebut tidak hadir semasa sidang media tersebut diadakan, adakah benar ADUN tersebut meletak jawatan dan adakah perletakan jawatan beliau secara sukarela. Bekas ADUN tersebut tidak dapat dikesan sehingga selesai pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Adakah CH Lim juga akan “hilang” selepas ini seperti mana “kehilangan sementara” bekas ADUN Bukit Selambau dulu?. Kita tunggu dan lihat.

Turut hadir semasa sidang media tersebut adalah peguam Mursyidah dan Setiausaha Akhbar MB Kedah (kenapa tidak Setiausaha akhbar MB sahaja yang buat kenyataan?).

Apa yang kita sedia maklum peguam Mursyidah adalah peguam yang menjadi saksi perjanjian antara AY Trading dan Metro Sunview. Adakah seorang peguam yang menjadi saksi kepada sesuatu perjanjian boleh memihak kepada mana-mana pihak dalam perjanjian tersebut semasa isu berkaitan perjanjian tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah?.

Sebagai orang biasa yang tidak mahir berkenaan undang-undang kita merasakan ianya tidak adil bagi satu pihak lagi.

Dalam pada itu sidang media yang diadakan oleh Setpol MB Kedah menimbulkan dua persoalan.

Pertama, adakah surat tersebut benar-benar ditandatangani oleh CH Lim?. Sekiranya benar CH Lim menandatangani surat tersebut adakah surat tersebut ditandatangani secara sukarela oleh CH Lim tanpa sebarang janji atau ugutan oleh mana-mana pihak?.

Kedua, Sekiranya benar CH Lim tidak terlibat dengan saman yang dikemukakan terhadap AY Trading dan Metro Sunview kenapa CH Lim sebagai pihak yang menuntut tidak hadir ke mahkamah pada tarikh kes tersebut dibicarakan untuk menjelaskan kepada hakim dan menarik balik kes tersebut?.

Boleh dirumuskan di sini bahawa tindakan mendapatkan surat daripada CH Lim tidak lebih daripada langkah “terdesak” yang diambil oleh Setpol MB Kedah dalam cubaan untuk menangkis saman terhadap Metro Sunview dan cuba memulihkan imej pejabat MB Kedah yang tercalar.

Namun Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun pisang.

Surat CH Lim hanya menafikan beliau terlibat dalam tindakan mahkamah terhadap Metro Sunview tetapi tidak menafikan beliau ada membuat perjanjian dengan AY Trading dan tidak menafikan beliau membuat pembayaran kepada Jabatan Hutan bagi pihak AY Trading sebanyak RM10,000.

Metro Sunview juga tidak menafikan ada membuat perjanjian dengan AY Trading untuk mengeluarkan balak daripada kawasan konsesi balak yang diperolehi oleh AY Trading.

Renung-renungkan.....
Print Friendly and PDF

GMI & Pro-ISA ~ Rata-rata Org Melayu (Syabas!!).

Tahniah GMI & G-Menyokong ISA. Hangpa mungkin telah berjaya melaksanakan satu sahaja. Memporak perandakan Kuala LUmpur.. Seluruh KL lumpuh. Org terperangkap & peniaga terpaksa tutup kedai. Ramai yg effected.. SYABAS!!

Begitu mudah & bodohnya org2 kita. Yg datang rata2 org Melayu.. Org Melayu PAS & PKR. Mana org2 DAP? Mana bangsa lain. Jadi paham2 jelah apa yg tersirat. Bila berkenaan dgn protest & kerja2 bawahan org2 Melayu (PKR & PAS) merupakan yg kedepan. Sama ja macam kes di Perak.. Yg baring protest2 org Melayu.. Nampak sgt amat rendah martabat org Melayu. Bangsa lain yg datang boleh dihitung dgn jari.

Yg paling syiok adalah Ketua Pembangkang & konco2 yg datang last minute. DSAI, Tian Chua, Mat Sabu, Mustapha Ali, Saiful Iskandar, Mahfuz Omar, & Lim Kit Siang. Sungguh best & mudah dgn selamba mereka datang berucap sikit & meminta rakyat bersurai. Kepada mereka yg ditangkap & bakal ditangkap kerana berdemo' . Tunggulah & mintalah mereka yg menganjurkan bayar kos guaman anda.

P/s: Sedih Melihat org2 Melayu skrg.. Jadi alat oleh org2 tertentu.....
Print Friendly and PDF

Nisfu Sya'aban.

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
• Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah
• Surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
• Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
• Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

• Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Firman Allah di dalam al-Quran:

“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah al-Mu’min, 40: 60).

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186).

• Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

3. Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

4. Baca surah ikhlas 1000x

5. Berpuasa pada siangnya

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, Adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semuaorang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

3. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam
Print Friendly and PDF

Saturday, August 1, 2009

Kes Balak Che Had.

Alhamdulillah akhirnya kes Balak Bukit Kachi telah diberi perhatian sehingga bejaya dibawa ke mahkamah.

Tiada niat pihak Sungguhka nak memburuk atau mencemarkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS seperti yang di tulis di dalam blog Kedahlanie. Hakikatnya kalau dah salah laku dan Sungguhka mempunya bukti yang kukuh, biarlah rakyat tahu betapa telusnya pemerintahan PAS ini.

Sungguhka merasa hairan, yang terlibat dalam kes ini adalah Che Had, Cikgu Zan, Aziz AY Trading, CH Lim dan Ong Choon Seng, tetapi yang menyibuknya adalah Mohamad Sanusi Md Nor (kalau nak tau Sanusi ni adalah Setiausaha Politik kepada MB Kedah). Sepatutnya AY Trading, Metro Vision, Lim dan Seng menyelesaikan masalah ini. Ini terbalik kod pulak. SU Poiltik MB (Sanusi) dan SU Akhbar MB (Helmi) yang lebih sudu dari kuah (membuat sidang akhbar). Persoalannya adakah MB juga terlibat dalam hal ini.....?

Sekali lagi Sungguhka kehairanan, dalam sidang media yang dibuat semalam 31/07/2009 seperti yang disiarka melalui siaran Berita jam 8:00pm TV3, tidak kelihatan pun CH Lim membuat kenyataan. Mengapa ya.....? Teringat aku semasa pengumuman perletakan jawatan Arumugam (Bekas YB Bukit Selambau), hanya MB sahaja yang membuat kenyataan. Di mana Arumugam ketika itu.....? Tektik sama saja.

Sungguhka tak mau komen apa-apa lagi dalam bab ini kerana semuanya telah diserahkan ke mahkamah. Sungguhka ingin menasihati Sanusi supaya jangan cuba mengugut. Biar mahkamah yang selesaikan.

Yang pastinya CH Lim telah terjerat dalam dua keadaan. Kalau dicabar, Sunguhka tidak teragak-agak menghuraikan apa yang berlaku. Kerana kalian semua Dato' Seri Ustaz Azizan panas pungkok..... "Depa gali, depa kambuih la balik..... tak begitu Ustaz.....?".

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.