Pada 9 Oktober 2009, ramai yang menerima sms bahawa Anwar Ibrahim akan bersumpah di Masjid Bagan Pinang selepas solat Jumaat ternanti-nanti kehadiran Anwar. Seperti biasa, tidak jadi atau tangguh lagi. Pilihan raya Bagan Pinang pun mahu ditangguhnya. Itulah strategi Anwar. Mungkin Anwar banyak belajar strategi baru untuk tangguh ini daripada Al Gore. Buku "The Assault On Reason" tulisan Al Gore pernah dihadiahkan oleh Al Gore kepada Anwar Ibrahim pada 19 Julai 2007. Tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memang pandai buat macam macam alasan dan helah. Semuanya sudah dipelajari dari buku Al Gore tersebut. Sebelum ke Bagan Pinang, Anwar sempat lagi pergi ke Florida untuk melihat mesin mengundi yang mengalahkan godfather nya iaitu Al Gore. Tidak mengejutkan kita, mengapa isu undi pos diguna pakai di Bagan Pinang dan isu e-voting diguna sebagai isu besar dalam pilihan raya kampus. Idea itu datang dari Florida rupanya. Al Gore tidak mahu anak didiknya kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.