Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, June 25, 2009

Pena Editor

Kerajaan Perpaduan : Apa sebenarnya perancangan Hj Hadi?

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Sungguhka…,

Semasa Muktamar PAS yang baru lepas, Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang telah mencadangkan agar PAS berbincang dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan PAS dan UMNO demi survival politik orang-orang Melayu. Cadangan beliau telah disokong oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Cadangan tersebut telah disambut baik oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang sememangnya ingin melihat perpaduan di kalangan orang-orang Melayu. Presiden UMNO dengan ikhlas bersetuju untuk duduk berbincang dengan pimpinan PAS bagi mendengar idea yang dikemukakan oleh PAS berkenaan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh PAS.

Dalam pada itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyuarakan bangkangan sekeras-kerasnya cadangan Presiden PAS untuk berkompromi dengan UMNO. Dengan beralaskan kepada pengalaman pahit semasa bekerjasama dengan UMNO pada suatu ketika dahulu. Bankangan Mursyidul Am PAS itu disokong oleh kumpulannya dan juga parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim yang merasakan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan terjejas sekiranya PAS berkompromi dengan UMNO telah membangkang dan melobi ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain untuk menentang cadangan Presiden PAS itu. DAP yang bercita-cita untuk sama-sama memerintah Negara ini selepas Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri telah juga membantah dengan sekeras-kerasnya.

Ahli PAS yang pro Nik Aziz telah secara terang-terangan menyerang kumpulan Hj Hadi manakala kumpulan yang Pro Hj Hadi mengambil langkah yang lebih berhati-hati demi kepentingan politik mereka dalam PAS. Kumpulan Pro Hj Hadi seperti Hj Azizan Razak Menteri Besar Kedah telah memberikan kenyataan yang agak kabur dan tersirat. HJ Azizan Razak menyatakan, “pihaknya sudah lama mengamalkan perpaduan dalam mentadbir kerajaan negeri termasuk kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan UMNO mahupun pihak-pihak lain dalam memajukan rakyat dan negeri Kedah.”

Akhirnya Hj Hadi mengalah dan dengan terpaksa beliau mengumumkan bahawa PAS menolak Kerajaan Perpaduan yang beliau sendiri cadangkan dan meletakkan kesalahan pada UMNO dan BN dengan mengatakan bahawa UMNO cuba mempergunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Maka tersenyumlah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Cadangan Kerajaan Perpaduan oleh Presiden PAS sebenarnya ada muslihat yang tersendiri untuk kepentingan PAS Trengganu yang ingin mengambil peluang atas kemelut yang dihadapi oleh UMNO Trengganu sekarang ini. Idea Hj Hadi adalah untuk bekerjasama dengan UMNO Pusat dan “membunuh” UMNO Trengganu. Bagi Hj Hadi kemelut UMNO Trengganu membuka ruang kepada PAS Trengganu untuk kembali mentadbir Trengganu atas nama Kerajaan Perpaduan. Selepas berjaya memerintah Trengganu maka alasan akan dicari untuk menyingkirkan UMNO dan PAS mengisytiharkan tidak mahu lagi bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Sebenarnya strategi ini adalah untuk kepentingan PAS Trengganu semata-mata dan bukannya untuk perpaduan Melayu seperti idea yang dicadangkan oleh Hj Hadi
Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. PAS sudah menjadi kelam kabut bila dicadang DAP & PKR untuk bergabung dengan BN untuk tadbir Kedah. Lihatlah jawapan MB Kedah........fakta pun silap seperti isu kuota bumi....mana ada BN bagi kuota bumi serendah 20%? sebenarnya 30%.
    Isu tempat sembelih babi pun MB Kedah nak hantar ke Pendang. Ini tak pernah diumumkan sehingga didesak hari ini. PAS sudah takut kepada desakan DAP.

    Pergi lihat di
    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/30528-ketua-pemuda-gerakan-ketinggalan-zaman-kata-mb-kedah

    ReplyDelete
  2. Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

    "Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

    "Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

    "Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

    "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

    "Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

    "Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.