Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, March 2, 2009

Bangganya Aku Pangkah PAS.

Andainya Pas menang PRU-12 kali ini, aku pasti individu yang bertuah dan dengan bangganya bercerita pada kawan-kawan aku, PAS menang sebab undi aku.

Buat pengetahuan umum, akulah individu yang berusaha siang malam, hujan dan panas untuk pastikan Parti Angan-angan Saja menang.

Jadi, wajiblah aku mendabik dada dan berbangga diri kerana disebabkan usaha aku maka rakyat Kedah dapat melihat PAS membawa kemajuan yang tidak terhingga terhadap AGAMA dan BANGSAku.

Bangga sungguh aku bila melihat :-

1) Pemimpin aku berjaya memperdaya dan menghasut rakan-rakanku supaya mengikut sahaja apa yang disampaikan kerana penyampaian pemimpin aku berdasarkan al-Quran dan hadis Islam sebenar walaupun mereka tahu mereka sebenarnya sudah terpesong jauh.

2) Akibatnya kehidupan rakan-rakanku porak-peranda daripada berakhlak mulia dan menurut perintah Tuhan kepada berakhlak serupa haiwan melampaui hukum Tuhan.

3) Bangga aku melihat pemimpin aku berTOPENGkan jubah dan serban sedangkan aku tahu niat mereka hanya untuk mengaburi mata saudara-saudaraku.

4) Bangga aku melihat pemimpin aku MEMPERMAINKAN ayat al-Quran dan MEMPERSENDAKAN sunnah demi mengejar kemenangan sehingga memperdayakan saudara-saudaraku dengan mengatakan 'mengumpat itu bukan dosa'.

5) Bangga aku melihat rakan-rakanku yang terpelajar berada no.1 dalam carta PENGANGGURAN disebabkan tiada pembangunan disediakan sejak Parti pujaan aku memerintah Kedah.

6) Bangga aku melihat anak-anak sebangsa aku berada no.1 dalam carta RUSUHAN JALANAN.

7) Bangga aku melihat para pemimpin aku berada no.1 dalam carta PENIPU-PENIPU BESAR terkenal di dunia.

8) Bangga aku melihat para pemimpin aku amat senang MENGHASUT anak-anak melayu sehingga terabai kebajikan diri sendiri.

9)Bangga aku melihat pemimpin yang aku lantik telah berjaya mendidik saudara-saudaraku supaya mengikut suruhan Tuhan sehingga terciptanya pelbagai pegangan katanya ajaran Tuhan.

BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.

Teruskanlah tradisi mengundi PAS, Semoga dengan mengundi PAS dapatlah kita lihat anak-anak, cucu-cucu dan keturunan kita dapat tergolong dalam golongan di atas..

UNDILAH.. UNDILAH.. UNDILAH .. Parti Angan-angan Saja.. PAS..

"Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan",
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.