Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, October 6, 2013

Padang Serai Lagi.....

Pemilihan Ketua Bahagian Padang Serai bertambah hangat disaat-saat akhir ini. Saya ingatkan semua proses pancing undi berjalan dengan lancar tanpa ada unsur-unsur tikam belakang. Sempat saya meronda dan meninjau perkembangan suasana berkempen. Rupanya indah khabar dari rupa.

Suasana berkempen tak pernah berubah. Ada saja yang tak betul dikalangan calon-calon yang bertanding terutamnya pertandingan Ketua Bahagian.

Seperti apa yang tertulis di dalam blog-blog yang menceritakan situasi apa yang berlaku itu, saya begitu bersetuju. Kebenarannya amat nyata.

Saya petik dari blog GMC bertajuk "PELIK LAGI UMNO BAHGIAN PADANG SERAI............. KAH...KAH..KAHH" (klik sini)

Peliknya UMNO Padang Serai bila sessi masyuarat cawangan terpaksa dibatalkan beberapa kali kerana keputusan masyurat tersebut kononnya tidak memihak pada pihak tertentu yang ada kepentingan diri. Pemantau yang dilantik pula merupakan kroni kepada calon Ketua Bahagian.

UMNO Bhg Pdg Serai ada lagi ke.....ingat kot dah lingkup ruyup dah....kot..kot UMNO Pdg Serai hidup bermusim...hidup hanya di musim pemilihan, lepas tu mampuih.....dalam musim PRU UMNO Pdg Serai ada yang jadi PAS, ada yang jadi PKR, ada yang jadi DAP dan ada yang jadi bebas, tak kurang juga ada yang jadi kominis. UMNO Pdg Serai teruja, terseronok sangat bila dapat tahu calon-calonnya kalah dalam PRU......wang peruntukan PRU simpan untuk digunakan semasa kempen pemilihan Cawangan dan Bahagian....inilah kerja UMNO Bhg Pdg Serai..semua yang ada tu lebih dahsyat dari yahudi.../tak tau nak cakap spisis jenis apa yang ada dalam UMNO Bhg Pdg Serai......pikiaqlah......

Team Raman ialah Pemuda dan Puteri termasuk Wati, Chot Bai, cekgu madi, zuber kongkang. La ni depa pecah sama sendiri menjadi dah banyak kumpulan serpihan yang sangat bahaya kepada UMNO dan orang Melayu. depa macama bayi ayam kehilangan induk....bercempera...kadang-kadang lupa diri yang dia tu umno@melayu dok masuk kandang PAS, PKR. puak-puak nilah yang jadi barua N Surendran, usung dalam gelap bagi PKR menang, upah tak seberapa....tapi bangga, kononnya depa hebat...semua yang ada dalam umno bhg pdg serai adalah dari keturunan yahudi dan syiah...smuanya ada P.H.D....umno bhg pdg serai selepas era tok det...macam dok ada la ni.....tapi team 6 jahanan ni kata era depa terbaik.....baik punya dok ada...banguna UMNO depa jual...undi umno depa gadai...calon umno depa sabotaj...

Marlia makin kalut bila sah Dermawati bertandingan Ketua Wanita Padamg Serai.kDermawati adalah calon proksi Zuber.Malia adalah musuh Zuber walapun dulu mereka adalah asal satu geng dalam kumpulan enam jahanam.
Rupanya Malia main wayang.Menurut sunber kini Malia mula ubah strategi dengan menyatakan sokong Halim Bas.Kemudian sokong Ku Eashidi.Lepas itu sokong pula Halim Mohd.Setakat ini itulah wayang Malia.
Macam itulah bila makin lama makin tak popular.

ppAnonymousOctober 6, 2013 at 11:21 AM....betoi 100%...dalam ameno Bhg Pdg Serai mana yang cerdik..semuanya ditahap pecacai, paria yang bodoh tak boleh ajaq, pandai tak boleh buat kawan.. Lihat dalam P3, pada awal penubuhan memang OK hebat, kemudian tu sampai ke lani yang ada hanya hampeh, paling tinggi PMR...dalam Wanita pula yang pun gigi dah tinggal dua tiga batang, mana ada idea nak atoq strategi bila ada pilihan raya, buat kerja mohong adalah...Pemuda pulak tu semuanya kaki kencing macam wahab Non sengau.....yang pemuda boleh buat ialah sabotaj....di peingkat cawangan lagilah teruk, jangan cakaplah, yang ada tu hampir 200% tak tau yang dia tu ahli UMNO...yang paling ramai perangai macam cot uban Naga lilit dan mi Taman angsana..pasai tulah dalam Bhg mana ada AJK yang berkualiti....dahlah tu...ada cerita baru melanda UMNO bhg Pdg Serai..pemuda dengan P3 dah buat taik...dulu cerita Rahman pasai bab belakang...kali ni bab Pemuda dengan P3 pasai bab depan pulak.....masing-masing tu ada anak bini pulak tu....nilah yang dikatakan jatuh ditimpa dosa @ bala...nasiblah ameno Pdg Serai...Tok Det juga yang relax...kah...kah..kah....kah...

Ada ahli UMNO cuba mendapatkan maklum balas dari seorang Dato' di Pejabat UMNO Negeri Kedah tentang salahlaku "PEMANTAU" yang dilantik memantau perjalanan mesyuarat cawangan. SMS yang mereka terima dari Dato' tersebut amat menduka-citakan. Dato' meminta mereka merujuk segala permasalahan itu kepada Timbalan Ketua Bahagian (merangkap Ketua Bahagian). Apa cerita ni.......?

Yang terbaru, saya petik dari blog puterasniper bertajuk "UMNO Padang Serai kemana Peruntukkan Wang sebanyak RM 563,940.00 dalam PRU!3,,,?????" (klik sini).  Sekali lagi saya bersetuju seperti apa yang diceritakkan itu.


Perkara ini perlu diambil tindakan serius oleh Perhubungan UMNO Negeri Kedah kerana ianya melibatkan amanah Parti. Ketika saya membuat siasatan hal ini, saya dapati melebihi RM200,000.00 hilang entah kemana. Perhubungan UMNO Negeri Kedah boleh membuat semakan dari fail yang disimpan. Lebih cantik lagi dilibatkan SPRM.

UMNO Kedah khasnya dan UMNO Pusat amnya jangan memandang ringan dengan kemelut UMNO Padang Serai yang membawa rosak susu sebelanga..UMNO Negeri Kedah pula yang kini dibawah pimpinan Dato' Mukriz harap tidak meneruskan budaya lepas tangan jika UMNO Kedah benar ingin mengekalkan kemenangan dalam PRU14 yang akan datang...jika tidak Parlimen dan DUN Padang Serai bakal menjadi sarang PAS/PKR membiak...

PELIKnya UMNO Padang Serai tidak pernah mahu berubah kearah memperkasakan UMNO tetapi lebih cenderung untuk memperkasakan kantung-kantung pemimpin sendiri...dan lebih selesa berada dibawah Parti pembangkang.......

Print Friendly and PDF

Tuesday, September 10, 2013

Padang Serai Yang Hebat.

Setelah sekian lama saya tak menulis akibat daripada blog saya telah di HACK oleh MACAI haram jadah.

Saya buka cerita kali ini berkisarkan apa yang berlaku di Padang Serai.

Bertapa hebatnya Padang Serai yang penuh dengan keunikan tersendiri. Mungkin apa yang saya akan memperkatakan ini menyinggung sesetengah pihak, perkara ini patut diambil perhatian walaupun kedatangan PRU14 masih jauh lagi.

Padang Serai yang milik sepenuhnya PR (Parlimen - PKR, Dun Lunas - PKR & Dun Merbau Pulas - PAS) selama 2 penggal berturut-turut, UMNO masih tidak sedar diri. Seolah-olah hilang hala tuju.  Tiada siapa yang ambil peduli.

Sikap UMNO Padang Serai tak pernah berubah. Percakaran, pertengkaran, menikam belakang dan ........ berleluasa berlaku. Walaupun nampak manis di hadapan tetapi di belakang ahli-ahli UMNO mahupun masyarakat setempat tahu hal sebenarnya.

Semuanya kerana perebutan untuk menjadi Ketua Bahagian.......

Antara calon-calonnya:

  1. Marlia (YB yang kalah PRU13 di tangan YB Aishah guru Pasti. Marlia dok menangis kat Sharizat tak habis lagi ka.......?).
  2. Ku Rashidi (pendatang baru semasa Rahman melepaskan jawatan).
  3. Halim bas (pengaruh dah hilang walaupun cuba menabur).
  4. Halim Mohamad (berhenti jadi cikgu pasal kemaruk nak bertanding dalam PRU12).
  5. Cikgu Mahadi (masalah.......masalah....... dengar kata orang kuat MB).
  6. Zubair (SU bahagian yang telah dipecat oleh Halim bas).
  7. Bakri (low profile dan tak berduit).
Masa PRU12 pakad berebut nak jadi calon. Sabotaj sana-sini. Bab pemilihan Ketua Bahagian pun sama....... Kalau macam ni la, bukannya PRU14.......sampai bila-bila la Padang Serai milik PR. Tambah calon jawatan Timbalan Ketua Bahagian dengar kata hebat juga.

Tolong la berubah sikit. Jangan dok tergilakan kuasa. Ahli-ahli dah loya, mual,muak dengan perangai kalian. Perjuangan yang lari dari landasan sebenarnya. Patut la Perhubunga Negeri tak mahu ambil peduli.

Bukannya saya nak balun UNMO Padang Serai. Ini sekadar nak menulis agar mereka sedar akan pesanan pucuk pimpinan.


Print Friendly and PDF

Wednesday, May 15, 2013

EXCO Kedah 2013.


Datuk Mukhriz membuat satu percaturan di dalam melantik barisan Exco di bawah pimpinan beliau....... Gabungan lama dan baru.

1
Mohd Rawi Bin Abd Hamid
(DUN Air Hangat)
Agama dan Pelancongan
2
Badrol Hisham Bin Hashim
(DUN Kuala Nerang)
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3
Aminuddin Bin Omar
(DUN Jitra)
Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan
4
Tajul Urus Bin Mat Zain
(Dun Tanjung Dawai)
Pelajaran
5
Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail
(DUN Guar Chempedak)
Industri
6
Suraya Binti Yaacob
(DUN Sungai Tiang)
Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
7
Mohd Tajudin Bin Abdullah
(DUN Belantik)
Pemb. Luar Bandar 
8
Norsabrina Binti Mohd Noor
(DUN Bandar Baharu)
Sains Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi
9
MCA

10
MIC

Senarai potfolio lain tidak diisi dengan sepenuhnya lagi…….

Pada dasarnya apa yang aku perhatikan, apakah strategi sebenarnya Tok Mukhriz membariskan Exco beliau yang nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bukannya hak aku untuk mempertikalkan Exco yang telah dipilih oleh Tok Mukhriz.

Persoalanya adakah Tok Mukhriz benar-benar mengambil kira pandangan mahupun pendapat dari mereka yang lebih arif.......?

Tak terkasar jika aku kata, Tok Mukhriz terlepas pandang seolah-olah tidak menghargai penat lelah wakil rakyat yang berhempas pulas bekerja sewaktu Kedah di bawah pentadbiran PAS bertepuk meja dewan demi memperjuangkan kehendak rakyat.

Bagi aku..... Pemimpin yang bijaksana lagi berhemah adalah pemimpin yang tetap pendirian dan tegas; bukan tunduk dengan desakan individu ketepi pandangan ramai.......

Print Friendly and PDF

Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Apa Dah Jadi.......?


Akhirnya sifat lembut dan akur kepada keputusan atasan telah memakan dirinya sendiri. Inilah  yang terjadi kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah yang juga Pengerusi Perhubungan BN Kedah Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah tidak tersenarai di dalam barisan Exco negeri Kedah.

Aku tidak memihak pada mana-mana individu, janji BN berjaya merampas kembali Kedah cukup. Cuma agak terperanjat juga keadaan ini berlaku, walaupun aku pernah memberi komen pasal Tok Bashah ni.

Sejauh mana pihak-pihak tertentu memandang Tok Bashah entah laaaaaaa....... Selepas mengambil alih tugas sebagai PBPNK beliau dengan 4 kerat bersama teman-teman bertunkus lumus bekerja keras untuk mengambil kembali pemerintahan Kedah daripada PAS.

Usaha gigih beliau membuahkan hasil....... PRU13 Kedah milik BN. Terimakasih Tok Bashah.......

Tetapi usaha dan jasamu tiada siapa yang pandang.......





Print Friendly and PDF

Wednesday, April 3, 2013


Antara point2 utama dalam manifesto Pakatan Rakyat:
  1. Harga Minyak Turun.
  2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.
  3. Tarif Air Turun.
  4. Hapus Tol.
  5. Hapus Monopoli.
  6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000.
  7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES.
  8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.
  9. 150,000 Rumah Mampu Milik.
  10. Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.
Fikir-fikirkanlah.......
  1. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.
  2. Tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.
  3. Benda yang kat dalam manifesto itu kebanyakannya berkaitan isu2 yang pernah dibangkitkan sejak dulu dan perkara2 yang memang dekat dengan semua orang seperti minyak, tol, kereta, saman, pendidikan, perumahan, pendapatan, Lynas, pemandu teksi dan sebagainya.
  4. Apa yang ditawarkan rasa kalau betul2 dilaksanakan sukar ditolak dan dibantah oleh semua rakyat tak kira la ko tu penyokong PR atau BN. Harga minyak turun, siapa tak suka? Lalu highway tak payah kena tol, siapa yang tak nak.......? Turun harga kereta, ada ke orang sanggup bayar harga sekarang kalau harga kereta dah murah.......? Tawaran memang macam2, tapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya.......? Tawar macam2 tapi tak ke akan menjejaskan ekonomi negara.......? 
  5. Kerajaan telah peruntukkan RM2.6 billion untuk BR1M pada tahun 2012 sahaja, untuk tahun 2013 ni pula diperuntukkan RM3 billion. Ada orang mempersoal kerajaan belanja duit banyak2 untuk BR1M ni ekonomi tak jatuh ke.......? Walau hutang negara mencecah lebih RM547 billion, tapi aku percaya ekonomi takkan jatuh dan negara takkan muflis kerana Tun Mahathir, DS Ahmad Husni dan Tun Daim sendiri dah cakap yang hutang masih terkawal dan kerajaan masih mampu bayar.
Dengan tawaran dari PR, diorang dah buat manifesto dan nak tak nak mereka kena tunaikan manifesto tu kalau berjaya tawan Putrajaya. Macam mana diorang nak laksanakan.......


"Manifesto bukan suatu perjanjian" Menteri Besar Selangor pernah mengeluarkan kenyataan tersebut berkaitan penduduk2 Selangor yang tinggal di pangsapuri dan kondominium masih belum menikmati subsidi air 20 meter padu percuma bagi atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

So adakah manifesto buku Jingga PR ini bukankah suatu perjanjian.......? Bagi aku mana2 manifesto adalah tawaran dan janji mana2 pihak sekiranya mereka menang pilihanraya.





Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.