Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label YB Radzhi. Show all posts
Showing posts with label YB Radzhi. Show all posts

Friday, September 18, 2009

N.34 - PAS Atau YB RADZI Yang Menjadi Pengkianat.....?

YB RADZI DI COP PENGKIANAT AMANAT RAKYAT. ATAU PENGKIANAT AMANAT PAS.....?

Begitulah bahlolnya yang menjadi pengikut Demontrasi Haram DUN N.34 LUNAS, BERHADAPAN PEJABAT YB RADZI…

Sebanarnya bangsa melayu amnya pengikut-pengikut Demontrasi haram di Paya Besar, Lunas telah diperdayakan dan diperlembukan oleh dalang-dalang talibarut bangsa…kononnya YB Radzi Pengkianat Amanat Rakyat Lunas?

Sedarkah mereka siapa sebenarnya pengkianat? Hanya pengkianat saja yang mengnali siapa pengkianat.

Sebenarnya hari ini YB Radzi telah memerdekakan Rakyat di bumi Lunas dari terus berada dibawah cengkaman dan teluntuk talibarut bangsa.!

Terimalah hakikat ini.Lunas kini sudah bebas dari tipu daya pemimpin-pemimpin yang bijak memutar belit dan pengkianat pada amanat sendiri.

Rakyat Lunas telah bebas dari politik yang hanya sekadar ber-Retorik untuk menegak hukum allah swt. Pada hakikatnya pemimpin mereka sendiri menolak Hukum Allah swt.

Pada mereka “UNDI Cina dan India” penentu kemenangan Islam di bumi Kedah.Dapatkah sekelian bangsa menerima hakikat yang bahlol ini.....?

Apakah mereka lupa Kuasa Allah swt lebih hebat dari suara bangsa di bumi Lunas ini?

Hari ini terbukti Politik PAS telah menipu kita dan bangsa serta pengundi-pengundi di bumi Lunas ini.

Tidak pernah ada dalam perlembagaan PAS maupun Transkrip politik PAS yang menyatakan PAS ingin menegak Hukum Allah swt.

Hari ini terbukti PAS telah mengkianati Amanat Asy-Syahid Ibrahim Libya dalam Tragedi Memali dan juga mengkianati Tragedi Berdarah Lubuk Merbau.

PAS hari ini adalah bertaraf nasi tambah pada politik DAP dan PKR.

PAS tidak mampu bersuara tanpa DAP dan PKR.

PAS diperkuda oleh sekutu-sekutu mereka untuk meraih undi bangsa.
Sedarlah wahai rakyat Lunas jangan kita terus diperlembukan oleh talibarut bangsa.

Hari ini terbukti PAS tidak mampu bersuara untuk kepentingan orang Melayu tanpa mendapat restu DAP dan PKR.
Print Friendly and PDF

Siapakah Yang Layak Melepaskan Jawatan.....?

Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.”
“Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.”
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan…” – HARAKAH DAILY.

MASYAALLAH…. PUTAR BELITNYA LAPORAN AKBAR MEREKA YANG LEBIH THAGHUT DARI YANG DOK ADA.....
.
TEKANAN SEMAKIN HEBAT KEATAS ADUN LUNAS.....?

DARI SIAPA.....?

DARI PENGUNDI-PENGUNDI DUN LUNAS.....?

DARI PENYOKONG-PENYOKONG PKR.....?

DARI TALIBARUT-TALIBARUT BANGSA YANG GILA KUASA.....?

ATAU DARI AZIZAN RAZAK YANG BIJAK BERMUKA-MUKA.....?

Didalam bulan puasa ini janganlah PAS bijak bermuka-muka ingatlah pada Allah ta’ala…itu namanya menipu bangsa.

Sudah lupakah pada dosa dan pahala sejak DAP menjadi gembala,walaupun kopiah dan serban diatas kepala.....?

Siapa Lebih pengkianat jika dibandingkan YB Radzi dan Gobala.
Sudahkah PAS SENARAIKAN kebiadap Gobala berbanding Radzi yang membuat pilihannya sendiri.

Siapa dalam sejarah Politik bangsa baik Mat Sabu atau Mahfus atau pemimpin-pemimpin utama dalam PAS sendiri pernah memukul pihak berkuasa.....?

Apakah selama ini pemimpin-pemimpin PAS “DAYUS” berbanding Pengurusi Kelab Penyokong PAS Gobala.....?

Hari ini adakah PAS lebih reda dengan sikap Gobala semata-mata dia menjadi DANA politik untuk memancing undi pengundi bukan Islam supaya memihak pada PAS.....?

Berbanding YB Radzi yang tidak sanggup bersekongkol dengan tipu daya serta putaq belit pemimpin PAS di Kedah hari ini.

Lalu PAS persembahkan pada Sultan agar dilucutkan jawata EXCOnya kerana tidak memihak pada mereka.Seperi yang dijelaskan oleh Zulkifli Nordin.....?

Bagaimana pula dengan kes bekas YB Bukit selamabau yang melepas jawatan dan hari ini..tapi masih berada dalam selimut PAS dan mampu pula untuk mengurus projek rakyat?

Sedarkah kita mainan politik Azizan Razak hari ini.

Sedangkan ada projek rakyat yang dibawa oleh YB Radzi ditolak mentah-mentah dengan alasan projek kesinambungan UMNO oleh EXCO PAS yang biadap dan KURANG AJAR itu.....?

Beranikah Azizan Razak bersemuka dengan rakyat hari ini diatas kebiadapan dan kurang ajar exconya hari ini?

Apakah ini bukan PENGKIANAT AMANAT RAKYAT.....?

Sedarkah Azizan Razak dengan kebiadapan segelintir EXCOnya yang berlidah biawak itu hari ini.....?

Siapa yang lebih pengkianat pada amanat rakyat hari ini YB Radzi atau segelintir exco-exconya yang lebih busuk dan cabuk hatinya melebihi bangkai.

Atau MB nya sendiri.....?

Sedarkah Azizan Razak yang bertaraf Ust itu tentang pengkianatan PAS hari ini? Atau masih dengan alasan bodoh dan bahlolnya.....”saya tak tau apa-apa.....”

Jika itulah alasannya SELAMA INI.....

Elok sajalah Azizan Razak sendiri berudur dari jawatan yang ada dan gantikan dengan orang lain yang lebih berwiba dari terus menjadi pengkianat pada anak bangsa berbanding YB Radzi yang ada.

INI TEGORAN IKLAS PADA PEMIMPIN PAS YANG DOK ADA. TIDAK ADA SEBARANG AGENDA POLITIK GILA KUASA SEPERTI MEREKA.

PENEGAK KEBENARAN DARI TERUS MEMBIAR RAKYAT DIPERKUDA.
Print Friendly and PDF

Rakyat Lunas Tidak Sebangang Talibarut Bangsa.

Raja Pakau salah seorang perancang yang memainkan peranan utama merancang disabalik mengadakan Demontrasi Haram yang kononnya mendapat arahan dari pihak tertentu,maklumat yang diterima GMC dari salah seorang yang dijemput dalam perjumpaan sulit malam sebelumnya.

Katanya Demontrasi haram yang dirancang lebih awal itu, tidak banyak mendapat sambutan kerana mereka masih merasa ada sesuatu yang tidak kena.

Sebanarnya banyak agenda disebalik Demontrasi haram yang bertemakan “DUN LUNAS PENGKIANAT” yang GMC terima, ekoran dari Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Diantarannya adalah ada usaha-usaha untuk merebut jawatan ketua Bahagian Padang serai yang kini masih kekosongan ekoran pengistiharan Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan,yang mungkin belum disahkan proses pembubarannya.

Selain daripada itu factor demdam kesumat yang belum terbalas oleh Raja Pakau dan kuncu-kuncu mereka dalam pemilihan calun pada PRU12 yang lepas.

Walaupun 5 senarai calun lebih awal diserahkan pada pihak tertentu oleh ketua bahagian yang terdahulu untuk menentukan calun yang akan bertanding di DUN N.34.

Tetapi masih terdapat tentangan dari Raja Pakau dan kuncu-kuncunya di peringkat awal.
Dan apabila YB Radzi mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Inilah peluang dan kesempatan yang ditunggu-tunggu oleh Raja Pakau dan kuncu-kuncu mereka menangguh diair keroh melalui Isu tersebut dengan mengadakan perjumpaan yang agak tergempar dan sulit di Pejabat Gobala pada malam sebelumnya untuk mengadakan satu

Demontrasi Haram yang bertemakan “Radzi Pengkianat”

Lihatlah bertapa bijaknya mereka menipu bangsa dengan menganjurkan demontrasi haram membabit rakyat dan bangsa dengan bertemakan “YB RADZI PENGKIANAT AMANAT RAKYAT”

Inilah hakikat sebenarnya disebalik Demontrasi haram yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu untuk merosak perpaduan yang sedia ada serta untuk memprovokasi politik serta kepimpinan mereka kononnya merekalah penegak keadilan pada rakyat Lunas ini.

Mereka seolah-olah ingin bertindak hero pada rakyat Lunas,tetapi dibaliknya terselit agenda peribadi politik mereka.

Tidak hairan Demontrasi Haram tersebut tidak mendapat sambut selain penglibatan kuncu-kuncu mereka.

Berita yang mengatakan terdapat 300 -400 yang terlibat adalah satu pembohongan ia hanya sekadar Provokasi pihak tertentu.

Berita yang kami terima dari rakyat tempat bilangan anggota FRU dan Polis lebih ramai dari yang terlibat dengan demontrasi tersebut..

Cuma mungkin provokasi pihak-pihak tertentu melibatkan jumlah keseluruhan bilangan penonton dan orang awam yang berdekatan kebetulan berada dikawasan perniagaan menyaksikan kebodohan mereka yang berdemontrasi.

Lihatlah bertapa biadap dan kurang hajarnya mereka membabitkan rakyat melalui agenda politik mereka.

Hakikatnya hari ini siapakah dalang dan talibarut yang kurang hajar disebalik demontrasi haram di Lunas tersebut yang membabitkan nama rakyat Lunas.

Tepok dada tanyalah kepala lutut anda… pasti sudah mendapat jawapannya ..rakyat tidak se bahlol PEMIMPIN-PEMIMPIN mereka yang diperkuda oleh DAP.

Pada pemimpin-pemimpin politik tertentu sedarlah masih ramai lagi rakyat lunas amnya yang mampu berfikir lebih waras dari pemimpin di Kedah hari ini.

Janganlah Kalian menggangap Rakyat Lunas lembu seperti segelintir pemimpin yang ada.

Kerana kami yang melantik kalian dan kami juga mampu menerajang kalian ke longkang bila sampai waktunya. Ingat.....!
Print Friendly and PDF

Monday, August 24, 2009

ADUN LUNAS kini BEBAS.....

Mengulas kepada perihal pembubaran PKR Bahagian Padang Serai. PKR Padang Serai adalah diantara Bahagian PKR yang paling awal sekali ditubuhkan. Dan semalam, 23hb Ogos bersamaan 2hb. Ramadhan, Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, En. Jamaludin Abu Hassan telah mengumumkan pembubaran Bahagaian PKR itu bersama 200 orang ahlinya termasuk ADUN Lunas, Mohd. Radhi Salleh, untuk keluar parti. Mereka bertindak demikian atas alasan tidak lagi percaya pada Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya. Mereka menyatakan bahawa perjuangan PKR hanyalah bersifat kepentingan peribadi pucuk pimpinan dan tidak mempedulikan bangsa Melayu. Malah pucuk pimpinan PKR juga didakwa mendahulukan "perut" masing-masing berbanding rakyat jelata.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka mempunyai rakaman audio yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya Gobalakrishnan yang merupakan Ahli Parlimen Padang Serai untuk melakukan kekecohan pada hari penamaan undi di Permatang Pasir tempohari. Pendedahan ini secara langsung mengakui dakwaan Tun Mahathir bahawa Anwar Ibrahim adalah pencetus kekacauan dan huru-haru di Malaysia.

Selain itu, difahamkan bahawa punca sebenar PKR Padang Serai dibubarkan adalah demi menyelamatkan Islam. Mereka menyedari bahawa kedudukan Islam tidak terjamin jika negara diperintah oleh manusia seperti Anwar Ibrahim ini. Hanya mampu berkhutbah dan menyebut bebeapa potong ayat Al-Quran, namun begitu aktif men"jual" Islam kepada kepentingan Yahudi dan agama lain selain dari men"downgrade"kan kedudukan Islam di Malaysia. Anwar sanggup juga menjual Islam demi memenangi hati dan undi masyarakat bukan Islam. "Sesumpah" itu kelihatan aktif bermuka-muka dikalangan rakyat, beretorik dan berseloka dongeng palsu tentang harapan.

Menurut sumber, semua ahli PKR Padang Serai mengumumkan keluar dari PKR sahaja, namun mereka tidak menyertai mana-mana parti. Ini adalah kerana mereka tidak menyukai UMNO. Namun seorang pemimpin "underground" berpengaruh di Padang Serai, mereka memang benci kepada UMNO, namun mereka kini lebih membenci PKR! Tidak tahu lah pula kenapa sampai begitu sekali bencinya bekas ahli PKR Padang Serai itu kepada Anwar. Mungkinkah berpunca seperti yang didakwa? Atau mungkinkah ada "seorang" lagi yang telah menjadi mangsa "sodom" Anwar di Padang Serai? Siapa tahu? Satu persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar mahupun salah seorang "jambu" di Padang Serai? Bukan fitnah, sekadar pertanyaan...

Tidak dinafikan bahawa semua ahli PKR dan ADUN Lunas itu telah difitnah dan dicaci maki oleh puak-puak "pelampau" PKR. Sebagaimana yang terjadi di Perak, ADUN UMNO yang mulanya "melompat" masuk Pakatan Rakyat dipuji melangit. Malah tindakannya itu dikatakan sebagai "demokrasi sebenar" oleh Pak Nizar dan se"kutu-kutu"nya. Namun, apabila ADUN itu melompat kembali ke UMNO dan dalam masa yang sama 3 ADUN Pakatan Rakyat mengisytiharkan sebagai bebas, maka puaslah dimaki hamun di caci cerca. Ayat "sudah dibeli" adalah satu kemestian untuk digunakan. Malah ADUN-ADUN itu juga menerima ugutan bunuh dan sebagainya. Hakikatnya, hilang sebutan "demokrasi sebenar" dan Nizar bertukar sifat sebagai pencacai Ngeh dan Nga yang "gila talak"! Sabar sajalah ADUN Lunas. Memang begitu rendah moral PKR dan kepimpinannya. Nasib baik YB sedar awal!

Hakikatnya. PKR inilah pencetus kepada pepecahan ummah. Melayu Muslim berpecah hanya kerana kepentingan si'mata lebam" mendapat kuasa sebagai PM. Bila Pak Lah dan Najib yang menjadi PM, maka bertambah geramlah hati busuk si Anwar. Apa tidaknya? Sedang Anwar begitu hampir diberi mandat oleh Tun Dr. Mahathir sebagai penggantinya, Anwar terpaksa merengkok di penjara Sg. Buloh apabila salahlakunya terbongkar! Salahnya sendiri. Mengapa pula hendak disalahkan kepada Tun M pula? Anwar yang salah guna kuasa, Anwar yang meliwat, kenapa pula Tun M dan rakyat Malaysia pula yang harus dipersalahkan. Kalau benar konspirasi Kerajaan, bila dan dari mana pula asal-usulnya gelaran "Al-Juburi" itu diberikan kepadanya? Apakah gelaran itu dari pemimpin UMNO dan diberikan kepada Anwar selepas atau sebelum pendakwaan 1998-1999?

Ayuh, sedarlah umat Islam. YB Radhi dan bekas ahli PKR yang teramai di Kedah sudah sedar dari tipu daya Anwar. Sempena Ramadhan ini, syaitan-syaitan telah dukurung Allah dan yang terlepas hanyalah anak didik syaitan-syaitan itu. Sedarlah demi penyatuan ummah Melayu Muslim di Malaysia. Minda kita telah dizalimi oleh sahabat-sahabat yang disayangi Yahudi dan "Freemason". Selamatkanlah Islam, diri kita dan tanahair ini dari kerakusan nafsu pertualang negara alaf ini. Semoga sinar perpaduan dan penyatuan ummah Melayu Muslim di Malaysia bertaup kembali. InsyaAllah. Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Petikan: DukeOfUMNO.
Print Friendly and PDF

YB Radzhi Kianat Kepada Pengkhianat.

Kata mantan ADUN PKR Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh, dia sanggup keluar dari PKR sebab tak percaya lagi kepada kepimpinan PKR yang mengutamakan agenda peribadi seseorang bukanya berkhidmat untuk rakyat.

Anwar al-Juburi pula memberitahu, tindakan Radzhi hanya mengkhianati amanah rakyat kerana pengundi mengundinya sebelum ini. Anwar al-Juburi juga mahu dia lepaskan jawatan sebagai ADUN sebagaimana dilakukan oleh Fairuz dahulu.

Tetapi Abe hendak tanya Anwar al-Juburi kenapa Anwar mahu mewujudkan kerajaan 16 September dengan menggalakkan YB Parlimen BN lompat parti ke Pakatan. Adakah itu tidak dikatakan mengkhianati rakyat!!!

Sama juga dengan bekas ADUN Bota, Nasaruddin apabila lompat ke PKR dikatakan lebih demokrasi dan apabila mereka lompat ke BN semula dikataka n mengkhianati amanah rakyat!! Hujah Anwar al-Juburi sama dengan 'fatwa' Nik Aziz yang mengatakan lompat ke BN tidak elok, haram tetapi lompat ke Pakatan balik, dapat pahala. Sah lah Nik Aziz pun dah jadi 'pejuang' kepada pengkhianat.

Kata Radzhi, kekecohan yang berlaku di Permatang Pasir juga angkara perbuatan Anwar al-Juburi yang mahu mewujudkan ketegangan di sana apabila 'Go-Bala' melaungkan 'reformasi'. Apa yang hendak hairan, rusuhan dan demonstrasi di KL baru-baru ini juga angkara Anwar al-Juburi. Apabila TPM, Muhyiddin kata Anwar sebagai pengkhianat, merandam gila pula jadinya pula Anwar al-Juburi. Mengaku aje lah.

Jangan kerana slogan anak melayu, anak aku, anak cina dan india anak aku -membuktikan Anwar Ibrahim seorang 'bapa' yang penyayang. Yang disayang adalah kuasa. Bahkan Azmin Ali juga disayangi sebab 'bini Azmi Ali, bini aku (Anwar al-Juburi). Sampai bila tidak boleh selesai dengan perjuangan dan propaganda Anwar al-Juburi hinggakan Presiden PAS, Abdul Hadi pun sanggup menjadi ulama penipu dan Nik Aziz menjadi ulama pencarut abad ke-22.

Bagi Abe, Radzhi bukannya penakut macam Hassan Ali yang memperjuangkan haknya mengenai isu arak di Selangor. Kena 'jelir lidah' pun dah tarik balik isu itu. Itu belum kena tendang macam Timb Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa sudah dua tiga kali masuk pembedahan sebab takut kerana menyokong Kerajaan Perpaduan.

Radzhi lebih berani kerana sanggup menjadi ahli bebas. Hassan Ali, penakut beruk. Nak berjuang dan berjihad konon, kena 'romen' kat Liu pun dah takut teramat sangat. Bayangkan kalau PAS Selangor kata, Hassan Ali kau ditendang dari PAS dan EXCO. Agaknya Hassan Ali mencium tangan seluruh ahli PAS Selangor sebagaimana dilakukan oleh Nasaruddin Mat Isa. Hassan Ali hendak Berjihad hendak dapatkan tander projek boleh lah.

Radzhi tidak kisah kehilangan kuasa sebagai EXCO Kedah kerana dia seorang yang berani dan sanggup mengkhianati Anwar Ibrahim- yang sememangnya seorang pengkhianat. Kini MB Kedah, Azizan tak semena-mena berjumpa dengan Sultan Kedah untuk mengosongkan kerusi EXCO yang disandangnya. Bandingkan sekali lagi dengan Hassan Ali, ibarat langit dengan lubang bumi. Berani dengan pengecut.


Kata Anwar al-Juburi

Kata Anwar Ibrahim dalam blognya, Radzhi mungkin diberi rasuah berjuta-juta ringgit. Anwar tetap menyalahkan SPRM kerana tidak menyiasat perkara ini sedangkan tidak ada laporan dibuat. Alasan Anwar al-Juburi, ADUN Kulim, Sdr Lim Soo Nee pernah ditawarkan RM4-5juta untuk lompat parti menyokong BN.

Abe hairan kenapa Anwar sanggup menuduh begitu sedangkan Radzhi bukan menyertai BN sebagaimana berlaku di Perak, 2 DUN PKR dan seorang DUN DAP menjadi DUN bebas bukannya menyertai mana-mana parti kompenan BN.

Kemudian Anwar Ibrahim memberitahu, "Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)"

Bagi Abe, kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Radhzi terkeluar dari tajuk kenapa dia 'blah' dari PKR. Anwar al-Juburi cuba mewayangkan dengan isu tertentu sebagaimana ceramahnya di Permatang Pasir.

Apa kena mengena antara Radzhi keluar PKR dengan isu Toeh Beng Hock yang kini dalam proses di mahkamah!!!

Sepatutnya Anwar Ibrahim memberitahu apa yang hendak dibawa di Permatang Pasir sekiranya Pakatan menerajuinya lagi. Adakah lebih ramai orang Melayu dan India akan dihalau oleh Cina DAP?

Dari Sok Sek-sok sek, Abe mendapati terdapat 2 sebab utama kenapa Radzhi keluar PKR.
  1. Tidak mendapat projek dari Pakatan di Kedah kerana semuanya dibalun oleh PAS dan DAP. Radhzi hanya tercorot sedangkan di EXCO yang perlu diberi 'sedikit' habuan.
  2. Pakatan Rakyat diterajui PAS sebenarnya dipimpin oleh DAP.

Perbezaan kerusi antara DUN PAS dengan BN di Kedah hanya 2 kerusi sahaja, iaitu BN-14, PAS-16. Yang menentukan pemerintahan PAS ialah ANWAR dan DAP.

Abe- ada isu panas lagi. Dengar khabar India yang buat kecoh semasa hari penamaan calon di Permatang Pasir, 'Go-balan' akan disaman oleh pihak polis yang dikasarinya dan dia juga dikatakan diperguna oleh Anwar Ibrahim untuk menimbulkan provokasi pada hari berkenaan. Bertambah panas ...

Abe- agaknya berapa majoriti yang akan dimenangi oleh PAS di Permatang Pasir? Dari 5000 undi ada tahun 2008, setahun kemudian (2009), adakah PAS akan kekurangan sokongan di kawasan Big Bossnya!!! Kita tunggu jam malam nanti.

Yang semua orang tahu PAS akan menang. Kini orang PAS sudah meraikannya. Siasah kata, DAP jangka PAS akan menang sedangkan PAS sendiri kini berjuang sendirian apabila Haji Hadhi sudah tidak kelihatan di Permatang Pasir.PAS semalam memberitahu yang mereka akan menang walaupun 'satu' undi.

Yang orang tak ramal dan diluar kotak pemikiran kita, adakah PAS akan tewas dikubu kuat Anwar.

Print Friendly and PDF

Koya-Koya, Pandai Kau Cakap Pasal Buruk Orang

Jam 4.00 petang, Abe 'membelek' Harakahdaily 24 Ogos 2009, dalam internet. Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya memberitahu Radzhi keluar dari PKR lebih baik kerana dia tidak membawa apa-apa faedah kepada Pakatan mahupun BN.

Kata Koya, (bagi orang Kelantan maksud koya ialah orang yang suka mengelamun), calon ini memang bermasalah dan wajar dibersihkan dari PKR. Begitu hinanya pada pandangan PKR sekiranya ada calon lompat parti kerana tidak puas hati.

Cakap pasal tidak puas hati, kata Koya, Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM). Radhzi juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Mak oii, lezernya minah nie. Tahu lah dia tu perempuan. Tahulah Mami jarum asal Pulau Pinang, jadi jangan pula Koya kau nak jadi Mami Jarum kat Kedah pulak. Senang-senang hentam orang. Abe nak tanya Koya, kalau dah tahu si Radzhi 'jantan tak guna' apa hal pulak kau dan PKR suruh Anwar al-juburi lantik jadi wakil rakyat. Laki kau aje yang berguna, lantiklah dia jadi ADUN kat situ kenapa lantik Radzhi semasa pilihanraya baru-baru ini.

Yang lucunya, kenapa hal rumahtangga Radhzi menjadi isu. Kalau masalah rumahtangga menyebabkan calon itu perlu letak jawatan, Abe percaya ramai dan berlambak ADUN dan YB Parlimen dari PKR yang ada masalah rumahtangga. Azmin ALi pun bergaduh sakan bila dapat tahu yang dia pernah berdisco dengan big bossnya di Anwar. Azizah pun bergaduh bila dia dapat tahu janji Anwar untuk tidak bermain dubur dilakukan walaupun pada usia senja 50-an.

Koya pun rasa bahagia sangat ke hendak campur urusan rumahtangga Radhzi!!! Jaga makan minum anak yang balik sekolah sudahlah, jangan dok sibuk-sibuk main politik, itu nasihat Abe.

Jaga 'itik' suami tu, nanti suami Koya pasang "cawangan baru PKR' (Pinang, Kahwin Ramai). Kalau itik terlepas, jantan betina tak kenal, jadi macam kes Anwar al-Juburi kira kau Koya akan kena cerai macam DUN PAS. Banyak ke nafkah yang suami kau Koya boleh kasi. Tahu pun, Abe pun lezer juga.

Ketika Alwi Che Mat DUN Kok Lanas, ketua pembangkang dari Kelantan menyuruh Adun Galas Chek Hashim Sulaima (PAS) yang sakit-sakit sendi tu meletak jawatan kerana tidak boleh bekerja, Nik Aziz bingkas menjawab, sepatutnya orang Islam itu saudara, kita kena melawat orang yang sakit bukan suruh dia letak jawatan.

Untuk pengetahuan, kata Harakahdaily, Adun Galas, Che Hashim Sulaima kini berada di Guangtong, China untuk menjalani rawatan barah di sebuah hospital di sana. Beliau kini semakin sembuh. abe MIE rasa silap haribulan kat situ pula ada pilihanraya kecil. Manik Urai jadinya.

Berbalik isu Koya, katanya, Radzhi ketika memegang jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia menyalahgunakan kuasa. Dia mengumpul kekayaan atas jawatan itu. Koya berhujah, Radzhi suka memiliki kilang, kedai dan harta semasa memegang jawatan berkenaan. Dia bukan seorang YB yang mementingkan tanggungjawab untuk rakyat sebaliknya menggunakan pengaruhnya untuk memperolehi kekayaan.

Kalau betul lah kata Koya, kenapa dia tidak awal-awal memberitahu supaya letak jawatan!!! Kalau begitu, sudah tentu ramai YB da ADUN PKR yang perlu letak jawatan kerana menyalahgunakan kuasa. Sekiranya disiasat oleh SPRM, ketika mereka dalam PKR, Koya kena ingat, al-juburi akan kata- kenapa siasat orang DAP Cina dan Melayu PKR pula.

Koya menjelaskan, PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.

Jadi Abe beranggapan, adakah PKR akan gembira sekiranya lebih ramai ADUN PKR keluar parti sehingga jatuhnya Selangor dan Kedah kepada BN nanti. Gembira juga ke Koya?
Print Friendly and PDF

Sunday, August 23, 2009

Akhirnya YB Mohammad Radzhi Salleh Menolak Pakatan Rakyat.


Hari ini, YB Mohammad Radzhi Salleh mengistiharkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada YB kerana demi kebenaran bekorban untuk anak bangsa.

Semoga YB teruskan perjuangan.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.