Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label P94 Ulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label P94 Ulu Selangor. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Analisa Hulu Selangor 2.....

1. Keseluruhan jentera dan pimpinan BN terkejut beruk dengan keputusan undi Cina di HulSel. Walaupun sudah ada laporan risikan bahawa undi Cina memang dijangka akan meningkat dari PRU-12, namun jauh di sudut hati masing-masing pimpinan dan penyokong BN yakin rangsangan-rangsangan ekonomi selepas Najib jadi PM serta program 1Malaysianya boleh dapat swingkan sikit undi Cina.

2. Ternyata semua ini meleset sama sekali.

3. Rupa-rupanya telahan risikan dan Lim Kit Siang lebih tepat. 72% pengundi Cina mengundi PKR. Dan jika kita lihat lebih dalam lagi tentang kedua-dua calon dan kaitkan pula dengan trend pengundian kaum Cina, keputusannya memang patut menakutkan BN.

4. Pertama, calon PKR Zaid Ibrahim orang Melayu sedangkan lawannya seorang non-Malay. Kalau mengikut sentimen sekarang, ramai pemerhati beranggap kaum Cina memang menyampah sangat dengan orang Melayu. Sepatutnya mereka lebih bersedia untuk mengundi calon India iaitu Kamalanathan. Tetapi ramalan ini meleset.

5. Kedua, Kamalanathan lebih kurang macam anak tempatan, datang dari bandar Rawang yang berdekatan, sedangkan Zaid anak Kelantan, negeri yang amat asing bagi Cina Hulu Selangor. Sepatutnya sentimen ini juga membantu BN, tetapi ia langsung tak relevan untuk PRK kali ini.

6. Ketiga, daripada 17,000 pengundi Cina di Hulu Selangor, 7,000 adalah ahli MCA. Sebaliknya angka menunjukkan hanya lebihkurang 4,760 pengundi Cina mengundi BN. Mana perginya baki ahli MCA itu?

7. Keempat, undi kaum Cina konsisten di setiap saluran. Maksudnya, orang Cina tua dan muda sama banyak menolak BN. Ini bertentangan dengan pola pengundian sebelum ini, di mana walaupun pengundi Cina muda (saluran 4 dan 3) memang menolak BN, tetapi pengundi Cina tua (saluran 1 dan 2) dilihat lebih seimbang; BN kalah tak banyak. Kali ini, BN kalah teruk di semua saluran.

Sampel Peti Undi Cina di HulSel:

Sampel peti undi Kg Baharu KKB ini berulang di semua kawasan majoriti Cina, terutama di kesemua 13 peti undi Kampung-Kampung Bahru Cina - kesemua saluran 1-4 menolak BN secara konsisten)


8. Beberapa soalan menarik timbul daripada statistik undi Cina di atas.

9. Pertama, Adakah trend ini bersifat ”local” dan disebabkan faktor-faktor lain seperti pergaduhan dalaman MCA Bahagian (seperti yang didakwa Chua Soi Lek) ataupun ini juga trend nasional?

10. Bagi saya, berdasarkan perenggan 4-7 di atas, dan berdasarkan pemerhatian umum dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Cina peringkat grassroots di kawasan saya sendiri, trend ini sebenarnya bersifat nasional. Dan trend ini jelas selari dengan kempen Pakatan Rakyat yang sudah lama dijalankan di peringkat nasional supaya rakyat Cina menolak BN.

11. Kedua, soalan Cepumas, Mengapa?

12. Chua Soi Lek memberikan 3 sebab; (i) pergolakan dalaman MCA Hulu Selangor, (ii) stature Zaid Ibrahim di peringkat naisonal berbanding Kamalanathan yang tidak dikenali pengundi dan (iii) kenyataan sensitif pemimpin BN peringkat nasional dan juga Perkasa.

13. Ulasan pertama saya ialah Chua Soi Lek ni jelas malu nak cakap sebab ke-4, iaitu bahawa dia sendiri tak ada integriti sebab kantoi jadi pelakon blue dalam video seks, dan sehubungan itu jatuhnya integriti MCA sebab memilih seorang yang bermoral busuk menjadi Presiden.

14. Tapi dalam kita melekehkan Chua Soi Lek porno ini, kita harus ingat beliau juga tahu apa yang beliau cakapkan. Dalam posting ini saya tak berminat menyentuh sebab (i) dan (ii) yang beliau beri, tetapi sebab yang (iii) tu saya setuju benar.

15. Selepas PRU-12, orang Melayu rasa betul-betul terkejut dan tertekan dengan suara-suara yang didengar dari orang2 Cina dan India yang mengasak dan mempertikaikan hampir kesemua aspek orang Melayu di Malaysia ini sehingga sampai berani mendebatkan perkara paling pokok sekalipun (isu Kalimah Allah). Dan balasannya, orang Melayu ramai yang bangkit dalam berbagai bentuk, termasuklah melalui platform Perkasa. Akibatnya, kenyataan-kenyataan agresif membela Melayu dikeluarkan, dan ini menakutkan pula Kaum Cina dan India. Ia menjadi satu 'vicious circle'; aku kutuk kau, kau kutuk aku, aku kutuk kau lagi hebat, etc, etc, berterusan tanpa penghujung.

16. Malangnya, ada pemimpin UMNO juga dilihat terlibat dalam pertembungan ini. Kenyataan Datuk Nasir Safar, Datuk Noh Omar dan TPM Tan Sri Muhyiddin, dan ditambah pula dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dalam Perhimpunan Agung Pertama Perkasa dijadikan peluru oleh penentang BN untuk menakutkan pengundi Cina Hulu Selangor. Perkara ini diasak mereka bertubi-tubi dalam ceramah dan kempen rumah ke rumah, dan itulah faktor utama yang menyebabkan undi Cina jatuh ke tahap paling teruk 28% bagi BN.

17. Dan kita yakin jika kawasan yang sehulu Hulu Selangor menunjukkan trend sebegini, bagaimana pula kisahnya di kawasan yang penduduknya”urban”, lebih terdedah kepada isu-isu nasional? Bagaimana dengan kawasan seperti Lembah Pantai, yang peratusan pengundi Cinanya hampir sama dengan peratusan Hulu Selangor. Rasanya kita boleh tambah kurang-kurang 5% lagi swing undi Cina ini ke Pakatan Rakyat jika pilihanraya diadakan sekarang.

18. Walau bagaimanapun, bagi saya, bukan semuanya buruk untuk BN. Najib masih baru, dan konsep 1Malaysia beliau mungkin masih belum meresap dalam jiwa rakyat lagi. Kabinet yang ada masih kabinet Pak Lah, dan muka-muka liability nanti boleh diganti dengan muka-muka yang lebih berkaliber pilihan beliau sendiri sebelum PRU-13. Samy Vellu akan turun, dan ini saja boleh swing undi rakyat Malaysia pelbagai bangsa balik ke BN beberapa peratus. Chua Soi Lek porno juga dijangka menguatkan kedudukan beliau dan menyusun semula MCA segenap peringkat, dan jika MCA boleh menghentikan pergolakan dalamannya, faktor ini juga mampu menarik balik sedikit undi Kaum Cina.

19. Namun dari pemerhatian saya dan perbincangan dengan sahabat-sahabat kaum Cina, apa yang kebanyakan orang Cina mahu ialah supaya pemimpin UMNO menghormati perasaan mereka. Dan saya setuju sebenarnya. Apa yang selalu terjadi ialah kenyataan-kenyataan anti-Melayu dikeluarkan oleh pihak menyokong Pakatan Rakyat, baik dari DAP ataupun dari individu dan pihak yang menyokong mereka, seperti penyumbang-penyumbang Malaysiakini. Tetapi sebagai respon pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari UMNO membalas dengan membantai kaum Cina secara keseluruhan. Mereka tidak sedar yang itu semua ialah perangkap penyokong PR, yang sebenarnya memang mengharapkan respon sebegitu. Jadi selepas ini eloklah Najib mengeluarkan moratorium kepada seluruh pemimpin UMNO sehingga ke peringkat cawangan sekalipun supaya menghentikan terus segala kenyataan keras mengenai isu bangsa, sebaliknya sentiasa menggunakan ayat berlapik dalam memperjuangkan hak mereka. InsyaAllah jika kaum Cina melihat yang orang UMNO sentiasa beradab dan berhemah dalam mempertahankan hak mereka,maka tidak mustahil BN boleh dapat kembali sebahagian undi Cina yang kehilangan ini.

Print Friendly and PDF

Analisa Hulu Selangor 1.....

Berakhir sudah PRK Hulu Selangor. Tanggapan asal saya bahawa Kamalanathan akan menang terbukti, walaupun saya menjangkakan majoriti jauh lebih besar. Cuma satu saja yang saya takut, iaitu peralihan sokongan dari orang-orang Felda. Rupa-rupanya mereka tidak menghampakan BN dan Najib.

Mari kita lihat satu-persatu faktor-faktor dan fenomena-fenomena yang kita lihat sepanjang kempen dan juga hasil undian, supaya sama-sama kita dapat belajar daripada apa yang dipaparkan.

1. Fenomena yang paling besar saya lihat ialah tentang the Biggest Loser kali ini. Siapa? PKR? Anwar? Zaid? MIC? MCA?

Bukan. Jawapannya, the biggest loser utk PRK HulSel ini tak lain tak bukan ialah PAS.

1.1 Kekalahan teruk PAS kepada UMNO di kalangan pengundi Melayu Hulu Selangor

Sesiapa yang memang terlibat dengan politik secara harian di peringkat Cawangan mesti tahu bahawa dalam kebanyakan bahagian di Malaysia ini kecuali yang betul-betul majoriti Cinanya sangat besar, pertembungan utama ialah di antara PAS dan UMNO. PKR boleh dikatakan langsung tak masuk ‘book’, dan hanya akan timbul bila ada pilihanraya. Mungkin lepas PRU-12 dulu PKR lebih hidup di kawasan-kawasan yang ia jadi wakil rakyat, tapi itupun sebenarnya tak adalah aktif mana dan selalunya menumpang aktiviti PAS. Malah di Lembah Pantai pun yang wakil rakyatnya anak Presiden Parti dan Penasihat Parti merangkap Puteri Reformasi pun begitu, apatah lagi di tempat lain.

Di Hulu Selangor pun begitu. Seperti di tempat-tempat lain di Malaysia, kawasan-kawasan Melayu yang dulunya mengundi UMNO, telah ditembusi oleh PAS sejak zaman reformasi (1998) sehingga sekarang. Cawangan-cawangan baru mencanak-canak naik. Ceramah dapat sambutan hangat. Kemuncaknya bila pengundi-pengundi Melayu bekaspengundi UMNO ini bersatu dengan Cina dan India penyokong Hindraf memberi Parlimen HS kepada PKR.

Tetapi dalam PRaya Kecil ini nampaknya arus tadi sudah berpatah balik. Mereka yang menyokong PAS dan mengundi PKR nampak gayanya sudah sanggup mengundi BN.

Dan soalan yang paling menakutkan di kalangan pemimpin Melayu Pakatan Rakyat sekarang ialah:-

Kalau MIC yang dibenci segenap rakyat pun boleh menang lawan seorang Calon Nama Besar Melayu, bagaimana kira-kiranya jika UMNO lawan PAS sekarang di kawasan majoriti lebih 70% Melayu?? Tidakkah PAS akan tertonggeng?

Jadi sebenarnya yang kalah paling teruk di Hulu Selangor ialah PAS, rakyat Hulu Selangor nampaknya sudah ramai yang berhenti menyokong mereka.

1.2. Rosaknya Imej PAS di kalangan rakyat berbangsa Melayu seluruh negara.

Selepas PRU-12, semua orang yang minat politik sedar strategi UMNO terhadap PAS, iaitu menyerang kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PAS membela diri dengan mengatakan ianya fitnah, tetapi betulkah fitnah?

Kalau dulu sebelum PRU 12 dan wujudnya Pakatan Rakyat, langsung tiada orang bukan Islam yang berani mempertikaikan ttg kedudukan Islam dan mengulas isu-isu agama Islam, tetapi selepas PRU 12 dan wujudnya Pakatan Rakyat, suara-suara ini seperti halilintar setiap kali isu Islam menjadi polemik dalam media.

Isu fatwa berkenaan Yoga, isu Azan dan khutbah diperlahankan di Masjid-masjid di Selangor, isu permintaan hak sama rata antara tanah dan belanjawan negara terhadap peruntukan masjid dan kuil dan tokong, isu Lina Joy, isu pengharaman Arak di Shah Alam, dan yang paling besar isu Kalimah Allah.

Bukankah dalam isu-isu ini penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lah yang paling kuat menentang, memperli dan menghina Islam; dalam Malaysiakini (penyokong PR), dan dalam beratus-ratus blog mereka.

Yang dahsyatnya, ramai daripada penghina ini turut merupakan orang Islam sendiri, dengan nama-nama besar seperti Haris Ibrahim (penyokong PR), Art Harun (penyokong PR) dan sebagainya. Dan paling menyedihkan, penyokong-penyokong PAS tegar turut sama membuta tuli menyokong mereka.

Rakyat marhaen Islam Melayu melihat perkara ini. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat bagaimana hero-hero Islam kononnya dalam PAS senyap sunyi tanpa berkata apa-apa bila isu-isu ini timbul. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat bagaimana nama-nama besar dalam PAS seperti Tuan Guru Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi diam membisu seolah-olah memberikan penentangan senyap. Dan Rakyat marhaen Islam Melayu sudahpun menghukum PAS, mula-mula di Bagan Pinang dan kini di Hulu Selangor.

Pemimpin-pemimpin puak Erdogan PAS terutamanya sibuk menjaja bahawa sikap UMNO ialah mempertahankan Ketuanan Melayu dan ketuanan melayu itu assabiyah. Tapi disebabkan adanya ketuanan Melayu itu lah begitu tinggi jumlahnya anak-anak kampung Melayu dapat keluar dari dunia kampung mereka berhijrah ke asrama-asrama penuh, berhijrah ke matrikulasi-matrikulasi, dan akhirnya menjadi kelas menengah Melayu. Disebabkan ketuanan Melayu itulah kita ada excuse utk mewujudkan FELDA, RISDA, FELCRA, Tabung Haji dan beratus lagi badan lain yang membantu secra langsung umat Melayu. Tanpa ketuanan Melayu, mampus kita hendak ”fight” untuk semua itu. Kalau sekadar bantah konsert Rihanna atau konsert Ella sempena 100 hari Pakatan rakyat Selangor pun Pemuda PAS Selangor dimaki dan disuruh balik ke gua oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, apatah lagi untuk hal-hal sebesar itu! Sorry, mati hidup balik pun PAS takkan dapat menang bila melawan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dan sekali lagi Rakyat marhaen Islam Melayu melihat perkara ini. Rakyat marhaen Islam Melayu juga melihat bagaimana Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu diburukkan oleh penyokong Pakatan Rakyat. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat betapa lemahnya PAS, dan bagaimana takutnya PAS, dan bagaimana berdolak-daliknya PAS. Dan Rakyat marhaen Islam Melayu sudahpun menghukum PAS, mula-mula di Bagan Pinang dan kini di Hulu Selangor. Dan bacaan saya ialah Rakyat marhaen Islam Melayu akan terus menghukum PAS, sehingga PRU-13 akan datang.

1.3 Kejatuhan Imej PAS di kalangan Penyokong PR sendiri

Sesiapa yang memang terlibat dengan politik tempatan secara harian dan juga kempen pilihanraya tak kira Praya Umum atau Kecil juga tahu yang petugas-petugas pilihanraya semua datang dari PAS. Buat banner, buat poster, gantung poster, keluar duit, sebar risalah, PACA, rayu undi, semuanya dari PAS. Mungkin lah kat tempat-tempat macam kat Lembah Pantai kita ni ada sikit-sikit orang PKR. Tapi kat tempat lain, haram.

Dan kita lihat di HulSel ini satu fenomena yang luar biasa sekali. PAS tak berkempen sangat pun! Semua orang sedar perkara ini, dan hanya selepas ia dibangkitkan di peringkat nasional, barulah PAS menghantar kontingennya.

Kenapa? Adakah PAS sendiri sudah sedar? Takkan lah sebab geli dengan Zaid sampai macam tu sekali? Dan bukankan fenomena geli dengan Zaid ini merupakan apa yang PAS sendiri redha bila duduk dalam Pakatan?

Yang pastinya, kesuam-suam kukuan PAS berkempen dilihat oleh semua penyokong PR dan mereka betul-betul marah dengan PAS. Jatuh imej PAS, sedangkan mereka lah yang akhirnya bersusah payah berkempen merayu undi, menampal gerak kerja pilihanraya PKR yang terlalu lemah.

Dan bukan itu sahaja. Laporan yang diterima menyatakan PAS turun berkempen utk PAS dan bukan untuk PKR turut dilaporkan meluas. Dan yang bestnya, Nik Aziz juga dituduh begitu. Ceramahnya bukan nak menyokong Zaid sangat, tapi lebih kepada nak taichi supaya orang jangan tuduh PAS. Penyokong PR nampak benda ini, makin teruk imej PAS.

Akhir sekali, kebongkakan dan kebodohan Nik Aziz menyumbang kepada kekalahan Zaid, dan penyokong PR sedar perkara ini. Mula-mula sekali, Nik Aziz dengan bongkak kata orang Kelantan tahu halal haram, jadi undi saja lah Zaid. Habis, orang Selangor tak tahu halal haram. Apa yang Nik Aziz imply tu sebenarnya? Itu statement menghina. Budak-budak muda tempatan minum teh tarik yang saya jumpa di mamak KKB begitu marah dengan statement itu, dan sudah tentu ramai lagi yang merasa begitu.

Dan tak payah cakaplah pasal Nik Aziz menghina Sultan Selangor. Orang FELDA tu orang Melayu lah Nik Aziz, depa sayang Sultan. Datang dari luar, menghina Sultan orang.

Kesemua ini disedari penyokong PR, dan disebabkan ia terjadi last minute, semua usaha PR membasuh busuk Nik Aziz gagal. Marah lagi penyokong PR dengan PAS.

Print Friendly and PDF

Sunday, April 25, 2010

P94 PAS Tipu PKR Di Hulu Selangor.....?

Sebagaimana yang kita tahu, jentera PKR di Hulu Selangor amat lemah. Ada yang boikot, ada yang merajuk dan sebagainya. Ditambah pula dengan saiz kawasan pilihanraya yang besar.

Apabila melihat jentera PKR lemah, maka PAS mengambil kesempatan menghantar petugas mereka kononnya untuk membantu kempen. Peringkat awal mereka hantar 2-3 ribu petugas. PKR kata tidak cukup lagi, maka PAS tambah 10 ribu lagi petugas.

Apa lagi, PKR syok gila lah bila jentera PAS turun bantu kempen.

Rupa-rupanya PKR kena tipu.....

Berbelas ribu orang jentera PAS yang datang kesini bukannya membantu kempen PKR, tetapi mereka datang untuk 'mempromosikan' PAS dan seterusnya menguatkan cengkaman mereka di Hulu Selangor.

Mereka masuk ke kampung-kampung, taman-taman dan Felda bawa borang PAS bersama dan mereka tarbiahkan orang-orang di sana agar menyertai PAS.

Mengikut Wak Mahat dari Felda Soeharto, lima orang petugas PAS datang ke rumahnya menerangkan kepadanya dasar PAS dan kebaikan yang dibawa oleh PAS.

Keadaan yang sama juga berlaku di Taman Sri Batang Kali, Sg.Buaya, Taman Bunga Raya serta tempat-tempat lain.

Apabila ada penduduk yang menolak ajakan mereka kerana tidak mahu bersekongkol dengan PKR dan PAS , mereka berkata kerjasama PAS dengan PKR dan DAP hanya sementara sahaja. Sekadar untuk memperkudakan dua parti terbabit bagi memperluaskan pengaruh PAS.

"Kerjasama ini sementara sahaja pakcik, kita pun benci DAP dan PKR. Tapi kita terpaksa guna mereka sementara waktu. Tok Guru dah bagi jaminan, kita tidak akan lama dengan DAP dan PKR". Kata 'tukang promo'.

Sambungnya lagi "kita tidak boleh berkuasa tanpa mereka,kerana kita tak cukup ahli. Sebab itu sekarang ini kita nak ajak pakcik dan jiran-jiran masuk PAS. Bila kita sudah kuat, maka dalam p/raya akan datang kita akan tuntut kerusi Hulu Selangor dari PKR dan juga di tempat-tempat lain".

"Selepas itu bila kita sudah menang banyak kerusi, maka kita bolehlah jadi PM dan lepas itu DAP serta PKR akan duduk dibawah kita". Itulah antara ayat-ayat kempen puak-puak PAS untuk mengajak orang-orang Hulu Selangor menyertai PAS.

Menurut Wak Mahat, ada antara petugas-petugas PAS yang berkata mereka merasa berat untuk berkempen bagi pihak Zaid Ibrahim. Lebih baik mereka kempen untuk PAS.

Itulah dia Parti PAS. Sebuah parti yang opportunist atau mengambil kesempatan. Asal ada ruang sahaja mereka akan kesempatan untuk kepentingan mereka, tidak kira dimana dan dari sudut mana. Di Masjid, di gereja, di tokong, hatta dalam jamban sekalipun.

Begitulah juga semasa mereka berada dalam BN satu masa dulu. Dicanangkan cerita kononnya BN menipu mereka. Yang dicerita hanya yang itu. Dia tak cerita yang dia menipu Umno.

Pada masa itu mereka menggunakan pendekatan subversif dan mengambil kesempatan untuk menguatkan pengaruh mereka dalam BN, dengan mencuri ahli-ahli Umno dan memecah belahkan Umno dengan hajat agar mereka dapat menguasai BN. Yang ini PAS tidak ceritakan kepada orang ramai.

Akhir kata padan muka PKR , buta-buta kena tipu dengan PAS di Hulu Selangor.

TIPAH TERTIPU BEB.....
Print Friendly and PDF

Saturday, April 17, 2010

Harakah Yang Pernah Mengecam Zaid Ibrahim Mengenai Isu Murtad Kini Menjilat Kembali Ludahnya.

Pepatah Melayu yang mengatakan "Pelanduk Mudah Melupakan Jerat, Tetapi Jerat Tidak Pernah Melupakan Pelanduk" amat bertepatan dengan apa yang berlaku terhadap Haprakdaily, lidah rasmi parti PAS. PAS dan Harakah yang selama ini menemplak dan mengecam Zahid mengenai isu murtad Lina Joy, kini menjilat kembali ludah dan kahak mereka dengan mengangkat Putera Katak Tonggang ini sebagai calon wakil rakyat Pakatan Haram Hulu Selangor.

Sekiranya PAS dan Haprakdaily telah melupakan apa yang pernah diucapkan oleh Zaid Si Putera Katak Tonggang ini, saya sertakan kembali kata-katanya yang pernah tersiar di lidah rasmi parti berkenaan:

"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam. Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam. Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita? Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman."

Sumber: Haprakdaily
.

Apa kata Nik Aziz mengenai perkara ini. Adakah beliau akan mengeluarkan fatwa baru? PAS sepatutnya bukan sahaja menyokong pencalonan Zaid sebagai calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, meraka seharusnya lebih berani mengatakan KAMI PENYOKONG PENAGIH ARAK TEGAR JADI CALON KAMI DAN KAMI BERDIRI TEGUH DENGAN ORANG YANG MENYOKONG KUAT ISU MURTAD DI KALANGAN UMAT ISLAM. Saya cabar PAS. Saya cabar pengikut-pengikut fanatik PAS.
Print Friendly and PDF

Friday, April 16, 2010

Tolak Botol Kicap, Pilih Botol Todi..... Tu Dia PAS FOR ALL.....

Di Kelantan masa dalam UMNO, Zaid dikenali dengan nama Zaid Brandi... Alhamdulillah kerana dia sudah terkenal dengan Zaid Brandi di kalangan rakyat Kelantan sendiri…..

Memang benar Pakatan Rakyat terutama PAS tidak kisah samada calon pilihan mereka kaki Brandi/todi atau pun calun botol kicap..... janji jika botol kicap PAS mampu copkan botol kicap itu dengan ulama Wa mau garu lu…lu mau garu wa ka..asalkan calun tersebut mampu memenangkan mereka..

Syarat utamanya jangan sesekali calun tersebut tidak menyanggah politik mereka….. mufti pun PAS anggap bapak Syaitan jika tidak menyokong perjuangan mereka…

Jadi tidak hairanlah jika ulama Sliparnya lebih awal lagi sudah bersabda….. syaitan pun jika dicalunkan PAS sanggup sokong jika bersama dengan perjuangan mereka….. inikan pula Brandi air kecing syaitan yang menjadi minuman resmi pemimpin mereka…..

Tidak temasuk ulama laksa cina….. yang melantak tidak hirau haram dan halanya…janji dapat memenuhi nafsu seleranya itu pun langau-langau PAS masih saggup mengaku itulah pemimpin terbaik mereka…..

Kononnya….. “pun begitu dahulunya YB Saifudin Nasution memberi kenangan manis kepada pengundi berbagai bangsa!” tegas langau mereka janji pemimpin tersebut mampu bersabda wa mau garu lu….. ka….. atau lu mau garu wa ka…..

Jadi di hulu Selangor factor calun samada kaki botol,kaki todi,kaki melantak laksa cina dikaki lima yang belum tentu atau sudah pasti haram itu tidak termasuk dalam fatwa ulama King Leather….. maupun ulama slipar….. tidak masakan ada fir’un kecik dan besar dalam politik mereka.

Ini telah dibuktikan oleh bekas hulubalang mereka….. yang sudah puas mereka mengampu telornya satu ketika …..

Hari ini hulubalang yang mampu berkhutbah dan berceramah tersebut….. sudah bertaraf haiwan kepada mereka kerana tidak dapat terus menjadi lembu seperti mereka.....

Inilah nilai pemimpin pada mereka..…tuak, arak, anjing dan babi bukan lagi ukuran nilai pemimpin Islam pada mereka….. kerana mereka mampu mencipta anjing menjadi kucing….. babi menjadi kambing..... halal bila berada dalam dakapan mereka…..

Haram pula hukumnya jika terlepas dan mengigit pemimpin mereka…..

Hari ini isu kapiaq..... PAS tidak lagi mampu bersuara…menempik dan bertakbir…kerana bekas “KETUA DEWAN ULAMAK PAS” pernah berfatwa dan menjelaskan ciri-ciri munafik yang bijak bermuka-muka.....

orang-orang munafiq ini mereka yang mengmbil orang-orang kafir buat kawan baik.

Sehidup semati.

Sesirih sepinang,
sebantal, setelaga setimba,
semampus sehidup.
Semerintah negeri, sedewan.
Sama-sama jadi wakil rakyat,
sama-sama jadi menteri,
sama-sama jadi exco,
sama-sama jadi timbalan menteri,
sama sama mengampu sesame mereka.….

Siapa adik kakak yang sedang berkempin untuk menipu bangsa di Hulu Selangor hari ini…???

Fatwa dari bekas “KETUA DEWAN ULAMA PAS”…..

Itulah dia pemimpin-pemimpin yang munafik yang wajib disepak kelongkang saja kerana bijak bermuka-muka dengan hukum Allah ta'alla..lebih-lebih lagi yang sudah jelas kaki todi dan arak yang kecewa….. lebih baik memilih botol kicap dari botol Todi !!

Hari ini terbukti setakat kaki todi..... kaki melantak laksa cina yang haram halalnya tidak diambil kira itu bukan ukuran untuk memilih pemimpin pada mereka..... yang penting mampu memutaq belit bangsa.....

Print Friendly and PDF

Kisah Pujuk Rayu Anwar dan Azmin .....

Nampaknya, musim pilihanraya kecil adalah juga ‘musim rajuk dan ugut’ kebanyakan ahli politik kita. Tak kiralah kerajaan ke pembangkang. Sama sahaja. Ada sahaja kalangan mereka yang menganggap mereka ‘indispensable’ dan terlalu menyumbang kepada parti. Kononnya tanpa mereka, parti bungkus dan pimpinan melarat. Dalam konteks Hulu Selangor, ada dua kes yang cukup nyata bahawa politik rajuk dan ugut ini menjadi ‘modal politik’ kepada sesetengah pihak.

Semalam Azmin dipanggil ke Segambut. Dah dekat tengah malam. Sepanjang hari, Pak Sheikh cuba bercakap dengan Azmin – tetapi gagal. Maka, Pak Sheikh tahu ’soft spot’ Azmin adalah Izzah. Betul Izzah dah berumahtangga, tapi Izzah besar depan mata Azmin. Azmin anggap Izzah jelmaan Kak Wan. Lembut, cantik dan intelligent. Azmin dah lama mempunyai hubungan yang rapat dengan Izzah. So, Anwar pun tahu – Izzah akan mampu memanggil Azmin datang.

Azmin cuba berlagak seperti biasa. Seperti tidak ada apa-apa. Padahal, Anwar tahu bahawa Azmin sudah melahirkan rasa kecewa kepada Dr Halili dan sekumpulan penyokongnya di Hulu Selangor. Azmin kecewa kerana dia tidak mahu Zaid di Selangor. Ini petaka politik kepadanya. Apatah lagi, apabila Tian Chua dan Gobalakrishnan mengatakan Zaid sebagai ‘Presiden PKR’ to be. Berdesing telinga Azmin. Dia tak boleh terima.

Anwar beritahu kepada Azmin bahawa Zaid adalah pilihan yang lebih baik berbanding Dr Halili. Azmin diam. Azmin tidak menjawab satu patah pun. Inilah baiknya Azmin, kalau Pak Sheikh bercakap – dia tidak akan lawan. Diam sahaja.‘Now, you highlight your concern’, kata Anwar.

Azmin hanya menyatakan beberapa perkara umum. Akar umbi (ayat politik biasa) sedikit sangsi dengan proses penentuan kepimpinan selepas ini. ‘Your case is still on Sir’, tegas Azmin. What’s next? Are you considering Zaid as successor?’, tegas Azmin.

‘Not at all’. Kata Pak Sheikh. You’ll always be my harapan. Zaid is there to make him visible in Parliament. We need a stronger man to handle constitutional matters. Things are getting more delicate in Parliament – kata Pak Sheikh.

Are you with me Min? tanya Pak Sheikh.

Yes….but. Saya tidak mahu diberikan peranan utama. Saya membantu, yes. Tapi let the ‘big man’ handle (Khalid Gagap). I don’t want to get involved. Selain daripada itu, mereka bercakap soal lain. Soal – bagaimana Najib beria nak berjumpa Obama di States. Ada ketika, settle masalah bunyinya.
Print Friendly and PDF

'Faktor Najib' Taruhan Di Hulu Selangor.

Tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama masyarakat India di Bukit Teratai, Hulu Selangor baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa. Beliau yang berjalan dengan kalungan bunga malai sepanjang lawatan itu, tiba-tiba didakap oleh seorang warga tua berbangsa India yang sungguh terharu, terkejut dan teruja selepas melihat wajah Perdana Menteri secara dekat. Peristiwa seperti ini jarang dapat disaksikan.

Sepanjang lawatan, Najib yang diiringi Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan beberapa pemimpin utama MIC turut meluangkan masa beramah mesra sambil mendengar bisikan hati mereka dengan tenang dari satu destinasi ke destinasi lain.

“Kami dapat melihat keikhlasan dan kejujurannya daripada mata dan wajahnya. Kami amat bertuah kerana dapat berjumpa Perdana Menteri secara bersemuka. Bukan senang berjumpa Perdana Menteri. Ini adalah peristiwa paling bersejarah bagi kami di kawasan ini. Kami amat bertuah,” kata seorang penduduk kepada penulis.

Lawatan Najib ke Bukit Teratai bersama masyarakat India yang diadakan sempena genap setahun dilantik sebagai Perdana Menteri, meninggal kesan mendalam kepada masyarakat India di sana. Yang pasti bagi penduduk Bukit Teratai nama Najib kini sudah mula menjiwai perasaan dan hati mereka.

Gaya kepemimpinan inklusif Najib jelas sekali berjaya menambat hati masyarakat India yang kini sudah melihatnya sebagai ‘pemimpin harapan baru’ untuk memperjuang nasib masyarakat India selaras gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Justeru, ramai juga berpendapat ‘faktor Najib’ dijangka boleh mempengaruhi seramai 12,549 pengundi India pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Masyarakat India di Hulu Selangor juga mahu melihat MIC keluar daripada ‘dilema penafian’ apabila berdepan mereka ketika musim berkempen di Hulu Selangor.

Malah keputusan Perdana Menteri untuk meletakkan calon MIC bertanding, jelas menunjukkan dasar kongsi kuasa bersama parti komponen yang lain, walaupun ada tekanan kuat daripada Umno bahagian di situ. Keputusan meletakkan calon MIC jelas sekali menunjukkan Barisan Nasional (BN) begitu komited memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini.

Kini tumpuan ke arah ‘siapakah bakal calon BN’ yang mewakili MIC. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon BN secara rasmi esok. Malah beliau yang juga Pengarah Jentera BN sudah membayangkan calon BN ialah anak tempatan di situ.

Sudah ada macam-macam spekulasi mengenai nama bakal calon selepas membaca mesej yang tersirat dan tersurat daripada Muhyiddin. Menjelang malam ini, nama bakal calon dijangka diketahui secara tak rasmi. Bukan saja penduduk Hulu Selangor menantikannya, malah seluruh rakyat Malaysia mahu melihat wajah calon MIC yang bakal membawa cabaran BN dan MIC pada 25 April ini.

Seperti diketahui umum, MIC sudah menamakan Palanivel yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor selama empat penggal bermula dari 1990 hingga 2008, sebelum kecundang pada 2008. Beliau yang juga Penyelaras BN Parlimen Hulu Selangor dikatakan cukup sibuk bertemu penduduk Hulu Selangor serta menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dari pagi hingga lewat malam.

Beliau juga merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya diberikan peluang kedua dan terakhir bagi dirinya membuktikan kemampuannya kali ini. Sudah tentu laluan Palanivel bukan senang sekiranya dicalonkan semula.

Keputusan Pilihan Raya Umum 1990 hingga 2004 yang membabitkan kemenangannya dulu, tidak boleh dijadikan sandaran lagi. Apatah lagi fenomena politik negara sudah berubah dengan drastik selepas BN dikejutkan dengan tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-12.

Namun, di sebalik nama Palanivel, ada beberapa nama lain dikatakan turut menjadi perhatian tingkat empat Putrajaya termasuk Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V Mugilan dan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan. Mugilan yang juga Naib Ketua Pemuda MIC berasal dari Hulu Selangor yang dilahirkan di Ladang Kerling.

Di satu sudut lain pula, semua pihak perlu sedar terhadap calon pilihan rakyat dan cita rasa mereka. Sudah tiba masanya untuk ahli MIC ‘bercakap benar’ mengenai situasi sebenar sekiranya mahu melihat calon mereka menang dengan bergaya. Budaya ampu-mengampu, politik retorik dan politik syok sendiri yang perlu dibuang segera supaya MIC kelihatan sebagai sebuah parti relevan untuk masyarakat India sepanjang masa.

Lupakan pasal calon buat seketika. Jangan terlalu ghairah. Sesiapa saja yang terpilih sebagai calon nanti bakal berdepan tugas dan tanggungjawab besar. Kemenangan menjadi calon bukan segala-galanya dalam politik. Perlu ingat, mereka bukan calon MIC, tetapi calon BN. Calon Satu Malaysia.

Sekiranya Palanivel terpilih, beliau juga perlu berani berdepan isu ditimbulkan rakyat ketika berkempen nanti. Jika calonnya muka baru, seluruh jentera MIC perlu melipatgandakan usaha menangkis segala tohmahan dan tuduhan yang bakal dilemparkan pembangkang.

Jangan terlalu yakin. Jangan terperangkap dengan strategi PKR. BN perlu lebih bersedia semua aspek sekiranya mahu menumbangkan siapa saja calon PKR nanti. Memang tidak dapat dinafikan sejak PRU 2008, MIC diserang, dikecam dan dikritik hebat. Ramai pemimpin utama tersingkir termasuk Samy Vellu, Palanivel, Ketua Pemuda, Ketua Wanita termasuk juga beberapa muka baru.

Tidak semestinya muka baru boleh menang dengan mudah. Imej parti perlu berubah sekiranya kita mahu mengharapkan sokongan rakyat. - Berita Harian

Oleh B. Anbumani.

Print Friendly and PDF

Beribu-ribu Orang Hadiri ceramah Anwar Ibrahim di P94 !

A picture tells a thousand words.....!

Inilah yang penulis boleh katakan apabila melihat foto dibawah. Jelas sekali bahawa Pakatan Rakyat gagal untuk menarik minat rakyat Hulu Selangor. Ceramah di adakan di Dewan Cina, Kuala Kubu Bahru.

Kita pun tahu bahawa Anwar Ibrahim amat mengharapkan undi daripada kaum Cina di Hulu Selangor tetapi jika beginilah sambutan yang diterima, Pakatan Rakyat pasti akan tewas.

Beribu-ribu' hadirin yang datang ke ceramah Pakatan Rakyat.

Apa yang diharapkan ialah jentera pilihanraya MCA dan Gerakan mesti serius dan bekerja keras untuk menambat undi kaum Cina di Hulu Selangor. Mereka perlu membuktikan kerelevanan parti mereka di dalam Barisan Nasional dengan memastikan kaum Cina Hulu Selangor menyokong mereka.

Print Friendly and PDF

Wednesday, April 14, 2010

P94 Ulu Selangor - Pas dahulu dan PAS sekarang.....

Dulu.....

Tarik balik saman hudud, elak bala lebih besar : Husam

KOTA BHARU, Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Zaid Ibrahim diminta menarik balik samannya ke atas kerajaan negeri berkaitan hukum hudud, bagi mengelak bala lebih besar menimpa rakyat Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Haji Husam Musa berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku ada orang Islam yang sanggup mencabar hukum Allah di mahkamah.

Jangan biarkan hukum tersebut tergantung di mahkamah. Ini kerana ia boleh mengundang bala daripada Allah Taala, katanya pada ceramah di Kampung Gong Dermin dekat sini, malam tadi.


Sekarang.....

PKR Pilih Zaid

KUALA LUMPUR, 14 April: Pakatan Rakyat melalui PKR memilih calon pilihan ramai apabila menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Nama Zaid diumumkan sebagai calon PKR oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah malam tadi. Turut serta di majlis itu adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan DAP .
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.