Sunday, November 13, 2011

Kerajaan Kedah Ada Peruntukan Mencukupi, Tidak Perlu Bantuan Pusat - Azizan.


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata kerajaan negeri mempunyai peruntukan mencukupi untuk membuat persediaan menghadapi banjir dan tidak memerlukan bantuan pusat.

Beliau berkata berdasarkan persiapan yang dilakukan sekarang, peruntukan sedia ada memadai untuk menampung keperluan. "Umno pula dah siap semuanya....kita tumpang dialah. Ringan sikit beban kerajaan negeri...terima kasihlah kat Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.

Bagaimanapun Azizan berkata jika keadaan memerlukan, kerajaan Kedah akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan pusat.

Katanya lapan daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, Kulim, Padang Terap, Bandar Baharu, Pendang dan Pokok Sena masing-masing akan menerima dua bot yang ditempah khas kerajaan negeri esok, untuk digunakan semasa banjir.

Beliau berkata kesemua bot tersebut yang bernilai hampir RM200,000 diperbuat daripada aluminium dan boleh membawa sembilan penumpang dewasa. -BERNAMA

Dipetik dari mStar.

1 comment:

  1. Salam.
    Hebat dan gentleman Ustaz Azizan. Tertutup segala pintu cemuhan yg bakal ke udara oleh UMNO.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.