Tuesday, August 4, 2009

PKR Prmtg Pauh Nak Tendang PAS Dari Permatang Pasir.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi parti itu supaya PKR meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan gerakan PKR di kawasan Permatang Pasir adalah kuat dan mantap.

Katanya, mereka telah mengemukakan cadangan itu kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan berharap ia diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Ketika bercakap kepada pemberita semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang penduduk di Permatang Pauh, di sini hari ini, beliau bagaimanapun menasihatkan mereka agar menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang kelak.

Suntingan - Pejuang Bangsa

1 comment:

  1. Salam:
    Mengapa bukit selambau PKR memilih calun dari Kelab Penyokong PAS.Mengapa tidak meletak calun PKR? Pelik dan ajaib...

    Ayoh Azizan Razak,,,,,tonjolkan orang dari kelab kita...

    Mengapa di Bukit selambau Azizan Razak sibuk dengan Colon dari KELAB PAS?

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.