Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, May 15, 2013

EXCO Kedah 2013.


Datuk Mukhriz membuat satu percaturan di dalam melantik barisan Exco di bawah pimpinan beliau....... Gabungan lama dan baru.

1
Mohd Rawi Bin Abd Hamid
(DUN Air Hangat)
Agama dan Pelancongan
2
Badrol Hisham Bin Hashim
(DUN Kuala Nerang)
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3
Aminuddin Bin Omar
(DUN Jitra)
Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan
4
Tajul Urus Bin Mat Zain
(Dun Tanjung Dawai)
Pelajaran
5
Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail
(DUN Guar Chempedak)
Industri
6
Suraya Binti Yaacob
(DUN Sungai Tiang)
Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
7
Mohd Tajudin Bin Abdullah
(DUN Belantik)
Pemb. Luar Bandar 
8
Norsabrina Binti Mohd Noor
(DUN Bandar Baharu)
Sains Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi
9
MCA

10
MIC

Senarai potfolio lain tidak diisi dengan sepenuhnya lagi…….

Pada dasarnya apa yang aku perhatikan, apakah strategi sebenarnya Tok Mukhriz membariskan Exco beliau yang nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bukannya hak aku untuk mempertikalkan Exco yang telah dipilih oleh Tok Mukhriz.

Persoalanya adakah Tok Mukhriz benar-benar mengambil kira pandangan mahupun pendapat dari mereka yang lebih arif.......?

Tak terkasar jika aku kata, Tok Mukhriz terlepas pandang seolah-olah tidak menghargai penat lelah wakil rakyat yang berhempas pulas bekerja sewaktu Kedah di bawah pentadbiran PAS bertepuk meja dewan demi memperjuangkan kehendak rakyat.

Bagi aku..... Pemimpin yang bijaksana lagi berhemah adalah pemimpin yang tetap pendirian dan tegas; bukan tunduk dengan desakan individu ketepi pandangan ramai.......

Print Friendly and PDF

Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Apa Dah Jadi.......?


Akhirnya sifat lembut dan akur kepada keputusan atasan telah memakan dirinya sendiri. Inilah  yang terjadi kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah yang juga Pengerusi Perhubungan BN Kedah Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah tidak tersenarai di dalam barisan Exco negeri Kedah.

Aku tidak memihak pada mana-mana individu, janji BN berjaya merampas kembali Kedah cukup. Cuma agak terperanjat juga keadaan ini berlaku, walaupun aku pernah memberi komen pasal Tok Bashah ni.

Sejauh mana pihak-pihak tertentu memandang Tok Bashah entah laaaaaaa....... Selepas mengambil alih tugas sebagai PBPNK beliau dengan 4 kerat bersama teman-teman bertunkus lumus bekerja keras untuk mengambil kembali pemerintahan Kedah daripada PAS.

Usaha gigih beliau membuahkan hasil....... PRU13 Kedah milik BN. Terimakasih Tok Bashah.......

Tetapi usaha dan jasamu tiada siapa yang pandang.......





Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.