Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, September 22, 2012

#TanyaNajib - Sessi Pembentangan Bajet 2013.

Tinggal beberapa hari saja lagi saya akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen. Pembentangan Bajet tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya. Atas kesempatan itu, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua di atas input yang diberikan dan ini sekali gus membuktikan bajet kali ini dibuat dari rakyat untuk rakyat. 

Bajet ini dijangka bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi negara, malah ia juga membawa impak yang baik kepada masyarakat. Oleh sebab itulah saya mahu terus berinteraksi dengan anda semua bagi mendapatkan maklum balas mengenai bajet tersebut selepas ia dibentangkan.

Bagi tujuan itu, saya akan menganjurkan satu lagi sesi TanyaNajib pada 3 Oktober depan bersamaan dengan hari Rabu pukul 9 malam. Pada sesi tersebut, anda semua akan diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai Bajet yang telah diumumkan itu. Maka, saya menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlit, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi TanyaNajib itu nanti.

Saya masih ingat, pada sesi TanyaNajib sebelum ini yang diadakan pada 11 Januari tahun lalu, saya menerima reaksi memberangsangkan menerusi Twitter. Saya telah menjawab sebahagian daripada soalan anda semua itu menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara.

Menyedari hakikat bahawa Bajet kali ini akan memberi inisiatif yang sangat besar kepada negara, saya melihat penganjuran sesi TanyaNajib kali kedua ini memberi manfaat sangat baik kepada kita semua. Untuk penganjuran sesi TanyaNajib: Bajet 2013, saya merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum. Ah Jib Gor, Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi. Saya akan mengadakannya menerusi akaun Google+ saya - (klik di sini)  - selain akan menerima setiap soalan melalui laman media sosial yang lain. Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter (klik sini) dan Facebook (klik sini) untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan.

Justeru itu, saya menggalakkan anda semua untuk mengambil peluang untuk menyertai perbicangan penuh bermakna ini yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sangat berharap dapat mendengar reaksi daripada anda semua!

http://1malaysia.com.my/my/blog/tanyanajib-2013-budget/

Print Friendly and PDF

Thursday, September 13, 2012

Amaran Kepada UMNO Padang Serai, Kulim Bandar Baharu, Sungai Petani, Baling Dan Merbok.


Peringatan dari Naib Presiden UMNO ini wajib diambil perhatian. Rata-rata aku lihat sekarang ini, pendokong-pendokong parti sudah mula berpuak-puak meramaikan kroni dan kebanyakkan mereka bergerak secara individu. Ada sesetengah program yang dibuat tidak memaklumkan kepada Perhubungan Bahagian.

Tidak salah kalau nak bergerak bersama puak masing-masing, tetapi setiap program yang diaturkan setidak-tidaknya membawa agenda parti. Bukannya menunding jari. Biarlah masalah parti diselesaikan dalam parti, bukannya di kedai kopi.

Sesungguhnya calon "WINABLE" pilihan PM ada potensi bagi BN/UMNO mengambil kembali Kedah., tetapi sekitanya apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak diberi perhatian, nescaya Kedah Selatan kekal milik PR kecuali Bayu.

Kepada mereka yang tidak dipilih menjadi calon, ubah dan perbetulkan perangai tu dan tambat hati ahli akar umbi parti dan jangan lebih sudu daripada kuahnya.......

Print Friendly and PDF

Tuesday, September 11, 2012

Video Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol ke Arah Orang Awam.


Ini baru taraf Pengawal Peribadi.......
tak tahu nak bayangkan
kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.......
habis polis, tentera
digunakan untuk menzalimi rakyat yang tidak sebulunya.

Ehsan dari : azli shukri today

Cerita2 pasal isu pistol, tapi siapa sebenarnya pengawal yang angkuh sampai tayang pistol pada orang ini.......? Mai baca siapa mamat ini.

Nama : Harizal bin Zahid
Nama Panggilan : Rizal
Umur : 37 Tahun
Tarikh Lahir : 5 Feb 1975
Tempat Lahir : Jelebu, Negeri Sembilan
No I/C : xxxxxx-xx-xxxx
Alamat : Blok xxxxx, Tingkat x, No. 1x, Axxxxxa Appartment, Taman Kosas, Ampang
No Tel : 012-xxx 7140


Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.