Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, May 23, 2012

Wajah Nuar vs Min vs Jah vs Dar.

Diluah mati bapa

Ditelan mati emak

Dikebam.......

Gambar dahulu - ketika pertuduhan kes liwat.......

Gambar terbaharu - Pertuduhan Kes BERSIH 3.0.......
  
Suka Sama Suka.......

Terserah pada pembaca untuk mentafsirkannya.

Print Friendly and PDF

Thursday, May 17, 2012

Kenal Nik Aziz.....?

Nik Aziz telah menempelak pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak terhadap PAS dengan menganggap kenyataan beliau bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam, sebagai pandangan lapuk dari seorang mufti. Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa "merusuh untuk menentang kerajaan adalah haram", yang terhasil dari kajian 24 ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Kritikan keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam. 

Masyarakat secara amnya menerima Nik Aziz sebagai Ulama. PAS pula menganggap Nik Aziz sebagai jauh mengatasi Ulama-ulama lain iaitu seorang Mursyid. Nik Aziz dianggap keramat, wali hatta mampu "menerima wahyu" mengampunkan dosa orang lain. Kononnya, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz pasti menjadi kenyataan. Maka, apabila Nik Aziz mendoakan agar Tun Dr. Mahathir pecah perut dan pengundi hanya nampak bulan di kertas undi, seluruh penganut PAS percaya dan tertunggu-tunggu "mukjizat" itu diperlihatkan kepada seluruh manusia. 

Namun, Tun Dr. Mahathir kekal segak bergaya, tajam fikiran, dihormati dan disanjungi di seluruh dunia dan disambut meriah di mana saja. BN juga kekal memerintah sehingga kini. Hanya Nik Aziz yang semakin hari semakin uzur sehinggakan terpaksa disediakan katil di pejabatnya dan tidak lagi dapat naik tangga. 

Nik Aziz juga sudah berkali-kali bersama dengan penganut PAS mengadakan sembahyang hajat agar Anwar Ibrahim terpelihara. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Satu demi satu skandalnya terbongkar, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya dan kini khabarnya beliau bergelut mengawal HIV di dalam darahnya. Entah benar entah tidak, bukan masalah kita tetapi masalah Anwar jua. 

Maka, pernahkah kita bertanya, siapa yang melantik Nik Aziz sebagai Ulama.......? Apakah kelayakannya untuk mempertikai fatwa para mufti dan menghukum pandangan mereka sebagai lapuk.......? Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua doa Nik Aziz tidak diterima tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.......? Tetapi, kenapa Nik Aziz di"sembah" sebegitu rupa.......? 

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Nik Aziz bukan Ulama. 

Suatu ketika dahulu, beliau hanyalah seorang pemuda yang belajar agama di Deobond, India dan kembali ke Malaysia menjadi guru tadika Kemas sambil mengajar Al-Quran dan memberi tazkirah dan kuliah agama sebelum menjadi pemimpin PAS. Tetapi ini tidak menjadikan beliau seorang alim-ulama yakni seorang yang berpengetahuan dan berilmu serta bijaksana. Ini kerana, selama pulangnya dari India sehingga kini Nik Aziz tidak pernah mengkaji apa-apa, jauh sekali menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan seluruh dunia. 

Justeru, kenapa kita meletakkan taraf Ulama dengan sebegitu rendah sekali.......? Tahukah kita bahawa Ulama di zaman kegemilangan Islam adalah para saintis, doktor, jurubina, yang menyumbang kepada dunia dan manusia sejagat.......? Mereka mencipta, mencari penyelesaian dan jawapan kepada permasalahan cakerawala – langit, tanah, lautan dan udara selain manusia. 

Kenapakah hari ini, Ulama hanya dihadkan kepada seorang yang belajar agama, tanpa mengira sumbangannya.......? Dan kenapakah sumbangan mereka hanya dinilai dari segi ceramah, dan bukannya hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia keseluruhan.......? Kenapakah agama hanya dihadkan kepada persediaan untuk mati dan bukannya tentang keajaiban kehidupan.......? 

Dalam kita mentafsirkan kembali kedudukan Nik Aziz dalam masyarakat, kita juga perlu mentafsirkan kembali siapa Ulama agar tidak mudah disesatkan oleh Ulama-ulama jahat yang berkeliaran di seluruh pelusuk dunia, memecahbelahkan dan menyesatkan manusia agar percaya yang batil itu haq dan yang haq itu batil. 

Hari ini diri Nik Aziz semakin terhina. Beliau digelar dengan berbagai panggilan buruk. Tiada lagi cakap berlapik jika ingin mengkritik Nik Aziz. Tiada lagi rasa hormat walaupun sekadar sebagai seorang yang lebih tua. Jika Tun Dr. Mahathir dirujuk sebagai Ayahanda, Nik Aziz pula dirujuk sebagai wali selipar atau barua Cina. 

Walaupun begitu, Nik Aziz masih berada di alam khayalan kononnya beliau adalah Ulama besar yang dihormati. Ternyata ketaksuban pengikut-pengikutnya telah menyebabkan beliau tidak lagi berpijak di bumi nyata. Sikap takbur dan riak telah menghindarkannya dari melihat kebenaran. 

Artikel ini bukan berniat untuk memperlekeh Nik Aziz, tetapi untuk menarik Nik Aziz agar kembali ke bumi nyata melihat siapa dirinya. Nik Aziz dan Tan Sri Harussani umpama langit dengan bumi dari segi pengetahuan, pemikiran dan segala-galanya. Adalah tidak wajar jika ada di antara kita yang meletakkan pendapat Nik Aziz mengatasi pendapat Tan Sri Harussani dan mufti-mufti lain. 

Sesungguhnya, Nik Aziz adalah lebih mulia ketika beliau hanya menjadi guru tadika, berbakti kepada anak-anak kecil dan masyarakat, berbanding sekarang apabila beliau menjadi Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS tetapi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kerosakan semata-mata

Print Friendly and PDF

Tuesday, May 15, 2012

Disaster For PAS In Kelantan.


Most PAS leaders still think that Kelantan is the main arch for them, the people would die for them and that the rise of UMNO can never hurt them and loyalty of rakyat towards Nik Aziz as the greatest PAS leader. 

Least that is what they are saying to rakyat through their endless ceramah. 

Lets look at these two examples which happened in about a little more than a month. These examples would show how PAS shackled their supporters especially among Kelantanese voters to vote for them. 

In May 12, 2012 in Pasir Puteh, Kelantan, former Selangor PAS Commissioner, Dr Hasan Ali in one of his roadshow series managed to attract more than 3,000 people which were mostly PAS supporters at Pasir Puteh. 

Even though a few banners and posters that tells the time and venue of the ceramah went missing a couple of days before the event, it still went with great success.


Meanwhile, a ceramah that was attended by PAS's Vice President, Mat Sabu, a person that usually attracts least four to five thousand people in his events, other PAS leaders as well, has now gone sour among Kelantanese supporters.

In March 29, 2012, Mat Sabu and a few Pasir Puteh PAS's leaders organized a ceramah at the Pasir Putih District hall but the attendance was quite sad. It was only around 30 people. 


This is quite rare considering that usually their ceramah would gain at least 100 people, except for UMNO states.


Even when Nik Aziz was going through his dark days he would get at least 5,000 people compared to 10,000 regulars, but Mat Sabu managed to break the record as the first PAS leader who had 30 people listening in his ceramah. 

3,000 and 30 is a huge gap. A big disaster for PAS Kelantan especially we are getting near towards the 1th General Election. This is one of the signs that shows that PAS is dying and they would be facing tough challenge for the coming election in Kelantan. 

There are a few things that we need to bear in mind. The signs of declining supports to PAS Kelantan is getting clearer since their close win in Manek Urai election a few years ago, followed by the red wave in the election at Galas which brought PAS down about more than a year and a half ago. 

And what had happened at PAS's briefing ceremony in Pasir Puteh in March was just the sequel of the decline that PAS is facing through now. If this goes on, things would be very bad for PAS and Nik Aziz. 

It is not impossible that in the coming GE, result of PAS Kelantan might just change. Even if they could stay in Kelantan, it might face the situation in 2004 where they barely rule the state.

Print Friendly and PDF

Kenapa DAP Tolak Panel Bebas Siasat BERSIH 3.0.......?


BERSIH 3.0 benar-benar memakan diri pembangkang. Sudahlah gagal dari segi jumlah sokongan, mereka juga gagal memutarbelit fakta untuk menunjukkan keganasan dimulakan oleh polis dan bukannya perusuh. Akibat gagal, mereka terpaksa menuduh perusuh yang mengganas itu sebagai polis yang menyamar. Untuk itu, blog-blog, laman web dan penyokong mereka jenuh berpusing-pusing cuba menjustifikasikan keganasan yang dilakukan mereka. 

Bagi meredakan keadaan, kerajaan telah mengisytiharkan panel bebas untuk menyiasat BERSIH 3.0 yang kemudiannya diterima dengan sinis oleh pihak pembangkang. Pada 12 Mei lalu, DAP mengisytiharkan pemboikotan panel bebas untuk menyiasat keganasan semasa Perhimpunan Bersih 3.0. 

Nampaknya, sudah menjadi sikap semulajadi DAP di mana setelah membuat tuduhan itu dan ini terhadap musuh-musuh mereka, mereka akan mendesak agar siasatan dilakukan. Tetapi apabila usaha untuk menyiasatnya dibuat, mereka akan membuat berbagai helah untuk menolak atau memboikot panel siasatan dan juga hasil siasatan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka. 

Sebelum ini mereka telah membuat perkara yang sama dalam isu kematian Teoh Beng Hock. Malah, jika diamati, isu BERSIH itu sendiri juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu menuduh SPR sebagai tidak bersih dan kemudiannya menafikan semua usaha SPR untuk penambahbaikan. 

Jika dalam isu kematian Teoh Beng Hock, DAP berbuat demikian kerana ingin mengalih dan menutup isu sebenar iaitu salahguna kuasa dan korupsi ADUN mereka, maka tidak salah kita mengesyaki taktik yang sama dalam isu BERSIH 3.0 iaitu untuk menutup kesalahan sendiri. 

Alasan DAP kali ini ialah mereka enggan menerima perlantikan Tun Mohammad Hanif Omar sebagai ketua panel siasatan, atas alasan beliau mengambil pendirian yang partisan terhadap Bersih dengan mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat serta menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan

Walaubagaimanapun, dalam menuduh Tun Hanif sebagai partisan, DAP pula mencadangkan pihak yang tidak kurang bersifat partisan seperti Suhakam. DAP juga menyokong pandangan Majlis Peguam Malaysia bahawa panel siasatan kekurangan rangka kerja perundangan dan tidak mengurniakan imuniti undang-undang kepada mereka yang terlibat dalam prosiding serta kekurangan kuasa undang-undang untuk memberi sepina kepada saksi-saksi atau menuntut dokumen-dokumen. 

Sedangkan sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Suhakam dan Majlis Peguam adalah dua badan yang tidak pernah bertindak adil, sentiasa berat sebelah, tidak professional serta penuh putar-belit demi untuk membela pihak penentang undang-undang dan kerajaan. Kedua-duanya juga diragui mempunyai hubungan dengan anasir luar serta disyaki menerima dana asing. 

Justeru, jika kita perlu memilih antara dua pihak yang berpartisan, bukankah lebih baik kita memihak kepada Tun Hanif yang terbukti seorang yang berjasa pada negara, tidak berat sebelah, bersifat patriotik dan amat professional selama perkhidmatan beliau dalam menjaga keselamatan kita semua. 

Kita tidak faham kenapa DAP perlu meragui Tun Hanif tetapi memberi kepercayaan kepada Suhakam dan mendengar cakap Majlis Peguam.......? Sedangkan Majlis Peguam sendiri terbukti telah menyembunyikan fakta sebenar tentang keganasan BERSIH 3.0 sepertimana yang didedahkan oleh peguam Ranjit Singh Dhillon di Youtube. 

Pendedahan itu pula disokong dengan tindakan saman oleh seorang ahli Majlis Peguam iaitu Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa Majlis Peguam telah gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang professional apabila dalam tempoh kurang lima jam mesyuarat untuk memutuskan resolusi BERSIH 3.0, telah memaparkan dengan jelas terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui serta banyak lagi. 

Jelas di sini, pihak yang dirujuk dan disokong oleh DAP amat tidak boleh dipercayai. 

Sikap DAP yang suka memihak kepada penjenayah, perusuh dan mereka yang melanggar undang-undang amatlah dikesalkan. Dengan itu, salahkah kita menyatakan bahawa DAP sebenarnya takut dengan sikap professional dan tegas Tun Hanif dalam menerajui siasatan BERSIH 3.0. 

Tidak mustahil DAP punya sesuatu untuk disembunyikan mengenai BERSIH 3.0, seperti juga dalam kes Teoh Beng Hock. Mungkinkah DAP bimbang tangan siapa di belakang, dan dari mana datangnya dana serta bagaimana keseluruhan BERSIH 3.0 dirancang akan terbongkar dengan seluas-luasnya sekiranya siasatan menyeluruh diketuai oleh tokoh seperti Tun Hanif, iaitu seorang bekas penguatkuasa undang-undang yang amat dihormati dan dikagumi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. 

Print Friendly and PDF

Bubar Parlimen: Lawak Tak Sedar Diri Dari Azmin Ali.......?

Wah.......! Bukan main gah bunyinya apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak segera membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum dijalankan sesegera mungkin.

Menurut kata Azmin Ali lagi, "Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh, saya cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini).

Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13". Katanya lagi PM tak berani bubar parlimen kerana UMNO banyak masalah.

Biar betul.......? Siapa sebenarnya yang sedang bermasalah dengan segala skandal moral, masalah janji dimungkiri dan aiskrim dijilat licin.......? Antara sedar atau tidak, Azmin sebenarnya sedang menunjukkan kebodohannya sendiri. Ego tak kena tempat, baghal melampau-lampau.

Baru saja dua tiga bulan lepas, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pernah melontarkan idea mahu mengadakan pilihanraya berasingan dengan parlimen.

Malah mentor Azmin yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga berkongsi pandangan sama. Itu baru betul namanya takut berhadapan dengan sokongan rakyat, kerisauan melampau bakal kehilangan kuasa. 

Kalau betul pakatan pembangkang khususnya PKR dan PAS dah tak sabar sangat hendak mengharungi musim pilihanraya,... nah... bubarkan sekarang juga DUN Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan, tak payah tunggu parlimen bubar.

Ada berani.......? Takkan cakap berdegar-degar kokok berderai-derai alih-alih tahi yang terpalit pada ekor rupanya tahi sendiri. Bikin malu saja.

Print Friendly and PDF

Kajian: 49% Cenderung BN, 30% Tak Pasti - Sinar Harian.

G MANIMARAN - 10 Mei 2012.
Sokongan terhadap parti politik menjelang PRU13
Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bulan depan, berbanding 21 peratus yang mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, juga mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.

Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12 dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti pada PRU13.

Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,282 pengundi berdaftar di Semenanjung. Kajian tidak melibatkan pengundi Sabah dan Sarawak - dua negeri yang menawarkan 56 daripada 222 kesemua kerusi Parlimen.

"Kumpulan 30 peratus ini, pada pandangan kami, yang akan menentukan siapa dan parti mana yang akan memperoleh kemenangan dalam PRU13 kelak," kata Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Amer Saifude Ghazali ketika membentangkan hasil kajian pada Wacana Politik dan Persepsi Semasa Pengundi Menjelang PRU13 di institusi pengajian tinggi itu, hari ini.

Menurut beliau, arah aliran sokongan 30 peratus pengundi atas pagar itu akan menentukan sama ada Bn atau PR akan menguasai Parlimen pada PRU13.

"Kadar ini boleh memihak kepada BN atau PR, bergantung pada strategi yang parti-parti politik yang bertanding. Jika parti politik bijak menggunakan strategi, mereka boleh menawan sokongan 30 peratus pengundi ini... jika mereka beralih kepada BN, maka BN akan menang dan jika pindah ke PR, PR berpeluang memperoleh kerusi majoriti Parlimen," kata Amer.

Paras 30 peratus yang tidak pasti ini juga sama di peringkat negeri. Pusat itu turut mengeluarkan penemuan di beberapa negeri khususnya negeri-negeri yang sedang diperintah PR.

Misalnya, di peringkat Selangor, 34 peratus pengundi Melayu menyatakan bahawa BN menjadi keutamaan mereka berbanding 33 peratus memilih PR dan 33 peratus lagi pula tidak pasti.

Di kalangan pengundi Cina, 16 peratus sokong BN berbanding 49 peratus memilih PR dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Seramai 20 peratus pengundi kalangan kaum India di Selangor memilih BN dan 60 peratus cenderung kepada PR dan 20 peratus lagi berada dalam kategori tidak pasti.

Di Perak, 36 peratus pengundi Melayu memilih BN sebagai parti pilihan mereka dan masing-masing 30 peratus condong ke arah PR dan 34 peratus tidak pasti.

Berbanding di Selangor, 67 peratus pengundi India di Perak memilih BN dan hanya lima peratus memihak kepada PR dan mereka dalam kategori tidak pasti pula 28 peratus.

Di Kedah juga, senario itu tidak jauh berbeza tetapi bilangan pengundi yang tidak pasti lebih kecil iaitu 24 peratus di kalangan pengundi Melayu, Cina (12 peratus) dan India (25 peratus).

Malah, di Kedah, 33 peratus pengundi Melayu memilih BN manakala kalangan Cina dan India pula masing-masing 38 peratus dan 65 peratus. Seramai 43 peratus orang Melayu, 50 peratus Cina dan 10 peratus India memilih PR.

Bagaimanapun senario agak berbeza membabitkan Kelantan, yang dipimpin oleh Pas sejak 1990, kerana 44 peratus pengundi memilih PR berbanding 27 peratus melahirkan sokongan kepada BN. Seramai 29 peratus pengundi berada dalam kumpulan tidak pasti.

Menurut Amer, ia menunjukkan bahawa senario di Kelantan adalah agak berlainan berbanding Selangor dan Kedah.

Ketika ditanya mengenai signifikan peratusan pengundi tidak pasti dalam menentukan parti pilihan mereka dalam PRU13, Amer berkata, meskipun 30 peratus pengundi mengatakan tidak pasti, sebenarnya penemuan "kami juga menunjukkan bahawa sebahagian besar sudah membuat keputusan."

Keutaman pilihan apabila mengundi dalam PRU13

"Cuma mereka tidak mahu memberitahu parti yang menjadi keutamaan mereka secara terbuka. Pendirian mereka, kami dapat kenal pasti menerusi jawapan kepada soalan-soalan lain yang berkaitan, misalnya ada yang menentang dasar kerajaan," kata beliau.

Berkenaan dengan keutamaan pilihan antara parti dan calon, 37 peratus pengundi berkata bahawa mereka akan membuat pemilihan berdasarkan calon manakala 51 peratus lagi memilih dengan mempertimbangkan aspek parti. Seramai 12 peratus lagi tidak pasti.

Dari segi kaum, masing-masing 50 peratus pengundi Melayu, 54 peratus (Cina) dan 57 peratus (India) mengutamakan soal parti apabila mahu mengundi kelak.

Dipetik dari : Bujang Senang.

Print Friendly and PDF

Monday, May 14, 2012

Melayu Dalam PR Melutut Pada DAP.

Baca......Hayati.......Renguni.....Fahami.......
Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itu melihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu. 

Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.

Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul. 

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.

Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.

Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini. 

Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS.......? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap.......?

Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.

Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.

Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.

DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.

Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.

Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya. 

Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP. 

DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri. 

Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.

Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.