Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, January 28, 2012

Station Dang Wangi.......?

GMD Prasarana bertambah hebat sekarang ini. Untuk menghabiskan sisa-sisa kontrak yang hanya tinggal setahun jagung lagi di isikan dengan kekayaan dari hasil titik peluh orang lain (business air liur). Bukannya apa, Tok Shahril ni prepare awal takut kontrak dia tak disambung memandangkan rekod beliau ibarat telor di hujung tanduk....... Pergi US baru-baru ni HEBAT NAMPAK.......

Apa yang akan berlaku di Station Dang Wangi.......? Sabar....... Aku cuba dapatkan bukti yang lebih kukuh lagi dalam MOF, RapidKL dan SPAD. Pembangunan dekat Dang Wangi amat dialu-alukan, tapi caranya saja.....?

Maaf Tok Shahril....... nak tanya sikit. SPAD dah bayar tak lagi Program Pelancaran hari tu.......?

P/S. Kasihanilah si ibu yang jujur dalam perjuangan memartabatkan Islam.......

Print Friendly and PDF

Friday, January 27, 2012

Selamat Tinggal PRU13.......?

Di dalam delima mencari pengganti Ustat Jijan selaku MB Kedah, PAS Kedah mula menghimpun kroni meraih sokongan. Aku ingat ka UMNO duduk buat kerja lagu ni, tup.......tup........ PAS lebih hebat. Apatah lagi gerakan Pemudanya begitu agrasif membuat desakan.

Semasa aku berlegar di Batu 9....... terdengar bisikan-bisikan halus kerja-kerja pihak-pihak tertentu yang cuba menolak YB yang tidak berwibawa dari dicalonkan semula walaupun disukai rakyat tetapi tidak oleh Dewan Harian.

Kali ini PAS cuba mencalonkan tokoh-tokoh yang berwibawa dari segi akademik. Ustat Jijan akan menghadapi tentangan yang hebat, paling hebat dari kekalahan beliau di tangan Mat Sabu. Pemuda akan bangkit sekali lagi seperti mana yang berlaku pada tahun 2008 bergerak melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah pada ketika itu berpejabat di belakang masjid Sultanah Bahiyah.

Desas-desus yang aku dengar, muka baru bagi calon PAS PRU13 nanti tertumpu pada Kedah Selatan dan 2 orang di sebelah Kedah Utara.

Print Friendly and PDF

Thursday, January 26, 2012

Hasil Manifesto "KEDAH SEJAHTERA" PAS.....

Hasil atau pendapatan yg diperolehi Kerajaan Negeri adalah dari beberapa sumber yg telah termaktub di dlm Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iatu pemberian dan sumber2 hasil yg diserah kpd negeri ni antaranya telah diputuskan bahawa hasil dari tanah, lombong dan hutan adalah dibawah hasil Negeri. Sumber2 hasil inilah merupakan pendapatan yg akan digunakan utk mentadbir urus Negeri Kedah sama ada dalam aspek Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Modal Insan dan aspek lain yg bersangkutan.

Di dlm Kanun Tanah Negara (KTN) antara seksyen2 yg selari dga perolehan pendapatan ialah Seksyen71,93,293, dan 301A. Seksyen2 ni telah memberi peruntukkan atau kuasa kpd Kerajaan Negeri utk mengenakan bayaran terhadap urusan urusniaga, bayaran premium tanah, royalti bahan batuan serta mengutip cukai atau sewaan tanah yg berulang. Perkembangan ni adalah selaras dga peruntukkan yg diluluskan di dlm Aturan-Aturan Tanah Kedah yg telah diberi penambahbaikan dari masa ke masa.

Permasalahan berhubung pengurangan jumlah hasil atau pendapatan cukai tanah bermula setelah pindaan Aturan-Aturan Tanah Kedah (Pindaan) 2009 melalui: Warta Kerajaan Jil.52 No.12 menggantikan Pemberitahuan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Perkara ni terjadi disebabkan oleh janji manifesto pilihanraya. Ketika PAS Kedah melancarkan manifesto pilihanraya khusus utk negeri ni pada 24 Februari 2008, mungkin tak ramai yg memandang serius isi kandungan manifesto yg mengemukakan pakej tawaran ‘Kedah Sejahtera: Nikmat Utk Semua’ hanya dilihat sebagai pelengkap syarat pada kempen pilihan raya PAS Kedah dalam usahanya menawan negeri jelapang padi ni.

Namun selepas 8 Mac 2008 Kerajaan Negeri Kedah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).  PAS berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dga mendapat 16 kerusi bersama pakatan pembangkang lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 4 kerusi dan Parti Tindakan Demokratik 1 kerusi.  Calon bebas yg memenangi kerusi DUN Bukit Selambau menyertai PKR. Barisan Nasional hanya memenangi 14 kerusi. 

Lanjutan dari tu, Dasar Pengurangan Cukai Tanah telah dilaksanakan. Sebagai contoh:

Cukai tanah dturunkan antara 25-58% utk tiga kategori tanah:

PERTANIAN

·     Kawasan padi MADA dturunkan sebanyak 25 peratus dari RM20 kpd RM15 sehektar atau RM5.75 kpd RM4.31 serelung;

PERINDUSTRIAN

·         Tanah industri sederhana: RM0.20 meter persegi (mnimum RM600) kpd RM0.15 sen (mnimum RM400) (25%);

·         Tanah industri ringan: RM0.15 (mnimum RM300) kpd RM0.11 sen (mnimum RM300), (26%).

KEDIAMAN

·         Tanah kampung: RM60 kpd RM25 sehektar (58%) atau dari RM17.27 serelung kpd RM7.19 serelung;

·         PPRT: RM30 kpd RM20 satu lot (33%);

·         Rumah sesebuah (banglo): RM0.25 kpd RM0.15 satu meter persegi atau mnimum; RM150 kpd mnimum RM100 (40%);

·         Rumah teres: RM0.20 (mnimum RM60) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM45) (40%);

·         Rumah kos rendah: RM0.15 meter persegi (mnimum RM50) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM35) (30%).

Akibat dari perlaksanaan dasar ni, perbezaan ketara berhubung jumlah patut kutip bagi hasil cukai tanah Negeri Kedah telah menurun dan dapat dilihat dga jelas di dlm Jadual 1 dibawah.

Jadual 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah


TAHUN
JUMLAH CUKAI TANAH PATUT KUTIP BAGI NEGERI KEDAH
2006
RM 212,609,182.73
2007
RM 298,870,201.23
2008
RM 288,004,804.99
2009
RM 244,471,763.65

Jika dirujuk jadual 1 diatas maka kita dapat melihat pada tahun 2006 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM212,609,182.73 dan telah bertambah sebanyak RM86,261,018.50 atau 40.6 %.  Peningkatan ni adalah disebabkan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Pada tahun 2007 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM298,870,201.23. Pada tahun 2008 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM 288,004,804.99 iatu penurunan akibat rebat yg diberikan melalui suatu kelulusan di dlm Majlis Mesyuarat Kerajaan iatu sebelum pilihanraya umum ke–12.

Setelah selesai pilihanraya pada 8 Mac 2009, Kerajaan Negeri Kedah telah ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan baru ni telah meluluskan rebat ni. Penurunan hasil ni adalah sebanyak RM10,865,396.24 atau 3.6%. Setelah tu, pada tahun 2008 juga satu lagi penurunan cukai tanah telah dibuat dan ianya memberi impak yg besar terhadap jumlah hasil kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2009 iatu penurunan sebanyak RM43,533,041.34 atau 14.6% dari cukai tanah patut kutip tahun 2007. Jumlah atau kadar penurunan ni akan lebih mudah diteliti menerusi Graf 1 dibawah.

Graf 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah
Menurut keratan akhbar Harakah bertarikh 02 Mei 2008 oleh Bashir Ishak, :

“Azizan memberitahu bahawa hasil penurunan cukai tanah ni, kerajaan Kedah dijangka kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun.

Namun hakikatnya, Kerajaan Negeri Kedah kehilangan hasil negeri sebanyak RM43 juta lebih utk setahun.

Ternyata ni lagi satu pembohongan dari MB Kedah, seorang yg bertaraf Ustaz & lulusan universiti agama utama dunia. Dan tak layak utk terus menjadi MB Kedah.

Patut la Si Sobri KHTP cekap dok muhong..... Sekali dia belajaq dekat pak menakan dia daaaaa.....

Ehsan : Blog DKS.

Print Friendly and PDF

Friday, January 13, 2012

Perisytiharan Harta Exco Kerajaan Negeri Pulai Pinang.......?

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun harta mereka secara terbuka. Perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco. Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

1.      Phee Boon Poh - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar
·         memiliki beberapa rumah
·         memiliki tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta
·         memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000
·         memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund

2.      Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang
·         memiliki simpanan tetap RM298,785
·         memiliki saham amanah berjumlah RM25,989
·         memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000
·         memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom

3.      Datuk Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri I
·         memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000
·         memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819
·         memiliki sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000

4.      P Ramasamy – Timbalan Ketua Menteri II
·         memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan
·         memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000

5.      Chow Kon Yeow – Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas,
·         memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000
·         memiliki serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000
·         memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000
·         memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund

6.      Abdul Malik Abul Kassim – Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
·         tidak mencatatkan sebarang harta miliknya
·         memiliki Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000

7.      Lim Hock Seng – Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,
·         memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh
·         memiliki saham di Kotindak dan Kojadi
·         memiliki beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000

8.      Law Heng Kiang – Exco Pelancongan dan Kebudayaan,
·         memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000
·         memiliki sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000

9.      Law Choo Kiang  -Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air
·         memiliki sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000
·         memiliki beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC

10.  Wong Hon Wai – Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian
·         memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000
·         memiliki sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000

Kepada rakyat Pulau Pinang, dan anda semua umunya selepas meneliti pengistiharaan harta setiap ahli exco dan ketua Menteri Pulau Pinang ni…….?

Menteri-menteri Malaysia dan Kerjaan-Kerajaan Negeri yang lain bila lagi…….? Sudah bersedia untuk berkongsi “info anda” dengan rakyat biasa seperti kami ni…….?

Print Friendly and PDF

Thursday, January 12, 2012

Manewee Hina Polis Lagi Ka…….?

Namewee memang terkenal dengan video kontroversinya. Satu demi satu video yang dihasilkannya menggunakan metafora dalam setiap babak, dilepaskan untuk dipertontonkan kepada umum.

Ada yang difikir agak melampau dan keterlaluan tetapi Namewee masih lagi dilihat “KEBAL” di mata pihak berkuasa…….?


Dalam video tersebut digambarkan seakan-akan :

1. baju polis biru – jelir lidah seperti anjing.
2. baju coklat (seakan-akan fesyen polis lama ketika zaman awal merdeka atau………polis trafik…….?
3. pemain bola sepak.
4. Ketika permulaan, seakan-akan jual mahal untuk “menerima suapan”……?
5. Akhir sekali, ketika off record masing-masing “berebut mengambilnya”.

Perkara yang benar memang pahit untuk ditelan. Walaupun tak semua polis begitu, tapi segelintir polis yang mencemar imej polis ibarat setitik nila rosak susu sebelanga. Kami rasa tak salah Namewee nak highlight isu ini dalam mana-mana video beliau, tetapi sangat tak patut nak letakkan beban kesalahan kepada semua anggota polis. Ramai polis yang aku kenal baik-baik belaka dan bukan semua jenis meminta-meminta.

Renung-renungkan…….

Print Friendly and PDF

Monday, January 9, 2012

Nuar vs Min vs Jah vs Dar.

Diluah mati bapa

Ditelan mati emak

Dikebam....... 


Suka Sama Suka.......

Terserah pada pembaca untuk mentafsir gambar di atas.

Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.