Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, November 14, 2011

Harga Barang & Kualiti Produk di Kedai 1 Malaysia Pula Dikritik Pembangkang.


Baru-baru ini pembangkang telah menegur tentang barang-barang yang dijual diKedai 1 Malaysia lebih mahal jika dibandingkan dengan harga barang di pusat membeli belah yang lain. Kami kurang bersetuju dengan cara pembangkang menonjolkan isu ini Kedai 1 Malaysia. 

Pembangkang daripada mana-mana negara atau negeri di Malaysia sekalipun, kerja dan tugasnya adalah membangkang dan memperbetulkan rangka kerja yang dibuat oleh kerajaan. Tetapi cara “membangkang” yang bagamana.......? Apa isu yang dipilih pembangkang.......? 

Isu yang diketengahkan oleh pembangkang kali ini adalah persoalan disebalik harga barang yang ditawarkan di Kedai 1 Malaysia. Contohnya : 
  • Sos Tiram dari Kedai 1 Malaysia dikaji di mana tiada unsur tiram & protein terlalu rendah. 
  • Selain sos tiram, lapan produk yang didedahkan pembangkang ialah jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, sardin, dan kari ayam. Katanya, kesemua produk ini telah melanggar klausa 13, 13B, 14, 15 dan 16 menurut Akta Makanan1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Harga barang-barang di Kedai 1 Malaysia mahal dari pasaraya yang lain.
Pembangkang ini pun, kalau nak membangkang pilihlah isu yang bersesuaian. 
  • Dalam kes ini, jangan hanya fokus kepada produk-produk yang ada di Kedai 1 Malaysia sahaja. Berlambak lagi produk yang sepatutnya mereka buat kajian, jika mereka betul-betul konsisten apabila melibatkan pelanggaran akta makanan. Kenapa mereka tak nak bangkitkan produk-produk makanan dari China.......? 
  • Pembangkang buatlah kajian secara menyeluruh, banyak lagi pasaraya besar yang murah juga harganya seperti UO, Econsave. Ada buat perbandingan.......? Cukupkah hanya buat 5, 6, 7 perbandingan, kemudian dah buat dapat satu kesimpulan secara keseluruhannya? 

2. Konsep Kedai 1 Malaysia : Setakat ini agak baik, untuk menyelaras harga barang di Malaysia. 
  • Sekurang-kurang ada ikhtiar daripada kerajaan yang kami fikir agak sesuai dan relevan serta boleh diterima pakai bagi membantu menyelaraskan harga barang di Malaysia. 
  • Kebanyakan peniaga biasanya kalau bekalan barang yang diperolehi mereka mula naik harga, mereka pun naik harga. Betullah kan.......? Itu sahaja pilihan yang mereka ada. Tetapi…...apabila harga bagi bekalan barang yang diperolehi mula berada pada kedudukan yang stabil, ada mereka nak turunkan harga semula.......? Mungkin ada sebahagian kecil yang berbuat begitu. Tetapi, “bertuahlah” jika ramai yang mengikut untuk menurunkan haraganya semula. 
  • Nak paksa mereka.......? Tak semudah yang disangka. Kalau ada Kedai 1Malaysia sekurang-kurangnya memberikan “tekanan” yang berterusan kepada peniaga yang degil untuk menurunkan harga barang di premis mereka contohnya. 

3. Janganlah harapkan kualiti setanding dengan dengan produk-produk di luar sana. 
  • Contoh paling mudah, kalau anda pergi ke pasar malam kenapa ada yang jual mahal dan ada yang jual mahal.......? Sebabnya isi dalamnya itu sendiri yang membezakan harga dan juga mungkin penjual itu sendiri agak terkenal. Mungkin. 
  • Jadi sama juga dengan konsep kedai 1 Malaysia, harga bolehdiletakkan pada kadar yang munasabah tetapi kualiti janganlah diharapkan sangat. 
  • Yang penting bagi kami rakyat ada pilihan, pilihan dan pilihan.
  • Jika mahal, jangan beli. Jika tiada kualiti, jangan beli. Pandai-pandailah buat pilihan. 

4. Berikan Kedai 1 Malaysia ini peluang untuk membuat penawaran kepada pelanggan mereka 
  • Mereka baru lagi berikan mereka peluang. Baru setahun jagung. 
  • Sekarang ada pertikaian dengan kualiti yang ada. Mungkin selepas 2 atau 3 tahun Kedai 1 Malaysia pun mendapat sambutan, ada kemungkinan kualiti barang pun diambil kira. 
  • Yang penting di sini, dalam pasaran sekarang ada banyak pilihan untuk produk-produk yang ada baik Kedai 1 Malaysia mahupun kedai dan pasaraya yang lain yang ada sekarang ini. 

5. Banyak lagi pasaraya yang boleh dibuat perbandingan dengan Kedai 1 Malaysia 
  • Kalau nak dibuat perbandingan dengan rangkaian pasaraya seperti Carrefour, Giant, Tesco dan lain-lain lagi, mereka ini bilion company. Banyak cawangan di seluruh dunia.
  • Jadi tidak mustahil mereka sering buat promosi lebih dan dapat menurunkan harga. Itupun apabila buat promosi pun, hanya untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja. Kemudian promosi pun bukannya kepada semua produk, tetapi hanya sesetengah produk dan barang sahaja.
  • Lagipun apa yang kami perhatikan dekat 3 pasaraya tersebut, setiap pasaraya ada benda yang murah, ada benda yang mahal sikit. Akhirnya pusing-pusing balik sama sahaja. 
  • Sama juga dengan kedai 1 Malaysia sekarang ini. 

Cadangan untuk Kedai 1 Malaysia 
  • Kami harapkan Kedai 1 Malaysia memilih niche dan strategi yang betul untuk buat penawaran produk kepada pengguna di Kedai 1 Malaysia. Contohnya produk yang ada jenama dijual di Kedai 1 Malaysia. 
  • Untuk permulaan ini janganlah meletakkan produk dan barang barang yang harganya tinggi dari pasaran. Janganlah dicampuraduk untuk dijual di kedai 1 Malaysia 

Isu mudah sahaja, apabila monopoli semakin dikurangkan kerana : 
  • Pilihan semakin bertambah 
  • Kalau nak beli harga munasaabah dan dalam pada masa yang sama kualiti dikurangkan, silakan berbelanja 
  • Kalau nak beli harga sedikit mahal dan dalam pada masa yang sama ada kualiti, silakan berbelanja 
  • Rakyat Malaysia ada wang untuk dibelanjakan dalam pada masa yang sama pilihan banyak di depan mata 
  • “Perang harga barang” berlaku 
  • Akhirnya gunakan kuasa kita sebagai pembeli 


Aku harapkan pembangkang buat sedikit kajian yang lebih terperinci di mana, apa kesan harga barang di Carrefour selepas adanya Kedai 1 Malaysia. 
  • Adakah harga barang menjadi semakin mahal.......? ataupun.......
  • Adakah harga menjadi semakin murah.......? ataupun.......
  • Harganya sama sahaja.......? 

P/S : Walaubagaimanapun, aku ingin minta pendapat dan pengalaman anda sendiri yang pernah pergi ke Kedai 1 Malaysia dan pasaraya yang lain, harap boleh kongsikan perbandingan harga, kualiti, senarai barang yang ada. Sekurangnya-kurangnya membantu rakan-rakan yang lain utnuk buat pilihan pada masa akan datang.

Print Friendly and PDF

Sunday, November 13, 2011

Kecewa Tindakan Kerajaan PAS Kedah.

Sebahagian penduduk berdemontrasi secara aman membantah pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan negeri Kedah 

Inilah yang dikatakan PAS pembela Islam....... hamPAS....... Sedikit demi sedikit tanah-tanah wakaf diratah, lebih-lebih lagi tanah itu terletak di kawasan BANDARAYA. 
----------------------------------------------------------------------
Oleh : JAMLIAH ABDULLAH  - utusankedah@utusan.com.my (11/11/2011)


ALOR SETAR 10 Nov. – Seluruh kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak dekat sini sebulat suara akan mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan walaupun notis mengosongkan bangunan daripada kerajaan negeri berakhir hari ini.

Pengerusi jawatankuasa madrasah, Ahmad Hamzah berkata, ahli kariah amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas itu yang mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak agar satu perbincangan semula diadakan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Jabatan Mufti negeri dan Pejabat Tanah Kota Setar berhubung status sebenar premis di atas tanah wakaf itu.

“Seluruh pemegang amanah dan kariah sangat kecewa kerana kerajaan negeri dan pemaju projek ini melanggar dan mengabaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah sendiri yang dikeluarkan pada 21 Jun 2010. - ( PRU13 undi la PAS or PKR or DAP lagi....... ).

“Jadi kami semua ahli jawatankuasa nekad untuk mempertahankan madrasah ini supaya dikekalkan tanah wakaf khas berusia 100 tahun ini daripada diambil dan membantah sekerasnya bangunannya dirobohkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Difahamkan, tapak madrasah seluas 0.08 hektar akan dibangunkan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob yang turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium.

Projek tersebut dikatakan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Bina Darulaman Berhad dan pemaju swasta.

Menurut Ahmad, pihaknya turut keliru dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 21 Jun lepas yang disifatkan membelakangkan pemegang amanah madrasah.

“Apa yang menghairankan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bersetuju melakukan pindaan terhadap fatwa yang dikeluarkan sebelum ini iaitu menerima permohonan PKNK agar madrasah ini dirobohkan.

“Walaupun kita sudah memohon secara rasmi agar madrasah ini dikekalkan, namun nampaknya ia tidak diendahkan kerana kami masih menerima notis mengosongkan bangunan ini hujung Oktober lalu daripada Pejabat Tanah Kota Setar yang berakhir hari ini,” katanya.

Katanya, madrasah berkenaan yang mempunyai kira-kira 200 ahli yang berstatus tanah wakaf dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

“Tanah ini adalah hak orang Islam yang sudah termaktub sekian lama dan kami memilih untuk mengekalkannya seperti sedia ada.

“Apa salahnya di sebalik pembangunan kawasan ini dengan pusat komersial, madrasah ini tetap dikekalkan di tempat asal tanpa diruntuhkan bagi manfaat jemaah untuk menunaikan ibadah serta melakukan aktiviti keagamaan,” katanya.

Katanya, madrasah itu kini menjadi pusat kegiatan kelas bahasa Arab dan pengajian agama dan al-Quran selain menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk ketika bulan Ramadan.
----------------------------------------------------------------------
Mengapa 2 gereja dan satu kuil kedudukannya begitu hampir dengan tapak projek tidak terterlibat.......? Oh yaaaaaaaa....... tanah WAKAF kan FREE, cuma tukar status saja....... Lupa pulak aku....... hukum PAS pakai boleh dilacuri kalau depa perintah......

Print Friendly and PDF

Tiada Pembelaan Nasib Orang India Di Kedah.....?


Aku terbaca artikal dari "free Malaysia today" bertajuk "PKR Indians present a litany of woes". Amat tertatik sekali. kerana sura-suara ini datangnya dari orang India sendiri di dalam perjumpaan tertutup bersama Azmin Ali yang kelu seribu bahasa.

Bukan setakad kaum India saja diabaikan di Kedah....... sebenarnya rakyat Kedah diabaikan. Yang kaya dan merasa kesenangan hanyalah Rakyat PAS sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA: The Indian vote was a crucial factor for PKR doing so well in the 2008 general election. But now the Indians in the party feel that they are being marginalised.

At a meeting on Monday night the Indian leaders presented a litany of woes to the PKR leadership.

The meeting was helmed by PKR deputy president Azmin Ali and sources say it turned out to be a heated affair.

Apart from Azmin the closed door meeting was attended by vice president N Surendran, deputy secretary general T Kumar, Kapar member of Parliament (MP) S Manikavasagam, Subang MP R Sivarasa, Hutan Melintang state assemblyman S Kesavan, Bukit Selambau state assemblyman S Manikumar and Port Dickson state assemblyman M Ravi.

Others included Ampang MP Zuraida Kamaruddin and Indera Mahkota MP Azan Ismail.

The meeting attended by more than 150 Indian leaders in PKR was aimed at drawing-up strategies to win back the Indian support for the opposition bloc — Pakatan Rakyat, which comprises PAS, DAP and PKR.

But the Indian leaders took the opportunity to tell the party that the Indians and the community’s problems were sidelined.

The leaders, a source said, questioned why Indian leaders were not given positions in Pakatan led states.

“We also raised the Tamil schools land issue, the lack of business opportunities and the level of poverty in the community,” he said.

The source said Manikavasagam claimed that the PKR-led Selangor government was discriminating against Indians in the state.

“He also raised the issue of sand mining in the state. The state government recently refused to renew the sand mining license of KL Larut Sdn Bhd just because the company belongs to an Indian.

“He also questioned why there were no Indians appointed to high post at state government linked companies,” said the source.

Lack of funding

The issue of the controversial Interlok novel was also raised, added the source, with local leader Dr P Sri Ram from Petaling Jaya Selatan division asking the party to clarify its stand on the novel.

The PAS-led Kedah government also came under heavy criticism for not helping the community in the state.

“Azmin could not answer our queries. He could not even answer a single question raised. Surendran tried to answer but this was not enough. The deputy president sat silent like he was under a spell or something,” said the source.

The Indian leaders also raised the issue of funding as many were not satisfied with the lack of funds to run grassroot programmes.

“What can we do if there is no money. The main problem is that Indians are still poor and without money we can’t reach out to help them. Mere lip service alone will not do,” said a leader who attended the meeting.

The leaders also questioned the Selangor government’s move to finance Malay and Chinese village headmen but limited financial assistance were given Indians.

“Many Malay and Chinese village heads get up to RM8,000 to RM10,000 through allowances, other goodies, while the Indian village heads just get a monthly allowance of RM450,” said the source.

Talking strategies

A notable absentee at the meeting was Selangor exco Dr Xavier Jeyakumar. The Seri Andalas assemblyman, it is learnt, could not make it for the meeting because he was attending the Pakatan Rakyat executive council meeting in Langkawi. (Melarikan diri la tu....... sebab tak sanggup menghadapi herdikan dalam meeting tu.......)

Azmin, on his part, sources said requested the leaders to hit the ground to regain the lost Indian support for the party and the opposition coalition.

PKR is on a drive to win back Indian votes, especially after the community started moving back to the Barisan Nasional (BN).

The support of the community is also vital as it would enable Pakatan to cling on to Selangor. The BN on the hand has vowed to retake the state at the next general election.

Meanwhile, Surendran denied that the meeting was heated.

“It was a calm meeting and we spoke about the strategies to be used for the upcoming general election..it was a normal meeting,” he told FMT.
-----------------------------------------------------------------------------

Cuma yang aku tahu, majoriti anak-anak muda India di Paya Besar, Kulim, Kedah, bertambah samseng. Paya Besar dibuat macam negeri bapak depa punya.......

Print Friendly and PDF

Kerajaan Kedah Ada Peruntukan Mencukupi, Tidak Perlu Bantuan Pusat - Azizan.


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata kerajaan negeri mempunyai peruntukan mencukupi untuk membuat persediaan menghadapi banjir dan tidak memerlukan bantuan pusat.

Beliau berkata berdasarkan persiapan yang dilakukan sekarang, peruntukan sedia ada memadai untuk menampung keperluan. "Umno pula dah siap semuanya....kita tumpang dialah. Ringan sikit beban kerajaan negeri...terima kasihlah kat Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.

Bagaimanapun Azizan berkata jika keadaan memerlukan, kerajaan Kedah akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan pusat.

Katanya lapan daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, Kulim, Padang Terap, Bandar Baharu, Pendang dan Pokok Sena masing-masing akan menerima dua bot yang ditempah khas kerajaan negeri esok, untuk digunakan semasa banjir.

Beliau berkata kesemua bot tersebut yang bernilai hampir RM200,000 diperbuat daripada aluminium dan boleh membawa sembilan penumpang dewasa. -BERNAMA

Dipetik dari mStar.

Print Friendly and PDF

Sinar Harapan Baru Bagi Kaum Nelayan.

Tahun 2012 membawa sinar harapan baru dan menjanjikan kehidupan baru yang penuh bermakna bagi para nelayan di seluruh negara. Impian mereka untuk mengecapi kehidupan yang lebih sempurna akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pihak Kerajaan sedar akan hakikat kesempitan hidup yang dihadapi oleh para nelayan yang saban hari mempertaruhkan nyawa untuk mencari rezeki di lautan, yang ada kalanya bergelora apabila dipukul badai. Mereka bergantung hidup semata-mata kepada hasil tangkapan yang tidak menentu.

Keadaan kediaman mereka yang daif itu telah mendapat perhatian dan simpati pihak Kerajaan. YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, telah membawa khabar gembira apabila beliau mengumumkan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit untuk Tabung Khas Perumahan Nelayan khusus untuk membina dan membaik-pulih rumah para nelayan, semasa membentangkan Baget 2012 baru-baru ini. Perkampungan nelayan di Malaysia akan berubah wajah apabila pembinaan dan kerja-kerja membaik-pulih tersebut dilaksanakan.

Selain dari itu, pihak Kerajaan akan menyediakan prasarana asas untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh para nelayan. Dengan kemudahan-kemudahan tersebut, mereka akan dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Alangkah beruntungnya para nelayan kita, kini nasib mereka terbela dan yang pasti, mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan negara. 

Sesungguhnya, melalui dasar transformasi nasionalnya, pihak Kerajaan begitu prihatin terhadap nasib rakyat serta komited untuk memperbaiki taraf hidup mereka demi untuk kesejahteraan negara yang tercinta.



Terimakasih JMJ.
Print Friendly and PDF

Thursday, November 3, 2011

Awat Sikit Sangat....... Silap kot.......

Ni yang aku tak puas hati ni...... Awat aku dapat sikit sangat.......


Di sini Mc nak buat pengakuan, Mc mengaku kami semua blogger dan Facebookers pro UMNO Kedah menerima bayaran yang sangat lumayan dari UMNO Kedah. Silap-silap boleh sampai RM10,000 sebulan.

Mc akan sertakan list nama blogger dan Facebookers Kedah.
Det Guaq (blog Pelantaq Hujah) dibayar rm8000 sebulan.
Aloq Staq (Aloq Staq blog) dibayar rm5000 sebulan.
Aktivis UMNO Pekan Naka (FB dan sumber blog) dibayar rm6000 sebulan.
Pisau Kedah (Media Kedah) dibayar rm5000 sebulan.
Pak Teh (blog Pak Teh kata) dibayar rm4000 sebulan.
Kedah Times (blog Kedah Times) dibayar rm6000 sebulan.
Pemuda Melayu Kedah (Kedah Ke KL) dibayar rm4000 sebulan.
Sungguhka (blog Sungguhka) rm3000 sebulan.
GMC (blog Gunung Mat Cincang) rm4000 sebulan
Duke (blog Duke Of UMNO) rm6000 sebulan
Malah McTheory (Kedah Ke KL & Media Kedah) sendiri di bayar rm7000 sebulan.

Kami blogger2 Kedah ni semuanya kaya2, banyak duit UMNO Kedah bayaq kami. Hidup kami senang lenang, semua naik kereta besaq2. Hidup kami cuma buat blog dengan FB saja, tak payah kerja lain.

Selama ni kami hidup pun makan duit hasil blog saja la. Mana ada makan duit hasil lain.

Terima kasih HH, kerana bagitau blogger UMNO Kedah di bayar. Bayar celah mana pun Mc taktau la.

Kesimpulan yang Mc dapat, puak Pas ni main bubuh cerita blogger Kedah dibayar.. fitnah-fitnah.. apa nak jadi la dengan puak Pas ni. Dok mengaku Islam terlebih, tapi fitnah macam haram.

McTheory:
Kalau ada bukti dibayar, minta Pas Kedah dedahkan..

Sungguhka:
Zul Yahya ni ambil or dapat keterangan silap kot.......? Aku nak pebetoi sikit....... List tu sebenarnya bayaran tu kena tambah 1 di depan tu. Ini tak termasuk lagi + elaun perjalanan + elaun keselamatan + elaun broadband + elaun transport. Macam member aku "Dahulu Kini Selamanya" dan "Flyingkick"siap dapat kereta lagi.....

Zul Yahya apa dia tahu. Warta Darul Aman dah hilang modai cerita dia. Aku tengok wartawan yang ada tu jenoh hang dok basuh suruh cari berita.

Aku nak tanya sikit kat Zul Yahya ni....... dah lulus Ijazah out campus tu tak lagi.......? 2008...2009...2010 hang pengang Pengarah Penerang Kerajaan PAS Kedah atas tiket STPM saja tau........ Wartawan hang kelulusan lebih tinggi dari hang tu......

Satu lagi minta hang tolong jawab pasal projek sawit tu boleh tak.......? Jangan kerana kenang jasa, hang sanggup bergelumbang dengan pembohongan. Jawab la di akhirat kelak.......
Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.