Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, June 14, 2011

Usop Sentorian Kedah.......


Aku ingat nak buka cerita Memali tapi sahabat aku DKS membuka kisah Usop Sentorian Kedah ni, biar aku kongsi besama dengan pembaca akan cerita ini dahulu. 

DKS menulis.......:

Aku pi melepak kat air panas Lenggong baru2 ni. Saja nak terjah pasai Memali sikit sebab ada banyak perkara yg berlaku kat sana. Rata2 dok sembang pasai tak puas hati kat PAS. Ini yg buat aku syok nak menerjah.

Tengah dok syok korek maklumat, lain pulak cerita baru yg aku dapat. Jadi aku terpaksa tukar topic la sikit bab Memali ni. Cerita ni pasai SENATOR MOHAMMAD YUSUF BIN HUSIN….. tambahan pulak isu ni memang hangat dan membuatkan ramai dikalangan penyokong PAS di Memali bertambah hangat dan mula membuka pekong salahlaku PAS sedikit demi sedikit.

Kejadian ni berlaku sekitar awal tahun 2011 dan aku dimaklumkan dlm bulan Januari hari cuti umum.

Diceritakan oleh penduduk Kg Charok Putih, Sentorian Usop  Usin ni memang jenis keras kepala dan apa yg dicakap tak ada sapa pun boleh bangkang. Apa saja yg dia buat atau nak buat RM nombor satu. Masuk banyak tapi keluar tu jgn harap dari poket dia.

Pada hari kejadian, penduduk setempat menganggap longgokan batu2 di tepi markas PAS Kg Memali adalah utk membaiki mini tar yg tidak jauh dari situ yg juga jalan menuju masuk ke rumah Sentorian Usop. Penduduk kg merasa seronok dan bangga sebab sepanjang Kerajaan PAS perintah Kedah, inilah kali pertama mereka akan merasa sedikit kemudahan.  Terdapat beberapa kenderaan seperti backhoe, jeep, trak pick-up dan steamroll. Yg uniknya kelihatan tulisan “BINAK” tertera pada kenderaan2 tu.

Tapi sayang sejuta kali sayang. Bagaikan durian luruh menghempap bumi, harapan penduduk kg hanya tinggal harapan saja. Berlinang air mata melihat batu2 tu digunakan utk meratakan kawasan becak di halaman rumah Sentorian Usup. Kalau dilihat pada keadaan batu itu, memang benar dakwaan bahawa pihak BINAK telah melakukan kerja2 yg tak berbaloi dgn kos mereka. Di khabarkan BINAK terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membawa backhoe dan steamroll hamper 100 kilometer dari Bukit Perak daerah Pendang ke Memali daerah Baling. Penduduk merasa amat kecewa.

Timbul beberapa persoalan yg ingin aku ketengahkan buat pembaca berfikir dan bagi komen dan kalau silap tu aku minta maap…..

1.       BINAK biasanya tak terlibat dgn pembinaan mini tar, apa lagi utk kerja2 langskap di mana2 rumah individu.

2.       Adalah tidak munasabah, pihak BINAK secara relahati datang dari jauh pada hari cuti umum semata2 melakukan kerja merata batu di rumah Sentorian Usup yg hanya melibatkan batu satu lori tayar eman. Kerja-kerja begitu, kalau di buat secara royong anak beranaknya pun sudah memadai. Tetapi pihak BINAK terpaksa datang ke rumahnya yg jarak hampir seratus kilometer. Aku difahamkan kerja semuanya selesai dlm masa satu jam saja.

3.       Upah yg BINAK dapat adakah berbalaoi dgn kos yg mereka keluarkan.....?
               i.         Sebuah trailer mengangkat jentera berat.
              ii.         Sebuat steamroll.
            iii.         Sebuah backhoe.
            iv.         Sebuah jeep.
              v.         Sebuah pick-up.
            vi.         Kos pekerja dan Penyelia.

4.       Kalau tak silap aku, biasanya BINAK hanya melakukan  kerja atas kelulusan tender yang dikeluarkan oleh mana2 pihak.

Inilah sebahagian dari apa yg telah Sentorian Usop buat. Kita perlu ingat selain dari jawatan Sentorian Usop selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah dan Senator, dia adalah PENGERUSI kpd Bina Kuari, salah satu anak syarikat di bawah PKNK, iaitu syarikat yg bertanggungjawab membuat jalanraya di Kedah, melakukan kerja2 meratakan batu di hadapan rumahnya di Kg. Memali.

Aku diberitahu bahawa telah banyak kes salahlaku dan salah gunakuasa Sentorian Usop Usin ni telah dibawa ke SPRM, tetapi sampai la senyap saja…..

Insyallah aka aku dedah banyak lagi…..

Kisah Sentorian ni memang banyak terutamanya di dalam isu TABUNG MEMALI. Aku sedang membuat kajian supaya biar apa yang aku tulis di dalam blog ini semuanya mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Bukannya pasal apa....... Zaman sekarang ini cukup popular dengan saman menyaman ni.......
Print Friendly and PDF

Monday, June 13, 2011

KPI.......? Tok Bashah Menghitung Hari.......


Entahlah aku tak tahu apa lagi yang perlu Tok Bashah kita ni buat untuk memulihkan UMNO Kedah. Makin hari makin banyak permasalahan yang timbul. Walaupun Tok Bashah nampak tenang dan steady, hakikatnya beliau sedang menghitung hari pening memikirkan jangka hayat KPI beliau kian hampir. Kalau di ICU tu mungkin dah kena pakai alat bantuan pernafasan.

Setelah KPI merudum teruk ekoran dari tsunami UMNO SP, dan ditambah pula dengan bebanan bukan kes Anwar Aljuburi tetapi Raman Dijuburi di Padang Serai, timbul pula kes terbaru di Sik dengan cerita Khalwat. Nak  aku hurai cerita di Sik ni tapi ramai akan kata aku ni (terutama puak Pro UMNO) gunting dalam lipatan la......., musuh dalam selimut la......., tali barut la.......  Aku harap UMNO Kedah dapat selesaikan masalah-masalah yang ada sebelum aku terjah apa yang patut. Ini bukan ugutan, tetapi hakikat dan kenyataan. Hint aku bab Sik ni, pakat-pakat ramai boleh rujuk kat SINAR Sik atau Det Guaq.

Petikan dari FB Det Guaq....... Siapakah yang Det Guaq maksudkan.......?

Apa dah jadi UMNO Kedah oooiiii.......  Mampukah Tok Bashah memperbetulkan UMNO Kedah yang dalam keadaan semakin NAZAK ni.......? Kalau ditanya rata-rata dengan KB atau geng kaki bodek ni, jawapan yang pasti kita dapat adalah "kami begitu yakin dapat mengambil balik Kedah dan bergerak mendalami hati pengundi. Jawatankuasa sentiasa turun padang mendekati pengundi.". 

Juga aku dikhabarkan UMNO Kedah sudah wujud UMB. Tapi sayang seribu kali sayang, entah hidup atau mati pun aku tak tahu. Apa Urusetia Penerangan UMNO Kedah buat.......? Berbeza dengan negeri-negeri lain, UMB bergerak begitu rancak bersama-sama bloggers Pro-UMNO. Dikhabarkan juga bilik gerakan UMB Kedah ni terlalu sulit dan dirahsiakan....... tetapi takkan sehingga tak ada berita, pergerakan, pencetusan, maklumat dan pembongkaran isu-isu di Kedah. Sulit sangat kot sampai tak tau nak keluarkan.......? Atau pun wujud atas dasar Hangat-Hangat Tahi Ayam.......

Daripada komen-komen artikal aku yang lepas-lepas, dapat aku katakan bahawa rata-rata ahlih UMNO Kedah di peringkat akar umbi tidak begitu yakin dengan KEPIMPINAN DATO BASHAH yang banyak bergerak dengan cara ONE MAN SHOW bagi memulihkan UMNO Kedah. Dato Bashah sepatutnya BE A GOOD LISTENER.

Datuk Mukhriz seharusnya mengambil ikhtibar bagi memperbetulkan kepincangan kepimpinan UMNO Kedah. Beri peluang pada muka-muka baru untuk menghidupkan UMNO Kedah kembali. Rami tokoh-tokoh yang merupakan anak-anak tempatan mampu bergerak, tetapi kerana dik segelintir yang gilakan jawatan lebih-lebih lagi gila merian nak jadi calon, lantas mereka-mereka ini dicantas atau dikatakan tidak mempunyai pengaruh.

Mungkin pihak BPUNK kurang senang dengan artikal-artikal yang aku keluarkan dalam blog ni. Apatah lagi dengan kome-komen yang ditulis oleh pembaca setia blog ni. Boleh aku katakan sini bahawa masih ramai yang sayangkan UMNO dan ingin melihat UMNO/BN mengambil semula Kedah. Akan tetapi sejauh manakah suara-suara akar umbi akan didengari.......? Jadi, tak salah la kalau aku buka ruang ini untuk pembaca menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada UMNO di Kedah. Sekurang-kurangnya kot-kot mana la tahu kalau ada pihak-pihak tertentu dapat meneliti mahupun memberi perhatian dan mengambil tindakan dari apa yang berlaku.

"Kekuatan kita dalam mengatasi cabaran-cabaran akan datang bukan sahaja terletak pada pengalaman kita dalam memula dan mengurus perubahan pada masa lalu, tetapi juga pada kesanggupan kita untuk melakukan lebih daripada itu pada masa hadapan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad 11 Oktober 1997.
Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.