Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, December 17, 2010

Rakyat Dipariakan, Kroni Diutamakan…….

Ketika aku dok membelek e-mail aku yang lama tak buka, terpandang satu e-mail dari seorang hamba Allah meminta aku mengulas tentang lampiran surat dari satu pertubuhan dialamatkan kepada Perdana Menteri yang penulis e-mail itu menjumpainya di berlapuk untuk dibuang..

Memang beliau sengaja meminta aku mengulaskannya kerana ada artika-artikal yang aku tulis dalam blog aku sebelum ini ada disentuh sedikit tentang apa yang berlaku.

Baca punya baca……., aku rasa terguris dan simpati di mana sebuah pertubuhan yang ingin membantu kerajaan mungkin di “REJECT” begitu saja. Aku cuba menghubungi Presiden pertubuhan ini tetapi tak dapat maklum balas. Aku rasa mungkin pertubuhan ni tak berjaya untuk berjumpa PM. Kalau ada semestinya sudah masuk media massa.

Surat yang diperolehi.

Kalau aku nak rumus seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Tapi kalau betoi sepertimana yang ditulis di dalam surat tu, dengan usaha yang depa buat berjumpa puak-puak Dato masih tidak dilayan, sesuai la kalau aku ubah slogan 1 Malaysia kepada “Rakyat Dipariakan, Kroni Diutamakan”.

Adakah ini caranya puak-puak ni layan rakyat……?

Waktu nak mengundi, PM nak jumpa siapa pun tak pa, malah puak-puak ni atur jadual supaya PM mahupun Menteri dapat berjumpa dan duduk bersama rakyat. Tetapi selepas menang, rakyat ibarat pencacai. Hangpa dok di atas sana bermewah-mewahan.

Patut la selama ini rakyat dok merungut hantar surat tak dapat maklum balas, buat appointment tak mendapat layanan…….

Aku harap sekiranya jawatankuasa pertubuhan ini ada membaca artikal ni, dapat menghubungi aku. Aku ingin terjah Putrajaya mendapat kepastian.
Print Friendly and PDF

PLKN Kulim Milik Siapa…….?


Riuh rendah aku dengar tentang PLKN Bukit Besar Kulim ni. Amat hangat perbualannya dikalangan ahli-ahli Bekas Perajurit Kedah. Desas-desus mengatakan PLKN ni sebenarnya ada kaitan dengan Persatuan Bekas-bekas Perajurit Kedah. Malangnya Persatuan ni satu sen pun tak menerima seperti apa yang dijanjikan.

Aku cuba terjah permasalahan ini, malangnya tidak mudah untuk mendapatkan maklumatnya, memandangkan tak ramai yang tahu cerita sebenarnya. Terdapat 3 nama utama yang menjalankan kerja-kerja yang licik ini. Mereka adalah Ali, Hasbullah dan Mejor (B) Rosli.

Terdapat beberapa persoalannya yang timbul.

1.       Cara pembinaan PLKN Kulim…….?
2.       Tujuan pembinaan tapak pendaratan helikopter…….?
3.       Siapa engineer dan arkiteknya…..?
4.       Struktur pembinaannya…….?
5.       Peratus keuntungan kepada Persatuan Bekas Perajurit Kedah…….?
6.       Bagaimana pandangan peta topo dan kelulusan dibuat…..?

Akan aku dedah satu per satu persoalan di atas apabila aku dapat kumpul bukti-bukti yang kukuh. Aku pasti apabila cukup bukti, sudah pasti akan aku ketengahkan kepada pihak SPRM. Hampir 80-90% maklumat telah terkumpul.

Ingin aku ketengahkan pendedahan ni sedikit demi sedikit, malangnya apa yang aku dengar bahawa salah seorang dari 3 nama itu mempunyai rakan yang akrab di dalam SPRM Kedah mahupun Putrajaya.

Dengar kata salah seorang daripada mereka miliki 3 PLKN di Kulim, Pulau Pinang dan Melaka.
Print Friendly and PDF

Tuesday, December 14, 2010

Teka-Teki Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Terjawab.......?

Haru biru aku baca bab teka-teki sapa pegang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah ni. Macam-macam presapsi yang keluaq. Ada yang hentam, ada yang puji, ada yang ampu dan ada yang mengada.

Sepanjang aku dok musing serata Kedah dan Kuala Lumpur, seronok juga dengar cerita lagu ni. Bukannya apa, ramai dok cuba cari lubang mana yang sesuai depa nak runtun nanti. 

Kepada GMC jangan dok latah sangat, kesian aku tengok orang dok mengelisah nak tau jawapan tu...... Bab runtun tu memang dah jagi amalan puak-puak UMNO. Bab mencari kesalahan ni memang kerja depa. Kita tengok la nanti..... puak yang dulu dok mengata kepada calon-calon Pengerusi ni nak kalih pi kat sapa..... Memandangkan hang dok acah lempaq dadu...... Biaq aku lempaq dulu lah.......

Untuk tidak mengecewakan semua........
SAKSIKANLAHhhhhhhh.......



Jangan marah.............................

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.