Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, August 12, 2010

Gempar…..! Ronnie Liu Dan Tony Pua Buat Promosi Ramadhan Di Selangor.

Ini bulan Ramadhan ni, aku cuba nak control tak nak marah, tapi tak mana bisa aku buat begitu? Asal aku tengok karipap je kat Bazaar Ramadhan aku terus teringat ARE U OK? Fobia aku dengan Karipap! Euuwww!

Aku nak share dengan korang sikit promotion yang telah disediakan oleh Ronnie Liu bersama-sama Tony Pua bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini:

Iklan ini aku jumpa dala paper The Star! Best kan? At Least DAp pun dah join bagi promotion untuk Ramadhan ni! Hari tu ada beberapa pemimpin dari UMNO mintak Pakatan Haram supaya tutup pusat hiburan dan rumah urut!

Nah! DAP jawab balik dengan promosi FREE BEER! TAKE BEER

DAP dengan terang-terangan menunujukkan siapa yang berkuasa, sebab tu lah mereka ambil satu muka surat dalam paper the Star bagi tunjuk iklan ini! Kira macam dia mau tunjuk siapa bos la kan?

Tapi takpe blogger anak haram dari PAS dan PKR yang bangsa melayu Islam akan datang dan defend tuan-tuan mereka dari kalangan DAP ni, yalah kalau tak defend nanti miss soru pulak kang!

WAHAI PEMIMPIN PAS DI SELANGOR! INI SATU TAMPARAN KEPADA KAMU! ADAKAH KAMU AKAN BERDIAM DIRI.....? Mereka siap nak bukak kat Kota Damansara lagi, tempat tu kan majoriti penduduk dia adalah melayu?

Aku percaya si Bapak Syaitan Nicky Ajis Harami tu akan kata takpe, DAP punya pasal dia akan pastikan pintu SORGA akan dibuka seluas-luasnya kan?

Dah terlanjur korang baca kat sini, elok kiranya korang baca pasal si TONY PUA NI, kalau korang baca apa yang ditulis oleh blogger Apanama itu, maka korang akan tahu siapa Tony Pua ni sebenarnya.

Semalam kecoh dalam opis Kalid Gagap, dia terjumpa satu kamera yang disembunyi..jeng..jeng..jeng, apa cerita ni sebenarnya? Baca kat sini, BLOGGER MARAHKU menulis tentang SELANGORGATE!

TAKEBEER.....! TAKEBEER.....! TAKEBEER.....!

Dipetik Dari: House PK
Print Friendly and PDF

PERUTUSAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H/2010M.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

Pertamanya, kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan pada tahun ini dalam keadaan harmoni dan penuh kerahmatan.

Sesungguhnya, Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam. Pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub di dalam Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :-

“Bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, sesiapa antara kamu hadir pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...”

Ramadhan merupakan penghulu semua bulan dan ia juga menjadi bulan keberkatan dan bulan untuk umat Islam berpuasa sebagai ketundukan dan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Di dalam bulan Ramadhan juga telah berlaku beberapa peristiwa dan kejayaan penting yang dilakarkan oleh umat Islam untuk menunjukkan kepada kita betapa bulan Ramadhan menyimpan keberkatan dan kehebatannya yang tersendiri serta mampu memberi impak dan menginsafkan hati setiap muslim yang prihatin.

Di antara peristiwa tersebut ialah peperangan Badar, Khandaq, Tabuk, pembukaan kota Mekah dan kemuncak dari itu ialah penurunan Al-Quran yang menjadi sumber hidayah dan petunjuk kepada umat Islam untuk sepanjang zaman.

Sesungguhnya peperangan Badar dan perang Khandaq yang berlaku di dalam bulan Ramadhan ini merupakan manifestasi kemenangan tentera Islam terhadap tentera Quraisy berlandaskan perancangan strategik, kreativiti dan daya inovasi yang dicetus oleh Rasulullah s.a.w. serta para sahabat.

Hakikatnya, Allah s.w.t. telah memberi isyarat dan menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya kreativiti dan perancangan yang strategik dalam menentukan sesebuah kejayaan.

Menyedari kepentingan itu, maka negara kita juga telah meletakkan beberapa perancangan strategik dan misi besar untuk memajukan dan memakmurkan negara.

Bagi mentransformasi dan membina negara bangsa, selain Gagasan 1Malaysia dengan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kita janakan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) berinovasikan Model Baru Ekonomi (MBE) dan bermatlamatkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Wawasan 2020.

Semua perancangan ini akan memastikan negara mencapai keharmonian perpaduan nasional dan melonjak prestasi ekonomi yang stabil serta mencapai negara yang berkompetitif dan berpendapatan tinggi.

Bulan Ramadhan juga memperlihatkan beberapa peristiwa agung seperti malam Lailatulqadar yang bermaksud pengagungan menurut pendapat sebahagian ulama’. Lailatulqadar ini bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan Al-Quran pada malam itu, turunnya para malaikat, melimpahya rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan akan dianugerahkan keagungan serta kemuliaan kepada mereka yang beribadat pada malam itu.

Justeru, kita hendaklah melipatgandakan amal ibadat, memperbanyakkan sedekah dan bermurah hati serta mengeluarkan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini.

Para peniaga pula dilarang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya pada bulan ini demi kepentingan umat Islam yang berpuasa.

Di samping itu, saya ingin mengingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran dan belanjalah secara berhemah pada bulan ini terutamanya sebelum tiba Syawal nanti. Ini bagi mengelakkan kita dari menanggung hutang dan kesusahan pada keluarga kita menjelang Aidilfitri kelak.

Sememangnya bulan Ramadhan ialah masa untuk umat Islam bermuhasabah diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Melalui ibadah puasa dari fajar hingga senja, umat Islam dilatih mempertingkatkan disiplin diri agar lebih penyabar, pemurah, pengasih dan mengemas empati diri terhadap kesusahan orang lain. Sudah tentu ibadat puasa pada waktu siang tidak sempurna tanpa munajat dan zikir pada waktu malam.

Kita di Malaysia sudah tentu bernasib baik kerana dapat menjalani ibadat puasa dalam keadaan yang lebih tenang dan kurang cabaran getir. Keadaan di negara kita adalah amat berbeza dengan umat Islam di sesetengah negara yang kini sedang menderita kerana dibadai bencana alam, bergelut dalam krisis kemanusiaan serta terperangkap dalam zon peperangan sehingga sukar bagi mendapatkan makanan untuk berbuka mahupun bersahur.

Ibadah puasa ini wajib dijalani oleh setiap individu yang berkelayakan. Selain membersihkan hati, puasa juga adalah terapi efektif memulihara kesihatan diri. Justeru, peluang pembaikan diri dan hati ini wajar direbut oleh setiap individu Muslim.

Oleh itu, Ramadhan ini adalah peluang terbaik untuk kita merukuni perpaduan 1Ummah melalui keunikan kepelbagaian kaum dan agama demi 1bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu padu.

Akhirul kalam, saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam Malaysia di mana jua berada. Marilah kita bersama-sama meraikan dan mengimarahkan Ramadhan ini bersama rakan kita dari pelbagai bangsa melalui kerukunan muhibbah beriltizamkan perpaduan 1Malaysia 1Ummah. Insya-Allah.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Print Friendly and PDF

Thursday, August 5, 2010

Istihar Harta Anda Wahai Pemimpinku.....

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed baru-baru ini meminta barisan kepimpinan di bawah pentadbira di bawah Dato' Sri Mohd Najib Razak Tun Abdul Razak istihar hartamasing-masing kepada umum. Ini sudah satu tindakan yang bagus SPRM. Tapi, ada seorang Menteri Kabinet tak setuju. Beliau ada sebabnya tersendiri.....

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Hishammuddin Hussein today said it was unsuitable for Cabinet members to publicly declare their assets, rebuffing a proposal from the nation’s anti-graft chief. Instead, the home minister said it was sufficient for ministers to inform the prime minister of their financial worth. “I declare my assets to the prime minister. I have nothing to hide but I feel that it would be sufficient. - MALAYSIAN INSIDER.

Abu Kassim dilaporkan bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan. - BERNAMA.

Sekarang ini pun semua anggota kabinet telah istihar harta mereka tetapi hanya kepada Perdana Menteri setiap tahun. Mungkin bagi sesetengah menteri kabinet, mekanisme yang sekarang ini digunakan sudah memadai bagi mereka. Tetapi rakyat perlu dan berhak tahu juga harta yang dimilki mereka selama ini. Betul tak.....? Menteri-menteri jangan risau dan nak takut apa? Orang tua-tua ada mengatakan.....

"BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH"

Kalau ikutkan cadangan istihar harta barisan menteri kabinet ini dilakukan oleh bekas Perdana Menteri sebelum, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Memang bagus cadangan ini. Kenapa tidak diteruskan sekarang? Sedangkan negara seperti Indonesia dan Amerika Syarikat juga mempunyai dasar seperti ini dengan meminta pemimpin-pemimpin mereka istihar harta sebagai usaha memerangi gejala rasuah. Nah ini sebilangan pemimpin dunia yang dah istihar harta masing-masing.


Pemimpin Malaysia bila lagi.....?

Kenapa susah sangat nak istihar harta masing-masing.....? Kalau kakitangan awam kena istihar harta masing-masing, kenapa lain pula dasar untuk menteri yang hakikatnya dipilih oleh rakyat.....?

P/S : Satu lagi, pemimpin kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bila lagi nak istihar harta pemimpin anda seperti yang dijanjikan.....

Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.