Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, April 30, 2010

PAS Cabar Kickdefella Dedah Siapa Bayar RM4 Juta.....

Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.

Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu oleh menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman – peneraju PMBK ketika itu – Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan ‘kepincangan’ dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi dalam blognya semalam.

“Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.

“Kita tidak tahu perkara tersebut (isu peruntukan RM4 juta), mungkin pihak atasan tahu. Kita tidak tahulah,” kata beliau yang juga setiausaha akhbar menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya bilakah dewan tersebut akan bermesyuarat, Ahmad Fahdli yang juga seorang pensyarah agama di sebuah kolej milik kerajaan negeri menjawab: “Dalam masa terdekat”.

Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.

Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) – yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai ‘seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan’.

Dalam coretannya berjudul ‘Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa – jawapan kepada S/U akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi’ semalam, Syed Azidi mencabar Ahmad Fadhli menyiasat perbelanjaan wang itu dan membuktikan sama ada ia digunakan bagi tujuan peribadi.

Sementara Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” pula dicabar menyiasat dan mendedahkan nama individu yang membiayai aktiviti yang ditaja itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini ini, Ahmad Fadhli berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan melayan cabaran daripada seorang “penulis blog murahan”.

Rupa2nya….PAS ni pun lagi teruk…guna duit rakyat utk meluaskan pengaruhnya…
Print Friendly and PDF

Analisa Hulu Selangor 2.....

1. Keseluruhan jentera dan pimpinan BN terkejut beruk dengan keputusan undi Cina di HulSel. Walaupun sudah ada laporan risikan bahawa undi Cina memang dijangka akan meningkat dari PRU-12, namun jauh di sudut hati masing-masing pimpinan dan penyokong BN yakin rangsangan-rangsangan ekonomi selepas Najib jadi PM serta program 1Malaysianya boleh dapat swingkan sikit undi Cina.

2. Ternyata semua ini meleset sama sekali.

3. Rupa-rupanya telahan risikan dan Lim Kit Siang lebih tepat. 72% pengundi Cina mengundi PKR. Dan jika kita lihat lebih dalam lagi tentang kedua-dua calon dan kaitkan pula dengan trend pengundian kaum Cina, keputusannya memang patut menakutkan BN.

4. Pertama, calon PKR Zaid Ibrahim orang Melayu sedangkan lawannya seorang non-Malay. Kalau mengikut sentimen sekarang, ramai pemerhati beranggap kaum Cina memang menyampah sangat dengan orang Melayu. Sepatutnya mereka lebih bersedia untuk mengundi calon India iaitu Kamalanathan. Tetapi ramalan ini meleset.

5. Kedua, Kamalanathan lebih kurang macam anak tempatan, datang dari bandar Rawang yang berdekatan, sedangkan Zaid anak Kelantan, negeri yang amat asing bagi Cina Hulu Selangor. Sepatutnya sentimen ini juga membantu BN, tetapi ia langsung tak relevan untuk PRK kali ini.

6. Ketiga, daripada 17,000 pengundi Cina di Hulu Selangor, 7,000 adalah ahli MCA. Sebaliknya angka menunjukkan hanya lebihkurang 4,760 pengundi Cina mengundi BN. Mana perginya baki ahli MCA itu?

7. Keempat, undi kaum Cina konsisten di setiap saluran. Maksudnya, orang Cina tua dan muda sama banyak menolak BN. Ini bertentangan dengan pola pengundian sebelum ini, di mana walaupun pengundi Cina muda (saluran 4 dan 3) memang menolak BN, tetapi pengundi Cina tua (saluran 1 dan 2) dilihat lebih seimbang; BN kalah tak banyak. Kali ini, BN kalah teruk di semua saluran.

Sampel Peti Undi Cina di HulSel:

Sampel peti undi Kg Baharu KKB ini berulang di semua kawasan majoriti Cina, terutama di kesemua 13 peti undi Kampung-Kampung Bahru Cina - kesemua saluran 1-4 menolak BN secara konsisten)


8. Beberapa soalan menarik timbul daripada statistik undi Cina di atas.

9. Pertama, Adakah trend ini bersifat ”local” dan disebabkan faktor-faktor lain seperti pergaduhan dalaman MCA Bahagian (seperti yang didakwa Chua Soi Lek) ataupun ini juga trend nasional?

10. Bagi saya, berdasarkan perenggan 4-7 di atas, dan berdasarkan pemerhatian umum dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Cina peringkat grassroots di kawasan saya sendiri, trend ini sebenarnya bersifat nasional. Dan trend ini jelas selari dengan kempen Pakatan Rakyat yang sudah lama dijalankan di peringkat nasional supaya rakyat Cina menolak BN.

11. Kedua, soalan Cepumas, Mengapa?

12. Chua Soi Lek memberikan 3 sebab; (i) pergolakan dalaman MCA Hulu Selangor, (ii) stature Zaid Ibrahim di peringkat naisonal berbanding Kamalanathan yang tidak dikenali pengundi dan (iii) kenyataan sensitif pemimpin BN peringkat nasional dan juga Perkasa.

13. Ulasan pertama saya ialah Chua Soi Lek ni jelas malu nak cakap sebab ke-4, iaitu bahawa dia sendiri tak ada integriti sebab kantoi jadi pelakon blue dalam video seks, dan sehubungan itu jatuhnya integriti MCA sebab memilih seorang yang bermoral busuk menjadi Presiden.

14. Tapi dalam kita melekehkan Chua Soi Lek porno ini, kita harus ingat beliau juga tahu apa yang beliau cakapkan. Dalam posting ini saya tak berminat menyentuh sebab (i) dan (ii) yang beliau beri, tetapi sebab yang (iii) tu saya setuju benar.

15. Selepas PRU-12, orang Melayu rasa betul-betul terkejut dan tertekan dengan suara-suara yang didengar dari orang2 Cina dan India yang mengasak dan mempertikaikan hampir kesemua aspek orang Melayu di Malaysia ini sehingga sampai berani mendebatkan perkara paling pokok sekalipun (isu Kalimah Allah). Dan balasannya, orang Melayu ramai yang bangkit dalam berbagai bentuk, termasuklah melalui platform Perkasa. Akibatnya, kenyataan-kenyataan agresif membela Melayu dikeluarkan, dan ini menakutkan pula Kaum Cina dan India. Ia menjadi satu 'vicious circle'; aku kutuk kau, kau kutuk aku, aku kutuk kau lagi hebat, etc, etc, berterusan tanpa penghujung.

16. Malangnya, ada pemimpin UMNO juga dilihat terlibat dalam pertembungan ini. Kenyataan Datuk Nasir Safar, Datuk Noh Omar dan TPM Tan Sri Muhyiddin, dan ditambah pula dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dalam Perhimpunan Agung Pertama Perkasa dijadikan peluru oleh penentang BN untuk menakutkan pengundi Cina Hulu Selangor. Perkara ini diasak mereka bertubi-tubi dalam ceramah dan kempen rumah ke rumah, dan itulah faktor utama yang menyebabkan undi Cina jatuh ke tahap paling teruk 28% bagi BN.

17. Dan kita yakin jika kawasan yang sehulu Hulu Selangor menunjukkan trend sebegini, bagaimana pula kisahnya di kawasan yang penduduknya”urban”, lebih terdedah kepada isu-isu nasional? Bagaimana dengan kawasan seperti Lembah Pantai, yang peratusan pengundi Cinanya hampir sama dengan peratusan Hulu Selangor. Rasanya kita boleh tambah kurang-kurang 5% lagi swing undi Cina ini ke Pakatan Rakyat jika pilihanraya diadakan sekarang.

18. Walau bagaimanapun, bagi saya, bukan semuanya buruk untuk BN. Najib masih baru, dan konsep 1Malaysia beliau mungkin masih belum meresap dalam jiwa rakyat lagi. Kabinet yang ada masih kabinet Pak Lah, dan muka-muka liability nanti boleh diganti dengan muka-muka yang lebih berkaliber pilihan beliau sendiri sebelum PRU-13. Samy Vellu akan turun, dan ini saja boleh swing undi rakyat Malaysia pelbagai bangsa balik ke BN beberapa peratus. Chua Soi Lek porno juga dijangka menguatkan kedudukan beliau dan menyusun semula MCA segenap peringkat, dan jika MCA boleh menghentikan pergolakan dalamannya, faktor ini juga mampu menarik balik sedikit undi Kaum Cina.

19. Namun dari pemerhatian saya dan perbincangan dengan sahabat-sahabat kaum Cina, apa yang kebanyakan orang Cina mahu ialah supaya pemimpin UMNO menghormati perasaan mereka. Dan saya setuju sebenarnya. Apa yang selalu terjadi ialah kenyataan-kenyataan anti-Melayu dikeluarkan oleh pihak menyokong Pakatan Rakyat, baik dari DAP ataupun dari individu dan pihak yang menyokong mereka, seperti penyumbang-penyumbang Malaysiakini. Tetapi sebagai respon pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari UMNO membalas dengan membantai kaum Cina secara keseluruhan. Mereka tidak sedar yang itu semua ialah perangkap penyokong PR, yang sebenarnya memang mengharapkan respon sebegitu. Jadi selepas ini eloklah Najib mengeluarkan moratorium kepada seluruh pemimpin UMNO sehingga ke peringkat cawangan sekalipun supaya menghentikan terus segala kenyataan keras mengenai isu bangsa, sebaliknya sentiasa menggunakan ayat berlapik dalam memperjuangkan hak mereka. InsyaAllah jika kaum Cina melihat yang orang UMNO sentiasa beradab dan berhemah dalam mempertahankan hak mereka,maka tidak mustahil BN boleh dapat kembali sebahagian undi Cina yang kehilangan ini.

Print Friendly and PDF

Analisa Hulu Selangor 1.....

Berakhir sudah PRK Hulu Selangor. Tanggapan asal saya bahawa Kamalanathan akan menang terbukti, walaupun saya menjangkakan majoriti jauh lebih besar. Cuma satu saja yang saya takut, iaitu peralihan sokongan dari orang-orang Felda. Rupa-rupanya mereka tidak menghampakan BN dan Najib.

Mari kita lihat satu-persatu faktor-faktor dan fenomena-fenomena yang kita lihat sepanjang kempen dan juga hasil undian, supaya sama-sama kita dapat belajar daripada apa yang dipaparkan.

1. Fenomena yang paling besar saya lihat ialah tentang the Biggest Loser kali ini. Siapa? PKR? Anwar? Zaid? MIC? MCA?

Bukan. Jawapannya, the biggest loser utk PRK HulSel ini tak lain tak bukan ialah PAS.

1.1 Kekalahan teruk PAS kepada UMNO di kalangan pengundi Melayu Hulu Selangor

Sesiapa yang memang terlibat dengan politik secara harian di peringkat Cawangan mesti tahu bahawa dalam kebanyakan bahagian di Malaysia ini kecuali yang betul-betul majoriti Cinanya sangat besar, pertembungan utama ialah di antara PAS dan UMNO. PKR boleh dikatakan langsung tak masuk ‘book’, dan hanya akan timbul bila ada pilihanraya. Mungkin lepas PRU-12 dulu PKR lebih hidup di kawasan-kawasan yang ia jadi wakil rakyat, tapi itupun sebenarnya tak adalah aktif mana dan selalunya menumpang aktiviti PAS. Malah di Lembah Pantai pun yang wakil rakyatnya anak Presiden Parti dan Penasihat Parti merangkap Puteri Reformasi pun begitu, apatah lagi di tempat lain.

Di Hulu Selangor pun begitu. Seperti di tempat-tempat lain di Malaysia, kawasan-kawasan Melayu yang dulunya mengundi UMNO, telah ditembusi oleh PAS sejak zaman reformasi (1998) sehingga sekarang. Cawangan-cawangan baru mencanak-canak naik. Ceramah dapat sambutan hangat. Kemuncaknya bila pengundi-pengundi Melayu bekaspengundi UMNO ini bersatu dengan Cina dan India penyokong Hindraf memberi Parlimen HS kepada PKR.

Tetapi dalam PRaya Kecil ini nampaknya arus tadi sudah berpatah balik. Mereka yang menyokong PAS dan mengundi PKR nampak gayanya sudah sanggup mengundi BN.

Dan soalan yang paling menakutkan di kalangan pemimpin Melayu Pakatan Rakyat sekarang ialah:-

Kalau MIC yang dibenci segenap rakyat pun boleh menang lawan seorang Calon Nama Besar Melayu, bagaimana kira-kiranya jika UMNO lawan PAS sekarang di kawasan majoriti lebih 70% Melayu?? Tidakkah PAS akan tertonggeng?

Jadi sebenarnya yang kalah paling teruk di Hulu Selangor ialah PAS, rakyat Hulu Selangor nampaknya sudah ramai yang berhenti menyokong mereka.

1.2. Rosaknya Imej PAS di kalangan rakyat berbangsa Melayu seluruh negara.

Selepas PRU-12, semua orang yang minat politik sedar strategi UMNO terhadap PAS, iaitu menyerang kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PAS membela diri dengan mengatakan ianya fitnah, tetapi betulkah fitnah?

Kalau dulu sebelum PRU 12 dan wujudnya Pakatan Rakyat, langsung tiada orang bukan Islam yang berani mempertikaikan ttg kedudukan Islam dan mengulas isu-isu agama Islam, tetapi selepas PRU 12 dan wujudnya Pakatan Rakyat, suara-suara ini seperti halilintar setiap kali isu Islam menjadi polemik dalam media.

Isu fatwa berkenaan Yoga, isu Azan dan khutbah diperlahankan di Masjid-masjid di Selangor, isu permintaan hak sama rata antara tanah dan belanjawan negara terhadap peruntukan masjid dan kuil dan tokong, isu Lina Joy, isu pengharaman Arak di Shah Alam, dan yang paling besar isu Kalimah Allah.

Bukankah dalam isu-isu ini penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lah yang paling kuat menentang, memperli dan menghina Islam; dalam Malaysiakini (penyokong PR), dan dalam beratus-ratus blog mereka.

Yang dahsyatnya, ramai daripada penghina ini turut merupakan orang Islam sendiri, dengan nama-nama besar seperti Haris Ibrahim (penyokong PR), Art Harun (penyokong PR) dan sebagainya. Dan paling menyedihkan, penyokong-penyokong PAS tegar turut sama membuta tuli menyokong mereka.

Rakyat marhaen Islam Melayu melihat perkara ini. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat bagaimana hero-hero Islam kononnya dalam PAS senyap sunyi tanpa berkata apa-apa bila isu-isu ini timbul. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat bagaimana nama-nama besar dalam PAS seperti Tuan Guru Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi diam membisu seolah-olah memberikan penentangan senyap. Dan Rakyat marhaen Islam Melayu sudahpun menghukum PAS, mula-mula di Bagan Pinang dan kini di Hulu Selangor.

Pemimpin-pemimpin puak Erdogan PAS terutamanya sibuk menjaja bahawa sikap UMNO ialah mempertahankan Ketuanan Melayu dan ketuanan melayu itu assabiyah. Tapi disebabkan adanya ketuanan Melayu itu lah begitu tinggi jumlahnya anak-anak kampung Melayu dapat keluar dari dunia kampung mereka berhijrah ke asrama-asrama penuh, berhijrah ke matrikulasi-matrikulasi, dan akhirnya menjadi kelas menengah Melayu. Disebabkan ketuanan Melayu itulah kita ada excuse utk mewujudkan FELDA, RISDA, FELCRA, Tabung Haji dan beratus lagi badan lain yang membantu secra langsung umat Melayu. Tanpa ketuanan Melayu, mampus kita hendak ”fight” untuk semua itu. Kalau sekadar bantah konsert Rihanna atau konsert Ella sempena 100 hari Pakatan rakyat Selangor pun Pemuda PAS Selangor dimaki dan disuruh balik ke gua oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, apatah lagi untuk hal-hal sebesar itu! Sorry, mati hidup balik pun PAS takkan dapat menang bila melawan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dan sekali lagi Rakyat marhaen Islam Melayu melihat perkara ini. Rakyat marhaen Islam Melayu juga melihat bagaimana Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu diburukkan oleh penyokong Pakatan Rakyat. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat betapa lemahnya PAS, dan bagaimana takutnya PAS, dan bagaimana berdolak-daliknya PAS. Dan Rakyat marhaen Islam Melayu sudahpun menghukum PAS, mula-mula di Bagan Pinang dan kini di Hulu Selangor. Dan bacaan saya ialah Rakyat marhaen Islam Melayu akan terus menghukum PAS, sehingga PRU-13 akan datang.

1.3 Kejatuhan Imej PAS di kalangan Penyokong PR sendiri

Sesiapa yang memang terlibat dengan politik tempatan secara harian dan juga kempen pilihanraya tak kira Praya Umum atau Kecil juga tahu yang petugas-petugas pilihanraya semua datang dari PAS. Buat banner, buat poster, gantung poster, keluar duit, sebar risalah, PACA, rayu undi, semuanya dari PAS. Mungkin lah kat tempat-tempat macam kat Lembah Pantai kita ni ada sikit-sikit orang PKR. Tapi kat tempat lain, haram.

Dan kita lihat di HulSel ini satu fenomena yang luar biasa sekali. PAS tak berkempen sangat pun! Semua orang sedar perkara ini, dan hanya selepas ia dibangkitkan di peringkat nasional, barulah PAS menghantar kontingennya.

Kenapa? Adakah PAS sendiri sudah sedar? Takkan lah sebab geli dengan Zaid sampai macam tu sekali? Dan bukankan fenomena geli dengan Zaid ini merupakan apa yang PAS sendiri redha bila duduk dalam Pakatan?

Yang pastinya, kesuam-suam kukuan PAS berkempen dilihat oleh semua penyokong PR dan mereka betul-betul marah dengan PAS. Jatuh imej PAS, sedangkan mereka lah yang akhirnya bersusah payah berkempen merayu undi, menampal gerak kerja pilihanraya PKR yang terlalu lemah.

Dan bukan itu sahaja. Laporan yang diterima menyatakan PAS turun berkempen utk PAS dan bukan untuk PKR turut dilaporkan meluas. Dan yang bestnya, Nik Aziz juga dituduh begitu. Ceramahnya bukan nak menyokong Zaid sangat, tapi lebih kepada nak taichi supaya orang jangan tuduh PAS. Penyokong PR nampak benda ini, makin teruk imej PAS.

Akhir sekali, kebongkakan dan kebodohan Nik Aziz menyumbang kepada kekalahan Zaid, dan penyokong PR sedar perkara ini. Mula-mula sekali, Nik Aziz dengan bongkak kata orang Kelantan tahu halal haram, jadi undi saja lah Zaid. Habis, orang Selangor tak tahu halal haram. Apa yang Nik Aziz imply tu sebenarnya? Itu statement menghina. Budak-budak muda tempatan minum teh tarik yang saya jumpa di mamak KKB begitu marah dengan statement itu, dan sudah tentu ramai lagi yang merasa begitu.

Dan tak payah cakaplah pasal Nik Aziz menghina Sultan Selangor. Orang FELDA tu orang Melayu lah Nik Aziz, depa sayang Sultan. Datang dari luar, menghina Sultan orang.

Kesemua ini disedari penyokong PR, dan disebabkan ia terjadi last minute, semua usaha PR membasuh busuk Nik Aziz gagal. Marah lagi penyokong PR dengan PAS.

Print Friendly and PDF

Sultan Selangor Murka Terhadap Mursyidul Am PAS yang Pertikai Titah Baginda.....!

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam.

Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor.

Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.

"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di sini, pagi ini.

Isnin lalu, Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.

Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. - BH

1. Jelas DYMM Sultan Selangor amat murka terhadap pihak yang telah mempertikaikan titah Baginda berhubung larangan menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

2. Titah Baginda adalah sangat penting untuk ditaati oleh semua pihak tidak kira dari UMNO , PAS dan PKR demi menjaga kesatuan ummat yang berada di bawah naungan DYMM Al Sultan.

3. Sindiran dalam titah Baginda jelas ditujukan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaitkan larangan berpolitik di masjid adalah karut atau ditinggalkan oleh penjajah.

4. Hingga kini Nik Aziz bukan setakat biadap terhadap Sultan Selangor bahkan kalau kita teliti Nik Aziz juga pernah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan mengaitkan baginda dengan amalan kronisme semasa isu perlantikan menantunya Ariffahmi menjadi CEO PMBK sebelum ini.

5. Panglima sebagai rakyat yang bermastautin di Selangor merafak sembah terhadap DYMM Sultan atas titah yang begitu ditunggu oleh kami sekelian sebagai rakyat yang cintakan perpaduan dan bencikan perpecahan.

6. Selaku Ketua Agama sememangnya DYMM Sultan berhak menetapkan larangan agar tidak ada pihak menyalahgunakan masjid dan surau untuk dijadikan tempat menyebarkan politik kebencian yang tidak pernah wujud di zaman Rasul dan Sahabat.

7. Marilah kita bersama sama menjunjung titah baginda Al Sultan ini dan memastikan tiada pihak yang akan terus ingkar dan biadap terhadap Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor khasnya dan seluruh Malaysia amnya.

Daulat Tuanku !!!

Ehsan dari : Panglima Perang Cyber
Print Friendly and PDF

MB Kedah: Mohd Nasir Tak Perlu Mohon Ampun.....!

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, daripada Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama.

"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula setiausaha sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja," katanya.

Dua hari lalu, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Berikutan itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan Dewan.

Ehsan dari : Bernama.
Print Friendly and PDF

Persatuan Kerabat Diraja Kedah Minta MB Kedah & Adun PAS Mohon Maaf.....

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdu:l Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dituntut memohon ampun daripada Sultan Kedah berikutan soalan berkaitan kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Kedah.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memohon ampun kepada Sultan Kedah berhubung soalan berkaitan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Negeri itu.

Katanya, PKDK menganggap tindakan mempersoalkan bidang kuasa Sultan pada persidangan DUN tidak sepatutnya berlaku berikutan kedudukan baginda yang dijamin dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri.

“Tindakan Mohd Nasir dengan sokongan rakan-rakannya meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah. Kami menyeru rakyat Kedah memahami kedudukan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun termasuk wakil rakyat,” katanya pada sidang media di sebuah dewan di Anak Bukit, di sini, semalam.

Tengku Zainol berkata, walaupun soalan lisan bernombor 3(a) dan 3(b) ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, ia masih tidak ditarik balik sepenuhnya daripada rekod dewan.

Ditanya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, Tengku Zainol berkata, pihaknya masih tidak memutuskan tindakan susulan namun tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi mempertahankan kedaulatan institusi diraja Kedah.

Print Friendly and PDF

ADUN PAS Kurang Ajar.....

Adun PAS yang kurang ajar dan biadap !!
Anak didik Nizar Penderhaka ...

ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

# Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

# Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

“Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,” katanya.

Ehsan dari : Utusan.
Print Friendly and PDF

Keangkuhan PAS Kedah Tidak Mahu Mohon Maaf.....

Kerajaan Pakatan Rakyat terus angkuh dan sombong dengan institusi raja dan kenyataan terbaru MB Kedah Azizan Razak berkata Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah.

Walaupun Azizan Razak cuba membela Adun Kubang Rotan ini berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama tetapi perkara pokoknya adalah tidak wajar seorang Adun mempertikai kuasa raja di dalam Sidang Dun yang sebelum tidak pernah berlaku .

Wakil rakyat PAS ini tidak wajarnya mengemukakan soalan yang menyentuh tentang kuasa Raja-Raja Melayu dan sultan sebagai Ketua Agama Islam.
Malah Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, wakil rakyat sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada pihak yang lebih pakar dan mahir dalam soal undang-undang serta kuasa institusi beraja.

Katanya, adalah tidak wajar untuk mereka mengemukakan soalan seperti itu pada sidang Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

"Eloklah soal kuasa sultan ini diletakkan di tempatnya.

"Kita sudah merdeka lebih setengah abad dan sepatutnya wakil rakyat sudah tahu dan faham tentang sejauh mana kuasa raja-raja Melayu dan apa yang wakil rakyat patut dan tidak patut buat.Soalan seperti itu hanyalah berbaur politik. Jangan soal dari segi prosedur sahaja yang pentingnya kita seharusnya menghormati apa yang sudah termaktub itu,"

Bila semua pihak termasuk NGO2 dan rakyat marah kepada puak2 biadab , mereka mudah menafikan perkara itu sepertimana wali selipar menafikan mempelekehkan titah Sultan Selangor .

PB melihat tindakan Azizan Razak yang tidak mahu mohon maaf @ menarik balik soalan itu menunjukkan kerajaan PR kini sudah besar kepala . Selepas episod di Perak dan Selangor sudah mereka tunjuk kuasa , kini nampaknya ni negeri kesultanan tertua di negara ini pulak mahu dipertikaikan kuasa raja.

Ehsan dari : Pejuang Bangsa.

Print Friendly and PDF

PAS 4 Juta.....?

Wang RM 4 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk bantu
rakyat miskin di Kelantan tetapi PAS sanggup bazir duit
untuk jatuh Pak Lah .

KUALA LUMPUR 29 April - Tindakan Pas Kelantan yang dipercayai menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog bagi tujuan memfitnah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang tersebut sepatutnya digunakan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dan bukannya dibelanjakan untuk kepentingan politik Pas kerana masih terlalu ramai rakyat Kelantan yang miskin dan memerlukan bantuan.

"Apakah wang RM4 juta itu merupakan peruntukan yang sepatutnya disalurkan bagi membantu rakyat miskin tetapi akhirnya digunakan bagi menabur fitnah untuk menjatuhkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Pada saya, adalah lebih baik wang itu digunakan bagi meningkatkan bekalan air bersih di negeri ini kerana masalah keperluan asas itu sehingga kini masih gagal diselesaikan walaupun Pas sudah memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu.

"Inilah pengkhianatan Pas terhadap rakyat Kelantan yang mengharapkan kesejahteraan mereka tetapi dana yang ada digunakan pula bagi tujuan lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendedahan itu membuktikan Pas hanya mempergunakan imej Islam untuk kepentingan politik.

Katanya, kesanggupan Pas Kelantan membelanjakan wang dalam jumlah yang besar untuk tujuan memburukkan pemimpin negara jelas terkeluar daripada landasan Islam.

"Selama ini, Pas memperlihatkan dirinya sebagai sebuah parti Islam yang bebas daripada penyebaran fitnah tetapi dengan pendedahan ini ternyata Islam hanya pada imej.

"Mereka jelas melakukan kemungkaran dan saya yakin akan lebih banyak pendedahan mengenai kepincangan Pas akan didedahkan individu yang pernah bersama parti itu sebelum ini,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut satu siasatan rapi dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti daripada mana sumber peruntukan itu diperolehi bagi menggerakkan operasi perang saraf tersebut.
Print Friendly and PDF

Sunday, April 25, 2010

Hulu Selangor - Kecewa Dengan PAS.

Kecewa dan tidak yakin lagi perjuangan PAS, Haji Ariff Kamaruddin atau lebih dikenali Pak Tam, keluar PAS bersama 25 lagi ahli-ahli PAS Kuala Kubu Baru untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO.

Apa yang lebih mengecewakan, Pak Tam mendakwa kepimpinan PAS Selangor yang diketuai oleh Datuk Hassan Ali bukan sahaja gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sebaliknya tunduk kepada tekanan kepimpinan negeri yang diterajui oleh PKR dan DAP.

“Hari ini cukup bersejarah kepada saya, setelah sekian lama meninggalkan UMNO dan berjuang bersama PAS, tapi hari ini disaksikan Datuk Ahmad Maslan dan saudara-saudara semua, saya istiharkan keluar PAS dan memohon untuk menyertai semula UMNO. Saya dan sahabat-sahabat lain berharap agar UMNO dapat menerima kembali kami ke dalam UMNO, lupakan sengketa dulu sebaliknya berikan kami peluang dan ruang untuk memberikan khidmat kami memperkuatkan dan memperkasa UMNO khususnya di Kuala Kubu Bharu ini,” ujarnya sambil memotong kad keahlian PAS.

Pak Tam turut mengakui sentuhan peribadi Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan serta jentera-jentera UMNO menyebabkan pintu hatinya kembali terbuka untuk bersama-sama berjuang bersama UMNO.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berjanji akan memastikan dan menghantar permohonan Pak Tam serta 25 ahli lain ke ibu pejabat UMNO untuk diterima sebagai ahli UMNO.

“Dua tiga hari ini, ramai ahli-ahli PKR yang keluar parti tetapi hari ini, Pak Tam menjadi individu pertama meninggalkan PAS. Kita harap dengan penyertaan Pak Tam ke dalam UMNO, lebih ramai lagi penyokong dan ahli-ahli Pas sedar sandiwara dan ketidakmampuan mentadbir negeri, apatah lagi di Selangor ini.

Ehsan dari : Sahabat Gunung.
Print Friendly and PDF

P94 PAS Tipu PKR Di Hulu Selangor.....?

Sebagaimana yang kita tahu, jentera PKR di Hulu Selangor amat lemah. Ada yang boikot, ada yang merajuk dan sebagainya. Ditambah pula dengan saiz kawasan pilihanraya yang besar.

Apabila melihat jentera PKR lemah, maka PAS mengambil kesempatan menghantar petugas mereka kononnya untuk membantu kempen. Peringkat awal mereka hantar 2-3 ribu petugas. PKR kata tidak cukup lagi, maka PAS tambah 10 ribu lagi petugas.

Apa lagi, PKR syok gila lah bila jentera PAS turun bantu kempen.

Rupa-rupanya PKR kena tipu.....

Berbelas ribu orang jentera PAS yang datang kesini bukannya membantu kempen PKR, tetapi mereka datang untuk 'mempromosikan' PAS dan seterusnya menguatkan cengkaman mereka di Hulu Selangor.

Mereka masuk ke kampung-kampung, taman-taman dan Felda bawa borang PAS bersama dan mereka tarbiahkan orang-orang di sana agar menyertai PAS.

Mengikut Wak Mahat dari Felda Soeharto, lima orang petugas PAS datang ke rumahnya menerangkan kepadanya dasar PAS dan kebaikan yang dibawa oleh PAS.

Keadaan yang sama juga berlaku di Taman Sri Batang Kali, Sg.Buaya, Taman Bunga Raya serta tempat-tempat lain.

Apabila ada penduduk yang menolak ajakan mereka kerana tidak mahu bersekongkol dengan PKR dan PAS , mereka berkata kerjasama PAS dengan PKR dan DAP hanya sementara sahaja. Sekadar untuk memperkudakan dua parti terbabit bagi memperluaskan pengaruh PAS.

"Kerjasama ini sementara sahaja pakcik, kita pun benci DAP dan PKR. Tapi kita terpaksa guna mereka sementara waktu. Tok Guru dah bagi jaminan, kita tidak akan lama dengan DAP dan PKR". Kata 'tukang promo'.

Sambungnya lagi "kita tidak boleh berkuasa tanpa mereka,kerana kita tak cukup ahli. Sebab itu sekarang ini kita nak ajak pakcik dan jiran-jiran masuk PAS. Bila kita sudah kuat, maka dalam p/raya akan datang kita akan tuntut kerusi Hulu Selangor dari PKR dan juga di tempat-tempat lain".

"Selepas itu bila kita sudah menang banyak kerusi, maka kita bolehlah jadi PM dan lepas itu DAP serta PKR akan duduk dibawah kita". Itulah antara ayat-ayat kempen puak-puak PAS untuk mengajak orang-orang Hulu Selangor menyertai PAS.

Menurut Wak Mahat, ada antara petugas-petugas PAS yang berkata mereka merasa berat untuk berkempen bagi pihak Zaid Ibrahim. Lebih baik mereka kempen untuk PAS.

Itulah dia Parti PAS. Sebuah parti yang opportunist atau mengambil kesempatan. Asal ada ruang sahaja mereka akan kesempatan untuk kepentingan mereka, tidak kira dimana dan dari sudut mana. Di Masjid, di gereja, di tokong, hatta dalam jamban sekalipun.

Begitulah juga semasa mereka berada dalam BN satu masa dulu. Dicanangkan cerita kononnya BN menipu mereka. Yang dicerita hanya yang itu. Dia tak cerita yang dia menipu Umno.

Pada masa itu mereka menggunakan pendekatan subversif dan mengambil kesempatan untuk menguatkan pengaruh mereka dalam BN, dengan mencuri ahli-ahli Umno dan memecah belahkan Umno dengan hajat agar mereka dapat menguasai BN. Yang ini PAS tidak ceritakan kepada orang ramai.

Akhir kata padan muka PKR , buta-buta kena tipu dengan PAS di Hulu Selangor.

TIPAH TERTIPU BEB.....
Print Friendly and PDF

Sampai Bila PAS Mampu Pertahankan Anwar.....?



PAS hanya berani menentang UMNO yang dianggap sebagai musuh. Di sinilah terletaknya psychosis PAS, di mana mereka sentiasa duduk dalam khayalan dan dilema, mecipta musuh UMNO yang tidak wujud - maka diwujudkan musuh bayangan itu semata-mata untuk dijadikan objek atau sasaran politik. Pada mereka UMNOlah musuh nombor satu yang mesti ditentang habis2san, mesti dijatuhkan, mesti dihapuskan. Perang terhadap UMNO dikatakan sebagai jihad, kalau mati dianggap syahid. Raja2 Melayu mesti ditentang sebab kononya mereka Freemason dan meyokong Yahudi, maka Raja2 mesti ditentang (agenda KOMINIS), dan orang2 PAS sanggup berguling2 di jalan Bukit Chandan - sedangkan orang2 DAP pun tak buat macam itu!

Kalau dulu Hj Hadi dengan Amanatnya, sering menggunakan istilah "taghut" terhadap UMNO, dan istilah "kafir harbi" terhadap DAP, tetapi sekarang Hj Hadi sanggup berdakap dengan pemimpin2 DAP. Saya dulu selalu ikut ceramah2 Hj Hadi dan dengar pita2 rakaman ceramah beliau semasa

"ERA KEBANGKITAN ISLAM ANJURAN CIA"

tahun-tahun 80an dulu - dan semasa zaman peristiwa Memali tu. Tahun 1980an kononnya era kebangkitan Islam (ya, ala Anwar Ibrahim) - tetapi sebenarnya agenda CIA! Gerakan dakwah (wanita mula pakai tudung litup) pada mulanya dimulakan oleh para pelajar Melayu di luar negara kerana mereka mengalami CULTURE SHOCK di Barat - iaitu dengan gaya hidup seks bebas.

Ceramah agama diberikan semasa dalam perjalanan bas dari Heathrow ke MSD di London. Yang bagi ceramah dalam bas itu pun kebetulan budak MCKK (geng2 Anwar), dia kata seks di Barat tu macam style itik (saya masih ingat kata-kata itu) - tetapi apa kurangnya dengan LGBT Anwar?

Jadi ada pelajar Melayu yang mulakan hidup "secara Islam" kononnya (ramai pelajar2 wanita Melayu yang terpaksa dikahwinkan semasa itu - dengan pelajar2 Melayu lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu seks) untuk menangkis budaya Barat tersebut. Di masa yang sama, ramai juga pelajar2 Melayu yang hanyut, mereka seronok berkepit dengan perempuan Mat Salleh, dan masing2 sibuk dengan hi-fi set dan muzik, dan mereka pun sibuk minum minuman keras - dan inilah budaya yang telah jangkit kepada Zaid Ibrahim.

Melayu terbahagi kepada 3 kelompok utama, pertama yang sibuk dengan dakwah dan Islam, kedua, mereka yang hanyut dengan Mat Salleh dan budaya Mat Salleh, dan ketiga - yang biasa2 je, tak sana tak sini. Musa Hitam mulakan program FLOOD THE MARKET, hantar Melayu2 ni ramai2 pergi ke luar negara, ke UK, Europe, USA, Australia, New Zealand dan sebagainya.

Harapan kerajaan pada masa itu hanyalah 50% success rate sahaja pun sudah cukup untuk meningkatkan kamampuan Melayu di Malaysia. Dan mereka inilah harapan bangsa, yang telah balik ke Malaysia setelah tamat pengajian, berjawatan tinggi - TETAPI RAMAI YANG KEMUDIANNYA MENENTANG KERAJAAN MELALUI PAS DAN PKR.

Inilah Melayu yang lupa daratan, tidak pernah fikir siapa yang menaja mereka ke menara gading di luar negara. Mereka-mereka inilah yang menjadi pemimpin2 radikal dalam PAS dan PKR sekarang - yang berpakat mahu jatuhkan UMNO. Mereka ini termasuklah keluaran MCKK seperti Anwar Ibrahim (PKR), Sallehudin Ayub (PAS), Hatta Ramli (PAS) dan sebagainya.

Kita tidak sedar perancangan CIA menggunakan gerakan2 Islam untuk hancurkan Islam. Dalam percaturan ini, Russia menakluk Afghanistan pada bulan Disember (Krismas) 1979. CIA mengatur strategi menggunakan kumpulan2 mujahideen (mereka inilah yang kemudian dilabelkan sebagai "Al Qaeda") yang diberikan bantuan kewangan, latihan ketenteraan dan senjata untuk menentang Russia. Russia mewujudkan rejim boneka Babrak Karmal yang dilatih di Russia sejak kecil (diambil semasa kanak2 dan telah melalui mind control programming oleh KGB).

Amerika sponsor Gulbuddin Hekmatiyar - kawan Anwar. Gulbuddin dan Anwar sama2 agen CIA, sehingga Gulbuddin di bawa oleh Anwar ke Malaysia dan dijaja di seluruh pelusuk tanah air untuk kempen anti-Russia. Semua ini hanya gimik politik jangkapanjang yang pada ketika itu ramai yang tidak tahu apakah motif sebenar pergolakan Aghanistan. Afghanistan hampir menubuhkan sebuah repulik Islam yang kuat kepada tradisi agama melalui Rabbani, tetapi terpaksa berhadapan dengan Mas'ud.

Pada masa itulah Gulbuddin menghancurkan kejayaan Rabbani. CIA menaja Taliban dan dengan mudah Taliban mengambil alih kuasa. Tetapi apakah motif jangkapanjang pergolakan ini? YA, MOTIFNYA ADALAH PSYOPS WTC-911, DI MANA AFGHANISTAN DISERANG DENGAN ALASAN TALIBAN MELINDUNGI OSAMA LADEN.

Kesemua ini adalah mengarut, tetapi ianya sudah pun berlalu, sehinggalah serangan ke atas Iraq (yang disokong oleh Anwar). The next step - ura2 nak serang Iran, tapi sampai sekarang tak menajdi lagi. Jadi apakah perancangan seterusnya? Anwar pasti tahu sebab dia agen CIA. Di rantau ini, CIA cuba buat kacau bilau melalui Thaksin, dan sekarang penyokong Thaksin (baju merah) mahu UNITED NATIONS TO INTERVENE!

Inilah rancangan sebenar, mahu kucar-kacirkan rantau ini sehingga UN akan berkuasa di sini. Dulu ini pernah telah berlaku di Balkan. Anything can happen here now. So, saya seru semua orang Islam di sini supaya bersatu menentang musuh2 Islam yang sebenar, bukan bergaduh sesama sendiri. Mereka pecah dan perintah kita, kita pun bercakar sesama sendiri. Lihat apa yang berlaku di Afghanistan, di Bosnia, di Iraq?

Kepada orang2 PAS, ingatlah UMNO adalah saudara kamu - dan kamu kena jawab ini di akhirat kelak - kita bukan hidup dan berpolitik di sini sahaja.
Print Friendly and PDF

Sunday, April 18, 2010

YB Manikumar Salahkan Parasit Dalam PKR.

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar menyalahkan parasit dalam parti itu sebagai punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR.

Menurutnya, Wei Shu tidak patut dipersalahkan kerana tindakannya adalah untuk mempertahankan diri.

“Saya tahu bagaimana dia kecewa kerana saya kenal Wei Shu dari pelbagai sudut. Ada (ahli parti) yang mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya, ini yang menyebabkan dia kecewa sehingga meninggalkan parti,” kata ADUN Bukit Selambau itu.

Manikumar berkata, Wei Shu sekadar mahu menunaikan janjinya kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah beliau terasa dirinya dianaktirikan parti sendiri.

“Tindak-tanduk mereka (parasit) cuba mengaburi tindakan yang mereka lakukan,” katanya.

Manikumar bagaimanapun menolak ketika diminta mendedahkan siapa parasit yang beliau maksudkan.

“Saya tahu dia kecewa tetapi tindakannya meninggalkan parti juga mengecewakan saya. Ramai kawan-kawan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) juga kecewa dengan apa yang dia lakukan,” katanya.

Wei Shu, bekas anggota Exco Kerajaan Kedah, mengumumkan keluar daripada PKR pada sidang media di Kuala Lumpur, petang semalam.

Beliau digugurkan daripada jawatan Exco dalam rombakan pada 10 Mac lalu, digantikan ADUN Sidam, Tan Chow Kang.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri daripada PKR, Lim Soo Nee turut mengakui wujudnya ‘yes man’ dalam parti itu.

ADUN Kulim itu berkata, memang terdapat segelintir pemimpin PKR Negeri yang cuba mengawal setiap pergerakan dan keputusan ahli parti agar patuh pada arahan mereka untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Bagaimanapun katanya, kewujudan unsur ‘yes man’ sememangnya dialami oleh mana-mana parti di negara ini dan menjelaskan masalah itu masih belum mencapai tahap kritikal di peringkat PKR.

“Saya mengakui terkejut mendengar berita Wei Shu bertindak keluar parti kerana ia memang di luar dugaan saya.

“Keputusan beliau itu mungkin disebabkan tidak berpuas hati dengan unsur ‘yes man’ dalam parti,”katanya.

Soo Nee berkata, beliau pernah cuba memujuk Wei Shu supaya tidak meninggalkan parti, termasuk menerusi kenyataan media terhadap Pengerusi PKR Negeri, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut mereka menarik balik kenyataan yang menjatuhkan air muka Wei Shu sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau berasa kecewa dengan tindakan drastik Wei Shu keluar parti tanpa merujuk dahulu kepadanya dan ahli-ahli PKR yang lain memandangkan ADUN Bakar Arang itu mempunyai hubungan rapat dengannya.

“Dalam isu Wei Shu, saya enggan menyalahkan sesiapa kerana bagi saya kedua-dua pihak ada melakukan kesilapan.

“Cuma saya berasa terkilan dengan kenyataan Wei Shu yang tidak menjelaskan, apakah dimaksudkan dengan beliau dipermain-mainkan segelintir pemimpin PKR, memandangkan rakyat dan parti pembangkang akan membuat banyak andaian negatif di sebalik kenyataan itu,”katanya.

Soo Nee turut mendedahkan Wei Shu sebelum ini pernah mengadu beliau mempunyai banyak masalah, bagaimanapun masalah itu bukan masalah peribadi.

“Mungkin masalah dengan parti, mungkin masalah individu dalam parti. Bagaimanapun ia bukan masalah peribadi.

“Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Wei Shu dan berharap agar beliau terus menunaikan janji untuk berkhidmat kepada rakyat,”katanya.

Ehsan Dari : HARIAN SINAR.

Print Friendly and PDF

Kerajaan PR Kedah Menghitung Hari.

MB Kedah tidak senang duduk di bangku empuknya apatah lagi orang2 yang berada disekelilingnya. Merah padan muka Ustaz apabila mendapat tahu tindakan terbaru yang dibuat oleh bekas Exconya YB Tan Wei Shu. Maki hamun dilemparkan kepada pencacai beliau kerana gagal mengawal keadaan seperti mana mereka menjaga Arumugam suatu ketika dahulu.

Apa sudah jadi Ismadi dan Sanusi…..?

Saya tahu mahu mengulas panjang soal kepincangan Kerajaan PR di bawah pimpinan PAS kerana rakyat sedang merasai keperitannya.

Apa yang ingin saya perkatakan kepada rakyat Kedah, Kertas Pembubaran DUN Kedah sudah siap sedia dan Ustaz tidak keberatan untuk persembahkan kepada Tuanku. Hanya masih bertahan kerana pencai2 berjanji akan pastikan tindakan segera diambil mengembalikan kepercayaan rakyat lebih-lebih lagi kepercayaan Exco dan YB. Riuh rendah mereka bermesyuarat di Batu 9 Kota Sarang Semut. Kini kepercayaan pada Anwar sudah mula hilang…..

Sesungguhnya yang pasti Peralihan Kerajaan Baru akan berlaku. Kita tunggu…..

Seorang demi seorang akan lakukan.....

Print Friendly and PDF

Ketua AMK PKR Selangor Paling Kecewa! Beliau Sebar SMS Sebelum Zaid Ibrahim Diumumkan.....

Adakah kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor menjadi idaman Jonah [Khairul Anuar Zainuddin], Ketua AMK PKR Selangor.....?

Ataupun barangkali mungkin Jonah hanya bertindak sebagai pencacai dan balaci kepada Shamsul Iskandar Ketua AMK yang pernah diberitakan terkencing dalam seluar suatu ketika dahulu…..?

Petang semalam satu usaha terakhir yang dilakukan oleh Jonah ialah menyebarkan sms yang beliau hantar kepada kesemua Ketua AMK Cabang seluruh Selangor dan juga beberapa rakan rakan dalam pimpinan PKR.

Malah agak menarik disini apabila sms Jonah turut menggesa barua baruanya untuk forward sms tersebut terus kepada Anwar dimana nombor hp Anwar dinyatakan sekali, tujuannya semoga berjaya memberikan tekanan kepada Ketua Umum mereka menukar fikiran disaat saat akhir..…

Sms itu sebagai halangan agar Anwar Ibrahim tidak akan memilih Zaid Ibrahim yang disifatkan tak ada criteria kesetian kepada parti dan perjuangan, tidak ada kriteria “fighter”…..

Berikut adalah sms tersebut;

“ Slm kwn2, harap kita sms DSAI agar kriteria ‘track record’ kesetiaan kpd parti & perjuangan dan criteria seorang ‘fighter’ menjadi asas pertimbangan utama dalam hal calon H.Sgor. Pengalaman lalu wajib jadi tauladan & panduan. Bukan hanya soal calon mampu menang tetapi soal kelangsungan perjuangan ini yg lebih penting kita ada shamsul, syed shahir dan ramai lagi….. no DSAI 0172802211 “ sms ini dikirimkan melalui hp Jonah sendiri +6019-2*5**98

Terbukti konflik dalaman kain PKR sememangnya ujud. Rasa tidak puas hati terhadap pemilihan calon untuk bertanding atas tiket PKR kini bergolak dalam diam……

Kalau diamat amati dan diperhalusi, ayat Jonah menyatakan kesetian kepada parti agak sinonim dengan kenyataan Azmin Ali beberapa hari yang lalu…..

“AMK semua tak setuju Zaid jadi calon, dia masih baru lagi bro. Sam yang sepatutnya jadi wakil AMK..…” tegas sahabat Blogmaster, seorang Ketua AMK Cabang yang juga seorang Ahli Majlis.

Sebelum keputusan ini dibuat, kita juga ada mendengar desas desus dari dalam kain PKR yang menyatakan Anwar akan tetap menpertaruhkan Zaid seandainya BN meletak calon MIC.

Mengikut sifir mudah, Anwar sudah melihat akan berlaku konflik dalaman BN jika MIC bertanding kerana ada sekelompok kecil UMNO yang “geli” mahu menjadi calon di Hulu Selangor tanpa memikirkan peranan besar kita dalam persefahaman kolisi BN.

Oleh itu Anwar tidak khuatir dengan krisis dalamannya bila Zaid menjadi calon, kerana keadaan ini boleh menjadi seimbang dengan kem BN. Peluang untuk menang kembali 50;50.

Kini dalam kem AMK secara keseluruhannya merasa kecewa setelah Anwar tidak “menghargai” jasa jasa mereka menjadi barua murahan dan kuda tunggangan orang nombor satu PKR itu.

Walaupun daripada perkhabaran ini boleh dilihat Jonah bertindak bagi pihak orang lain tetapi sebenarnya yang paling KECEWA sudah pasti beliau sendiri kerana inilah kali kedua usahanya mahu menjadi Yb terus berkubur setelah usaha pertama Jonah mendesak Yb Badrul Pelabuhan Klang letak jawatan gagal..…

Ketika itu harapan anak anak muda PKR mahukan Pilihanraya kecil DUN N46 Pelabuhan Klang tidak kesampaian membuatkan ramai yang berangan-angan menjadi Yb gigit jari.....!

Semoga kali ini Jonah akan semakin sedar bahawa beliau hanyalah pencacai murahan kepada Anwar, walaupun pada PRU ke 12 anak muda ini menjadi Pak Sanggup untuk bertanding di Parlimen Pekan menentang Datuk Seri Najib. Kesan daripada keputusan BANGANG ini membuatkan Jonah terlepas peluang menjadi wakil rakyat dinegeri sendiri berbanding nasib Amiruddin Shaari, Nik Nazmi, Kesavan, Sim Tze Sin, Amran Ghani, Nurul Izzah dan lain lain AMK…..

“ Jonah nie bukan saja katek orangnya tapi pemikiran pun pendek…..” demikianlah berakhir perbualan Blogmaster dengan informer yang dimaksudkan tadi.

Ada lagi kisah dalaman kain PKR setelah pengumuman nama Zaid ini mengundang rasa tak puas hati, kita tunggu.....
Print Friendly and PDF

Jika Mahu Cerita Tiga Hari Pun Tidak Habis.

Mengapa baru sekarang buat keputusan keluar daripada PKR.....?

WEI SHU: Saya tunggu dan terus tunggu tetapi mereka masih degil. Jadi jika pemimpin begini, bagaimana kita mahu bekerja bersama? Kita tidak boleh ikut sesuka hati kerana kita datang daripada rakyat dan kita bukan nak rebut kuasa atau pangkat.

Kedudukan sekarang.....?

WEI SHU: Bebas. Saya bergerak sebagai ADUN Bebas. Akan menyertai atau ditawarkan menyertai mana-mana parti?

WEI SHU: Itu saya tidak fikir lagi. Saya masih tidak bersedia. Belum ada keputusan tentang perkara itu. Saya berharap rakyat akan memahami perkara ini.

Menyokong BN.....?

WEI SHU: Bebas, saya ADUN Bebas. Tapi saya harap kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat boleh membantu. Ini perlu kerana rakyat adalah hasil kerajaan, mereka membayar cukai dan mereka tidak boleh (apabila) melihat saya beralih kepada Bebas dan mereka (kerajaan negeri) buat diam sahaja. Tengoklah, saya akan buat sesuatu.

Sokong parti mana.....?

WEI SHU: Yang mana betul saya akan sokong, yang tidak betul saya tidak sokong. Saya seorang yang berpegang kepada janji.

Pandangan pengundi.....?

WEI SHU: Itu bukan masalah. Saya sudah berbincang. Jika menjatuhkan maruah saya, ia juga menjatuhkan maruah mereka. Ini menganiaya saya. Parti apa ini.....?

Tuduhan-tuduhan dilemparkan kepada YB? Adakah ada tujuan tertentu.....?

WEI SHU: Ada setengah yang tidak mengaku. Ada yang minta maaf dan ada yang tidak. Kita tidak boleh beri 'monyet-monyet' dalam parti untuk rosakkan parti. Ini tidak betul. Kita datang daripada rakyat bukan pemimpin. Saya tidak suka. Saya tidak suka kena kawal dan hanya perkara yang adil untuk rakyat sahaja akan saya suarakan. Tidak kiralah Melayu, Cina dan India, saya sokong jika betul.

Siapa monyet dimaksudkan.....?

WEI SHU: Kalau saya sebut monyet memang mereka tahu. Yang pandai main-main, yang pandai mainkan orang.

Di peringkat negeri atau di pusat.....?

WEI SHU: Di mana-mana. Kalau nak marah orang pun tak elok sebab saya tidak suka marah tapi apabila sudah marah kita gelarkan monyet pun orang mungkin tidak kisah.

Sebab utama keluar parti.....?

WEI SHU: Saya memang tidak terfikir untuk keluar parti tetapi ia sudah melibatkan maruah saya di kawasan saya.

Maksud dipergunakan.....?

WEI SHU: Macam-macam dipergunakan. Dulu tidak berpelajaran pun boleh asalkan ada orang. Kini mahu orang yang berkualiti dan ada standard namun orang yang sebegini bukan tahu buat kerja. Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi tapi saya rasa profesor dan doktor pun tak mampu buat seperti apa saya lakukan selama dua tahun ini. Sebab setiap janji kepada rakyat perlu saya tunaikan.

Sebelum buat keputusan, sudah berbincang dengan pihak atasan.....?

WEI SHU: Saya sudah beritahu mereka, jika mereka minta maaf saya akan maafkan tetapi hal begini sukar untuk berbincang dengan pemimpin atasan. Oleh itu saya akan beritahu mereka terus terang melalui surat saya.

Sudah serahkan surat.....?

WEI SHU: Surat telah siap dan saya akan serahkan kepada mereka.

Akan letak jawatan ADUN.....?

WEI SHU: Tanggungjawab kepada rakyat penting sekali. Jika saya meletakkan jawatan sebagai ADUN, saya samalah seperti seorang yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimana dengan kepimpinan PKR.....?

WEI SHU: Apabila melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk bekerja, saya juga sayang Najib. Kerajaan dahulu lain, sekarang pemimpin turun padang dan saya mahu pemimpin yang benar-benar untuk rakyat dan menjaga rakyat. Kita jarang lihat Perdana Menteri yang selalu turun padang. Bagi saya, apa yang penting rakyat boleh terima beliau, maka saya juga akan terima.

Sepanjang bersama PKR, apakah yang paling tidak berpuas hati.....?

WEI SHU: Banyak. Jika mahu cerita tiga malam tiga hari pun tidak habis. Saya mahu lihat apa yang akan dibangkitkan. Macam sarang tebuan, kita tengok macam mana ia dijolok.

Apa yang dapat dikatakan sekarang buat Anwar adalah : Yang dikejar bakal tak dapat dan yang tengah dikendong jatuh berciciran.....!
Print Friendly and PDF

Saturday, April 17, 2010

Harakah Yang Pernah Mengecam Zaid Ibrahim Mengenai Isu Murtad Kini Menjilat Kembali Ludahnya.

Pepatah Melayu yang mengatakan "Pelanduk Mudah Melupakan Jerat, Tetapi Jerat Tidak Pernah Melupakan Pelanduk" amat bertepatan dengan apa yang berlaku terhadap Haprakdaily, lidah rasmi parti PAS. PAS dan Harakah yang selama ini menemplak dan mengecam Zahid mengenai isu murtad Lina Joy, kini menjilat kembali ludah dan kahak mereka dengan mengangkat Putera Katak Tonggang ini sebagai calon wakil rakyat Pakatan Haram Hulu Selangor.

Sekiranya PAS dan Haprakdaily telah melupakan apa yang pernah diucapkan oleh Zaid Si Putera Katak Tonggang ini, saya sertakan kembali kata-katanya yang pernah tersiar di lidah rasmi parti berkenaan:

"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam. Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam. Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita? Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman."

Sumber: Haprakdaily
.

Apa kata Nik Aziz mengenai perkara ini. Adakah beliau akan mengeluarkan fatwa baru? PAS sepatutnya bukan sahaja menyokong pencalonan Zaid sebagai calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, meraka seharusnya lebih berani mengatakan KAMI PENYOKONG PENAGIH ARAK TEGAR JADI CALON KAMI DAN KAMI BERDIRI TEGUH DENGAN ORANG YANG MENYOKONG KUAT ISU MURTAD DI KALANGAN UMAT ISLAM. Saya cabar PAS. Saya cabar pengikut-pengikut fanatik PAS.
Print Friendly and PDF

Friday, April 16, 2010

PULAK DAHHHH !!! Wee Choo Keong isytihar "bebas",,.....?

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang menyarung jersi PKR ketika Pilihan Raya Umum ke-12, dijangka mengikut jejak ADUN Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu untuk keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.

Sumber dalaman PKR memberitahu MerdekaReview bahawa Wee Choo Keong (gambar kanan) dijangka keluar dari PKR dan mengisytihar dirinya "bebas", mencetus ledakan "keluar parti" seterusnya.

Semakin ramai yang sayang kan Anwar...semakin ramai pulak dah yang lari dan lompat parti...

Syabas !! Choo Keong jika benar apa yang di kata !! (
Baca sini)
Print Friendly and PDF

Tolak Botol Kicap, Pilih Botol Todi..... Tu Dia PAS FOR ALL.....

Di Kelantan masa dalam UMNO, Zaid dikenali dengan nama Zaid Brandi... Alhamdulillah kerana dia sudah terkenal dengan Zaid Brandi di kalangan rakyat Kelantan sendiri…..

Memang benar Pakatan Rakyat terutama PAS tidak kisah samada calon pilihan mereka kaki Brandi/todi atau pun calun botol kicap..... janji jika botol kicap PAS mampu copkan botol kicap itu dengan ulama Wa mau garu lu…lu mau garu wa ka..asalkan calun tersebut mampu memenangkan mereka..

Syarat utamanya jangan sesekali calun tersebut tidak menyanggah politik mereka….. mufti pun PAS anggap bapak Syaitan jika tidak menyokong perjuangan mereka…

Jadi tidak hairanlah jika ulama Sliparnya lebih awal lagi sudah bersabda….. syaitan pun jika dicalunkan PAS sanggup sokong jika bersama dengan perjuangan mereka….. inikan pula Brandi air kecing syaitan yang menjadi minuman resmi pemimpin mereka…..

Tidak temasuk ulama laksa cina….. yang melantak tidak hirau haram dan halanya…janji dapat memenuhi nafsu seleranya itu pun langau-langau PAS masih saggup mengaku itulah pemimpin terbaik mereka…..

Kononnya….. “pun begitu dahulunya YB Saifudin Nasution memberi kenangan manis kepada pengundi berbagai bangsa!” tegas langau mereka janji pemimpin tersebut mampu bersabda wa mau garu lu….. ka….. atau lu mau garu wa ka…..

Jadi di hulu Selangor factor calun samada kaki botol,kaki todi,kaki melantak laksa cina dikaki lima yang belum tentu atau sudah pasti haram itu tidak termasuk dalam fatwa ulama King Leather….. maupun ulama slipar….. tidak masakan ada fir’un kecik dan besar dalam politik mereka.

Ini telah dibuktikan oleh bekas hulubalang mereka….. yang sudah puas mereka mengampu telornya satu ketika …..

Hari ini hulubalang yang mampu berkhutbah dan berceramah tersebut….. sudah bertaraf haiwan kepada mereka kerana tidak dapat terus menjadi lembu seperti mereka.....

Inilah nilai pemimpin pada mereka..…tuak, arak, anjing dan babi bukan lagi ukuran nilai pemimpin Islam pada mereka….. kerana mereka mampu mencipta anjing menjadi kucing….. babi menjadi kambing..... halal bila berada dalam dakapan mereka…..

Haram pula hukumnya jika terlepas dan mengigit pemimpin mereka…..

Hari ini isu kapiaq..... PAS tidak lagi mampu bersuara…menempik dan bertakbir…kerana bekas “KETUA DEWAN ULAMAK PAS” pernah berfatwa dan menjelaskan ciri-ciri munafik yang bijak bermuka-muka.....

orang-orang munafiq ini mereka yang mengmbil orang-orang kafir buat kawan baik.

Sehidup semati.

Sesirih sepinang,
sebantal, setelaga setimba,
semampus sehidup.
Semerintah negeri, sedewan.
Sama-sama jadi wakil rakyat,
sama-sama jadi menteri,
sama-sama jadi exco,
sama-sama jadi timbalan menteri,
sama sama mengampu sesame mereka.….

Siapa adik kakak yang sedang berkempin untuk menipu bangsa di Hulu Selangor hari ini…???

Fatwa dari bekas “KETUA DEWAN ULAMA PAS”…..

Itulah dia pemimpin-pemimpin yang munafik yang wajib disepak kelongkang saja kerana bijak bermuka-muka dengan hukum Allah ta'alla..lebih-lebih lagi yang sudah jelas kaki todi dan arak yang kecewa….. lebih baik memilih botol kicap dari botol Todi !!

Hari ini terbukti setakat kaki todi..... kaki melantak laksa cina yang haram halalnya tidak diambil kira itu bukan ukuran untuk memilih pemimpin pada mereka..... yang penting mampu memutaq belit bangsa.....

Print Friendly and PDF

Kisah Pujuk Rayu Anwar dan Azmin .....

Nampaknya, musim pilihanraya kecil adalah juga ‘musim rajuk dan ugut’ kebanyakan ahli politik kita. Tak kiralah kerajaan ke pembangkang. Sama sahaja. Ada sahaja kalangan mereka yang menganggap mereka ‘indispensable’ dan terlalu menyumbang kepada parti. Kononnya tanpa mereka, parti bungkus dan pimpinan melarat. Dalam konteks Hulu Selangor, ada dua kes yang cukup nyata bahawa politik rajuk dan ugut ini menjadi ‘modal politik’ kepada sesetengah pihak.

Semalam Azmin dipanggil ke Segambut. Dah dekat tengah malam. Sepanjang hari, Pak Sheikh cuba bercakap dengan Azmin – tetapi gagal. Maka, Pak Sheikh tahu ’soft spot’ Azmin adalah Izzah. Betul Izzah dah berumahtangga, tapi Izzah besar depan mata Azmin. Azmin anggap Izzah jelmaan Kak Wan. Lembut, cantik dan intelligent. Azmin dah lama mempunyai hubungan yang rapat dengan Izzah. So, Anwar pun tahu – Izzah akan mampu memanggil Azmin datang.

Azmin cuba berlagak seperti biasa. Seperti tidak ada apa-apa. Padahal, Anwar tahu bahawa Azmin sudah melahirkan rasa kecewa kepada Dr Halili dan sekumpulan penyokongnya di Hulu Selangor. Azmin kecewa kerana dia tidak mahu Zaid di Selangor. Ini petaka politik kepadanya. Apatah lagi, apabila Tian Chua dan Gobalakrishnan mengatakan Zaid sebagai ‘Presiden PKR’ to be. Berdesing telinga Azmin. Dia tak boleh terima.

Anwar beritahu kepada Azmin bahawa Zaid adalah pilihan yang lebih baik berbanding Dr Halili. Azmin diam. Azmin tidak menjawab satu patah pun. Inilah baiknya Azmin, kalau Pak Sheikh bercakap – dia tidak akan lawan. Diam sahaja.‘Now, you highlight your concern’, kata Anwar.

Azmin hanya menyatakan beberapa perkara umum. Akar umbi (ayat politik biasa) sedikit sangsi dengan proses penentuan kepimpinan selepas ini. ‘Your case is still on Sir’, tegas Azmin. What’s next? Are you considering Zaid as successor?’, tegas Azmin.

‘Not at all’. Kata Pak Sheikh. You’ll always be my harapan. Zaid is there to make him visible in Parliament. We need a stronger man to handle constitutional matters. Things are getting more delicate in Parliament – kata Pak Sheikh.

Are you with me Min? tanya Pak Sheikh.

Yes….but. Saya tidak mahu diberikan peranan utama. Saya membantu, yes. Tapi let the ‘big man’ handle (Khalid Gagap). I don’t want to get involved. Selain daripada itu, mereka bercakap soal lain. Soal – bagaimana Najib beria nak berjumpa Obama di States. Ada ketika, settle masalah bunyinya.
Print Friendly and PDF

'Faktor Najib' Taruhan Di Hulu Selangor.

Tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama masyarakat India di Bukit Teratai, Hulu Selangor baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa. Beliau yang berjalan dengan kalungan bunga malai sepanjang lawatan itu, tiba-tiba didakap oleh seorang warga tua berbangsa India yang sungguh terharu, terkejut dan teruja selepas melihat wajah Perdana Menteri secara dekat. Peristiwa seperti ini jarang dapat disaksikan.

Sepanjang lawatan, Najib yang diiringi Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan beberapa pemimpin utama MIC turut meluangkan masa beramah mesra sambil mendengar bisikan hati mereka dengan tenang dari satu destinasi ke destinasi lain.

“Kami dapat melihat keikhlasan dan kejujurannya daripada mata dan wajahnya. Kami amat bertuah kerana dapat berjumpa Perdana Menteri secara bersemuka. Bukan senang berjumpa Perdana Menteri. Ini adalah peristiwa paling bersejarah bagi kami di kawasan ini. Kami amat bertuah,” kata seorang penduduk kepada penulis.

Lawatan Najib ke Bukit Teratai bersama masyarakat India yang diadakan sempena genap setahun dilantik sebagai Perdana Menteri, meninggal kesan mendalam kepada masyarakat India di sana. Yang pasti bagi penduduk Bukit Teratai nama Najib kini sudah mula menjiwai perasaan dan hati mereka.

Gaya kepemimpinan inklusif Najib jelas sekali berjaya menambat hati masyarakat India yang kini sudah melihatnya sebagai ‘pemimpin harapan baru’ untuk memperjuang nasib masyarakat India selaras gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Justeru, ramai juga berpendapat ‘faktor Najib’ dijangka boleh mempengaruhi seramai 12,549 pengundi India pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Masyarakat India di Hulu Selangor juga mahu melihat MIC keluar daripada ‘dilema penafian’ apabila berdepan mereka ketika musim berkempen di Hulu Selangor.

Malah keputusan Perdana Menteri untuk meletakkan calon MIC bertanding, jelas menunjukkan dasar kongsi kuasa bersama parti komponen yang lain, walaupun ada tekanan kuat daripada Umno bahagian di situ. Keputusan meletakkan calon MIC jelas sekali menunjukkan Barisan Nasional (BN) begitu komited memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini.

Kini tumpuan ke arah ‘siapakah bakal calon BN’ yang mewakili MIC. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon BN secara rasmi esok. Malah beliau yang juga Pengarah Jentera BN sudah membayangkan calon BN ialah anak tempatan di situ.

Sudah ada macam-macam spekulasi mengenai nama bakal calon selepas membaca mesej yang tersirat dan tersurat daripada Muhyiddin. Menjelang malam ini, nama bakal calon dijangka diketahui secara tak rasmi. Bukan saja penduduk Hulu Selangor menantikannya, malah seluruh rakyat Malaysia mahu melihat wajah calon MIC yang bakal membawa cabaran BN dan MIC pada 25 April ini.

Seperti diketahui umum, MIC sudah menamakan Palanivel yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor selama empat penggal bermula dari 1990 hingga 2008, sebelum kecundang pada 2008. Beliau yang juga Penyelaras BN Parlimen Hulu Selangor dikatakan cukup sibuk bertemu penduduk Hulu Selangor serta menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dari pagi hingga lewat malam.

Beliau juga merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya diberikan peluang kedua dan terakhir bagi dirinya membuktikan kemampuannya kali ini. Sudah tentu laluan Palanivel bukan senang sekiranya dicalonkan semula.

Keputusan Pilihan Raya Umum 1990 hingga 2004 yang membabitkan kemenangannya dulu, tidak boleh dijadikan sandaran lagi. Apatah lagi fenomena politik negara sudah berubah dengan drastik selepas BN dikejutkan dengan tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-12.

Namun, di sebalik nama Palanivel, ada beberapa nama lain dikatakan turut menjadi perhatian tingkat empat Putrajaya termasuk Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V Mugilan dan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan. Mugilan yang juga Naib Ketua Pemuda MIC berasal dari Hulu Selangor yang dilahirkan di Ladang Kerling.

Di satu sudut lain pula, semua pihak perlu sedar terhadap calon pilihan rakyat dan cita rasa mereka. Sudah tiba masanya untuk ahli MIC ‘bercakap benar’ mengenai situasi sebenar sekiranya mahu melihat calon mereka menang dengan bergaya. Budaya ampu-mengampu, politik retorik dan politik syok sendiri yang perlu dibuang segera supaya MIC kelihatan sebagai sebuah parti relevan untuk masyarakat India sepanjang masa.

Lupakan pasal calon buat seketika. Jangan terlalu ghairah. Sesiapa saja yang terpilih sebagai calon nanti bakal berdepan tugas dan tanggungjawab besar. Kemenangan menjadi calon bukan segala-galanya dalam politik. Perlu ingat, mereka bukan calon MIC, tetapi calon BN. Calon Satu Malaysia.

Sekiranya Palanivel terpilih, beliau juga perlu berani berdepan isu ditimbulkan rakyat ketika berkempen nanti. Jika calonnya muka baru, seluruh jentera MIC perlu melipatgandakan usaha menangkis segala tohmahan dan tuduhan yang bakal dilemparkan pembangkang.

Jangan terlalu yakin. Jangan terperangkap dengan strategi PKR. BN perlu lebih bersedia semua aspek sekiranya mahu menumbangkan siapa saja calon PKR nanti. Memang tidak dapat dinafikan sejak PRU 2008, MIC diserang, dikecam dan dikritik hebat. Ramai pemimpin utama tersingkir termasuk Samy Vellu, Palanivel, Ketua Pemuda, Ketua Wanita termasuk juga beberapa muka baru.

Tidak semestinya muka baru boleh menang dengan mudah. Imej parti perlu berubah sekiranya kita mahu mengharapkan sokongan rakyat. - Berita Harian

Oleh B. Anbumani.

Print Friendly and PDF

Beribu-ribu Orang Hadiri ceramah Anwar Ibrahim di P94 !

A picture tells a thousand words.....!

Inilah yang penulis boleh katakan apabila melihat foto dibawah. Jelas sekali bahawa Pakatan Rakyat gagal untuk menarik minat rakyat Hulu Selangor. Ceramah di adakan di Dewan Cina, Kuala Kubu Bahru.

Kita pun tahu bahawa Anwar Ibrahim amat mengharapkan undi daripada kaum Cina di Hulu Selangor tetapi jika beginilah sambutan yang diterima, Pakatan Rakyat pasti akan tewas.

Beribu-ribu' hadirin yang datang ke ceramah Pakatan Rakyat.

Apa yang diharapkan ialah jentera pilihanraya MCA dan Gerakan mesti serius dan bekerja keras untuk menambat undi kaum Cina di Hulu Selangor. Mereka perlu membuktikan kerelevanan parti mereka di dalam Barisan Nasional dengan memastikan kaum Cina Hulu Selangor menyokong mereka.

Print Friendly and PDF

Siri 19 P094 : Azmin Ali Tidak Hadir Majlis Umum Calon Kerana Merajuk Anwar Pilih Zaid.....?

Ketidakhadiran Azmin Ali sewaktu majlis pengumuman calon PKR di Serendah semalam mencetuskan desas desus bahawa Naib Presiden PKR itu merajuk dengan tindakan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kuasa vetonya memilih Zaid Ibrahim.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Komuniti serendah itu, kesemua pimpinan tertinggi PKR termasuk Presiden, Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Md Akim, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail telah menghadirikan diri.
Seorang jurucakap PKR memaklumkan bahawa ketidakhadiran Azmin kerana membuat persiapan pilihanraya kecil di Sibu Sarawak, namun cakap-cakap dalaman PKR menyatakan Azmin begitu kecewa dengan tindakan Anwar sehingga mengambil tindakan tidak menghadiri majlis tersebut.

Azmin sebelum ini dilaporkan mencadangkan Dr. Halili Rahmat atau Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai nama untuk diangkat sebagai calon PKR dalam pilihanraya di Hulu Selangor, dan difahamkan nama Dr Halili menjadi pilihan utama, sebelum dibatalkan saat-saat akhir.

Turut difahamkan, Azmin Ali tidak mengemari Zaid Ibrahim kerana bekas pemimpin UMNO itu pernah mencampuri urusan PKR Sabah, sehingga Azmin Ali terpaksa melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Menurut sumber dalaman Anwar terpaksa bertegas memilih Zaid berdasarkan desakan penaja asing khususnya Yayasan Kristian Jerman yang mahukan pengganti Anwar, seandainya Penasihat Umum PKR itu kembali ke penjara ekoran kes liwatnya.

Penaja asing dikatakan lebih berminat kepada Zaid Ibrahim yang pernah ditajanya sebelum ini.

Zaid dilihat 'tokoh Liberal' sesuai sebagai pengganti Anwar.

Sementara itu pemilihan Zaid juga dikatakan telah menimbulkan dilema kepada jentera pilihan raya Pas di Hulu Selangor kerana beliau pernah mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 beberapa tahun lalu dengan alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ehsan dari :
Blog AIDC

Print Friendly and PDF

YB Wei Shu Keluar PKR.

KUALA LUMPUR 15 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini apabila seorang lagi wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar daripada parti itu.

Selepas lapan pemimpinnya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini, hari ini giliran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu (gambar) pula mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Wei Shu berkata, keputusan keluar parti itu diambil disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’ yang mempergunakannya untuk kepentingan tertentu.

Tambahnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para pengikutnya untuk menjadi wakil rakyat Bebas selepas tiada permohonan maaf dibuat oleh pemimpin parti ekoran pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

‘Saya dituduh tidak layak dan tidak boleh bekerja, pada hal saya sudah membuktikan rekod kerja saya dalam dua tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga meminta kepimpinan tertinggi parti menunjukkan rekod kerja mereka sebelum menuduhnya tidak layak dan tidak menjalankan tugas untuk parti itu.

“Saya minta mereka tunjukkan rekod kerja mereka. Jika gagal, jangan tuduh saya tidak layak dan tidak bekerja sedangkan saya telah membuktikan bahawa saya telah menunaikan janji-janji sebagai wakil rakyat.

“Maka dengan itu saya mengambil keputusan keluar daripada parti kerana tidak boleh lagi bekerja dengan pemimpin yang enggan mengaku kesalahan sendiri,” katanya.

Keputusan Wei Shu itu menjadikan beliau pemimpin PKR kesembilan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.

Selain beliau, pemimpin PKR lain yang mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini ialah Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering), Mohamad Radzhi Salleh ( Lunas) dan Badrul Hisham Abdullah ( Pelabuhan Klang).

Tiga Ahli Parlimen PKR turut berbuat demikian iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Balik Pulau), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Sementara itu, Zulkilfi Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat daripada parti itu.

Ekoran tindakan Wei Shu itu, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil Barisan Nasional (BN), tiga (PKR), satu DAP dan dua Bebas.

Dalam pada itu, Wei Shu menegaskan, pengundurannya tidak ada kena mengena dengan pelucutan jawatannya sebagi Exco kerajaan negeri Kedah.

“Saya tidak ada pilihan selain keluar daripada PKR. Jika saya masih membiarkan diri dipermainkan, bermakna saya turut bersubahat mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Saya tidak mementingkan apa-apa keistimewaan sebaliknya hanya berhasrat membantu rakyat. Lagi pula saya cuma tahu bercakap benar, tidak seperti orang lain yang bermuka dua dan lidah bercabang.

“Saya tidak pandai bercakap bohong, mengampu dan berjanji manis tetapi apa yang saya pandai adalah menyatakan boleh buat atau tidak dan mahu buat atau tidak,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, katanya, setakat ini dia belum memikirkan perkara itu.

Menurutnya, beliau kagum dengan usaha dan teladan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk berbakti kepada rakyat.

“Dulu kerajaan lain, sekarang punya kerajaan Perdana Menteri pun turun padang.

“Saya mahukan pemimpin yang betul-betul untuk rakyat, itu yang penting sekali, bukan soal suka sesiapa. Pemimpin yang boleh jaga rakyat, itu yang saya sokong,” katanya.

Ehsan dari : Utusan Online.

Sungguhka: PR Kedah harus menerima hakikat yang sebenarnya....... Jangan bagi Sungguhka berkokok.
Sekiranya berubahan atau kemajuan Rakyat Kedah tidak diambil kita Sungguhka akan pastikan seorang demi seorang akan membuat tindakan yang sama.....
Kerjaan PR Kedah diambang kejatuhan. Ada 4 orang lagi YB PR Kedah akan membuat tindakan yang sama. AWAS........................


Print Friendly and PDF

Wednesday, April 14, 2010

P94 Ulu Selangor - Pas dahulu dan PAS sekarang.....

Dulu.....

Tarik balik saman hudud, elak bala lebih besar : Husam

KOTA BHARU, Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Zaid Ibrahim diminta menarik balik samannya ke atas kerajaan negeri berkaitan hukum hudud, bagi mengelak bala lebih besar menimpa rakyat Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Haji Husam Musa berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku ada orang Islam yang sanggup mencabar hukum Allah di mahkamah.

Jangan biarkan hukum tersebut tergantung di mahkamah. Ini kerana ia boleh mengundang bala daripada Allah Taala, katanya pada ceramah di Kampung Gong Dermin dekat sini, malam tadi.


Sekarang.....

PKR Pilih Zaid

KUALA LUMPUR, 14 April: Pakatan Rakyat melalui PKR memilih calon pilihan ramai apabila menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Nama Zaid diumumkan sebagai calon PKR oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah malam tadi. Turut serta di majlis itu adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan DAP .
Print Friendly and PDF

Bahasa Malaysia Di Buang,Tanda-tanda Kerajaan Negeri MenSingapurakan Pulau Pinang.

Poster ini dikirim oleh pembaca blog Pisau.net, sikap tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati bahasa kebangsaan puak DAP sosialis, pihak penganjur iaitu pihak kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.

YB Teh Yee Cheu,Yb Ng Wei Aik,Yb Yeoh Soon Hin cukup terkenal dengan sikap ultrakiasu dan chauvanist.Inilah sikap DAP Sosialis.

Untuk pengetahuan pembaca,pengunaan bahasa cina digunakan secara meluas,malah didalam mesyuarat exco Guan Eng turut bertutur didalam bahasa cina,malah menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan bukan cina didalam mesyuarat tersebut.

Mereka tidak menghormati bahasa kebangsaan,sikap mereka cukup jelas tidak langsung memandang perkara perkara yang berunsurkan melayu,jika boleh tidak mahu langsung memandang kepada melayu kerana berasakan jijik.

Tetapi saat mahukan undi,melayu melayu inilah yang akan memberikan undi kepada mereka,penjilat tegar Guan Eng akan mengankat beliau bagaikan dewa yang turun dari langit yang harus dijunjung.

Sedarlah melayu hanya bangsat dan paria dimata mereka, Pisau hanya menceritakan keadaan realiti sebenar, sedarlah kamu wahai bangsa ku.Jangan hanya kerana berbeza fahaman politik hati kamu tertutup dengan realiti yang sebenar.

Ehsan dari Pisau.
Print Friendly and PDF

Bekerja Untuk Rakyat Atau Berjanji Untuk Rakyat.....?

Adakah bekerja untuk rakyat pilihan anda atau hanya berjanji untuk memberi apa saja yang kadang kala tidak masuk akal jika difikirkan menjadi pilihan anda.....?

Inilah yang terjadi dan yang membezakan parti politik yang mana telah menjana kemajuan dan menjamin kesejahteraan kepada rakyat selama 50 tahun lebih dan parti yang hanya berjanji kosong sahaja kerana hanya hendak memenangi sesuatu kawasaan untuk kepentingan diri sendir sahaja.....

Boleh dinilai walaupun hanya 2 tahun sahaja pimpinan beberapa negeri yang kini dikuasai parti pembangkang sudah dapat dinilai sendiri oleh rakyat..... Masalah-masalah kecil hendak diselesaikan pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan..

Sudah hampir 2 tahun berlalu Negeri Kedah yang dahulunya pesat membangun kini bagaikan Menang bersorak tapi Negeri tergadai..... Dimana janji2 PAS atau PR yang ditabur dulu semasa pilihan raya ke-12.....

Jangan semangat untuk berkhidmat hanya membara pada slogan ataupun banner2 yang banyak di 'tempek' di tepi2 jalan..... Megah dapat menguasai dan mentadbir sesebuah Negeri bukanlah satu kebanggaan jikalau kerja tak setaraf dengan banner yang besar2 gagah berdiri itu.....

Rakyat memandang pada kebajikan dan prestasi pemerintahan..... Masalah air yang mendatangkan banyak masalah kepada penduduk di sekitar kedah sering terdengar di media-media..... selepas JBA dikoperatkan masalah ini tidak juga diselesaikan yang membebankan penduduk.....

Janji-janji yang ditabur hanya untuk memenangi hati rakyat sahaja pada waktu pengundian dahulu hanya tinggal janji..... Lebih meyakinkan lagi kelemahan pentadbiran kerajaan parti pembangkang apabila bantuan yang turun kadang kala di beri kepada ahli mereka dan tidak sama rata pada rakyat lain..... Cukai-cukai yang dahulunya rendah kini dinaikkan yang kadang kala 3 kali ganda daripada yang asal..

Projek-projek seperti Projek loji penapisan minyak, Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) yang dulu dikatakan akan beroperasi pada 2012 yang hanya membuang masa dan wang ringgit yang beberapa kali tertangguh kini pula tidak diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS)dan pelabur telah menarik diri..

Kerugian ini disenyapkan terus oleh pihak tertentu..... Menteri Besar Kedah, Azizan mengakui kerajaan negeri mengalami kerugian akibat kegagalan SULIHH dilaksanakan mengikut jadual dan memberi kesan terhadap agenda pembangunan negeri. Kelewatan itu bermakna jangkaan siap projek itu turut dipinda dari 2014 kepada 2015.

Tuhun makan tahun yang tinggal hanya janji kosong sahaja..... Nilailah sendiri..... Jika dahulu Mereka melaungkan rakyat berkuasa menentukan pemimpin Kini rakyat juga mempunyai kuasa untuk menukar kembali kepimpinan kepada yang lebih baik.....
Print Friendly and PDF

P94 - Zaid Ibrahim Calon DAP.

Semalam, di Serendah, Hulu Selangor, Anwar Ibrahim mengumumkan Zaid Ibrahim sebagai calon pembangkang di Hulu Selangor. Setelah didesak oleh DAP, akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa ketepikan Dr Halili dan Shamsul Iskandar Mat Akin untuk memilih Zaid. DAP bertepuk tangan gembira dengan pemilihan Zaid, tetapi yang akan digunakan diperingkat bawahan untuk menangkan Zaid adalah orang-orang PAS.

PKR dan DAP tiada jentera yang kuat di peringkat bawahan. Pada 28 November 2008, Zaid telah menghadiri majlis makan malam bersama dengan DAP di Pulau Pinang. 30 November 2008, sewaktu Zaid berura-ura hendak keluar dari UMNO, pihak pertama yang bersungguh-sungguh mahu menerima Zaid adalah DAP. Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan Dr Chen Man Hin adalah mereka terawal membuka pintu DAP kepada Zaid. Amat jelas sekali, calon tempatan diketepikan untuk memenuhi tuntutan DAP yang mahukan Zaid. Kulit guna nama PKR, namun dalaman adalah DAP, itulah Zaid Ibrahim. Yang akan diguna dan dikudakan diperingkat bawahan adalah jentera PAS bagi memenangkan calon yang pernah menentang hukum hudud.


Print Friendly and PDF

Thursday, April 8, 2010

Azizan Taichi : Rugi Melabur tu biasalah.....!

Pernah saya menulis mengenai kerugian atas pelaburan salah satu GLC Kedah. Pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dikhabarkan telah mengalami kerugian sebanyak RM4 juta di Papua New Guinea. Berikutan itu, Ustaz Azizan Razak sebagai MB Kedah, merangkap Pengerusi KCB telah menafikan bahawa CEO KCB telah meletak jawatan berikutan kerugian itu.

Selain itu, MB Kedah yang "sangat berpengalaman menguruskan ekonomi" itu juga telah melantik sebuah Jawatankuasa GLC untuk membuat siasatan terperinci terhadap GLC-GLC yang bermasalah. MB Kedah itu sedang "menunggu" laporan penyiasatan Jawatankuasa GLC itu untuk menjawab persoalan mengenai kerugian KCB tersebut.

MB Kedah itu menambah...
"Untung rugi dalam sesebuah pelaburan adalah rencah ekonomi dan bukannya sesuatu yang dianggap pelik...Tidak semestinya semua pelaburan itu menguntungkan. Ada yang rugi dan ada yang untung".

Senang je jadi MB & Pengerusi GLC, kan? Untung ke, rugi ke, semua tu letak di belakang. Yang pentingnya, elaun masyuuuukkk tiap-tiap bulan. Melabur ikut suka hati, kalau untung, baguslah...boleh masuk "tabung tin PAS"? Tapi kalau rugi, maka CEO akan dipanggil "mengadap" untuk penjelasan. Lantik Jawatankuasa menyiasat GLC tu. Dapat keputusan, "tembak" mana yang patut. "Aku" tetap MB yang "hebat mentadbir ekonomi", yang bodoh tu bukan "aku". Yang bodoh seleweng sana sini tu CEO aku la kot?

"Aku" sebagai MB Kedah "relax" je. "Aku" tak perlu ambil tahu. "Aku" sebagai Chairman, tunggu je untung syarikat=syarikat GLC ni. Tak perlu risau. CEO-CEO "aku" ada sebagai "scapegoat". Kalau jadi apa-apa yang elok, "aku" letak nama aku yang paling atas. Semuanya kerana "aku hebat urus ekonomi". Kalau GLC tu rugi, "aku" akan suruh siasat & letak nama CEO-CEO tu. Depa salahhh...bukan "aku"! Aku tak payah ambil tahu pun "tak apa".

Paling sadis ialah jawapan MB Kedah mengenai pelaburan, untung & rugi. Memanglah untung rugi bagi suatu pelaburan itu adalah perkara biasa. Tapi, kalaulah pelaburan tu kerajaan BN yang buat & rugi, pastinya ianya diungkit-ungkit dalam ceramah-ceramahnya. Habis diungkit kes-kes 10 - 20 tahun yang lalu. Dikata & dikutuknya BN tak tahu melabur & menguruskan ekonomi. Dicercanya & dihamun BN dihadapan rakyat, kononnya BN seleweng dan sebagainya.

Tapi kalau "dia" yang melabur & rugi, maka akan dikatakan bahawa "itulah risiko melabur, ada untung, ada rugi..kita akan siasat". Senang je. Akan di"taichi" pada CEOnya. Rakyat takkan dengar cerita "kerajaan Azizan tak reti melabur", "kerajaan Azizan bodoh urus ekonomi negeri" & maki hamun yang selama ini dihamburkan pada BN. BN sajalah yang "buruk", Kerajaan Azizan Razak "hebat-hebat" belaka!

Ternyata Azizan Razak dan kepimpinannya bodoh mengurus ekonomi Kedah. Ini bertentangan dengan dakwaannya sebelum ini yang mengatakan "PR bijak urus ekonomi". Bijak ke kalau pelaburan yang dibuat itu rugi? Siapa pengerusinya? Pastinya "Pengerusi"nya itu seorang yang "makan elaun buta". Mungkinkah "pelaburan yang rugi" adalah "biasa" bagi kepimpinan "bijak pandai urus ekonomi" ni...kan?

Ehsan dari : DUKE.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.