Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, August 30, 2009

10 Sebab BN Tewas Di Permatang Pasir.

Kekalahan BN di Permatang Pasir seakan-akan sudah dijangka. Namun kalah dengan undi majoriti 4551 diluar jangkaan termasuk dari pemimpin PAS sendiri. Anwar tetap mempertahankan reputasinya di Permatang Pasir (PP) memandangkan kawasan berkenaan di bawah Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya.

Kekalahan BN di PP bukannya kali pertama. Kali ini sudah masuk yang ke-7. Bak kata, seperti perlawanan bola sepak pusingan piala Dunia, Malaysia tewas kepada pasukan Vietnam, 7-0. Pasukan Vietnam yang 'naik basikal' pun Malaysia boleh kalah.

Sama dengan PAS. Apa yang telah PAS lakukan di sana! UMNO gagal mengupas isu kegagalan Pakatan dan Anwar-Hadhi-Nik Aziz-Lim Guan Eng Berjaya menyembunyi masalah yang wujud di kalangan mereka. Mereka semua menjelma sebagai pejuang walaupun saling berkelahi sesama sendiri dalam sebuah kapal.

Kalau di Permatang Pasir, punca kekalahan dilihat dalam beberapa sebab:

  1. Kawasan kubu kuat Anwar Ibrahim masih utuh sejak dia menceburi politik. Kalau Anwar dalam BN dahulupun, PAS dan DAP gagal mengambil kawasan berkenaan.
  2. Undi hantu kira-kira 3ribu orang. Bayangkan satu rumah ada yang tinggal sehingga 30 orang macam rumah setinggan yang dihuni oleh orang Indo dan Myanmar! Kalau kita tolak undi hantu sebanyak 3,000 orang sudah tentu majoriti masih sekitar 1000 lebih. Jadi PAS masih tetap menang walaupun tanpa undi hantu. Satu lagi, undi hantu masih setia pada Anwar.
  3. Isu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim berjaya memikat hati pengundi dan penduduk kampung.
  4. Isu calon BN yang digelar sebagai perompak oleh PAS.
  5. Kepimpinan PM, Najib dan TPM, Muhyiddin masih belum banyak membantu walaupun mereka bekerja keras memajukan Negara. Pilihanraya kecil tak sama dengan pilihandaya umum kerana isu negara diambil perhatian. Kalau PAS menang Malaysia tetap diterajui oleh BN an sama juga kalau BN menang di PP, Pulau Pinang tetap diperintah oleh komunis DAP.
  6. Peranan media masih belum berjaya mempengaruhi minda penduduk di sana.
  7. Masalah dalaman yang dihadapi oleh MCA mengenai isu PPFZ di Klang diperbesarkan.
    Pengundi Cina lebih gemar dengan perjuangan PKR untuk taraf kesamarataan masih menebal.
  8. Pembangunan yang cuba dibawa oleh BN di Permatang Pasir seolah-olah ‘tidak ada pembangunan tak apa’.
  9. Persepakatan antara Pakatan lebih kelihatan berbanding UMNO dengan MCA, MIC dan Gerakan. Isu perbalahan dan perebutan kuasa antara presiden dalam PPP juga dijadikan isu kerana BN gagal menyelesaikan masalah dalaman.
  10. BN dan UMNO gagal mengaitkan isu peribadi Anwar Ibrahim termasuklah mengambil Saiful Bukhari berceramah di PP. Pakatan Berjaya mengambil rakan kongsi Rohaizat, iaitu Yusri untuk memburukkannya walaupun saat akhir Yusri membuat kenyataan yang bertentangan dengan membela Rohaizat.

Pada mulanya PAS dan DAP sendiri tidak yakin dapat mempertahankan undi majoriti sebanyak ini. PAS kata kita hendak menang walaupun dengan satu undi. DAP kata, pertandingan ini melibatkan 50:50. Namun, isu peribadi calon BN banyak membantu kemenangan PAS. Lain kali calon BN jangan pakai ambil sauk aje.Lebih baik BN letak calon yang rendah pendidikan seperti Abang Uji di Manik Urai asalkan BN memperolehi kemenangan.

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil punca kekalahan BN. Kekalahan demi kekalahan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah kini pudar. Penyokong pula sudah tidak ada motivasi dan rakyat Malaysia akan melihat kekalahan BN seolah-olah BN akan menjadi pembangkang pada satu hari nanti.

Namun harus diingati, kejayaan meraikan kemenangan pernah dikecapi semasa pemerintahan Pak Lah.

Semasa pilihanraya kecil pada zaman Pak Lah, Pakatan asyik kalah saja, namun apabila pilihanraya umum diadakan, lain jadinya. Pakatan menang besar. Mungkin ini boleh berlaku kerana kejayaan Pakatan akan menyebabkan mereka berada di zon selesa sedangkan pengundi menilai pemimpin mereka lima tahun sekali.

Lagipun isu nasional seperti masalah di Selangor belum mendapat tempat. untuk pengundi PP memangkah BN. Kepincangan di Kedah mengenai isu babi, isu syurga oleh Nik Aziz, rusuhan di ibu Negara baru-baru ini, masalah Kg Buah Pala, isu lompat oleh calon PKR- Radhzi dan lain-lain lagi seolah-olah tidak menyentuh hati pengundi untuk protes dari PAS kepada UMNO dan BN.

‘Aura’ di Manik Urai tidak berlaku di PP. Namun ‘aura’ Manik Urai telah menunjukkan undi orang Melayu beralih dari PAS ke UMNO. Sokongan pada PAS juga 'sedikit merosot'. Bahkan sepanduk UMNO di MU lebih tajam berbanding sepanduk di PP. Kenapa di PP, sepanduk UMNO kelihatan lembik?

Namun BN dan UMNO kira berjaya kerana mengurangkan majoriti dari 5000 lebih kepada 4551. Mungkin itu atas usaha perayu undi yang mengadakan kempen rumah ke rumah.

Pada lain masa, BN perlu agresif dalam ceramah dengan menjemput musuh-musuh Anwar, ulama, tokoh korporat, orang Cina yang berpengaruh dan sebagainya untuk bersaing penonton dengan Pakatan.

Apa salahnya BN menjemput Radhzi berceramah walaupun dia menjadi wakil bebas!!! Apa salahnya menjemput Dr. Redhuan Tee Abdullah untuk menyuruh orang Islam bersatu dan menangkis tomahan terhadap UMNO oleh DAP. Kenapa tidak menjemput Dr Chandra Muzafar dan Ezam untuk memberitahu siapa Anwar sebenarnya?

Ini semua tak dilakukan, jadi inilah hasilnya. Bak kata PM, Najib, kalau hendak menawan semula negeri yang dikuasai oleh Pakatan, kita (BN) perlulah menunjukkan kesungguhan, kalau tak ia jadi angan-angan.

Abe.....

Print Friendly and PDF

Haluan Politik PAS Kini Semakin Liberal.

TAHUN 1970-an dan 1980-an, dunia Islam disemarakkan dengan kemunculan fundamentalisme radikal yang berjuang menegakkan daulah Islamiah. Kejayaan revolusi Islam Iran pada 1979 meningkatkan lagi semangat golongan terbabit.

Namun, apabila runtuhnya Soviet Union pada akhir 1980-an, gerakan terbabit mula menukar pendekatan kepada yang lebih lunak dan liberal. Di Republik Islam Iran dasar lunak mula diperkenalkan apabila pada 1988, Khomeini mengeluarkan fatwa menggantung peruntukan syariah atas alasan maslaha atau kepentingan awam.

Liberalisasi politik ini memperlihatkan kesediaan golongan terbabit untuk bergerak masuk dalam aliran perdana, iaitu sistem demokrasi dengan mempromosikan apa yang dinamakan demokrasi Islam. Pelbagai istilah mula diperkenalkan seperti mujtama’al-madani (masyarakat sivil), huqud al-insan (hak asasi manusia), hurriyah (kebebasan) dan al-ta’addudiyah (kemajmukan) yang semuanya dikaitkan dengan demokrasi.

Slogan mengenai negara Islam tidak begitu ditonjolkan lagi. Liberalisasi politik dapat dikesan di Mesir, Maghribi, Tunisia, Algeria, Yaman dan beberapa negara Arab lain. Di Indonesia dan Malaysia, golongan fundamentalis yang berjuang melalui politik turut mengubah haluan dan pendekatan mereka.

Di penghujung era 1990-an, tuntutan terhadap reformasi demokratik berkumandang di Indonesia yang akhirnya menyaksikan kejatuhan rejim Suharto pada 1998. Pada 1998 itu juga berlaku reformasi jalanan di negara kita.

Ia digerakkan oleh Anwar Ibrahim selepas beliau disingkir daripada kerajaan dan parti atas dakwaan liwat dan rasuah. Reformasi jalanan terbabit melaungkan anti-Mahathir yang dianggap zalim dan bersifat diktator. Gerakan itu akhirnya melahirkan parti politik yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kes di Indonesia, dua kumpulan Islam iaitu Muhammadiah dan Nahdatul Ulama turut memainkan peranan dalam tuntutan reformasi demokrasi. Mereka cuba mengekang kuasa rejim Suharto yang dituduh bersifat authoritarian. Di negara kita, Pas turut memberikan sokongan terhadap perjuangan reformasi jalanan atas alasan kononnya menentang kezaliman Mahathir dan Umno terhadap Anwar.

Ketika itu Pas dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadhil Noor, seorang tokoh politik yang dihormati dan disegani. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002. Bertolak daripada sinilah, Pas terus sedikit demi sedikit berubah dari sebuah parti bersifat fundamental kepada yang lebih liberal.

Perlu difahami bahawa pengertian fundamental atau al-ushuliyyah merujuk kepada fahaman pelaksanaan agama yang berasaskan kepada tafsiran literal sesuatu teks. Maksud al-Ushuliyyah dalam pengertian Islam adalah daripada akar kata ‘al-Ashl’ bererti bahagian paling dasar daripada sesuatu.

Bentuk jamak (plural) ashl adalah Ushul. Kata ashl (fundamental) juga memberi pengertian dasar atau pangkal (Dr Muhamad Imrah, Perang Terminologi Islam versus Barat, 1998).

Justeru, tidak hairanlah apabila Pas mula dikuasai kelompok muda radikal pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka suara dan prinsip perjuangan parti itu sangat berpegang kepada pemahaman tekstual ayat-ayat al-Quran sehinggakan beliau menghukum sesiapa yang berbaik-baik dan bekerjasama dengan orang kafir dalam urusan politik adalah haram, malah ‘kafir’.

Beliau menyerang Umno dengan keras sehingga timbul kontroversi isu ‘Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang’ yang mengkafirkan Umno. Ketika itu, Hadi dengan semangat revolusi Iran begitu tegas memperjuangkan Daulah Islamiah (negara Islam) dan hukum hudud.

Namun, sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004), Pas tidak lagi menonjolkan isu negara Islam dan hudud. Dalam pilihan raya itu, Pas mula menggunakan beberapa slogan seperti ‘negara kebajikan’ dan ‘masyarakat sivil’. Pas sudah bersedia untuk bekerjasama dengan DAP.

Jelas bahawa Pas mula lari daripada prinsip perjuangannya yang tidak mengizinkan bersekutu atau bersama dengan golongan bukan Islam. Selain itu, Pas turut menerima perjuangan PKR yang memperjuangkan hak-hak sivil rakyat secara yang lebih liberal.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, suara Pas semakin liberal dan lunak sehingga bersedia membentuk satu pakatan politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat merangkumi PKR, Pas dan DAP. Kini, semakin terbukti bahawa demi kuasa, Pas bersedia mempertahankan DAP walaupun beberapa pemimpin muda parti itu cuba menghina dan memperlekehkan Islam.

Penulis kira soal mereka jahil bukan alasan untuk membiarkan mereka menghentam Islam sesuka hati. Pemimpin muda DAP seperti Ronnie Liu, Jeff Ooi dan Loke Siew Fook sekurang-kurangnya tidak jahil mengenai Islam sebagai agama rasmi negara dan wujudnya larangan hasutan berhubung isu-isu sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika mereka jahil mengenai fasal penting dalam Perlembagaan, sewajarnya mereka tidak layak menjadi wakil rakyat kerana ia boleh merosakkan negara. Justeru, amat mendukacitakan apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membela mereka semata-mata atas kepentingan politik menyebabkan DAP berlagak seperti ‘kaduk naik junjung’.

Sebenarnya, ketika era kepemimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, Pas bersifat reformis dan nasionalis. Ketika itu tidak berbangkit idea mengenai Daulah Islamiah. Gagasan yang dibawa adalah ‘nasionalisme Melayu dengan cita-cita Islam’. Buktinya, cadangan pembentukan sebuah negara Islam ditolak pada kongres Pas 1954.

Satu lagi bukti ialah pada pertengahan 1970-an Pas di bawah Datuk Asri Muda bersedia menjadi komponen dalam Barisan Nasional (BN). Ketika Pas bersama BN, Anwar yang mengasaskan dan memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengkritik kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein yang dikatakan bersifat autokratik dan tidak Islamik.

Pada 1981, Hadi mula mewarnai dan mencorak pendekatan Pas ke arah yang bersifat radikal dan tidak berkompromi sama sekali dengan Umno, apatah lagi dengan DAP. Namun, hari ini semuanya sudah berubah dan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai perjuangan parti itu.

Suara Politik
Taminsari
Print Friendly and PDF

Friday, August 28, 2009

Al-Fatihah - Senator Datuk Dr Ismail Salleh.


Kita kehilangan seorang ikon yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia. Senator Datuk Dr Ismail Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur melalui Singapura jam 3.50 pagi Khamis. Allahyarham,62 merupakan orang cacat penglihatan pertama dilantik sebagai seorang Senator. Beliau terkenal sebagai tokoh akademik dan aktivis ekonomi.

Allahu Rahmanur Rahim. Perginya seorang ikon yang disegani di bulan Ramadhan. Allah amat menyayangi beliau. Beliau seorang tokoh yang unik dan berkarisma. Beliau juga menjadi inspirasi buat Orang Kurang Upaya (OKU) yang bercita-cita menjadi seperti beliau.

Beliau telah membuktikan kecacatan tidak menghalang kita untuk berjaya dan menyumbang pada Negara. Tugas arwah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Twintech tidak menghalang beliau untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Orang Kurang Upaya (OKU).

Hilangnya Sebuah Permata

Print Friendly and PDF

Tuesday, August 25, 2009

Khas untuk Latipah "Toya" Koya

Sivarasa is an elitist idiot after all! I live in Damansara Damai and yet to see his face in one of his constituencies here after the election! I vote for Pakatan Rakyat because I hope to see justice done; not just power-hungry opportunist!

I was arrested with him and Latifah Koya during the International Human Rights Day March which he organized with Latifah Koya ( I thought it was the Bar Council which organized it); and yet, so far, they've been so arrogant not to get back to me on what's happpening with the case and trial and so on; despite that I've called countless times to their mobile phones, office, the Bar Council and PKR HQ!

This is how they treat the ordinary rakyat who support them, these elitist hypocritical lawyers idiot! Stop calling yourselves "human rights lawyers" when you behave with such arrogance as if you're from a class above ordinary rakyat like me! Or just because you're lawyers! No wonder I can never trust lawyers! I've been an activist long enough; and I will criticize radically anyone who's committing injustice, regardless from the BN or PR!

So Sivarasa, I'm disappointed with you and your promises before the election! Such farce!


Sivarasa and Lateefa Koya advertized the event as if organized under the Bar council rather than it was to further their political interests in PKR! And they're not low level lawyers in PKR but Sivarasa is one of the Vice-President of PKR and Latifa is also top rank in PKR.

I'm an activist; yes I am, who's more interested in pursuing justice rather than political power! And I've been supporting PKR for quite some time now including for the abolishment of NEP and the release of the Hindraf leaders, including through the protest in front of the M'sian embassy in Ireland!

I, as the rakyat, are voting for social justice, not for individual "hero/heroin"! That's the change we want from PR; All politicians work for the rakyat, not the other way around! It's not about their status or power-game; but what's just for the rakyat! And one last word, I'm also fighting for the eventual abolishment of sexist/elitist/capitalist attitude and class!Got it!

NOOR AZA OTHMAN.
Dipetik daripada komen di Malaysiakini TV
Print Friendly and PDF

ANTARA PARTI DAN SETIAKAWAN

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pengisytiharan oleh YB ADUN Lunas keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Pelbagai komen dan tohmahan kedengaran baik di media massa ataupun di internet, ada yang puji ada yang keji.

Tindakan beliau adalah berdasarkan prinsip dan semangat setiakawan, “You go I go” begitulah lebih kurang apa yang dimaksudkan oleh beliau. Bagi beliau semangat setiakawan adalah lebih penting daripada segala-galanya di dalam politik. Wang ringgit boleh dicari tetapi kawan dan sahabat di masa susah adalah sukar dicari. AJK PKR Padang Serai yang mengisytiharkan keluar parti baru-baru ini merupakan mereka yang telah banyak membantu dan menyokong YB Radzhi Salleh semasa dan selepas PRU 12 yang lepas.

AJK Padang Serai yang meletakkan jawatan merupakan mereka yang tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Badan Perhubungan PKR Kedah. PKR Padang Serai yang tidak mempunyai masalah serius berbanding PKR Baling secara tiba-tiba telah digantung oleh Badan Perhubungan PKR Kedah. Itu yang menimbulkan persoalan kepada mereka. Apa salah mereka?. Kenapa mereka di anak tirikan oleh PKR Kedah?. Kenapa rayuan mereka selama ini agar Padang Serai tidak digantung tidak dipedulikan oleh PKR Kedah?. Adakah PKR Kedah sedang dalam proses PengABIMan dan PenJIMan?

Atas dasar prinsip dan semangat setiakawan itu YB Radzhi Salleh telah bersama-sama keluar PKR dengan AJK PKR Padang Serai.

Pemimpin dan penyokong PKR yang fanatik dan berfikiran katak bawah tempurung telah melancarkan serangan peribadi dan fitnah yang bertali arus yang bertujuan untuk memburukkan YB Radzhi Salleh. Namun masih ada pemimpin PKR yang berfikiran terbuka dan rasional seperti YB Zulkifli Nordin yang memahami apa yang berlaku dan tidak berprasangka buruk. Rata-rata kepimpinan PKR yang lain minda mereka telah beku dan hati mereka mungkin telah bersarang dengan iblis dan syaitan.

Kepada Allah SWT kita berserah. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya Allah SWT yang layak menghukum siapa yang benar dan siapa yang salah. Manakala yang terbaik untuk kita hamba yang lemah ini adalah memaafkan dan bertawakkal, “Ikut rasa binasa, ikut hati mati”.

Allah hu’alam bissawab.
Print Friendly and PDF

Monday, August 24, 2009

YB Radzhi - Kenyataan YB Zul Nordin.

Salam 2 all.

Semalam sahabat saya YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".

Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Razhi.

Tindakan YB Razhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Razhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Razhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!

Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Razhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Razhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.

Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.

Kalau kita menuduh YB Razhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Razhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi.

Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.

Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah. Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.

Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Razhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008.

Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).

Selain itu, YB Razhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.

Walaupun YB Razhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Razhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.

Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Razhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau. Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia.

Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.

Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade".

Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Razhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Sdr. Razhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, Insyallah!

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009
Print Friendly and PDF

ADUN LUNAS kini BEBAS.....

Mengulas kepada perihal pembubaran PKR Bahagian Padang Serai. PKR Padang Serai adalah diantara Bahagian PKR yang paling awal sekali ditubuhkan. Dan semalam, 23hb Ogos bersamaan 2hb. Ramadhan, Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, En. Jamaludin Abu Hassan telah mengumumkan pembubaran Bahagaian PKR itu bersama 200 orang ahlinya termasuk ADUN Lunas, Mohd. Radhi Salleh, untuk keluar parti. Mereka bertindak demikian atas alasan tidak lagi percaya pada Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya. Mereka menyatakan bahawa perjuangan PKR hanyalah bersifat kepentingan peribadi pucuk pimpinan dan tidak mempedulikan bangsa Melayu. Malah pucuk pimpinan PKR juga didakwa mendahulukan "perut" masing-masing berbanding rakyat jelata.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka mempunyai rakaman audio yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya Gobalakrishnan yang merupakan Ahli Parlimen Padang Serai untuk melakukan kekecohan pada hari penamaan undi di Permatang Pasir tempohari. Pendedahan ini secara langsung mengakui dakwaan Tun Mahathir bahawa Anwar Ibrahim adalah pencetus kekacauan dan huru-haru di Malaysia.

Selain itu, difahamkan bahawa punca sebenar PKR Padang Serai dibubarkan adalah demi menyelamatkan Islam. Mereka menyedari bahawa kedudukan Islam tidak terjamin jika negara diperintah oleh manusia seperti Anwar Ibrahim ini. Hanya mampu berkhutbah dan menyebut bebeapa potong ayat Al-Quran, namun begitu aktif men"jual" Islam kepada kepentingan Yahudi dan agama lain selain dari men"downgrade"kan kedudukan Islam di Malaysia. Anwar sanggup juga menjual Islam demi memenangi hati dan undi masyarakat bukan Islam. "Sesumpah" itu kelihatan aktif bermuka-muka dikalangan rakyat, beretorik dan berseloka dongeng palsu tentang harapan.

Menurut sumber, semua ahli PKR Padang Serai mengumumkan keluar dari PKR sahaja, namun mereka tidak menyertai mana-mana parti. Ini adalah kerana mereka tidak menyukai UMNO. Namun seorang pemimpin "underground" berpengaruh di Padang Serai, mereka memang benci kepada UMNO, namun mereka kini lebih membenci PKR! Tidak tahu lah pula kenapa sampai begitu sekali bencinya bekas ahli PKR Padang Serai itu kepada Anwar. Mungkinkah berpunca seperti yang didakwa? Atau mungkinkah ada "seorang" lagi yang telah menjadi mangsa "sodom" Anwar di Padang Serai? Siapa tahu? Satu persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar mahupun salah seorang "jambu" di Padang Serai? Bukan fitnah, sekadar pertanyaan...

Tidak dinafikan bahawa semua ahli PKR dan ADUN Lunas itu telah difitnah dan dicaci maki oleh puak-puak "pelampau" PKR. Sebagaimana yang terjadi di Perak, ADUN UMNO yang mulanya "melompat" masuk Pakatan Rakyat dipuji melangit. Malah tindakannya itu dikatakan sebagai "demokrasi sebenar" oleh Pak Nizar dan se"kutu-kutu"nya. Namun, apabila ADUN itu melompat kembali ke UMNO dan dalam masa yang sama 3 ADUN Pakatan Rakyat mengisytiharkan sebagai bebas, maka puaslah dimaki hamun di caci cerca. Ayat "sudah dibeli" adalah satu kemestian untuk digunakan. Malah ADUN-ADUN itu juga menerima ugutan bunuh dan sebagainya. Hakikatnya, hilang sebutan "demokrasi sebenar" dan Nizar bertukar sifat sebagai pencacai Ngeh dan Nga yang "gila talak"! Sabar sajalah ADUN Lunas. Memang begitu rendah moral PKR dan kepimpinannya. Nasib baik YB sedar awal!

Hakikatnya. PKR inilah pencetus kepada pepecahan ummah. Melayu Muslim berpecah hanya kerana kepentingan si'mata lebam" mendapat kuasa sebagai PM. Bila Pak Lah dan Najib yang menjadi PM, maka bertambah geramlah hati busuk si Anwar. Apa tidaknya? Sedang Anwar begitu hampir diberi mandat oleh Tun Dr. Mahathir sebagai penggantinya, Anwar terpaksa merengkok di penjara Sg. Buloh apabila salahlakunya terbongkar! Salahnya sendiri. Mengapa pula hendak disalahkan kepada Tun M pula? Anwar yang salah guna kuasa, Anwar yang meliwat, kenapa pula Tun M dan rakyat Malaysia pula yang harus dipersalahkan. Kalau benar konspirasi Kerajaan, bila dan dari mana pula asal-usulnya gelaran "Al-Juburi" itu diberikan kepadanya? Apakah gelaran itu dari pemimpin UMNO dan diberikan kepada Anwar selepas atau sebelum pendakwaan 1998-1999?

Ayuh, sedarlah umat Islam. YB Radhi dan bekas ahli PKR yang teramai di Kedah sudah sedar dari tipu daya Anwar. Sempena Ramadhan ini, syaitan-syaitan telah dukurung Allah dan yang terlepas hanyalah anak didik syaitan-syaitan itu. Sedarlah demi penyatuan ummah Melayu Muslim di Malaysia. Minda kita telah dizalimi oleh sahabat-sahabat yang disayangi Yahudi dan "Freemason". Selamatkanlah Islam, diri kita dan tanahair ini dari kerakusan nafsu pertualang negara alaf ini. Semoga sinar perpaduan dan penyatuan ummah Melayu Muslim di Malaysia bertaup kembali. InsyaAllah. Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Petikan: DukeOfUMNO.
Print Friendly and PDF

YB Radzhi Kianat Kepada Pengkhianat.

Kata mantan ADUN PKR Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh, dia sanggup keluar dari PKR sebab tak percaya lagi kepada kepimpinan PKR yang mengutamakan agenda peribadi seseorang bukanya berkhidmat untuk rakyat.

Anwar al-Juburi pula memberitahu, tindakan Radzhi hanya mengkhianati amanah rakyat kerana pengundi mengundinya sebelum ini. Anwar al-Juburi juga mahu dia lepaskan jawatan sebagai ADUN sebagaimana dilakukan oleh Fairuz dahulu.

Tetapi Abe hendak tanya Anwar al-Juburi kenapa Anwar mahu mewujudkan kerajaan 16 September dengan menggalakkan YB Parlimen BN lompat parti ke Pakatan. Adakah itu tidak dikatakan mengkhianati rakyat!!!

Sama juga dengan bekas ADUN Bota, Nasaruddin apabila lompat ke PKR dikatakan lebih demokrasi dan apabila mereka lompat ke BN semula dikataka n mengkhianati amanah rakyat!! Hujah Anwar al-Juburi sama dengan 'fatwa' Nik Aziz yang mengatakan lompat ke BN tidak elok, haram tetapi lompat ke Pakatan balik, dapat pahala. Sah lah Nik Aziz pun dah jadi 'pejuang' kepada pengkhianat.

Kata Radzhi, kekecohan yang berlaku di Permatang Pasir juga angkara perbuatan Anwar al-Juburi yang mahu mewujudkan ketegangan di sana apabila 'Go-Bala' melaungkan 'reformasi'. Apa yang hendak hairan, rusuhan dan demonstrasi di KL baru-baru ini juga angkara Anwar al-Juburi. Apabila TPM, Muhyiddin kata Anwar sebagai pengkhianat, merandam gila pula jadinya pula Anwar al-Juburi. Mengaku aje lah.

Jangan kerana slogan anak melayu, anak aku, anak cina dan india anak aku -membuktikan Anwar Ibrahim seorang 'bapa' yang penyayang. Yang disayang adalah kuasa. Bahkan Azmin Ali juga disayangi sebab 'bini Azmi Ali, bini aku (Anwar al-Juburi). Sampai bila tidak boleh selesai dengan perjuangan dan propaganda Anwar al-Juburi hinggakan Presiden PAS, Abdul Hadi pun sanggup menjadi ulama penipu dan Nik Aziz menjadi ulama pencarut abad ke-22.

Bagi Abe, Radzhi bukannya penakut macam Hassan Ali yang memperjuangkan haknya mengenai isu arak di Selangor. Kena 'jelir lidah' pun dah tarik balik isu itu. Itu belum kena tendang macam Timb Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa sudah dua tiga kali masuk pembedahan sebab takut kerana menyokong Kerajaan Perpaduan.

Radzhi lebih berani kerana sanggup menjadi ahli bebas. Hassan Ali, penakut beruk. Nak berjuang dan berjihad konon, kena 'romen' kat Liu pun dah takut teramat sangat. Bayangkan kalau PAS Selangor kata, Hassan Ali kau ditendang dari PAS dan EXCO. Agaknya Hassan Ali mencium tangan seluruh ahli PAS Selangor sebagaimana dilakukan oleh Nasaruddin Mat Isa. Hassan Ali hendak Berjihad hendak dapatkan tander projek boleh lah.

Radzhi tidak kisah kehilangan kuasa sebagai EXCO Kedah kerana dia seorang yang berani dan sanggup mengkhianati Anwar Ibrahim- yang sememangnya seorang pengkhianat. Kini MB Kedah, Azizan tak semena-mena berjumpa dengan Sultan Kedah untuk mengosongkan kerusi EXCO yang disandangnya. Bandingkan sekali lagi dengan Hassan Ali, ibarat langit dengan lubang bumi. Berani dengan pengecut.


Kata Anwar al-Juburi

Kata Anwar Ibrahim dalam blognya, Radzhi mungkin diberi rasuah berjuta-juta ringgit. Anwar tetap menyalahkan SPRM kerana tidak menyiasat perkara ini sedangkan tidak ada laporan dibuat. Alasan Anwar al-Juburi, ADUN Kulim, Sdr Lim Soo Nee pernah ditawarkan RM4-5juta untuk lompat parti menyokong BN.

Abe hairan kenapa Anwar sanggup menuduh begitu sedangkan Radzhi bukan menyertai BN sebagaimana berlaku di Perak, 2 DUN PKR dan seorang DUN DAP menjadi DUN bebas bukannya menyertai mana-mana parti kompenan BN.

Kemudian Anwar Ibrahim memberitahu, "Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)"

Bagi Abe, kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Radhzi terkeluar dari tajuk kenapa dia 'blah' dari PKR. Anwar al-Juburi cuba mewayangkan dengan isu tertentu sebagaimana ceramahnya di Permatang Pasir.

Apa kena mengena antara Radzhi keluar PKR dengan isu Toeh Beng Hock yang kini dalam proses di mahkamah!!!

Sepatutnya Anwar Ibrahim memberitahu apa yang hendak dibawa di Permatang Pasir sekiranya Pakatan menerajuinya lagi. Adakah lebih ramai orang Melayu dan India akan dihalau oleh Cina DAP?

Dari Sok Sek-sok sek, Abe mendapati terdapat 2 sebab utama kenapa Radzhi keluar PKR.
  1. Tidak mendapat projek dari Pakatan di Kedah kerana semuanya dibalun oleh PAS dan DAP. Radhzi hanya tercorot sedangkan di EXCO yang perlu diberi 'sedikit' habuan.
  2. Pakatan Rakyat diterajui PAS sebenarnya dipimpin oleh DAP.

Perbezaan kerusi antara DUN PAS dengan BN di Kedah hanya 2 kerusi sahaja, iaitu BN-14, PAS-16. Yang menentukan pemerintahan PAS ialah ANWAR dan DAP.

Abe- ada isu panas lagi. Dengar khabar India yang buat kecoh semasa hari penamaan calon di Permatang Pasir, 'Go-balan' akan disaman oleh pihak polis yang dikasarinya dan dia juga dikatakan diperguna oleh Anwar Ibrahim untuk menimbulkan provokasi pada hari berkenaan. Bertambah panas ...

Abe- agaknya berapa majoriti yang akan dimenangi oleh PAS di Permatang Pasir? Dari 5000 undi ada tahun 2008, setahun kemudian (2009), adakah PAS akan kekurangan sokongan di kawasan Big Bossnya!!! Kita tunggu jam malam nanti.

Yang semua orang tahu PAS akan menang. Kini orang PAS sudah meraikannya. Siasah kata, DAP jangka PAS akan menang sedangkan PAS sendiri kini berjuang sendirian apabila Haji Hadhi sudah tidak kelihatan di Permatang Pasir.PAS semalam memberitahu yang mereka akan menang walaupun 'satu' undi.

Yang orang tak ramal dan diluar kotak pemikiran kita, adakah PAS akan tewas dikubu kuat Anwar.

Print Friendly and PDF

Koya-Koya, Pandai Kau Cakap Pasal Buruk Orang

Jam 4.00 petang, Abe 'membelek' Harakahdaily 24 Ogos 2009, dalam internet. Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya memberitahu Radzhi keluar dari PKR lebih baik kerana dia tidak membawa apa-apa faedah kepada Pakatan mahupun BN.

Kata Koya, (bagi orang Kelantan maksud koya ialah orang yang suka mengelamun), calon ini memang bermasalah dan wajar dibersihkan dari PKR. Begitu hinanya pada pandangan PKR sekiranya ada calon lompat parti kerana tidak puas hati.

Cakap pasal tidak puas hati, kata Koya, Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM). Radhzi juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Mak oii, lezernya minah nie. Tahu lah dia tu perempuan. Tahulah Mami jarum asal Pulau Pinang, jadi jangan pula Koya kau nak jadi Mami Jarum kat Kedah pulak. Senang-senang hentam orang. Abe nak tanya Koya, kalau dah tahu si Radzhi 'jantan tak guna' apa hal pulak kau dan PKR suruh Anwar al-juburi lantik jadi wakil rakyat. Laki kau aje yang berguna, lantiklah dia jadi ADUN kat situ kenapa lantik Radzhi semasa pilihanraya baru-baru ini.

Yang lucunya, kenapa hal rumahtangga Radhzi menjadi isu. Kalau masalah rumahtangga menyebabkan calon itu perlu letak jawatan, Abe percaya ramai dan berlambak ADUN dan YB Parlimen dari PKR yang ada masalah rumahtangga. Azmin ALi pun bergaduh sakan bila dapat tahu yang dia pernah berdisco dengan big bossnya di Anwar. Azizah pun bergaduh bila dia dapat tahu janji Anwar untuk tidak bermain dubur dilakukan walaupun pada usia senja 50-an.

Koya pun rasa bahagia sangat ke hendak campur urusan rumahtangga Radhzi!!! Jaga makan minum anak yang balik sekolah sudahlah, jangan dok sibuk-sibuk main politik, itu nasihat Abe.

Jaga 'itik' suami tu, nanti suami Koya pasang "cawangan baru PKR' (Pinang, Kahwin Ramai). Kalau itik terlepas, jantan betina tak kenal, jadi macam kes Anwar al-Juburi kira kau Koya akan kena cerai macam DUN PAS. Banyak ke nafkah yang suami kau Koya boleh kasi. Tahu pun, Abe pun lezer juga.

Ketika Alwi Che Mat DUN Kok Lanas, ketua pembangkang dari Kelantan menyuruh Adun Galas Chek Hashim Sulaima (PAS) yang sakit-sakit sendi tu meletak jawatan kerana tidak boleh bekerja, Nik Aziz bingkas menjawab, sepatutnya orang Islam itu saudara, kita kena melawat orang yang sakit bukan suruh dia letak jawatan.

Untuk pengetahuan, kata Harakahdaily, Adun Galas, Che Hashim Sulaima kini berada di Guangtong, China untuk menjalani rawatan barah di sebuah hospital di sana. Beliau kini semakin sembuh. abe MIE rasa silap haribulan kat situ pula ada pilihanraya kecil. Manik Urai jadinya.

Berbalik isu Koya, katanya, Radzhi ketika memegang jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia menyalahgunakan kuasa. Dia mengumpul kekayaan atas jawatan itu. Koya berhujah, Radzhi suka memiliki kilang, kedai dan harta semasa memegang jawatan berkenaan. Dia bukan seorang YB yang mementingkan tanggungjawab untuk rakyat sebaliknya menggunakan pengaruhnya untuk memperolehi kekayaan.

Kalau betul lah kata Koya, kenapa dia tidak awal-awal memberitahu supaya letak jawatan!!! Kalau begitu, sudah tentu ramai YB da ADUN PKR yang perlu letak jawatan kerana menyalahgunakan kuasa. Sekiranya disiasat oleh SPRM, ketika mereka dalam PKR, Koya kena ingat, al-juburi akan kata- kenapa siasat orang DAP Cina dan Melayu PKR pula.

Koya menjelaskan, PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.

Jadi Abe beranggapan, adakah PKR akan gembira sekiranya lebih ramai ADUN PKR keluar parti sehingga jatuhnya Selangor dan Kedah kepada BN nanti. Gembira juga ke Koya?
Print Friendly and PDF

Sunday, August 23, 2009

Akhirnya YB Mohammad Radzhi Salleh Menolak Pakatan Rakyat.


Hari ini, YB Mohammad Radzhi Salleh mengistiharkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada YB kerana demi kebenaran bekorban untuk anak bangsa.

Semoga YB teruskan perjuangan.
Print Friendly and PDF

Tuesday, August 11, 2009

"Anwar Memang Seorang Pejuang"

SIAPA kata Anwar Ibrahim seorang pengkhianat.....? Anwar Ibrahim adalah seorang pejuang yang berjasa kepada bangsa, agama dan negara. Kalau tidak ada Anwar Ibrahim, sudah tentu Malaysia belum mencapai kemerdekaan.

Kalau tidak kerana Anwar Ibrahim Malaysia tidak akan disayangi oleh Amerika.

Kalau tidak kerana Anwar Ibrahim sudah tentu Cina tidak menunjukkan samseng. Dulu Cina hormat Melayu walaupun Melayu jadi kuli-batak Cina di kilang-kilang milik mereka dan budak suruhan di syarikat mereka. Begitu juga India. Dulu lihat orang Melayu macam tukang kebun sekolah hormat pada guru besar. Kini, orang India lihat orang Melayu macam tikus 'munduk'.

Cina dan India masing-masing anggap Melayu tak ubah cacing dalam tanah. Disimbah air panas tak apa walaupun sakit kepanasan. Dipijak tak salah sebab mereka pijak hanya tanah dan tidak sengaja untuk memijak cacing. Begitulah hidup sebagai cacing tanah, bila panas boleh mati dan bila hujan lebat boleh lemas sebelum mati. Melayupun sama seperti cacing kerana layak dipijak. Mana boleh cacing hidup atas pokok. Logiklah.

Anwar Ibrahim pejuang reformasi menunjungi kebangkitan orang Cina dan India menentang pemerintahan yang diterajui oleh orang Melayu dan Islam. Melayu kat kilang jadi kuli kenapa Melayu di Malaysia mahu jadi boss? Jadi kuli lagi baik. Kat Singapura orang Melayu jadi kuli tak apa. Susah ke nak jadi kuli di Malaysia.....?

Anwar Ibrahim seorang pejuang yang berjaya memecahbelah orang Melayu kepada 3 pihak. Satu berkopiah, satu suka main belakang dan satu lagi sokong komunis.

Melayu Islam dah tak ada nilai kalau sokong UMNO. UMNO parti rasuah, parti perkauman tidak sesuai untuk sekarang. Melayu yang sokong PAS bernilai untuk diperbudakkan. Melayu yang bodek Cina dalam DAP Melayu sejati.

Melayu yang sokong UMNO dikatakan kafir harbi. Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan layak diceruk dalam baldi. Melayu yang menyokong komunis membunuh askar Melayu Islam wajar dijulang sebagai pejuang. Anwar Ibrahim berjaya mencipta sejarah teragung ini.

Anwar Ibrahim bukan pengkhianat. Kalau tidak kerananya, sudah tentu ulama PAS seperti Nik Aziz tidak akan mencarut atau menjadi ulama terhebat dengan lidah bercabang-cabang. Apa guna ulama kalau ulama yang tidak menyokong PAS. Layak lagi kita gelar pelacur murahan. Kalau pelacur murahan pun sokong PAS, kita boleh lantik ulama. Kita boleh lantik pemborong ikan menjadi wakil rakyat.

Kita boleh melantik peliwat terhebat abad ke-22 sebagai pemimpin. Kita boleh ikhtiraf Cina makan babi membaca al-Quran dan membuat terjemahan sesuka hati. Kita boleh ikhtiraf khalifah Cina sehebat khalifah Islam. Tun Mahathir yang memajukan negara Malaysia dari negara pertanian menjadi negara Islam bercirikan perindustrianpun tidak layak digelar khalifah Islam. Yang Tun dapat Mahafiraun. Kita kan PAS boleh kasi semua orang PASS atu PASSED.

Anwar Ibrahim layak menjadi seorang serba boleh, bukan pengkhianat. Boleh meliwat anak teruna orang sesuka hati. Anwar boleh mengebas bini orang dan mengacau rumahtangga orang. sesuka hati. Anak dara orang dia buat macam pelacur apa peduli. Boleh melakukan aksi lucah lain kira hebatlah. Sukarno pun tak boleh menandingi Anwar walaupun mempunyai ramai gundik-gundik. Mana ada pemimpin sehebat ini.

Silap hari bulan pun Anwar Ibrahim meliwat bini sendiri. Kalau lelaki dia boleh liwat, kenapa bini sendiri tidak boleh liwat. PAS boleh PASSED pasal hukum haram jadi halal. Hukum ini dipanggil hahaha.

Anwar Ibrahim pejuang sejati. Kerana dialah Ketunanan Rakyat dilaungkan. Kerana dialah Ketuanan Melayu diperintah oleh orang Melayu perlu diguling. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Kaum orang asli pakai cawat adalah kaum bumiputera. Jadi kenapa Melayu terhegeh-hegeh hendak menjadi pemimpin.....? Kasilah jawatan PM pada orang asli.

Anwar Ibrahim mahu rakyat memerintah Negara. Sultan dan Raja Melayu semuanya kaki samseng dan tidak boleh harap. Rakyat boleh guling raja. Rakyat boleh memberontak kalau mereka suka bila-bila masa. Rakyat memerintah bukannya Raja. Itulah perjuangan Anwar Ibrahim dan dia layak dijulang sebagai pejuang rakyat. Yahudi pun tak ada raja boleh mengalahkan negara Arab Saudi yang ada raja. Malaysia tak boleh mengikut jejak negara Israel pimpinan bangsa Yahudi ke.....?

Anwar Ibrahim adalah pejuang tulen dan sejati.
Print Friendly and PDF

PAS Semakin Haprak.....?

Semakin lama PAS dalam PR, semakin 'haprak' lah perjuangan Islam yang dibawa PAS.....

Itu sahajakah yang termampu dilakukan oleh PAS Selangor.....? Takkan hanya mampu mendesak je dan akhirnya segala-galanya hampeh. Sudah saya nyatakan banyak kali dalam beberapa artikel sebelum ini di mana bagi saya PAS di dalam Pakatan Rakyat hanya sekadar melukut di tepi gantang.

Kini, seperti yang dijangka, setelah PAS ketandusan jalan dan idea, demi menutup kelemahan dan kemaluan, PAS seperti biasa mengalihkan perhatian umum dengan mengatakan bahawa segala-galanya berpunca dari kegagalan UMNO dan BN. Kononnya kerajaan BN sendiri telah gagal menangani isu arak ini walaupun memerintah negara lebih 52 tahun.

PAS bersama rakan sekutunya dalam PR sepatutnya menggunakan peluang sebagai kerajaan di beberapa buah negeri untuk melaksanakan setiap manifesto parti serta menunaikan setiap janji yang telah ditabur. Umum mengetahui bahawa hala tuju asal PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Jadi sudah sampai masanya untuk PAS memulakan langkah awal melaksanakan hukum Islam di negeri-negeri yang dikuasai. Sekurang-kurangnya PAS boleh mulakan dengan dasar-dasar yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sebagai contoh, beberapa undang-undang terutama yang berada di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran boleh diselaraskan mengikut hukum dan kaedah Islam.

Tidak perlu pergi lebih jauh, PAS sepatutnya sudah mula menggubal akta pusat hiburan, akta perlesenan, akta perniagaan, undang-undang syariah dan banyak lagi mengikut lunas Islam dan semua ini adalah di bawah hak kerajaan negeri. Jadi tidak ada sebab untuk PAS menyalahkan kerajaan pusat melainkan PAS sememangnya mahu mencari alasan untuk melindungi kegagalan mereka. Rasanya PAS tidak perlu menanti sehingga menjadi kerajaan pusat baru mahu melaksanakan segala manifesto.

Masalahnya sekarang adalah di mana letaknya suara PAS dalam Pakatan Rakyat? Seluruh rakyat Malaysia sedar akan situasi di dalam Pakatan Rakyat di mana 3 buah parti utama yang berbeza hala-tuju, berbeza matlamat, berbeza asas perjuangan telah bergabung demi untuk menjadi sebuah kerajaan alternatif. Ia samalah seperti 3 nakhoda di dalam sebuah kapal.

Apa yang membingungkan sekarang adalah kegagalan PAS untuk menonjol di dalam PR. Tidak dinafikan bahawa individu yang menjadi tonggak dan simbol dalam PR adalah Anwar Ibrahim. Tetapi kuasa yang memonopoli dan mempengaruhi setiap keputusan seta tindakan adalah terdiri di kalangan DAP. Jadi apa fungsi PAS sebenarnya?

PAS sepatutnya sudah mula sedar akan kegagalan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Pendapat sahabat saya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafidz Nordin yang mahu PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat perlu diambil kira dan diberi penekanan khusus. Rakyat sebenarnya sudah mula dapat melihat apa yang bakal berlaku kepada negara sekiranya ditakdirkan PR yang mempunyai 3 nakhoda berkuasa dan menjadi kerajaan pusat.

PAS perlu insaf dan kembali ke landasan asal. Sudah sampai masanya untuk PAS muhasabah diri. PAS selama ini merupakan simbol kepada perjuangan berteraskan Islam malah rakyat Malaysia mengenali PAS yang sinonim dengan agama Islam. Tidak sepatutnya PAS menggadaikan maruah dan menjatuhkan martabat agama Islam hanya untuk bersekongkol dengan PKR dan DAP yang jelas mempunyai objektif yang bertentangan. Melainkan PAS sememangnya sudah kemaruk kuasa dan amat kepingin untuk memerintah hingga sanggup mengenepikan matlamat perjuangan Islam yang asal.
Print Friendly and PDF

Monday, August 10, 2009

Anwar Ibrahim : CFR & New World Order (Empayar Yahudi).


Foto di atas adalah gambar rajah menunjukkan pengaruh CFR (Council On Foreign Relations) ke atas badan-badan tertentu (seperti media massa, bank, badan pemikir etc) untuk mencapai cita-cita Yahudi mewujudkan sebuah dunia order baru (New World Order) yang dikontrol oleh Amerika Syarikat.

Setiap ahli CFR atau ahli jemputan akan diberi keistimewaan menggunakan akses yang dikontrol oleh CFR ini.

Ini menjawab persoalan kenapa Anwar sering diberi ruang dalam badan pemikir dan media massa antarabangsa.

Bukan kerana Anwar Ibrahim adalah bekas TPM Malaysia, tetapi Anwar Ibrahim adalah Diplomat Jemputan CFR, New York.

Timbul persoalan, kenapa dalam writ saman Anwar kepada Dr Chandra Muzafar, beliau meletakkan jawatannya sebagai Diplomat Jemputan CFR, New York ? Sepatutnya tidak perlu Anwar declare jawatan tersebut, kerana tiada apa-apa kepentingan bagi mahkamah Malaysia ?

(Baca sini)

Sebabnya, Anwar tahu, Dr Chandra Muzafar adalah pakar dalam hubungan dunia antrabangsa, terutamanya penglibatan Anwar dengan Amerika Syarikat, jadi dengan meletakkan jawatan 'diplomat jemputan CFR', bahasa mudah yang ingin disampaikan kepada Chandra;

"Jangan main-main dengan saya, saya adalah ahli CFR"- Anwar.
Print Friendly and PDF

Nazrin Di Hantar Ke Neraka Jahanam.....?

Berikut adalah tulisan dari DAPSY Pemuda DAP yang terang terangan menghina Raja Melayu,anda teliti artikel dan komen yang jelas menghina raja.Bangsat haram jadah ini makin melampau.

The Might Of The Pen
August 6, 2009

NAZRIN OF PERAK PREPARES FOR HIS FINAL JOURNEY TO THE GATES OF HELL!

Filed under: ARTICLE (LATEST) 06/08/2009, conspiracy, politics — sjsandteam @ 08:47

Tags: NAZRIN OF PERAK PREPARES FOR HIS FINAL JOURNEY TO THE GATES OF HELL!

Kuala Lumpur, Aug 5, 2009: "Democracy does not mean anything goes. It certainly does not mean mob rule, " Nazrin of Perak said Wednesday night. He said in any functioning democracy, there were rules as to how society was to be governed, and in Malaysia, the rules were enshrined in the country’s constitution.

"Our constitution spells out not only what our rights are but also what the limits to those rights are. These limits ensure that decisions are not made by those who wield the most power, shout the loudest or behave in the crudest manner," he said.

Nazrin who sold the state of Perak to the BN thieves, was delivering a speech titled "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" at the 25th Tunku Abdul Rahman Lecture organised by the Malaysian Institute of Management here.

Nazrin of the stolen state of Perak said: "If we seek to settle disputes through mob rule and lawlessness, our disputes will never be settled."

"Precisely because we have so much riding on the judiciary, it is vitally important that there is judicial independence and impartiality. Without them, the rule of law cannot prevail. And when the rule of law has become unhinged, it must be fully restored," said the know-all Nazrin of Perak.

He said since the country’s last general election in March last year, political contestation has become more common and more intense, and this is likely to continue for some time to come.

"But whatever our differences, our overriding concern must be to create the type of nation we can all be proud of. We must never turn our grand positive sum nation-building endeavour into a fractious and destructive zero sum one.

"We have a good system of governance in place that has served us well and Malaysians should seek to improve on and strengthen this system."

Nazrin of Perak said: "Wherever there are weaknesses, we should acknowledge them and strive to overcome them."

He said the Malay rulers are above partisan politics, and this is what a constitutional monarchy means and what the rulers assiduously believe.

"For until and unless rulers are placed above everyday politics – and the controversies that will inevitably follow – they will be unable to carry out their constitutional functions properly. These functions are necessary for the operation of democracy in this country," he said.

Nazrin in trying to protect his ass said the present situation in Perak stemmed from a political problem, that of political crossovers, "but was very quickly compounded by other decisions and actions of questionable legality."

"By the time the ruler became involved, it has escalated to such a point that it was not so simple as to press the reset button as some would have liked.

"When rights may have been violated and laws infringed, one cannot just conveniently wipe the slate clean and pretend as if nothing had happened.

"The ruler cannot take sides in political contests, whether with acts of commission or omission. He has to make decisions based on justice and the rule of law," he said.

In making the right decision in any situation and act in a manner that is fair and impartial, the ruler must be guided by the constitution, it encapsulates all the values that form the very foundation of Malaysian society.

In the Perak case, the ruler adhered closely to the letter and spirit of the state constitution, he said.

After all, the ruler of Perak "Azlan has considerable knowledge of the law, having spoken and written about it extensively throughout his career (as a judge and Lord President)," he said.

The Mighty Pen says:

Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same.

Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear!

Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law, rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt.

Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living!

It is a pity that only in Malaysia,even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people!

What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation.

Nazrin the illegal seller of Perak:

Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!
Print Friendly and PDF

Surat Terbuka Kepada Tun Dr Mahathir.

Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya....

Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...








Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH
  1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

  2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

  3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

  4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

  5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

  6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.
  7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

  8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

  9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

  10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...

Dicatat oleh kerisTITANIUM
Print Friendly and PDF

PRK Permatang Pasir - 25 OGOS.

PRK Dun Permatang Pasir nampak gayanya akan berlangsung dalam bulan puasa. SPR telah menetapkan :

Tarikh penamaan calon : 17 Ogos 2009.
Tarikh pengundian : 25 Ogos 2009.

Ini bermakna sebahagian musim kempen akan jatuh dalam bulan Ramadan.

Kita tengoklah setakat mana kemampuan mereka yang terlibat melaksanakan kerja-kerja kempen tanpa melanggar hukum-hakam dan adab peraturan yang dituntut oleh bulan yang mulia itu.

Mampukah mereka menahan lidah, menahan jari dan menahan hati.....?
Print Friendly and PDF

MBSA Kena Serang......Banzaiii.....

10hb Ogos 2009, satu kekalutan berlaku di di Bandaraya Alor Setar bertempat di pejabat majlis Bandaraya Alor setar( MBAS). Satu demostrasi diadakan melibatan hampir 100 peniaga-peniaga kecil Melayu yang tidak berpuas hati terhadap MBAS kerana menjelang Ramadhan dan hari raya Aidilfitri ini MBAS telah mengubah prosedur baru kepada peniaga yang ingin mendapatkan tapak untuk Bazar ramadhan dan aidilfitri dengan cara bidaan iaitu tender maksudnya kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tempat berniaga, haruslah menawarkan harga sewaan kepada MBAS yang paling tinggi dalam bidaan tersebut barulah layak mendapat tempat berniaga tersebut.

apa kejadahnya ini, seingat-ingat pak tuan lah, ini lah baru pertama kali pak tuan mendengar kaedah ini, tak pernah dibuat orang nak dapt tapak warung roda kaki tiga pun kena tender....ish,ish...sejahtera sungguh no kerajaan pakatan rakyat ni, kepada orang melayu kita yang peluang mereka untuk mencari duit lebih hanyalah ketika datangnya musim perayaan kenakan pulak beban sebegini, nampak gayanya kerajaan KEdah ni betul betul nak cekik darah rakyatnya, masa BN dulu takder pun cara ini, boleh la plak?

Pak Tuan kesian sungguh kepada peniaga peniaga kecil yang rata-ratanya melayu diperlakukan sebegitu, adakah pada pendapat tuan-tuan sistem tender ini dibuat kepada peniaga jenis pasar malam ini wajar dibuat macam tu?

Wahai MB, celiklah sikit orang melayu kita dah lah susah ditekan pulak sebegitu rupa...tak wajar langsung tindakan ini, mewmang patutlah mereka semua berdemostrasi dek kejamnya kerajaan kedah ini yang dipimpin oleh Pas dan sekutu=sekutunya, buat tender kerana kononnya teluslah...last last kaum kerabat suku sakat depa jugak yang dapat, bukan tak pernah jadi dah, kes balak yang che had dan roslizan dua-dua pegawai khas MB tu pun blum selesai lagi, ni suka suka hati atur macam tu...itulah rakyat kedah yang bijaksana, pilihlah pemimpin yang last last menyusahkan lagi rakyat, syabas kewpada kepemimpinan PAS kedah sesungguhnya andalah pembela rakyat...khaaakkk, tuih..........cuba pembaca komen skit patut ka?

Posted by Bin Shahab
Print Friendly and PDF

Sunday, August 9, 2009

DAP Kena Peka Sensitiviti Islam.

Oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang serius daripada akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan beberapa laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa bahagian tertentu dengan ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di muka hadapan sebagai berita utama (Nanyang Siang Pau). Beberapa isu dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima kasih saya ucapkan. Nasib baik saya tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan itu. Jika tidak, saya tidak tahu, apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan.

Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu atau UMNO untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam artikel minggu lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam bahasa Melayu.

Tulisan dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin melihat umat Islam sedar, di manakah kedudukan kita sebenarnya. Malangnya, hanya kerana artikel saya diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap sehingga emosi menguasai diri. Saya dituduh tali barut UMNO. Inilah mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan kematangan dan hanya mempamerkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak bersyukur dan ultra kiasu yang masih tidak sedar diri.

Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga mendiang, saya kata tidak perlu, sama sekali tidak. Jika mereka faham betul-betul bahasa Melayu, saya tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada keluarga mendiang, kecuali niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web tersebut yang sengaja memutar-belitkan isu ini menjadi perkauman untuk mencari simpati dan publisiti murahan. Siapakah yang sepatutnya meminta maaf, saya atau akhbar dan laman web rasis ini?

Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Justeru, saya pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar. Saya juga mahu tahu betapa pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi.

Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah merdeka 52 tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh ketaksuban terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan Melayu. Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka seberani ini. Keberanian mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama mereka. Ini yang menjadikan mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik junjung.

Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi bangunlah wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini. Lain di luar, lain di dalam. Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak berani bercakap kerana takut kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri, tetapi saya tidak sanggup melihat Islam merempat di bumi sendiri. Perjuangan kita tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.

Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya kerana artikel ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang benar, yang mana salah. Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan Malaysia. Saya hanya mengatakan yang benar dan tidak ada niat langsung untuk melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis.

Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak ansur dengan kita. Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku. Adakah kita mahukan kes ini menjadi precedent, yang akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini?

Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini? Apakah ini bukan rule of law?

Saya dituduh kerana cuba memasuki unsur-unsur agama dalam isu ini. Tidakkah unsur-unsur agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka mengatakan bahawa negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya, adakah undang-undang dan akta ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan Pendaftaran Negara jika hidup berkeluarga tidak perlu disahkan. Sila rujuk undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara, bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan akta kelahiran dan kematian 1975.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of law, sila rujuk http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html. Bagi mendapatkan makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara,
Baca juga Non-Muslim Family Law dalam,
http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%20Resource/Malaysia%20text.pdf.

Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html. Adakah ini bukan rule of Law. Saya hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of law, maka saya akan dituduh kolot dan ekstremis.

Memperjuangkan

Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini, apabila mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri, dituduh oleh DAP sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM), sebuah pertubuhan moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP, Jeff Ooi sebagai ekstremis atau pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas arak yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Shah Alam, yakni kawasan majoriti umat Islam, dihalang oleh Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.

Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya terhadap Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti bebas daripada arak dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan haram ini, mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah kelab malam sehingga tidak sedar diri kerana mungkin agama mereka membenarkan. Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup hingga ke hari ini, rasa fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan dikutuk.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?

Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam. Saya juga mahu melihat apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka hadapan dan mendesak DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti yang dilakukan terhadap artikel yang saya tulis? Kalau artikel yang saya ditulis diapi-apikan setiap hari, perkara yang sama hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar kesucian dan kedaulatan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan DAP ini bukan sahaja tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan merendah-rendah martabat agama Islam.

Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP atau DAPSY akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka memaksa saya meminta maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis perkara menyebelahi Islam Melayu, saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa meminta maaf. Adakah DAP begitu sensitif? Inilah yang saya katakan nasib Melayu di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbar-akhbar Cina mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan dianggap tidak penting.

Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti memaksa Jeff Ooi dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam. Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika matlamat hendak menghalalkan cara. ISA amat relevan untuk orang seperti ini.

DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang secara terangan diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup mereka, sama seperti hubungan seks luar nikah. Manakala PAS tetap dengan pendirian mengharamkan arak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. PKR belum lagi membuat keputusan kerana cuba memenangi hati kedua belah pihak untuk mengekalkan kedudukan.

Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan atau memelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis malah Karpal pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan Negara Islam.

Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara. Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak. Ingatlah, selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan Islam.

Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih malang lagi, mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang menghalalkan arak? Apa yang saya belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai memeluk agama Islam, tidak ada satu agamapun yang mengatakan arak itu dibenarkan. Bagaimana matlamat boleh menghalalkan.

DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung. Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka melalaklah mereka meminta kita umat Islam meminta maaf. Begitu juga pendirian parti politik Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan.

DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama.

Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta bersedia untuk mati. Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah membuat segala persediaan secukup, termasuk terhadap mereka yang kita tinggalkan agar tidak menderita. Justeru, kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang waktu dan ketika.

Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu. Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu wanita. Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa terbela.

Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur melakukan seks bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan terjadi dengan anak luar nikah yang dikandung?

Sumber - Malaysia Instinct
Print Friendly and PDF

‘Bir’ Goncangkan PR Selangor.

Minggu ini Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ‘bergoncang’ lagi gara-gara tindakan seorang Exco yang diibaratkan sesetengah pihak sebagai lebih sudu dari kuah.

Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan sejumlah bir yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8, minggu lalu, mencetuskan perasaan tidak puas hati bukan sahaja masyarakat malahan rakan sekutu dalam PR iaitu Pas.

Malahan kenyataan Ronnie yang menyifatkan bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya yang kononnya rendah, menyemarakkan lagi rasa ketidakpuasan hati dan kemarahan majoriti masyarakat Shah Alam yang beragama Islam.

Pas Selangor, melalui pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengkaji semula kedudukan Ronnie sebagai Exco dan meletakkan portfolio berkenaan MB sendiri.

Dalam erti kata, Pas mendesak MB menggugurkan Ronnie daripada barisan Exco kerana beranggapan tindakan beliau sebelum ini yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah mendatangkan terlalu banyak masalah kepada PR Selangor.

Desakan yang dibuat Pas itu turut mendapat sokongan daripada banyak pihak, malahan Pemuda UMNO Selangor juga mahu Ronnie disingkirkan daripada pentadbiran Kerajaan Negeri.

Namun, sayang seribu kali sayang...MB menolak ‘mentah-mentah’ desakan yang dibuat Pas dan juga dilihat mengetepikan suara rakyat supaya Ronnie diberi ‘satu pengajaran’ berguna.

MB menganggap desakan Pas itu bukanlah satu isu sambil mengarahkan kesemua Exco tuutp mulut daripada mengeluarkan sebarang komen berkaitan rampasan arak itu.

Apakah rasionalnya keputusan yang dibuat MB itu? Adakah tersembunyi suatu agenda lain di sebalik larangan ‘kunci mulut’. Ataupun adakah PR Selangor sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP dan ‘membela’ habis-habisan kedudukan Ronnie?

Jika kesemua jawapan kepada persoalan itu adalah ‘ya’, bagaimana pula MB mahu meredakan kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap tindakan Exco itu? Adakah MB juga turut bersetuju dengan kenyataan Ronnie yang melabelkan bir bukan minuman keras?

Dibimbangi...demi menyelamatkan survival politik PR di Selangor, MB terpaksa menggadaikan perasaan ‘kawan’ lain dan mengetepikan sensitiviti agama dan umat Islam di negeri ini.

Kelmarin, teka-teki kepada persoalan penjualan arak akhirnya terjawab apabila Kerajaan Negeri mengambil pendirian untuk tidak mengharamkan urus niaga minuman keras itu dan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan peniaga untuk mengawalnya.

Bagi MB, secara atas kertas ‘self-regulation’ adalah ‘pendekatan terbaik’ untuk mengawal penjualan arak kepada umat Islam, namun secara pratikalnya, cara itu masih boleh dipersoalkan.

Sejauh manakah peniaga akan menggunakan ‘kebijaksanaan’ mereka untuk tidak menjual kepada orang Islam, apabila keuntungan menjadi matlamat utama dalam bisnes?

HANAFIAH HASHIM
Penolong Editor Edisi Selangor & KL
mohd.hanafiah@karangkraf.com.my
sumber : Sinar Harian
Print Friendly and PDF

BIADAPnya Pemuda DAP - Kenyataan Akhbar YB Zul Nordin.

Salam 2 all.

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
  1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
  2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
  3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
  4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
  5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:

  1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
  2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
  3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
  4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
  5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
  6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP
(daripada laman web http://www.sjsandteam.wordpress.com)

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009
It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.
By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.
Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.
By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.
As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.
DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

Print Friendly and PDF

Saturday, August 8, 2009

9 Ogos 2009 Tarikh Keramat BN Kedah.....?

Mari kita lihat adakah benar konspirasi yang diwar-warkan oleh PAS Kedah selama hampir 2 tahun ini akan menjadi kenyataan?. Orang tua-tua kata kalau sesuatu perkara itu kerap disebut ia akan menjadi kenyataan. Selalunya perkara yang kita takut berlaku perkara itulah yang akan berlaku.

PAS Kedah sendiri telah hampir 2 tahun hidup dalam ketakutan dan bayangan hitam yang mereka cipta sendiri. PAS Kedah telah hampir 2 tahun berdoa agar peralihan kuasa benar-benar berlaku di Kedah.

Berbeza dengan 16 September Anwar Ibrahim, beliau (Anwar) sendiri yang beriya-iya mengatakan 16 September akan berlaku peralihan kuasa Kerajaan Pusat.

Pada masa itu pihak BN terpingga-pinga kehairanan memikirkan orang bodoh mana yang akan sertai Anwar Ibrahim dan Parti Kepala Rosak (PKR) beliau. BN menafikan spekulasi tersebut dan rakyat Malaysia majoritinya tidak percaya akan berlaku peralihan kuasa Kerajaan Pusat.

Peralihan kuasa kerajaan pusat kepada PR tidak berlaku. Anwar kecewa justeru itu 16 September tidak lagi berani dilafazkan. Angka 16 kini menjadi angka yang memalukan Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Di Kedah lain ceritanya. Sejak setahun lepas PAS Kedah hidup dalam ketakutan, hidup dalam kecelaruan dan tidur dengan mimpi ngeri. PAS Kedah takut berlaku peralihan kuasa. Mereka mula membuat tuduhan melulu, salahkan orang itu, salahkan orang ini, reka cerita sana, reka cerita sini.

Tujuan PAS Kedah hanya satu iaitu untuk menunjukkan cerita mereka benar, tuduhan mereka benar, dan peralihan kuasa akan benar-benar berlaku.

Apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah berjaya diyakinkan bahawa satu peralihan kuasa akan berlaku di Kedah maka PAS Kedah akan menganjurkan ceramah dan solat hajat. Pada masa itulah mereka mengambil kesempatan untuk mengutip derma dan sumbangan daripada penyokong mereka yang sedang emosional.

Hasil kutipan pastinya lumayan kerana emosi para penyokong sudah tersentuh.

Kita berdoa semoga hasrat PAS Kedah untuk melihat peralihan kuasa berlaku di Kedah akan menjadi kenyataan.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.