Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, July 31, 2009

AnWAR Tak Sebulu Dengan Dewan Ulama PAS.....

1. AnWAR melahirkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan Dewan Ulama' PAS yang pertikaikan kehadiran Nizar di majlis nyalaan lilin untuk Teoh Beng Hock. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai mengurangkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan pembangkang amnya. Ujar AnWAR lagi pendapat Dewan Ulama' itu tidak tepat serta tidak mengambil kira masalah umum dan keutamaan Fiqh (Fiqh Awlawiyyat) dalam kaedah Feqah.

2. Menurut AnWAR ulama' PAS ini terbelenggu oleh pemikiran islam konservatif serta ketinggalan menilai pendapat-pendapat ulama' kontemporari terkini. Menurut AnWAR lagi, pendapat-pendapat seperti ini menjumudkan lagi Islam dan mengecilkan skop perbincangan di kalangan orang islam sahaja. Ini tidak bagus untuk perkembangan islam dalam era dunia tanpa sempadan kini.

3. Dalam isu ini, AnWAR menolak pendapat TS Harussani dan Datuk Dr. Mahmud Zuhdi yang tidak membenarkan perkara dari sudut apa pun. Datuk Dr. Haron Din juga menyokong pendapat TS Harussani dan Dr. Mahmud Zuhdi namun saya percaya ini tidak akan dilaporkan dalam Harakah demi menjaga air muka penyokong AnWAR yang mewakili kelompok kecil dalam PAS namun begitu berkuasa.

4. Sering kita lihat tindakan AnWAR kini, jika menyokongnya, semua dikatakan bagus dan adil. Jika sebaliknya, maka akan dicaci dan diherdik oleh AnWAR. Dengan kebolehan menyebut perkataan arab sepatah dua, AnWAR tidak wajar mempertikaikan pendapat ulama' di luar lingkungan politik yang tidak menyokongnya. Saya menyebut begini, kerana kebolehan bertutur dan membaca dalam bahasa Arab amatlah penting untuk kita memahami isu dan mengeluarkan fatwa.

Perkara aqidah ini bukan isu politik yang boleh dihujjahkan menurut kemahuan sendiri. Ia harus diputuskan oleh mereka yang ahli dan mereka wajar dihormati kerana ilmu yang mereka miliki. Pendapat Dewan Ulama' PAS jelas menggesa kita menjauhi perkara yang diragui. Jarang kita dapat melihat PAS begini mengenai ahlinya w/pun kenyataan ini agak lembut. Pendapat ulama' 'non partisan' lebih keras, namun selari dengan pendapat Dewan Ulama' PAS.

Bagi menilai tindakan AnWAR, inikah apa yang dikatakan "Tujuan menghalalkan cara" anjuran Machiavelli itu?

Sekian.

#: Rasa terkilan AnWAR disuarakan kepada pembantu khasnya yang menjaga hal ehwal Parlimen, bekas seorang ahli Parlimen di sebuah negeri di Pantai Timur. Semalam pembantu khasnya berjumpa dengan seorang ahli Parlimen PKR dari Selangor menceritakan luahan hati AnWAR.

SUMBER: BLOG X-PKR
KIRIMAN DARI TAMINSARI UNTUK TATAPAN SEMUA...

Print Friendly and PDF

Al- Fatihah...Pilihan Raya Kecil Ketiga Di Permatang Pauh.

ADUN PAS kawasan Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pagi Jumaat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kerana sakit jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 6.20 pagi.

DUN Permatang Pasir adalah salah satu daripada tiga DUN yang berada dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dengan pemergian Allahyarham, Permatang Pauh akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, yang ketiga dalam tempoh satu tahun.

Pada Ogos 2008, pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan ekoran perletakan jawatan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mei lalu, pilihan raya kecil DUN Penanti, salah satu DUN alam parlimen yang sama diadakan ekoran tindakan PKR mengarahkan ADUNnya yang juga Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang, Firus Khiruddin meletakkan jawatan.

Pada pilihan raya umum Mac 2008,Hamdan tewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5433 undi. Pengundi 20,350. PAS memperolehi undi 11,004 dan BN 5,571
Print Friendly and PDF

Airmata Reformis PKR Menitis Di Negeri Yang Mereka Perintah.

Belum pun sampai sepenggal PKR memerintah Negeri Selangor, bermacam – macam penyelewengan yang kita dengar, baik penyelewengan besar sehingga lah penyelewengan kecil . Belum sepenggal lagi, kita sudah merasakan bagaikan tidak sabar mahu menghumban kerajaan ini dan terasa lama sangat pilihan raya umum yang ke tiga belas akan di adakan.

Bukan kita saja yang menyokong kerajaan BN yang merasakan demikian, malahan penyokong mereka yang bermati-matian dahulu untuk memenangkan PKR dalam pilihan raya yang lalu sudah mula merasa lemas dan mereka juga sudah mula merungut dan menulis di blog blog mereka.

Jika hanya orang BN yang merasa demikian, mungkin rakyat akan menyatakan bahawa sudah menjadi lumrah orang BN memburukkan parti lawan. Bagaimana pula jika ini dilakukan oleh penyokong kuat pembangkang yang kini bercelaru sesama mereka dan mendedahkan perompak perompak di kalangan mereka di blog mereka sendiri. Tak percaya juga – sila baca

(Nora ada lah seorang reformis wanita tua dalam PKR yang telah berbelas kali ditangkap oleh Polis, malahan setiap kali ada demonstrasi Nora akan melakukan sesuatu di hadapan polis untuk di tangkap bagi mengumpul caps beliau di tangkap. Kerana bagi reformis PKR, lagi banyak di tangkap lagi tinggilah martabat mereka. Kini Nora juga keasal dengan apa yang berlaku dalam kerajaan PKR.)

Malahan ada diantara mereka yang sudah bosan dan kini menderita dan sanggup menulis dan meluahkan perasaan mereka. Kami tahu mereka ini sebenar diperalat kan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini dan hanya mereka sahaja yang tidak menyedarinya, Hari ini mereka semua yang merupakan pejuang kuat PKR menangis dan lahirlah sebuah blog yang bertajuk air mata Selangor.

Apa lagi yang dapat kita nafikan, segala ini bukannya cerita rekaan UMNO semuanya datang dari pejuang PKR sendiri, jika kita terus mengorek kita pasti akan mendapat banyak lagi blog blog reformis PKR yang kini menyesal dengan perjuangan mereka. Kini mereka baru sedar yang mana intan dan yang mana kaca.

Antara ayat yang ditulis dalam blog air mata Selangor:

blog ini dikendalikan oleh sekumpulan aktivis reformasi yang amat kecewa dengan kesombongan Khalid Ibrahim dan kegagalan serta kelemahanya menjalankan tugas sebagai MB. Kami telah menegur secara elok, sampaikan juga kepada pimpinan parti namun keadaan tidak berubah maka kami putuskan untuk menerbitkan blog ini.

Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.

Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB…ketika Anwar keluar Khalid masuk parti….kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya…

namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu…

kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu…

Oleh: KPMU

Print Friendly and PDF

16 September Milik Siapa.....?

16 September adalah tarikh keramat bagi Pakatan Rakyat. Gah seMalaysia memperkatakan tarikh keramat ini. Hakikatnya seperti menunggu buah yang tidak luruh. Sifat PR inilah yang membuat mereka bermimpi disiang hari kerana terlalu taksub dengan pukulan gong DSAI.

Masing-masing hendak tunjuk taring;

  1. PAS menunjuk kuku di Kedah
  2. PKR menunjuk belang di Selangor
  3. DAP menunjuk taring di Pulau Pinang

Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Masing-masing mengumpul kekayaan untuk parti. Rakyat miskin tak mengapa. PRU13 tabur RM banyak lagi.

Sungguhka ingin mencabar Pakatan Rakyat dan DSAI, kalau 16 September 2009 tidak berlaku peralihan Kerajaan Malaysia kepada Pakatan Rakyat, jangan pula mengigit jari.

Sungguhka akan pastikan 16 September adalah tarikh keramat Barisan Nasional mengambil semula Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Awas kamu Selangor.....

Print Friendly and PDF

Ura-Ura Pengganti MB Kedah.....?


Desas desus kedengaran berita dari Batu 9 ada pakatan untuk menaikkan YB Dato' Amiruddin sebagai pengganti kepada Dato' seri Ustaz Azizan (MB Kedah). Kru Sungguhka sedang menerjah berita terbaru ini bagi mendapatkan kesohehan gembar-gembur ini.

Rata-rata di Bastu 9 khasnya dan PAS sendiri amnya melihat akan kepincangan pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang yg tidak terurus dgn teratur. Tiada pembangunan langsung dan rakyat Kedah sudah terlalu banyak ditipu dgn janji-janji manis pilihanraya.

Lebih-lebih lagi banyak kerja-kerja MB diatur dan diselenggarakan oleh SU dan PA Menteri Besar. Alasannya "Saya Tak Tahu" acapkali disebut oleh MB. Tambahan pula bertamabh buruk lagi apabila isu BALAK oleh 2 Pegawai Khas MB ke mahkamah.

Wang Kerajaan Kedah semakin berkurangan. Cairan demi cairan..... (Berapa tinggal.....masih lagi dlm terjahan.....)

Rata-rata MB canang Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) akan memberi pulangan pelaburan sebanyak RM400 juta setahun, entah betoi ka tak betoi pun tak tahu. MOU telah ditandatangani bersama Merapuh Resources Corporation sedangkan Merapoh duit pun tak dapat lagi dari Iran.

Exco yg dok kena tanggung bab pelaburan ni sapa lagi kalau tak YB Dato Amiruddin. Beliau ada cara utk melaksanakan dan merancana pembangunan Kedah tetapi MB Kedah bukannya hendak guna pakai pendapat Exconya. MB lebih percayakan Pegawai Khas beliau sahaja. Exco ni sebagai "Nasi Tambah" sahaja.

Dari pengamatan Sungguhkan, aura yg ada pada YB Dato' Amiruddin amat terserlah daya kepimpinannya. Beliau merupakan seorang pemimpin yg berwawasan.

Sebahagian pemimpin PAS haruslah buka mata, tak semestinya jawatan MB hanya layak datang dari jawatan Pesuruhjaya PAS. Beri peluang pada generasi idealogi moden memimpin.

Dewan Harian merosakkan pimpinan sekarang.....
Print Friendly and PDF

Thursday, July 30, 2009

Nik Aziz Tidak Boleh Menyumbang Kepada Bangsa Dan Agama.

Sikap yang ditunjukan oleh Nik Aziz dalam keyataan beliau yang berbaur penghinaan kepada seluruh ahli UMNO baru baru ini tidak boleh kita pandang rengan.

Nik Aziz lebih rela melihat bangsa Melayu jahanam , PERGI JAHANAM DENGAN UMNO. Nik Aziz lebih rela berkongsi kuasa dengan parti yang menghina Islam, Nik Aziz sanggup menghalalkan yang haram dan membutakan mata apabila pemimpin PAS terkeluar dari akidah kerana mahu berkongsi kuasa dengan bangsa asing.

Nik Aziz menolak perpaduan Melayu.

Nik Aziz berpatah arang dengan bangsa Melayu.

Nik Aziz sebenarnya di kawal oleh Anwar Ibrahim.

Keyataan beliau mahu berbaik baik dengan kerajaan Pusat baru-baru ini adalah maianan politik Anwar bagi mencetus satu kontraversi lagi antara PAS dan Anwar.

Nik Aziz juga bijak memutar belit keadaan setaraf dengan Karpal Singh dan juga Lim Kit Siang, cuma Nik Aziz mungkin tidak sehebat Anwar Ibrahim, Raja kepada segala kaki putar.

Sejak kebelakangan ini Nik Aziz sudah tidak relevan lagi. Banyak keyataan dan tindakan beliau tidak disenangi oleh rakyat, bukan sahaja ahli UMNO tetapi dikalangan ahli PAS sendiri.

Perpecahan dalam PAS sendiri sudah mula dikesan walaupun mereka berjaya menyembunyikan dari ahli ahli mereka.

Nik Aziz juga merasakan bahawa ada sebilangan pengikut PAS dan orang-orang Melayu yang sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Keyataan balas Timbalan Perdana Menteri yang mahu kita tidak memperdulikan Nik Aziz lagi amat bertepatan kerana ini merupakan tamparan yang amat buruk buat Nik Aziz yang tidak menyangka keyataan sebegini akan dikeluarkan oleh TPM.

Memang tepat, jika kita layan Nik Aziz, tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada agama dan bangsa kerana Nik Aziz tidak lagi boleh menyumbang melainkan menjadi kera sumbang.

Eloklah kita biarkan beliau terus menari dengan rentak sumbangnya.

Sumbangan : KPMU.

Print Friendly and PDF

MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH

Kes balak Che Had yang selama ini berlegar di Sungguhka kini telah dapat dilihat di kaca televisyen dan media cetak. Selama ini ramai yang mencurigai apa yang dipaparkan di Sungguhka, kini semua pihak boleh melihat sendiri dan menilai sendiri apa yang telah Sungguhka bongkar. Siapa yang benar, siapa yang salah biarlah mahkamah yang tentukan. Dan sekiranya ianya melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak biarlah pihak yang berwajib yang menjalankan siasatan dan memutuskannya. Sungguhka hanya mengeluarkan berita yang kami perolehi yang berserta dengan dokumen-dokumen nyata tidak lebih daripada itu. Sungguhka juga tidak mengatakan siapa salah siapa betul hanya mengeluarkan berita dan cerita.

Apa yang Sungguhka kesalkan adalah masih ada pihak yang cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa konsesi balak tersebut diperolehi secara tender terbuka. Disamping itu pihak berkenaan juga mempertahankan beberapa individu yang dikatakan terlibat di dalam skandal tersebut. Ianya umpama menegakkan benang yang basah.

Sungguhka sendiri tidak faham bagaimana yang dikatakan konsesi balak tersebut diberikan secara tender terbuka. Berdasarkan pengamatan Sungguhka akan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Sungguhka, kami tidak nampak di mana yang dikatakan konsesi balak tersebut diberikan secara tender terbuka. Sungguhka juga tidak pernah terjumpa iklan untuk tebder konsesi balak di Kedah yang disiarkan di dalam mana-mana akhbar tempatan mahupun akhbar Harakah ataupun Berita Keadilan. Dalam Warta Darul Aman pun kami tidak pernah jumpa iklan tender balak di Kedah. Mungkin Sungguhka terlepas pandang…

Walau apa pun Sungguhka hanya penyalur berita. Yang benar yang bathil biarlah pihak yang berwajib tentukan. Mungkin selepas ini isu balak Che Had sampai dipenghujung bagi Sungguhka memandangkan perkara ini telah sampai ke Mahkamah dan semua pihak boleh nilai sendiri berdasarkan pemerhatian masing-masing.
Bagi Sungguhka mengakui kesilapan adalah lebih mulia daripada cuba menegakkan benang yang basah.
Print Friendly and PDF

Sunday, July 26, 2009

Apabila Kematian Jadi Modal Politik .....

Belum ada perkembangan terbaru kes kematian Teo Beng Hock, pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika polis dan SPRM sedang berusaha merungkai misteri kematian Teo, pembangkang seperti biasa memilih untuk menyalahkan pihak lain dan kali ini SPRM menjadi mangsa terbaru percaturan politik mereka.

Pelbagai tohmahan mula dilemparkan kepada pihak berkenaan selain beberapa siri perhimpuan yang sudah dan akan diadakan pembangkang termasuk terbaru pembabitan Kerajaan Negeri untuk menganjurkan perhimpunan tuntut keadilan di Stadium Kelana Jaya, Ahad ini.

Persoalannya, keadilan apa yang hendak dituntut?

Adalah tidak adil apabila DAP dan PKR membuat pelbagai tohmahan terhadap SPRM sebelum siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kematian Teo yang tragis serta menimbulkan kontroversi.

Mereka seharusnya percaya pada jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa polis akan menyiasat kematian Teoh,30, secara menyeluruh dan secara professional agar diketahui apa sebenarnya berlaku.

Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung kes itu yang boleh mengelirukan masyarakat sehingga siasatan selesai.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula berkata, tiada apa yang hendak disorokkan berhubung kematian pembantu Exco tersebut.

Malah beliau meminta jangan menunding jari kepada sesiapa sebaliknya tunggulah polis selesai menyiasat ke tersebut.

Namun jaminan dua pemimpin utama itu serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dipedulikan pemimpin pembangkang yang cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu ketika keluarga mendiang dan tunang Teo bersedih meratapi kematian lelaki itu.

Sepatutnya mereka membiarkan polis menyiasat dan jika tidak berpuas hati mungkin kerajaan boleh menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk melakukan "inquiry" terhadap kes tersebut.

Lagipun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khamis memaklumkan kerajaan negeri melantik patologi hospital swasta untuk bersama-sama polis menyiasat punca kematian Teo.

Walaupun ini mengambarkan ketidakpercayaan kepada polis, tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bersetuju membenarkan patologi hospital swasta yang dicadangkan membantu siasatan kes berkenaan.

Oleh itu pembangkang harus faham bahawa jika mereka boleh membuat pelbagai tuduhan mengaitkan kematian Teo dengan SPRM, rakyat yang berfikiran terbuka dan matang juga boleh membuat pelbagai andaian terhadap kes itu.

Ramai sedia maklumkan kes ini bermula dengan tindakan SPRM menyiasat beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berhubung penyalagunaan dana peruntukkan wakil rakyat.

Hal ini diakui SPRM dengan mengesahkan empat wakil rakyat serta Exco berhubung dakwaan itu.

Ini tidak termasuk dakwaan Ahli Parlimen Wang Maju, Wee Chee Keong yang mendakwa seorang Exco di Selangor terbabit kegiatan gelap atau ‘underworld’ dan beliau mengaku sudah memberi keterangan kepada polis berhubung tulisan diblognya mengenai perkara itu.

Justru itu disebalik kemungkinan Teo yang diklasifikasikan mati mengejut atau mungkin membunuh diri, ada macam-macam andaian boleh dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap Exco dan Adun terbabit.

Kematian Teo penuh misteri pastinya mengalih tumpuan siasatan SPRM kepada pihak polis yang kini menyiasat SPRM serta punca-punca lain yang boleh dikaitkan dengan kematian mendiang Teo.

Siasatan polis pasti mengambil kira semua aspek termasuk tahap kecederaan Teo bagi memastikan sama ada beliau jatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM di plaza itu.

Ketika ditemui, mayat Teo lengkap memakai kot. Ini mungkin menunjukkan beliau sudah selesai disoal siasat dan dibebaskan untuk peluang.

Jika ada telefon bimbit mangsa, polis pastinya dapat mengesan masa dan kepada siapa terakhir yang dibuatnya.

Sebenarnya, parti pembangkang tidak perlu menjadikan kematian Teo sebagai modal politik masing-masing apatah lagi menjadikan SPRM kambing hitam dalam insiden ini. -17/7/2009

Oleh: ROSLAN BIAN.
Print Friendly and PDF

Saturday, July 25, 2009

TGH Hadi Menipu Rakyat Lagi.....

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah." - Presiden PAS, TG Hj. Hadi Awang.

Benarkah begitu? Apakah ISA itu adalah sebagaimana yang didakwa oleh Presiden PAS ini? Bagaimana pula dengan Mas Selamat yang dipercayai salah seorang anggota JI? Apakah dia juga "tokoh" atau "pemimpin parti pemerintah"? Bagaimana pula dengan ancaman bersenjata seperti Komunis? Bagaimana pula dengan Al-Maunah yang merampas senjata di sebuah kem tentera di Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada tahun 2000?

Begitu juga dengan gerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) berikutan penangkapan bebarapa orang ahlinya yang diketuai oleh Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS. KMM adalah gerakan bawah tanah (subversif) yang mendapat latihan ketenteraan di Afghanistan. Bukankah mereka didapati melakukan aktiviti yang mampu mengganggu gugat keamanan dan keselamatan nagara? Takkanlah pihak MIO suka-suka tangkap orang?

Bagaimana pula dengan serangan ke atas balai polis di Guar Chempedak untuk merampas senjata api suatu masa dahulu. Bagaimanapun percubaan ini dapat dipatahkan oleh pihak berkuasa. Jika tidak dibendung oleh kerjaan melalui ISA, tidakkah akan membahayakan keadaan penduduk setempat? Selamatkah jika hanya ditangkap dan dibicarakan? Bagaimana pula dengan ideologi mereka?

Pernah sartu ketika dahulu, seorang lelaki bernama Adnan yang "berlakon" sebagai seorang peniaga minyak wangi yang kononnya lemah lembut, berbudi bahasa dan berperwatakan mulia. Dia ditembak oleh seorang pengawal keselamatan Southern Bank di Jalan Gasing, Petaling Jaya ketika dia bersama tiga rakan lain cuba merompak bank itu dengan bersenjatakan pistol. Adnan bersama rakannya dipercayai terlibat dengan gerakan militan. Apakah mereka ini juga jika di"ISA"kan bertujuan untuk "menyelamatkan" tokoh BN dan pemimpin parti yang memerintah?

Biasalah. Bila sudah "berkawan" dengan "syaitan-syaitan" yang pernah ditahan ISA ketika "operasi lalang" dahulu, mereka pun dah nak jadi lalang! Sedangkan Presiden PAS sendiri sedar bahawa ISA itu adalah satu "keperluan" untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama ini. Pastinya ISA mahu dihapuskan oleh DAP dan PKR supaya mereka senang merusuh dan memberontak untuk membatalkan hak-hak istimewa Islam. Melayu dan bumiputera. Tentunya senang mereka membuat huru-hara apabila mereka menyentuh isu-isu sensitif seperti "kontrak sosial", "jus soli" dan Ketuanan Institusi Kesultanan Melayu di Malaysia!

Begitulah singkatnya pemikiran pihak pembangkang! Menghebahkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini "zalim", sedangkan mereka sendiri sedang merancang untuk menzalimi Islam, anak bangsa mereka sendiri dan tanahair yang dikongsi bersama ini. Kononnya perjuangan mereka adalah demi rakyat, padahal mereka akan "menjual" kehidupan dan keharmonian rakyat Malaysia yang sudah sekian lama dipupuk oleh Barisan Nasional. Itulah agenda sebenar Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat? Ini bukan "Pakatan Rakyat", ini "Perosak Rakyat" namanya! Sedarlah rakyat Malaysia!

Posted by DukeOfUMNO
Print Friendly and PDF

Surat Terbuka Buat Tuan Guru Nik Aziz.....

Assalamualaikum , Tuan Guru Nik Aziz, Izinkan saya mengungkap kembali kata-kata tuan guru baru -baru ini ketika di pilihan raya kecil Manik Urai dan juga sebelumnya yang jelas menekan UMNO adalah sebuah parti yang sesat, UMNO adalah parti yang mirip ajaran agama Ayah Pin.

Sebagai umat Islam yang daif dan kerdil ini saya dapat menyimpul kan kata-kata Tuan Guru bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan ajaran Islam yang sesat.

Apabila Timbalan Perdana Menteri mencabar Tuan Guru untuk membuktikan bahawa UMNO tidak pernah menyumbang kepada mengembang kan syiar Islam di Malaysia dan mencabar Tuan Guru untuk membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang lebih banyak menyumbang kepada pembangunan Islam di Malaysia, sampai hari ini Tuan Guru masih tidak menyahut cabaran berkenaan.

Tuan Guru , hari ini saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia memikirkan kembali perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat.

Perjuangan kuasa politik adalah satu perkara yang lain, keimanan dan maruah bangsa Melayu perlu difikirkan. Masa depan anak bangsa perlu menjadi keutamaan. Apa guna jika memiliki kuasa politik tetapi maruah dan keimanan generasi muda kita tergadai.

Melayu dalam PKR telah melampaui batas menggadai maruah bangsa dan keimanan umat Islam. Izinkan saya meluahkan perasaan bimbang dan kecewa saya mengenai dua perkara yang berlaku baru-baru ini.

  1. Kehadiran NIzar (Menteri Besar Perak yang tersingkir)
  2. Kehadiran tiga pemimpin PR beragama Islam dan berbangsa Melayu yang saya tonton Melayu Vedio.

Jika saya tidak silap , Anwar Ibrahim , Shamsul dan juga bekas ketua Dewan Pemuda Pas, Nasharuddin dalam satu upacara menghormati Mendiang Teoh.Mujur Tuan Guru tidak ada bersama.

Kelihatan, Lim Kit Siang membetulkan saf dan membawa Karpal Singh dalam barisan Saf berkenaan dan setelah itu mereka mengada kan upacara penghormatan dengan tunduk hormat kepada gambar, kuih apam balik, kuih kek dll yang akan di bekalkan kepada Teoh dalam persemadiannya.

Ia kelihatan seperti orang Islam sembahyang jenazah . Anwar dan juga mereka-mereka rokok setengah sebanyak enam kali. Kenapa Enam dan kenapa tidak lima atau tujuh atau lapan. Saya tidak faham cara sembahyang jenazah baru ini kerana inilah kali pertama saya lihat dilakukan oleh umat Islam.

Saya juga tidak tahu apa doa yang dibaca oleh mereka dan saya juga tidak tahu dari kitab mana mereka belajar sembahyang jenazah ini dan apakah tujuan dilakukan sembahyang jenazah sebegini.

Mungkin Tuan Guru lebih arif dan Tuan guru boleh mencari dalil dalil untuk menyakinkan penyokong bahawa apa yang berlaku ini tidak syirik.

Mungkin Tuan Guru boleh mencari nas nas yang hampir serupa untuk Tuan guru halalkan seperti yang lazim Tuan Guru lakukan.

Sama juga dengan Nizar, tak perlu saya siarkan gambar kerana telah banyak laman-laman web yang menyiarkan nya. Apakah memegang lilin dengan niat, apa niat saya tidak tahu itu dibenarkan oleh Islam. Nasib baik Teaih bukan beragama Kristian, saya jangkakan jika Teoh bergama Kristian tentu mereka akan memangkah salib di dada dengan tangan mereka.

Tuan Guru, kita kini telah melampaui batas hanya kerana mahu sokongan bangsa asing. BN dulu mendapat sokongan dari bangsa asing tetapi pemimpin mereka tidak perlu melakukan perkara seperti ini.

Mereka tidak perlu masuk ke gereja atau ke Tok Kong Cina atau sembahyang jenazah atau memegang lilin. Apakah yang telah berlaku dengan ulamak ulamak sekarang.

Yang hairan apabila kita mahu menyatu kan bangsa dan agama kita mendapat tentangan dari Tuan Guru. Tuan Guru mengatakan bahawa UMNO sama dengan kerajaan ayah PIN. Sekarang ini apakah PAS tidak sama dengan kerajaan Ayah Pin?

Kita boleh maafkan Anwar, kerana kita tahu Anwar akan lakukan apa saja untuk jadi PM.

Tapi ulamak-ulamak PAS, seperti Tuan Guru, kini sanggup melakukan apa saja untuk menjadi kerajaan.

Apakah ini kerajaan yang dimahukan oleh penyokong PR? , Tuan Guru maafkan saya jika tulisan ini keterlaluan.

Demi anak bangsa dan Islam saya terpaksa menulis dan meminta penjelasan Tuan Guru.

Daripada : TepakBersulam

Print Friendly and PDF

Nizar Sepatutnya Tidak Hadir Nyalakan Lilin – Dewan Ulama Pas.

Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
Print Friendly and PDF

Nizar SYIRIK – Bekas Mufti.....

Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain berkata, tindakan mereka antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.”Saya bercakap bukan sebab Pas atau UMNO tetapi saya bercakap atas dasar hukum serta ketetapan dalam Islam.

Sama ada mereka orang Pas atau UMNO jika mereka terlibat di dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.”Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,” katanya di sini semalam.

Dalam perkembangan sama Mohammad Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya menziarah kematian yang melibatkan orang bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali terbabit dalam sebarang upacara berbentuk keagamaan.

“Manakala perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian adalah urusan agama dan umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan upacara seperti itu,” katanya lagi.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan:”umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik.”

“Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang.

Mahmood Zuhdi memberitahu, keadaan tersebut berpunca daripada amalan politik melampau yang sanggup mengetepikan soal agama serta prinsip-prinsip keimanan.

Sambil menyifatkan budaya itu sebagai politik rakus, beliau berkata, ia telah membuatkan syariat Islam yang sepatutnya menjadi panduan telah dilanggar begitu sahaja.

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu antara lain:

“Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.”

“Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.”

Nas dalam perkara ini sangat jelas disebut dalam surah Al Kafirun dan Surah al-Ma’idah, ayat 72 yang maksudnya:

“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”
serta Surah an-Nisa’, ayat 48 yang maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

Namun parti yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan Politik akan mempolitikkan segala-galanya untuk mendapatkan kuasa dengan rakus untuk hajat keduniaan tembolok pemimpin-pemimpin mereka.

Mereka ini akan terus memesongkan akidah umat Islam dan terus bersengkokol dengan musuh-musuh Islam yang akan bertepuk meriah kemenangan setelah aqidah kita umat Islam dipesongkan dari pegangan kita.

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja semata-mata, Akhirat juga tempat kekal abadi selamanya.

Dipetik dari KPMU.
Print Friendly and PDF

Wednesday, July 22, 2009

Selamat Hari Jadi Perdana Menteri.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 1Malaysia. Kami warga sungghuka dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan
Selamat Hari Jadi Buat
Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia….
Print Friendly and PDF

Tuesday, July 21, 2009

Warta Darul Aman Lidah Rasmi PAS Kedah....?

Warta Darul Aman yang diterbitkan oleh Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dikatakan mirip kepada menjadi akhbar rasmi Parti PAS Kedah dan bukannya bulletin Kerajaan Negeri Kedah. Di kalangan ahli-ahli PAS sendiri mereka menggelar Warta Darul Aman sebagai “Harakah” edisi Kedah.

Daripada penilaian yang dibuat didapati penulisan berita, artikel dan rencana di dalam Warta Darul Aman lebih kepada propaganda PAS Kedah dan dan bukannya memberikan berita dan maklumat yang adil dan menyeluruh berkenaan Negeri Kedah. Warta Darul Aman juga lebih menumpukan kepada berita –berita berkaitan wakil-wakil rakyat PAS dan aktiviti PAS di Kedah.

Ada juga kedengaran rungutan daripada orang ramai yang tidak berpuashati apabila Warta Darul Aman lebih mengutamakan berita berkaitan Menteri Besar Kedah berbanding berita berkenaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Ramai yang merasakan adalah tidak wajar berita – berita berkenaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah diletakkan di halaman dalam berbanding berita Menteri Besar yang diletakkan di muka hadapan.

Ini menunjukkan sifat tidak prihatin pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah terhadap protokol dan keutamaan yang sepatutnya diikuti.

Kerajaan Negeri Kedah juga dikatakan sekarang ini telah berhutang lebih RM100 ribu dengan syarikat percetakan yang mencetak Warta Darul Aman. Persoalannya sekarang adalah kenapa perlu berhutang memandangkan jumlahnya tidak besar berbanding elaun Ketua Kampung yang masih tertunggak yang telah mencecah jutaan ringgit…..?.

Difahamkan pengedaran Warta Darul Aman juga tidak menyeluruh ke seluruh negeri Kedah dan pada setiap kali penerbitan terdapat lebihan yang dilonggokkan di pejabat Unit Penerangan Negeri Kedah. Bukankah itu membazir namanya…..?. Tidak adakah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengedarkan Warta Darul Aman…..?. Atau pencetakan dibuat hanya setakat yang diperlukan sahaja berdasarkan pengedaran yang telah dibuat pada penerbitan sebelum ini…..?.

Baru-baru ini Unit Penerbitan Negeri Kedah telah diberikan 2 buah van untuk kegunaan unit tersebut tetapi dikatakan van tersebut telah digunakan oleh beberapa kakitangan Unit Penerbitan Kerajaan Negeri Kedah untuk ke Manek Urai semasa kempen pilihanraya kecil Manek Urai. Adakah kempen pilihanraya Manek Urai merupakan berita Negeri Kedah yang perlu dimuatkan ke dalam Warta Darul Aman…..?. Dikatakan juga Van tersebut telah dipandu sendiri oleh kakitangan tersebut tanpa menggunakan pemandu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Ada kalanya van ini disimpan rumah.

Pejabat Unit penerbitan juga telah dipasang karpet baru dan dikatakan bilik pegawai-pegawai Unit Penerbitan lebih hebat dan canggih daripada bilik exco Kerajaan Negeri , siap dengan TV Plasma. Adakah bilik pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS) juga ada TV Plasma…..?.

Apa kelebihan Unit Penerangan Negeri Kedah sehinggakan mereka diberikan kemudahan sedemikian rupa…..?.

Apa yang lebih menarik, dikatakan beberapa Pegawai Unit Penerbitan Negeri Kedah ini tidak mempunyai kelulusan yang setara dengan jawatan yang disandang mereka. Dikatakan ada pegawai yang memegang jawatan pada Gred N44 dan N41 dengan hanya memiliki SPM atau STPM.

Adakah kakitangan Unit Penerbitan Negeri Kedah ini lantikan politik atau termasuk ketegori kakitangan awam Negeri Kedah…..?. Kalau lantikan politik sebagai pegawai MB mungkin boleh dibuat atas lantikan politik tetapi sebagai kakitangan awam negeri Kedah perlantikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu termasuk kelulusan yang setara dengan jawatan.

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya perkara yang dimaklumkan kepada pihak Sungguhka ini benar-benar berlaku di dalam Unit Penerbitan Negeri Kedah. Sungguhka…..? Sungguhka…..? Sungguhka…..?.

Dalam hal ini siapakah yang wajar dipersalahkan…..? Adakah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah atau Exco-Exco atau Menteri Besar Kedah sendiri yang patut dipersalahkan…..?
Print Friendly and PDF

Sunday, July 19, 2009

Azizan Bawa Pelaburan RM35.7 Billion ke Kedah.....?

15hb. Julai lalu, Ustaz Azizan Razak telah menghadiri satu majlis sebagai saksi termetranya satu perjanjian sebuah projek mega di Kedah. Pihak pelabur dan Merapoh Resources Corporation telah menandatangani satu perjanjian projek hub penapisan minyak terbesar di Malaysia. Merapoh Oil Refinery yang akan dibina di daerah Yan itu bakal menyaksikan pelaburan berjumlah RM35.7 billion! Hebat sekali projek ini. Yang pentingnya, perjanjian projek ini di"saksi"kan oleh Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Dikhabarkan bahawa projek ini akan menjana ekonomi Kedah, meningkatkan taraf hidup rakyat selain menawarkan ruang perkerjaan kepada anak-anak Kedah.

Segak sungguh Azizan ber"kot" ber"songkok" ketika majlis itu. Tentu rakyat Kedah berasa bangga dengan Azizan Razak. Apa tidaknya, Azizan menjadi "saksi" kepada projek & pelaburan RM35.7 billion. Mungkin Azizan jugalah yang bertanggungjawab membawa pelaburan semewah itu ke Kedah. Begitu juga dengan laporan akhbar dan media internet pro PAS, seakan-akan Azizanlah individu yang berjaya mencari pelaburan berbillion ringgit ke Kedah. Jadi "hero" lagi Azizan nampaknya dimata mereka...

Sedar tidak sedar, itulah permainan "politaik" media internet dan akhbar Pakatan Rakyat. Kononnya, rakyat Kedah akan mudah tertipu dengan berita-berita seperti ini. Memanglah tidak disebut disitu bahawa Azizan bukanlah insan yang menarik pelaburan berbillion ini di Kedah. Namun, tajuk-tajuk berita itu bagaikan merekalah "champion" sebenar! Padahal, setiap kali BN nak buat projek, merekalah yang pertamanya yang akan membangkang! Elok ke tidak projek itu untuk rakyat, belakang cerita. Bangkang tetap bangkang! Apa yang dibangkang pun "depa" tak paham!

Azizan sebelum ini banyak dikritik kerana didakwa gagal menarik pelaburan ke Kedah. Berikutan kemelesetan ekonomi global dan kurangnya pelaburan di Kedah, banyak kilang-kilang ditutup. Begitu juga dengan pekerja yang diberhentikan dan kurangnya peluang pekerjaan di Kedah semakin ketara. Namun, setelah projek sebegini yang asalnya dicetus dan dimulakan oleh kerajaan BN sebelum ini terlaksana, maka ekonomi Kedah semakin pulih. Peluang perkerjaan juga meningkat mendadak. Dan rakyat akan "membuka mata", memuji Kerajaan PAS Kedah yang "berjasa". Padahal, "lembu punya susu, sapi dapat nama"!

Tak mengapa lahhhh! Sudah dasar rasmi Pakatan Roit begitu. Sebetulnya, hanya SATU (1) sahaja projek yang bagus, yang telah berjaya diusahakan oleh Kerajaan PAS Kedah iaitu projek "BABI" yang bakal mengambil tempat di Kg. Sg. Tok Pawang. Itu pun jika tiada bantahan dari golongan India yang tinggal disitu. Projek pertama yang bakal dijayakan PAS ialah projek "BABI"? Hehhehhe...itulah! Bila orang kata Pakatan Rakyat suka "binatang haram" tu, "hangpa" nak marah! Dah terbukti begitu. Nak kata macam mana lagi?

Sedarlah rakyat Kedah. Kerajaan PAS sehingga sekarang belum menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun sedah lebih setahun memerintah Kedah. Hatta manifesto PRU12 juga telah di"jamban"kan oleh Exco-Exco dan MB Kedah itu. Kerajaan PAS Kedah ini hanya meneruskan "kesinambungan" kemakmuran dan pembangunan yang telah direncanakan oleh kepimpinan BN yang terdahulu. Harap-harap "depa" tak "claim"lah bahawa mereka yang membawa "pelaburan berbillion" ke Kedah selepas ini!

Posted by DukeOfUMNO

Ya la..... Hampir 2 tahun PAS memerintah Kedah, tak nampak lagi apa yg majunya Kedah ni. Makin teruk ada laaaaa.
Banyak dah layawatan exco buat di luar negara dan ada 2...3... MOU dah ditandatangani tapi hasilnya entah kemana. Ada banyak projek aku dengar antaranya:
  1. Ternak lumut..... hancur.
  2. Ternak ikan patin di Tasik Pedu..... Pelabut lari..... hancur.
  3. Kilang ikan keli..... minta rakyat Kedah bela ikan keli..... hasilnya..... hancur.
  4. Ternakan ayam dlm aircond..... projek lembu tolak mentah2..... hancur.
  5. Program Kedah Belanda..... hancur.
  6. Program tanaman padi 3 kali setahun..... hancur.
  7. Projek Universiti Insaniah hadapi sedikit masalah tanah..... mungkin hancur.

Setakad ni aku rasa hanya satu saja projek akan terlaksana adalah Pusat Penternakan Dan Penyembelehan Babi terbesar di Kedah.

Entahlah aku tak tau apa nak jadi dgn exco yg ada. Boleh dikatakan setiap bulan keluar negara, selalunya balik kosong. Depa yg syok. Rakyat nganga.

Mesyuarat EXCO 2 minggu berturut2 buat di Kuala Lumpur. 7/7/09 Rabu buat perjanjian dgn DAP masuk PR kembali. 14/7/09 MOU dgn Merapoh pasai projek hub minyak. Awat tak boleh buat di Kedah ka semua ni atau malu nak bawa pelabur tengok Kedah.....?

Kalau aku nak kira perbelanjaan mesyuarat EXCO di Kuala Lumpur tu apa faedah aku dapat, bak kata pepatah Nabil....."Lu pikir la sendiri.....".

Print Friendly and PDF

Friday, July 17, 2009

Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kedah Dalam Dilema.....?

Sempat aku menerjah di Wisma Darul Aman baru-baru ni, lucu ada, terkejut pun ada bila dengar cerita pasai UPKNK (Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kedah). Patutla selama ni aku dok baca Warta Darul Aman memang takdak kualiti langsung. Rata2 org dok kata pasai Warta ni. Bukan di luar saja org dok kata, malah dlm Wisma pun hebat jugak.

Depa kata warga UPKNK takdak kelulusan mengikut gred kerja. Kalau betul apa yg diceritakkan amat memalukan. Kelulusan tak setimpal dgn jawatan yg dipegang. Jabatan lain pun dok bising.

UPKNK wujud atas dasar lantikan politik dan dengar cerita 100% warganya adalah ahli PAS (itu aku tak pasti tapi aku akan terjah). Aku tak heran depa nak lantik sapa pun, tapi bila bab kelulusan aku pertikai. Bukan aku nak hina atau kata org takdak kelulusan tak boleh menjawat jawatan yg tinggi, tapi perkara ni tak seharusnya berlaku dlm jabatan kerajaan.

Nak kata depa ni ada pengalaman, UPKNK baru setahun jagung. Peralatan pun tak ada. Kalau ada pun 2 buah van Toyota Hace model terbaru dibeli. Dah guna sebuah utk PRK Manik Urai. Yg pastinya kebanyakkan ketua jabatan amat tidak berpuas hati dgn apa yg berlaku dgn skema gaji UPKNK.

Akan aku terjah sedikit masa lagi..... Dok sibuk sikit dgn program merapu kerajaan Kedah yg tak tau apa untungnya. Tapi kalau utk parti tu banyak la.....
Print Friendly and PDF

Kemenangan PAS Yang Kalah.....?

Manik Urai membuktikan bahawa sokongan kepada PR kian terjejas, BN kian menjadi pilihan rakyat. Majoriti 65 merupakan tamparan hebat kepada PR dan ini mungkin menghakis kan harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam PRU 13 nanti.

Ini juga merupakan tamparan hebat kepada Nik Aziz yang membayang kan bahawa sokongan terhadap beliau kian terhakis dan lebih teruk lagi apabila ianya berlaku di Kelantan.

Kubu kuat Niki Aziz dirobek oleh BN , begitulah kata-kata yang dapat di dengar di Manik Urai. Menang serupa kalah , inilah ungkapan yang dapat kita katakan dengan kemenangan PAS di Manik Urai. Populariti PR kini sudah turun dari klimak yang mereka terima pada PRU12 dahulu.

Itulah tahap yang paling tinggi yang mereka boleh pergi dan mereka kini bergelut untuk mempertahan kan populariti berkenaan yang mana mereka telah dapat merasakan bahawa mereka gagal mempertahan kan populariti mereka.

Syabas kepada pengundi muda di Kelantan yang telah memberikan sokongan kepada BN di Manik Urai. Ini diakui sendiri oleh Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. "Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ,”

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok. Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.
Print Friendly and PDF

Wednesday, July 15, 2009

Kemenangan Moral buat Umno/BN.

Proses pengiraan semula undi sedang berlangsung di Manek Urai apabila kemenangan tipis berpihak kepada Tuan Aziz dari BN/Umno.

Walau apa pun keputusan di Manek Urai, kemenangan moral telah diperolehi oleh kepimpinan BN/Umno apabila menyaksikan peningkatan majoriti yang menyokong Kerajaan BN berbanding pada pilihanraya yang lalu.

Untuk rekod, pada pilihanraya yang lalu, Allahyarham Ismail bin Yaakob dari PAS memenangi kerusi Manek Urai dengan undi sebanyak 5,746 manakala Mohd Zulkepli bin Omar dari Umno/BN mendapat 4,394 undi. Majoriti pada yang diperolehi oleh PAS ialah sebanyak 1,352 undi.

Nyata telahan dari para pemimpin serta penyokong PAS bahawa mereka akan memenangi kerusi di Manek Urai ini dengan mudah dan akan memperolehi majoriti yang lebih besar meleset sepenuhnya.

Sebaliknya Tuan Aziz yang mewakili BN/Umno mencipta kejutan dan kunjungan TPM membantu didalam proses berkempen disini banyak "membuka mata" penduduk tempatan Manek Urai tentang kewibawaan kerajaan untuk berkhidmat untuk rakyat.

Biarpun sama ada kalah atau menang pihak BN/Umno di kerusi Manek Urai, nyata terserlah sokongan kepada kerajaan telah kembali kuat daripada rakyat yang semakin "muak dan jelak" dengan corak retorik politik pembangkang.

Tahniah buat semua pihak kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk memenangi hati rakyat di Manek Urai.
Print Friendly and PDF

Monday, July 13, 2009

Mampukan PAS Tewas Dan Mampukah BN Menang Di Manik Urai.....?

Keadaan di Manik Urai sekarang memberikan bayangan ada persaingan yang sengit dan tidak mustahil akan berlaku satu kejutan dalam politik tanah air.
Walaupun Nik Aziz begitu optimis dengan kemenangan di Manik Urai , namun perasaan bimbang juga tidak dapat dinafikan . Beberapa faktor ini mungkin membuat Nik Aziz tidak lena tidur.
Calon BN yang dikatakan sememangnya popular dan berpelajaran yang boleh membuat perubahan di Manik Urai. Rakyat sudah mula nampak akan kelemahan Pakatan Pembangkang yang penuh dengan sandiwara-sandiwara serta janji janji kosong,
  1. Perubahan sokongan orang Melayu terhadap BN dan juga perubahan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat yang dikatakan kian merosot.
  2. Calon PAS yang hanya merupakan seorang peraih ikan disangsikan boleh memimpin dan membangunkan Manik Urai.
  3. Percanggahan pendapat antara Nik Aziz dan Presiden Pas sebelum ini yang mengakibatkan Naib Presiden PAS , Ustaz Nasharuddin Mat Isa kini menerima tempiasnya.
  4. Kerjasama PAS dan DAP yang diketahui tidak selaras dengan perjuangan PAS menjadi bisul kepada penyokong PAS.
  5. Ketelusan UMNO yang mahu memperjuangkan hak bangsa dan nasib bangsa Melayu.
  6. Cengkaman DAP yang menguasai kepimpinan PAS dan sikap pemimpin PAS yang mengikut telunjuk DAP dan PKR untuk menggagalakan usaha perbincangan kerajaan Perpaduaan untuk bangsa Melayu.
  7. Sikap angkuh dan bongkak Nik Aziz yang mengafirkan UMNO dan menyamakan UMNO sebagai kerajaan Ayah Pin.
  8. Kegagalan Kerajaan PAS membangunkan Manik Urai sebelum ini.

Bagi UMNO, menang di Manik Urai membuktikan bahawa rakyat Kelantan mulai membuka pintu kepada kerajaan BN dan mahukan pembangunan dibawah kepimpinan UMNO dan BN.

Menang atau kalah , tidak merubahkan pentadbiran negeri Kelantan. UMNO juga mampu berbangga kerana berjaya memberikan tentangan di kawasan kubu kuat PAS.

Kemenangan BN akan mencarik kan moral PR dan juga PAS,. Sedangkan PAS dan Nik Aziz tidak mampu tewas di Manik Urai kerana kekalahan bererti ianya adalah protes pengundi kepada beliau dan Parti PAS.

Apakah Penyokong PAS , PR boleh menerima kekalahan ini kerana mereka sememangnya kita ketahui sebagai sore looser yang tidak boleh menerima kekalahan.

Apakah mereka akan menyalahkan SPR dan lain lain untuk menafikan kemenangan BN di Manik Urai. Kita tunggu dan lihat akan kematangan dan demokrasi yang bakal di tunjukkan oleh Penyokong dan pemimpin PAS dan PR.

Pengundi dan Penyokong PAS perlu menggunkan kesempatan ini untuk memprotes cara kepimpinan PAS dan perlu merubah PAS dengan menghantar pesanan dan amaran dengan menolak PAS pada pilihan raya kecil ini.

Oleh: KPMU
Print Friendly and PDF

Saturday, July 11, 2009

Guan Eng "Hina" Calon PAS Manek Urai.....?

Semua jentera BN sama ada penceramah, peraih undi mahupun petugas gantung poster adalah dilarang sama sekali untuk mengutuk peribadi calon PAS di Manek Urai. Nampaknya semua jentera UMNO di Manek Urai begitu patuh kepada arahan tersebut. Syabas diucapkan atas sikap profesional tersebut. Namun, lain halnya pula Lim Guan Eng di pihak Pakatan Rakyat. Di depan orang-orang PAS di Manek Urai, "khalifah palsu" dari Penang ini begitu memuji calon PAS. Namun, dibelakangnya...Guan Eng tidak segan silu memberitahu bahawa "calon PAS kali ini lemah...tak boleh menulis" katanya!

Kempen Manek Urai difahamkan tidaklah sehangat PRK di Bukit Gantang mahupun di Bukit Selambau. Kempen berjalan "lembab" oleh kedua-dua belah pihak. Peluang dilihat masih 50-50. BN dengan kelemahan krisis kempen yang masih lagi "caca merba" akibat kemelut "strategi". Namun, calon BN dilihat mempunyai beberapa kelebihan yang tertentu, cuma publisitinya belum kelihatan "menyinar" lagi. Manakala calon PAS, publisitinya juga "malap" berikutan hal ehwal "peribadi"nya sebagaimana yang di dakwa Lim Guan Eng. Isu-isu di kedua belah pihak lebih tertumpu tentang isu-isu setempat, semasa dan nasional. UMNO bidas PAS tentang "kerajaan perpaduan, PAS serang UMNO tentang "1Malaysia" yang tidak difahami rakyat. Pi mai pi mai tang tu jugak.

Pada saya, peluang masih lagi 50-50 juga. Kalau tanya UMNO, depa akan kata "UMNO ada peluang cerah!". Kalau tanya puak PAS, depa akan kata "PAS ada peluang menang!". Baik tak payah tanya...hehhehhe. Kita tunggu dan lihat. Bagi saya, semuanya tertakluk kepada faktor calon dan dasar parti yang bertanding. Calon UMNO dilihat sebagai individu yang berjaya, calon PAS pun adalah peraih ikan dan hasil laut yang terkemuka di Kelantan. Bezanya hanya calon UMNO tahu membaca dan calon PAS dikatakan tidak mampu membaca?. Sebetulnya, saya tak percaya pun dakwaan Lim Guan Eng bahawa calon PAS itu tak tahu membaca. Jika calon PAS "buta huruf", bagaimana dia nak "sign agreement" perniagaan atau mengisi borang-borang SPR? Takkan main "sign" saja? Bagi saya, dakwaan Lim Guan Eng itu berniat "jahat" terhadap PAS. "Main tikam belakang" sebagaimana Anwar jugak!

Apa pun, kita tunggu dan lihat. Apakah BN mampu menang pada PRK kali ini. Jika menang, ianya mampu menjadi "batu loncatan" kepada PRK yang bakal diadakan di Kelana Jaya kelak. Kalau kalah jugak, Kelana Jaya pun mungkin hancusss! Pengundi Kelana Jaya bukan boleh harap sangat cara pemikirannya. Orang macam Low Gwo Burne tu pun boleh menang? Entah apa jasa Gwo-Burne kat depa...aku pun tak tau! Hehehhe...

By DukeOfUMNO.
Print Friendly and PDF

Friday, July 10, 2009

Keluar Sahaja Sudah Buat Hal.....

“Saya tengok Tuan Speaker (Teng Chang Khim) memakai songkok. Saya tidak bersetuju .. kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera,” kata Manoharan (ADUN Kota Alam Shah) ketika ditanya pemberita ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 8 Julai 2009 (baca sini).

Manoharan keluar dari ISA pada 2.30 petang, 9 Mei 2009. Keluar sahaja dari ISA, terus Manoharan buat hal.

Kali ini sasarannya adalah mengungkit status bumiputera dan mempertikaikan pemakaian songkok. Tindakan Manoharan ini adalah satu perbuatan biadab dan tidak mengenang budi.

Khalid Ibrahim sendiri selaku Menteri Besar Selangor dan sering memakai songkok harus menjawab sendiri pertikaian Manoharan ini.

Mengapa Manoharan cetus isu ini? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memikat kembali hati rakan-rakannya dalam Hindraf yang sudah marah kerana isu Kampung Buah Pala.

Keluar sahaja dari ISA, bukan mahu berkhidmat kepada rakyat tetapi mencetuskan pertikaian dan kekeliruan.

Inilah sikap pemimpin PKR dan DAP.

By Azrinizam.

Inilah yg dikatakan KURANG AJAR. Kalau UMNO bersuara, nanti puak PR kata nak main isu perkauman atau nak provok. Hakikatnya jgn main maruah.

PKR tak kata apa sebab takut hilang sokongan. PAS mampuih bisu saja sebab dia sebut "Songkok". Tapi kalau sebut "Ketayap atau Lebai" wajib depa mengamok punya.

Aku terbaca satu petikan sejarah kata2 Edwarg Gent (Gabenor Malayan Union) berbunyi - "Malaya hak Melayu! Melayu tak ada negeri lain. Negeri China hak Cina. Negeri India hak Indian. Kamu orang dagang bila² suka ada negeri tempat kamu pindah."

Tolonglah jgn diungkit apa yg telah diwartakan.

Print Friendly and PDF

Wednesday, July 8, 2009

Balak Che Had Part 4.....

Kata tengok pulak surat jawapan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Cukup senang dan mudah proses ambil balak ni.

Setelah membuat pembayaran, jawatankuasa hasil bumi akan bernesyuarat bagi meluluskan permohonan pembalakan. Macam tu saja.
Siapa jawatankuasa hasil bumi ni.....selain dari Pengarah Perhutan.....? Ooooo..... MB Ustaz Azizan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi. Eh.... Dato' Fakhrul, Dato' Ir Amiruddin dan Dato' Taulan pun ada. Patut la pun senang lulus. Untuk kroni depa.....
Che Had pula apa kaitannya......? Mungkin kita kata dia takdak kena mengena dlm soal ni. Nak tuduh pun tak boleh. Ha.....ha.....ha..... kita mesti ingat Che Had adalah Pegawai Khas Ekonomi MB dan Roslizan pula adalah Pegawai Khas Kanan MB. Sapa boleh kata apa. Semua perancangan dlm tangan depa. Kalau ikut undang2 ini dah dikategorikan "Salah Guna Kuasa". SPRM lebih arif dlm perkara ini.

Yang aku paling heran bila soalan mengenai pembalakan Bukit Kachi ditanya kepada Ustaz Azizan dlm perkara ni dia boleh bagi jawapan kegemaran dia "Saya Tak Tau" sedangkan Ustaz adalah Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hasil Bumi.

Satu perkara lagi yg buat aku heran, kenapa perkara ini tidak di bawa dlm mesyuarat Exco (sebagai makluman). Aku tengok kalau jawatankuasa lain, apa saja yg depa buat, depa akan maklum dlm mesyuarat Exco.

Ustaz pernah kata ambik balak macam cabut uban, cakap tak serupa bikin..... bikin tak serupa cakap..... Bukit Kachi dah nak botak. Kalau tak percaya boleh pi tengok sendiri. Aku cuba menyusup nak ambik gambaq, nasib kurang baik sudah kena halau. Pukul 3.....4..... pagi lori balak bermaharaja lela di jalanraya.

Sapa ada live satelit maping boleh rujuk located at latitiut (6.4 darjah) 6° 24' 0" Utara dan longitiut (100.533 darjah) 100° 31' 58" Timur.

Nantikan coretan terakhir Perjanjian AY/Lim dan AY/Metro.....
Print Friendly and PDF

Tuesday, July 7, 2009

Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh.....

ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

-- BERNAMA

Aku heran pi mana pun, di mana pun dan masa bila pun aku selalu dengar jawapan atau kenyataan yg MB kata "Saya tak tau". Heran sungguh aku. Kalu jenis pekak badak macam ni baik toksah jadi MB.

Kalau taktau tadbir baik letak jawatan. Ramai lagi tokoh dlm PAS boleh urus. Geng Pemuda PAS yg lantang dan lebih kalibar, geng tua tak boleh terima. Kalau nak bagi geng PKR tadbir mati hidup balik tobat nak bagi.

Aku tengok d pejabat MB geng SU dia yg banyak buat kerja. Tapi banyak kerja masuk poket sendiri. MB Kedah paling hebat rasanya, ada 23 org PA. Buat perabiskan beras aja. Yang pastinya duit simpanan Kerajaan Kedah makin berkurangan. Hampir 40% susut.

Aku dengar puak KCS dah mula bising dan la ni depa terpaksa ambil action sendiri control budget negeri. Duit MBI habis dah. La ni duit SSI pulak jadi mangsa. MB dok pikiaq macam mana nak cairkan duit. Apa tidaknya hampir RM4.5juta utk elaun ketua kampung, gaji pekerja kontrak, hutang2 wisma dan claim2 jabatan.

Nak kata KCS tak cerdik, depa org lama bab pentadbiran Negeri Kedah. Aku dengaq KCS la ni jadi pencacai kpd pejabat MB.

Kepada MB Ustaz Azizan, bagi jawapan biar la waras sikit. Biaq jawapan Dato Seri bohong pun tak pa tapi jgn la dok jawab "Saya Tak Tau". Walaupun YB Dato' Fahkrulrazi ka, YB Dato' Ir Amiruddin dan YB Dato' Taulan dok bohong, tapi kadang2 tu jawapan depa tu boleh masuk akai jugak.
Print Friendly and PDF

Monday, July 6, 2009

PKR PADANG SERAI AKAN HANCUR.....


Saya ada menerima e-mail dari seorang teman. Amat tertarik isi kandungnya untuk kita kongsi bersama. Sungguhka.....?

Gara-gara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah, merangkap Ketua PKR Cabang Langkawi yang dilihat terlalu menonjolkan diri akhir-akhir ini semakin menimbulkan tanda tanya (?).

Kenapa Haji Wan Salleh Wan Isa terlalu beriya-iya memfokuskan PKR Cabang Padang Serai yang dilabelkan cabang PKR yang bermasalah?

Hampir 4000 lebih ahli PKR Cabang Padang Serai menjadi sangsi dengan keghairahan Pak Wan Salleh yang beriya-iya untuk menjadi hero di Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas.

Bagi pihak kami, dan ahli-ahli PKR Cabang Padang Serai menganggap Pak Wan Salleh perlu melupakan hasrat beliau yang kononnya untuk memperbetulkan PKR Cabang Padang Serai.

Siapa Pak Wan Salleh? Sungguhkah Pak Wan Salleh sebelum ini bekas Bendahari UMNO Bahagian Jerlun?

Nasihat kami jangan datang ke bumi Padang Serai semata-mata untuk menjadi Khalid Ibnu Walid, panglima perang Islam terkenal. Minta-minta Pak Wan Salleh tengoklah kiri dan kanan, sebut sahaja cabang-cabang PKR yang lain di negeri Kedah, hampir kesemuanya diketahui sangat bermasalah.

Antaranya termasuklah PKR Cabang Baling, Sik, Pendang, Padang Terap, Jerlun, Pokok Sena, Kulim dan Jerai yang didapati sering menghadapi pergolakan dalam parti.

Mesej yang dihantar Pak Wan Salleh ke Padang Serai sangatlah jelas. Kedatangan Pak wan Salleh sebenarnya sarat membawa mesej iaitu Strategi Kempen “Ada Udang Di sebalik Batu.”

Ahli-ahli PKR Cabang Padang Serai sendiri tidak boleh menerima hakikat bahawa PKR Cabang Langkawi yang diterajui oleh Calon Ahli Parlimen Langkawi, Pak Wan Salleh yang telah kalah dalam pilihanraya PRU12.

Anehnya, Pak Wan Salleh pula bercita-cita untuk memperbetulkan Cabang PKR Padang Serai sedangkan dalam pilihanraya lalu PRU12 dimenangi oleh calon PKR.

Sepatutnya Pak Wan Salleh bekerja keras membantu Parlimen Langkawi hingga menang, barulah dianggap betul jika Pak Wan Salleh ingin membantu cabang-cabang PKR di tempat lain yang kalah dalam pilihan raya. Tak gitu kah?

Pak Wan Salleh tak perlu bimbang dengan Ahli Parlimen Padang Serai, YB N. Gobalakrishnan. Kami tahu dia cuma ambil kesempatan dan mengintai-intai peluangnya di tempat kami. Isu YB Gobala tidak timbul sebab kami kenali dengan lebih dekat wakil-wakil rakyat yang kami pilih dan menang dalam pilihan raya lepas.
Print Friendly and PDF

18 Tahun PAS Perintah Kelantan, Inilah Produknya.....

Majalah "Qiadah: Celebrating Differences" ini diterbitkan khas untuk pengundi Cina oleh PAS ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang. Ianya diberikan secara percuma. Dalam majalah ini dimuatkan cerita tentang PAS Kelantan yang kononnya tidak racist dan membuat monumen yang besar seperti tokong yang tidur, duduk dan berdiri di Kelantan.


Namun segalanya berubah bila datang pilihan raya kecil di Manek Urai. Kedengaran di Kedah, ada usaha untuk merobohkan tokong dan menutup pusat sembelihan babi. Apakah isu ini sengaja dibangkitkan untuk mengambil hati pengundi di Manek Urai? Beranikah PAS memberikan majalah Qiadah ini secara percuma di Manek Urai?

Azizan menuduh DAP sengaja mencetuskan isu tersebut. Masa pililhan raya di Kuala Terengganu, PAS dan DAP sengaja bergaduh tentang isu hudud. Lepas pilihan raya, baik balik. Di Bukit Gantang, PAS langsung tak berani sentuh dan gaduh dengan DAP sebab hendak ambil hati pengundi di Kuala Sepetang dan Taiping yang majoritinya adalah Cina.


Di Manek Urai, PAS sengaja bersandiwara bergaduh dengan DAP tentang isu tokong dan sembelihan babi. Lepas pilihan raya Manek Urai, berpeluk dan berdakap kembalilah DAP dan PAS. Sandiwara gaduh ini sengaja dibuat buat untuk menunjukkan bahawa PAS memang parti yang perjuang Islam.

Inilah produk kerajaan PAS di Kelantan selama 18 tahun mereka menguasai Kelantan. "Sebagaimana difardukan solat, begitulah kewajipan mengukuhkan kerajaan Islam Kelantan agar gagasan Islam tidak pupus dan lupus tidak kira dalam pilihanaraya kecil atau pilihanraya umum," kata Husam Musa ketika berkempen untuk pengundi muda di Hotel Vistana, Kuala Lumpur malam tadi, 4 Julai 2009 (baca sini). Undi PAS bukan fardu ain. Undi PAS boleh kukuhkan kerajaan Islam?

"Bumi yang kita duduk ini, Tuhan buat. Udara yang kita bernyawa (dengannya) yang ada sukatan tertentu, ada oksigen, Tuhan buat... Sayur-sayuran yang kita tanam, kita makan, pun Tuhan buat. Semua benda yang manusia berkehendak, Tuhan buat belaka, tiba-tiba kita tolak Islam. Islam bukan datang daripada PAS. Islam datang daripada Allah Taala," kata Nik Aziz semalam di hadapan 400 orang ahli Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) di Hotel Vistana. Tokong yang duduk, berdiri dan tidur di Kelantan siapa yang buat? Siapa bagi izin untuk buat? Buat pengundi PAS, sila buka mata dan minda anda.

Bermuhasabalah.
Print Friendly and PDF

AnWAR MAKIN GHAFLAH (KUSUT).

Menjelang p/raya manek Urai, AnWAR akan bekerja keras berkempen di sana nanti. AnWAR sebenarnya tidak berkempen utk PAS, tetapi lebih kepada kempen menyelamatkan kedudukan Datuk Nik Aziz dan Datuk Husam Musa yang kian tergugat di Kelantan. Saya pernah menulis bagaimana ide putar belit Nik Aziz yang kata ada ahli PAS yang nak bawa PAS masuk UMNO disanggah 80% wakil rakyat Kelantan.

Maka itu p/raya Manek Urai adalah medan terbaik AnWAR membantu Nik Aziz dan Husam membaiki imej mereka kembali. Tujuan AnWAR, jika PAS berjaya mempertahankan kerusi Manek Urai, imej Nik Aziz akan kembali naik. Kata-kata Nik Aziz semakin didengari dan dihormati pendokong PAS dan pembangkang lain. Lebih mudah tugas AnWAR mengawal pakatan pembangkang, beliau akan mengguna Nik Aziz dalam hal yang berkaitan Melayu dan Islam, dan menyerang UMNO! (AnWAR sememangnya telah mengawal Nik Aziz sekarang).

AnWAR akan memfokuskan tumpuan di Manek Urai bagi mengalih tumpuan kes liwatnya. AnWAR akan 'berlakon' seolah-olah tiada apa yang berlaku ketika perbicaraan berlangsung nanti (jika permohonan AnWAR untuk gugurkan kes tsb gagal). Sekarang pun beliau mencari seribu alasan kononnya beliau 'amat sibuk' di Parlimen, sedangkan kehadirannya di Parlimen terbatas di sesi pagi (1-2 jam) dan lewat petang jika perbahasan berlanjutan.

Realitinya, AnWAR gusar berhadapan kesnya kali ini. Dulu semasa kesnya heboh disiasat, beliau masih berjawatan no. 2 dalam kerajaan. Beliau masih punya kuasa mengarah jabatan berkaitan agar mencari saksi untuk berunding. Azizan yang mendakwa diliwat, masih mudah dihubungi oleh AnWAR. Azizan juga tidak pernah menjawab apa juga kenyataan AnWAR serta hanya menurut apa jua kata peguam.

Kini, beliau tidak boleh menyalahguna kuasa kerajaan, mengarah jabatan berkaitan berbuat itu dan ini sesuka hatinya. Kerana terdesak dengan situasi ini, beliau mengguna saluran mahkamah (yg beliau sendiri tidak percaya) untuk meminta bukti ASAL dari pendakwa, sesuatu yang beliau sendiri tahu tidak akan memperolehinya. Tindakan ini hanya mahu melebarkan persepsi pendakwa punya konspirasi terhadapnya.

Sebaik saja memperolehi sebahagian bukti yang dipintanya, beliau tanpa berlengah mendakwa dirinya tidak bersalah. Perlu diingat, beliau hanya memperolehi sebahagian salinan laporan bukti, beliau tidak memperolehi laporan ujian makmal (kesan DNA), rakaman CCTV yang bakal membutikan beliau memang berada di situ pada tarikh yang disebutkan. Kita pasti pihak pendakwaan tidak akan memberi kesemuanya kerana tidak mahu terperangkap dengan mainan AnWAR yang mahu 'mengotorkan' imej pasukan pendakwa.

Lantaran itu, AnWAR cuba taktik lain dengan cubaan menggugurkan kes beliau. Persepsi yang beliau tonjolkan hanyalah jika permohonan beliau gagal, konon memang wujud konspirasi. 'Tape' lama cetaka baru telah mula didendang AnWAR dengan menyamakan kes terkini seperti 1998. Sebagai pendokong prinsip keadilan kononnya, AnWAR harus punya kekuatan berhadapan dengan Saiful Bukhari dan berlawan dengannya di mahkamah. AnWAR harus memberi peluang Saiful mengemukakan bukti berkaitan apa yang didakwanya. Apakah AnWAR takut berhadapan dengan Saiful?

Kepada AnWAR, saya ingin bertanya, di mana kata-kata keramat saudara memanipulasi pemikiran rakyat, "LAWAN TETAP LAWAN"? Apakah pula slogan retorik saudara agaknya selepas ini.........

Print Friendly and PDF

BULETIN KERAJAAN NEGERI KEDAH HILANG ARAH?

Kami sebagai Rakyat Marhaen semakin hari semakin heran. Semakin diharap Pejabat Menteri Besar peka dengan harapan Rakyat Marhaen, semakin hari semakin kami tak pasti. Tapi semakin mendengar jawapan Menteri Besar Ustaz Azizan Abdul Razak, “Saya Tidak Tahu” semakin hari semakin Rakyat Marhaen menjadi buntu dengan jawapan-jawapan klise itu.

Yang demikian Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sangat jelas diperkudakan oleh pejabat Menteri Besar dengan memperuntukkan jumlah kewangan tentunya besar untuk menerbitkan bulletin kerajaan Negeri.

Oleh yang demikian juga kakitangan kerajaan (KCS) seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sudah dilihat diperalatkan dan menjadi alat untuk menyebarkan propaganda Parti Islam SeMalaysia (PAS) menggunakan dana kerajaan.

Rakyat Marhaen di bawah amat sukar menerima persepsi bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Mohd Rasli mempamerkan manifestasi beliau sebagai ahli PAS yang membenarkan peruntukan dana kerajaan negeri untuk menyiarkan berita-berita hal ehwal Parti PAS.

Yang demikian itu Rakyat Marhaen mempertikaikan buletin Kerajaan Negeri, Warta Darul Aman semakin hari semakin hilang arah dan mirip Harakah.

Maka, Rakyat Marhaen sangat peka dengan penerbitan buletin kerajaan Negeri, “Warta Darul Aman” yang semakin hilang estetika dari mula penerbitan editorial hinggalah kepada pengedarannnya.
Rakyat Marhaen yang dahagakan maklumat kerajaan Negeri di pejabat-pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Pusat Khidmat Adun semakin hari semakin merosot pengedarannya.

Pada keluaran yang terbaharu yang saya perolehi dari cafeteria Wisma Darul Aman, seolah-olah saya membaca Harakah. Hampir keseluruhan isi kandungnya menceritakan kisah YB PAS sahaja. Adakah PAS sahaja yang mentadbir kerajaan Kedah. Tambahan pula, terlalu tertumpu cerita MB. Seolah-olah MB punya akhbar. Penuh dengan mukan MB.

Keluaran terbaru hanya tertumpu berita di sekitar Alor Setar dan Sik itupun kerana ada program Kerajaan bersama rakyat. Kami rakyat Kedah kalau boleh biarlah berita yang kami baca tu menyeluruh; tak semestinya cerita pasal program YB sahaja. Buka mainda sikit. Bab-bab pembangunan boleh dikira, yang nyata satu pun belum terlaksana.

Kalau dibaca seolah- olah Kedah ni bagitu indah, cantik, pembangunan pesat, rakyat maju, tiada kemiskinan dan sejahtera. Hakikatnya datanglah melawat Kedah dan tanya rakyat Kedah yang marhean. Sebagai contoh apa yang keluar dalam bolg “Sungguhka” tentang sampah. Malunya aku. Kalau wartawan tak tahu buat atau cari bahan berita baik tutup saja Warta Darul Aman tu. Mungkin wartawan yang ada di Warta Darul Aman jenis tangkap muat saja kot.

Komuniti Rakyat Marhaen yang menunggu-nunggu ketibaan Warta Darul Aman sebulan sekali berasa hampa apabila banyak daerah di Kedah seperti Pendang, Kubang Pasu, Padang Terap, Bandar Bharu, Sungai Petani, Baling, Kulim, Langkawi dan Sik semakin diketepikan dan langsung tidak lagi menerima maklumat daripada kerajaan yang sinonim dengan “Saya Tidak Tahu” itu. Kalau ada pun di Markas PAS sahaja.

Print Friendly and PDF

Sunday, July 5, 2009

Sungguhka...Konsesi pokok getah Kedah pulak...




Lepas isu balak mai pulak isu pokok getah. Aku baru terima e mail dari seorang hamba Allah katanya, ”seorang exco kanan Negeri Kedah (aku tak nak sebut nama dia lagi) bagi konsesi tebang pokok getah kat company kroni adik ipar dia”.

Dia tulis lagi,” lepas konsesi tebang pokok getah itu diberikan, company tu terus mulakan kerja tanpa bayar premium seperti yang disyaratkan, akibatnya company tersebut telah ditamatkan kontrak (oleh sebuah GLC Kerajaan Negeri Kedah). Tapi dengan campurtangan exco kanan tersebut kontrak tersebut terpaksa disambung semula kepada company kroni adik ipar exco kanan tersebut walaupun bayaran premium masih belum dibuat”.

Terkedu aku baca e mail mamat tu. Balak Che Had belum settle lagi dah mai isu baru. Aku harap benda ni tak betoi la. Tapi tak tau la kot sungguh…

Aku akan siasat…kita tengok betoi ka dak.
Print Friendly and PDF

Banyaknya Duit PKR


BACA BETUL BETUL PENYATA AKAUN NIH...DARI MANA PKR DAPAT DUIT NIH..BANYAK BETUL..SANGSI BETUL BILA NAMPAK ADA TRANSAKSI DARI CITIBANK SINGAPURA....BISNES APA PKR BUAT KAT SINGAPURA NIH.. AKAUN SEMASA PARTI KEADILAN RAKYAT INI JUMLAHNYA RM540JUTA PADA TAHUN 2000. BANYAK YA DUIT MEREKA. BISNES APA TU???
Dipetik dari : http://www.masterdedah.com/
Print Friendly and PDF

Apa Saifudin bincang dengan Walter Chia?


PAGI TADI, MASTER TELAH BERJAYA MENGAMBIL GAMBAR PERTEMUAN SULIT ANTARA SAIFUDDIN NASUITON DENGAN WALTER CHIA, FIRST SECRETARY FOR HIGH COMMISION OF REPUBLIC SINGAPORE. MEREKA BERJUMPA DI KELAB CINTA SAYANG SUNGAI PETANI PAGI TADI. LAMA JUMPA, DARI PUKUL 9 SAMPAI JAM 11 PAGI. BERTUKAR-TUKAR DOKUMEN DAN MINUMAN.

WALTER CHIA BERSAMA DENGAN MENTERI KEWANGAN SINGAPURA PERNAH DATANG KE PULAU PINANG SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 BERJUMPA DENGAN BEBERAPA ORANG AHLI PERNIAGAAN CINA DARI DAP. MELALUI PERCAKAPAN ANTARA MEREKA, ANTARA LAIN SAIFUDDIN MEMOHON SEJUMLAH DANA YANG BESAR UNTUK PAKATAN RAKYAT.

1) DANA UNTUK MEMBIAYAI BEBERAPA KERAJAAN NEGERI YANG HAMPIR MUFLIS SEPERTI KELANTAN DAN KEDAH.

2) DANA UNTUK MEMBIAYAI JENTERA PILIHAN RAYA PAKATAN RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU, BUKIT GANTANG DAN BATANG AIR.

3) DANA UNTUK MEMBIAYAI PAKATAN RAKYAT DI PERAK YANG HILANG MATA PENCARIAN.

4) DANA UNTUK MEMBIAYAI BEBERAPA PROJEK DI PULAU PINANG DAN SELANGOR YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.

5) MERANCANG KAEDAH UNTUK MENJATUHKAN & MENGHADAPI NAJIB.
MASTER LIHAT SELEPAS ITU WALTER CHIA MASUK KE DALAM KERETA YANG BERCERMIN GELAP DAN SAIFUDDIN KELUAR SELEPAS ITU BERSAMA DENGAN DUA BRIEFCASE HITAM.
Print Friendly and PDF

Memang Patut pun DAP Memarahi PAS!

Artikel ini pernah di tulis ketika Pakatan Rakyat mula-mula melangkah kaki untuk menguasai negeri jelapang padi iaitu Kedah. DAP ada hak untuk mengemukakan bantahan terhadap MB Azizan kerana MB Azizan pernah berjanji kepada kaum bukan Melayu untuk membenarkan " pasar terbuka " bagi penjualan daging babi.
DAP menganggap PAS tidak mengotakan janji-janji mereka kepada kaum bukan Melayu. Mungkin bagi DAP, MB Azizan cakap tak serupa bikin? Pas Semakin Hilang Arah Perjuangan. Kalau nak dibandingkan dengan Selangor, Perak dan Pulau Pinang kedudukan Pas adalah selesa di Kedah dan Kelantan.
Di negeri Kedah misalnya kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR adalah sangat sedikit. Walaupun sedikit tetapi cengkaman DAP terhadap negeri itu boleh dikatakan agak kuat juga. Dapat dilihat DAP semakin cuba untuk menguatkan kedudukannya di semua negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Terbaru apabila DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka.
Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.
Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah.
Apa dah jadi kepada kerajaan Pas Kedah sekarang? Definasi “ secara terbuka “ ada banyak maknanya. Secara terbuka ditempat awam ataupun secara terbuka ditempat yang dikhaskan ( tertutup ).Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas.
Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika saya mengatakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk?
Mungkin kita gagal memahami tindakan yang telah diambil oleh Menteri Besar Kedah ini dan berkemungkinan juga penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru.Kita tahu memang agak sukar untuk menghapuskan penjualan arak dan pusat perjudian yang telah lama bertapak tetapi sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan.
Rakyat Kedah benar-benar berharap pemimpin PAS tidak akan menambah jumlah lesen sekiranya diminta berbuat demikian oleh DAP, tetapi ini disebaliknya. Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu? Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan.
Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita fikirkan untuk kebaikan umat Islam di Kedah.
Dan sekarang mungkin MB Azizan telah sedar apa yang dijanjikan kepada bukan Islam sebenarnya memberikan satu imej yang buruk kepada kerajaan PR Pas yang memerintah negeri Kedah. Apa yang boleh dikatakan adalah nasi sudah menjadi bubur dan bersedialah menghadapi risiko nya sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.



Dipetik dari http://belantan .blogspot.com/

Print Friendly and PDF

Friday, July 3, 2009

Wayang Anwar - DAP keluar dari PR Kedah.

PAS kini tercekik leher apabila merasakan bahawa orang Melayu sudah mula tidak mempercayai akan perjuangan Pas terutama sekali apabila DAP dikatakan menguasai keputusan kepimpinan tertinggi PAS. Mereka PAS kini hanya memperjuangkan kuasa dan bukan lagi kerana telus memperjuangkan Islam , PAS juga kini sanggup mengafirkan orang Melayu yang sama berjemaah dalam satu masjid dengan mereka kerana mahu mempertahan kan kuasa.

Menyedari hakikat ini , Anwar Ibrahim telah merancang untuk mencetuskan satu pergaduhan mini yang tidak akan memberikan apa apa kesan kepada PR tetapi cuba memujuk hati orang Melayu yang telah kecewa dengan PAS apabila DAP Kedah membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star dengan membawa parti DAP keluar dari PR, Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincang kan insiden tersebut.Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Wayang yang dimainkan oleh Anwar hanya lah untuk mempermain kan penyokong PAS bagi membayangkan kepada mereka bahawa PAS sebenarnya sedang bergaduh dengan DAP sedangkan di belakang mereka berpelukan sesama sendiri. Mereka juga mungkin telah tahu bahawa sokongan orang Melayu dan penyokong PAS di Manik Urai telah kian terjejas kerana kini menyedari hakikat bahawa PAS kini tidak lagi berada di landasan yang betul. Pas menghadapi masalah imej yang teruk di kalangan orang Melayu berikutan ia dilihat tunduk kepada DAP dan PKR dalam banyak hal sehingga parti tersebut dilihat menyebabkan kedudukan orang melayu dan Islam semakin lemah. PAS dikatakan menjual maruah bangsa dan perjuangan kerana gilakan kuasa.

Sebenarnya , krisis DAP PAS ini tidak mendatangkan apa apa kesan kepada PR kerana DAP hanya ada satu kerusi do DUN Kedah.
Admin KPMU.NET.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.