Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, June 30, 2009

Kalau Babi Tetap Babi.

Sekarang dua tiga lagi sekolah di Lembah Kelang diarahkan tutup sementara kerana Selsema Babi. Kita pun heran mengapa bila ianya melibatkan nama atau sebutan Babi ramai betul yang mahu mengaburkan fakta yang sebenarnya, sehingga Selsema Babi ditukarkan ke nama canggih H1N1.

Bukankah baik kalau nama ini dikekalkan? Mengapa mahu menghormati Babi? Ada apa dengan Babi?

Hakikatnya memang Babi itu telah diterangkan akan kemudaratannya dalam Al-Qur'an dan sekarang pun telah diberitahu betapa kalau direbus dengan suhu 1000 darjah pun belum tentu cacing dalam ususnya boleh mati!!

Sebut sahaja Selsema Babi, supaya kita semua tidak lupa bahayanya Babi. Biar kita tidak dibuaikan dengan segala kata kata manis terutamanya jika melibatkan Babi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pusat penyembelihan babi yang sedia ada (Kg Berjaya Mergong) akan dirobohkan pada 01/07/2009 dan akan dipindahkan ke satu tapak baru (rujuk sini). Malangnya dikatakan tapak baru tersebut telah direzabkan untuk pembinaan sekolah.

Adakah pusat penyembelihan babi yang baru akan dipindahkan sekali lagi apabila projek pembinaan sekolah dijalankan.....?

Persoalannya sekarang, ke mana pula akan dipindahkan tapak penyembelihan babi tersebut dan kawasan Melayu mana pulak yang akan menjadi mangsa.....?

Kita tunggu dan lihat kesejahteraan Kedah cara PAS seperti dalam manifesto PAS Kedah. dalam PRU12 lepas.
Print Friendly and PDF

Dimanakah Kepimpinan Pas Pusat?

Sebuah web Pro-Pas yang bernama BuletinOnline.net. telah mengadakan satu bancian bertajuk "Kepimpinan Pas Pusat 2009 - 2011". Sila rujuk di bawah :-
Keputusan kepada bancian tersebut adalah seperti di bawah:-
Bancian tersebut mendapati bahawa majoriti daripada responden kurang berpuas hati kepada kepimpinan Pas Pusat! Nilai tersebut (42.7%) sangat tinggi dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Apakah bancian tersebut relevan dan apakah maksudnya?
1. Bancian tersebut dilakukan di web Pro-Pas yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong Pas sendiri. Ianya suara-suara kecil yang tidak mungkin akan didengar oleh pihak-pihak tertinggi di dalam parti.
2. Bagaimana pun, peratusan tersebut sebenarnya tidak mengejutkan terutamanya apabila kita mengaitkannya dengan pelbagai isu yang berlaku di dalam Pas sejak kebelakangan ini.
3. Yang paling jelas ialah parti Pas sudah meninggalkan platfom perjuangannya yang mengarah kepada negara Islam, hukum hudud dan sebagainya setelah membuka pintu politik mereka kepada bekas seteru politik mereka, parti DAP. 'Perkahwinan politik' seperti itu pernah gagal semasa pilihanraya umumk tahun 1999. Dan jika dahulu Nik Aziz melabelkan parti DAP sebagai syaitan, hari ini beliau boleh pula bersama-sama parti DAP!Realitinya, parti Pas tidak mungkin akan dapat membangunkan negara Islam jika mereka bersekongkol mesra dengan Karpal Singh dan Lim Kiat Siang. Malah kewujudan sayap penyokong bukan Islam Pas telah menambah kekeliruan ahli-ahli Pas tentang hala tuju parti tersebut. (klik di sini..)

4. Pergolakan dalaman Pas dek pertandingan di peringkat tinggi sudah diramalkan. Walau pun masing-masing tampak berjaya menutup segala kekecewaan, iri hati dan ingin berbalas dendam, kita semua tahu tentang perpecahan sedang wujud. Realitinya, sebagai orang politik, pemimpin-pemimpin tidak dapat lari daripada merasai kekecewaan dan sebagainya. Mereka bukannya mahsum.

5. Perbezaan total yang berlaku di antara Hadi Awang dan Nik Aziz dek konsep kerajaan perpaduan sangat jelas dan masih terngiang-ngiang di dalam fikiran kita. Walau pun ianya sudah berakhir, kesudahannya jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pas masih perlu mendengar kata-kata daripada pemimpin-pemimpin DAP, parti sosialis yang bencikan negara ini dikatakan negara Islam. (klik di sini..)

6. Dato' Mohamed Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat telah mendedahkan kewujudan politik wang atau pun rasuah politik di dalam parti Pas semasa merasmikan mesyuarat di Machang tidak lama dulu. Kenyataan yang diucapkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi Pas itu pastinya berasas dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. (klik di sini..)

7. Tindak tanduk Nik Aziz yang kadang-kalanya melebihi batasan seorang ulama Islam juga dilihat sebagai salah satu sebab kepada kemerosotan sokongan parti Pas. Sikap beliau yang sangat mesra dengan parti DAP 'langkah mayatku dulu sebelum mahu dirikan negara Islam' tapi menafikan sekeras-kerasnya perbincangan sesama Islam juga telah mengelirukan kita semua.Di manakah rasionalnya 'bercumbu dengan musuh Islam tapi menendang orang Islam yang lain?'
Ditulis oleh : Dr Novandri Hasan Basri (novandri.blogspot.)
Print Friendly and PDF

PAS For All: Bukan Islam Jadi Ahli Penuh PAS.

Ahli PAS bukan Islam yang sebelum ini bertaraf Kelab Penyokong akan diterima sebagai ahli penuh dalam parti tersebut. (baca sini).

Lihat gambar di atas, sekumpulan ahli Kelab Penyokong Cina PAS telah menggunakan bendera ulama di baju mereka.

Apakah PAS layak lagi menggunakan nama Islam pada partinya selepas ini? Apakah jawatan Presiden PAS boleh ditandingi oleh ahli yang bukan Islam?

Mungkinkah ini strategi Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS dalam diam dan terancang. Perlembagaan PAS sengaja dipinda agar kumpulan ulama dapat dihapuskan secara kemasukan beramai ramai ahli PAS bukan Islam untuk memenangkan kumpulan Erdogan dalam PAS.

Nescaya Husam Musa akan mendapat undi yang banyak selepas ini kalau bertanding jawatan Presiden PAS.
Print Friendly and PDF

Kedah..... Dustbin Of The East.

Hangpa percayalah semua janji-janji Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah retorik belaka. Dia kata nak bina depoh minyak di di Gurun bernilai 1 billion ringgit. MB jugak kata “Yang Penting Rakyat Selesa.”

Janganlah kita semua dok telan bulat-bulat ucapan MB tanpa kita selidiki dulu. Siasat tengok apa yang berlaku depan mata. Bukannya jauh pun, rondalah sekitar Bandar raya Alor Setar terbentang depan mata Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak masalah yang kecik pun tak boleh selesai.

Kita tak payah pi sampai Tandop, Jitra atau berhampiran Pokok Sena, sekadar cukup lalu di Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Tunku Abdul Rahman Putra , Jalan Sekerat dan Jalan Seberang Perak, sampah yang tidak dikutip oleh Majlis Bandar raya Alor Setar semakin menjadi-jadi.

Masalah sampah yang tidak dikutip oleh pihak berkuasa kerajaan berlarutan sudah lama tetapi tidak dapat diatasi oleh pihak kerajaan negeri.

Orang ramai dah lama komplen, tapi apa pihak Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, YB Ir Phahrorazi buat? Rakyat di bawah dikutip cukai tapi tahap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kerajaan langsung tidak memuaskan.

Apa sudah jadi, kenapa kerajaan negeri tidak menghayati konsep kebersihan seperti yang disarankan oleh agama Islam. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada Iman?

Ada mata tengok, ada otak pikiag-pikiag lah. Eloklah negeri Kedah nie digelar orang Alor Setar Bandar Raya sampah, atau kita dengan rasa malunya orang secara sinis gelar negeri ini sebagaiKEDAH DUSTBIN OF THE EAST.”

video
Print Friendly and PDF

Friday, June 26, 2009

Balak Che Had Part 3.....

Minggu lepas aku dah bawa keluar Repot Polis pasai balak Che Had ni.

Kali ni, aku nak bagi hangpa tengok pulak Surat Permohonan Kawasan Balak yg dipohon oleh AY Trading.

Mari kita tengok "Tender Terbuka Balak Cara Kerajaan PAS Kedah".....

Surat Permohonan Mengeluarkan Balak @ Surat Tender.....?

Sendiri tengoklah.....




























Aku mengamati surat ni, tapi hairan tak tercatat pun kata “Tender Terbuka”. Pasai pa harus jadi macam ni. Kalau macam ni aku pun teringin satu projek balak.

Tulis surat kat Pengarah Hutan bersertakan RM10,000.00 duit pertaruhan, bubuh plan kawasan nak ambik balak dan tunggu jawapan dari Jabatan Hutan.

Tapi aku pun dok terpikiaq jugak, kalau aku takdak kabel dlm pejabat MB adakah permohonan aku akan dilayan…..? Sebab aku dengaq sapa yg takdak kabel pakai hanyut la permohonan tu…..

Jadi aku buat kesimpulan sendiri, utk dapat balak d Kedah ni, kena berkaki dgn pejabat MB. Kalau tidak buat porabeh kan boreh kata org Negeri Sembilan.

Kita tunggu pulak apa jawapannya dari Jabatan Hutan…..

Print Friendly and PDF

Thursday, June 25, 2009

Pena Editor

Kerajaan Perpaduan : Apa sebenarnya perancangan Hj Hadi?

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Sungguhka…,

Semasa Muktamar PAS yang baru lepas, Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang telah mencadangkan agar PAS berbincang dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan PAS dan UMNO demi survival politik orang-orang Melayu. Cadangan beliau telah disokong oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Cadangan tersebut telah disambut baik oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang sememangnya ingin melihat perpaduan di kalangan orang-orang Melayu. Presiden UMNO dengan ikhlas bersetuju untuk duduk berbincang dengan pimpinan PAS bagi mendengar idea yang dikemukakan oleh PAS berkenaan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh PAS.

Dalam pada itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyuarakan bangkangan sekeras-kerasnya cadangan Presiden PAS untuk berkompromi dengan UMNO. Dengan beralaskan kepada pengalaman pahit semasa bekerjasama dengan UMNO pada suatu ketika dahulu. Bankangan Mursyidul Am PAS itu disokong oleh kumpulannya dan juga parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim yang merasakan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan terjejas sekiranya PAS berkompromi dengan UMNO telah membangkang dan melobi ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain untuk menentang cadangan Presiden PAS itu. DAP yang bercita-cita untuk sama-sama memerintah Negara ini selepas Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri telah juga membantah dengan sekeras-kerasnya.

Ahli PAS yang pro Nik Aziz telah secara terang-terangan menyerang kumpulan Hj Hadi manakala kumpulan yang Pro Hj Hadi mengambil langkah yang lebih berhati-hati demi kepentingan politik mereka dalam PAS. Kumpulan Pro Hj Hadi seperti Hj Azizan Razak Menteri Besar Kedah telah memberikan kenyataan yang agak kabur dan tersirat. HJ Azizan Razak menyatakan, “pihaknya sudah lama mengamalkan perpaduan dalam mentadbir kerajaan negeri termasuk kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan UMNO mahupun pihak-pihak lain dalam memajukan rakyat dan negeri Kedah.”

Akhirnya Hj Hadi mengalah dan dengan terpaksa beliau mengumumkan bahawa PAS menolak Kerajaan Perpaduan yang beliau sendiri cadangkan dan meletakkan kesalahan pada UMNO dan BN dengan mengatakan bahawa UMNO cuba mempergunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Maka tersenyumlah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Cadangan Kerajaan Perpaduan oleh Presiden PAS sebenarnya ada muslihat yang tersendiri untuk kepentingan PAS Trengganu yang ingin mengambil peluang atas kemelut yang dihadapi oleh UMNO Trengganu sekarang ini. Idea Hj Hadi adalah untuk bekerjasama dengan UMNO Pusat dan “membunuh” UMNO Trengganu. Bagi Hj Hadi kemelut UMNO Trengganu membuka ruang kepada PAS Trengganu untuk kembali mentadbir Trengganu atas nama Kerajaan Perpaduan. Selepas berjaya memerintah Trengganu maka alasan akan dicari untuk menyingkirkan UMNO dan PAS mengisytiharkan tidak mahu lagi bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Sebenarnya strategi ini adalah untuk kepentingan PAS Trengganu semata-mata dan bukannya untuk perpaduan Melayu seperti idea yang dicadangkan oleh Hj Hadi
Print Friendly and PDF

Wednesday, June 24, 2009

Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis : Kemaruk Seks, Pukoi Bini.....?

Wednesday, June 24, 2009

Apa kena dengan Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis ni? Sampai begini jadinya hal rumah tangga beliau.

Bukanlah saya hendak "menjaga tepi kain orang", apatah lagi hal "dalam kain orang", tapi atas dasar kemanusiaan dan perilaku golongan-golongan yang mendakwa bahawa mereka "lebih Islamik" berbanding orang lain, isu ini tidak sepatutnya berlaku.

Dilaporkan hari ini mengenai tuntutan fasakh seorang ustazah, Siti Rosmala terhadap suaminya Abd. Rashid Rahman yang merupakan KETUA DEWAN ULAMA' PAS PERLIS!

Ustazah Siti mendakwa hanya menerima sekali sahaja nafkah sebanyak RM300 pada September 1999 sepanjang perkahwinan mereka selama 10 tahun sehingga kini.

Selain itu, Ustazah itu juga mendakwa Abd. Rahman juga selalu memukulnya (termasuk dikepala) dan dirotan atas sebab-sebab yang kecil.

Ustazah yang mengajar di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang itu juga mengaku bahawa Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis itu tidak pernah lupa tentang "nafkah batin".

Menurutnya, kalau boleh, tiap-tiap hari Abd. Rahman "mahu"! Malah jika "dalam pantang" sekalipun terpaksa Ustazah Siti melayan kehendak suaminya. Disebabkan tidak tahan lagi dengan suaminya itu, Ustazah Siti menfailkan tuntuan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar.

Astaghfirullahil "Azimmmm. Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis? Ketua??? Begitukah Islam PAS melindungi wanita yang dinikahinya?

Begitulah layaknya layanan bagi seorang wanita Islam disudut pandangan Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis? Begitukah yang disarankan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W?

Begitukah sebenarnya "warna" PAS terhadap wanita?Jika kes ini berlaku kepada penyokong bawahan PAS, tidaklah saya hairan.

Tapi kes ini membabitkan seorang individu yang diiktiraf sebagai "ulama" dan mewakili pihak yang sebagai lebih Islam dari orang lain!

Beginikah rupanya ciri-ciri mereka yang "lebih Islamik" berbanding orang lain itu? Jika beginilah caranya, saya cadangkan agar buangkan sahaja gelaran "Ketua" yang ada padanya. Gelaran "ulama" pun dia tak layak!

p/s: Kesian aku tengok Ustazah Siti...hangpa tak kesian ka?

Posted by DukeOfUMNO at 2:47 PM
Print Friendly and PDF

Monday, June 22, 2009

Pena Editor


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Sungguhka. Terima kasih atas kunjungan semua ke blog Sungguhka yang tidak seberapa ini. Namun bagi kami di Sungguhka apa yang penting adalah fakta yang dimuatkan di dalam blog ini. Sungguhka bukan blog picisan yang bertujuan memburukkan sesiapa atau mengaibkan sesiapa, Sungguhka dicipta untuk menyatakan kebenaran dan segala yang dinyatakan di dalam blog ini dibuat dengan segala fakta benar yang pihak Sungguhka perolehi daripada pelbagai sumber.

Tidak kami nafikan bahawa blog Sungguhka ini kelihatan lebih kepada "menghentam" pihak PAS dan Kerajaan Kedah namun sebenarnya ianya lebih kepada memberikan pengajaran dan teladan khususnya kepada mereka yang "tersesat" dalam keghairahan menikmati kuasa yang dimiliki dalam mentadbir Kerajaan Kedah dan keghairahan mengaut segala kekayaan negeri Kedah pada masa yang sama.

Kuasa dan hartabenda merupakan ujian terbesar yang Allah SWT turunkan kepada hamba-hambaNya. Tiada siapa yang terkecuali daripada ujian ini dan kebanyakan mereka yang diuji dengan kuasa dan kekayaan/hartabenda akan kecundang. Walau seputih mana pun kopiah di atas kepala tidak akan dapat menahan dugaan kuasa dan kekayaan.

Kita sedia maklum kerana kuasa manusia sanggup menfitnah dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan musuh mereka. Dosa tidak lagi difikirkan asalkan mereka dapat menimbulkan kebencian rakyat terhadap musuh mereka bagi mendapat sokongan rakyat untuk membolehkan mereka memerintah. Mereka menuduh tanpa bukti malah lebih teruk lagi apabila direka cerita bagi memburukkan musuh mereka. Golongan yang menganggap mereka ini golongan ulamak terus menerus berceramah memfitnah dan memburuk-burukkan musuh mereka. Rakyat mudah percaya kepada kata-kata mereka kerana mereka berkopiah putih, berjubah, dan bicara mereka dititip dengan ayat-ayat suci Al Quran dan hadis Nabi.

Terlalu banyak fitnah dan tohmahan yang telah disampaikan oleh manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai ulamak ini dari dulu hingga sekarang. Tidak perlu bagi kami di Sungguhka untuk menyatakan satu persatu fitnah tersebut kerana mereka yang melafazkan fitnah tersebut sedar dan tahu akan apa yang telah mereka perkatakan dan sebarkan.

Golongan "ulamak" ini menuduh dan menghukum mengikut kehendak mereka. Apabila ada di kalangan mereka didakwa dengan sesuatu kesalahan dengan pantas golongan "ulamak PAS" ini mengeluarkan nas-nas daripada Al Quran dan Hadis untuk mempertahankan ahli atau orang yang bersekongkol dengan mereka. Contohnya, semasa pertuduhan liwat dibuat terhadap Anwar Ibrahim golongan "ulamak" ini mengatakan bahawa sesiapa yang menuduh seseorang dengan liwat tanpa dapat mengemukakan 4 orang saksi perlu dihukum dengan 80 sebatan mengikut hukum Islam tetapi mereka dengan bersahaja menuduh Najib Razak mempunyai hubungan sulit dengan wanita Monggolia tanpa mengemukan 4 orang saksi. Lebih daripada itu mereka mengadakan ceramah-ceramah dan mengeluarkan penerbitan akhbar mereka ke seluruh negara untuk menyebarkan fitnah tersebut tanpa langsung rasa bersalah dan rasa berdosa. Mereka juga tidak melarang pengikut-pengikut mereka daripada terus menyebarkan fitnah tersebut. Adakah ini ciri-ciri seorang ulamak baik?. Allahu 'alam bissawab.
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
Print Friendly and PDF

Friday, June 19, 2009

Projek Gajah Putih Ikan Bakar.

Pada tanggal 28hb. May, 2009 terkejut aku lihat begitu ramai org berkumpul di hadapan Balai Polis Jitra. Ingat ka perhimpunan haram ka..... berpiket ka..... atau penyerahan memorandum ka..... Perasaan ingin tahu membuat aku bergegas ke sana kerana ramai sangat org berketayap putih sebab aku pun geng mazhab tu jugak.

Jengok punya jengok, aku nampak org nombor satu Kedah pun ada. Laaaaa Ustaz Azizan buat perasmian Medan Ikan Bakar. Boleh makan free aku celapak jaaaaaa..... Semuanya hidangan ikan bakar.

Semua puji kata sedap. Kalau macam ni punya masakan mesti tempat ni akan menjadi tumpuan ramai punya.

Kehadiran VVIP pun ramai antaranya Mamak Menteri Kedah, Ketua2 Jabatan dan dicelah2 tu begitu ramah dok layan MB adalah Dato' Hjh Che Barni DO Kubang Pasu. Mesra macam adik beradik. Aku mula syak mesti ada yg tak kena sebab PAS ngan UMNO seakrab begini. Tanya punya rupa2nya Dato' DO ni adalah SEPUPU MB kalau lagu ni tak heran la kalau Dato' Hj Mohd Fuad (suami kepada Dato' Barni) dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Mau tak mau demi jawatan berlakon pi la....

Oih... ni dah lari pada tajuk dah ni.....

Teringat akan kesedapan ikan bakar, baru2 ni aku bawa keluarga nak menjamu selera di sana. Pusing punya pusing, medan ikan bakar tu hanya tinggal tapak saja..... Frust sungguh. Apa dah jadi ni.....?

Ni yg membuat aku nak mula korek.... Aku temuramah masyarakat sekeliling.....

Projek ni adalah projek majlis daerah Kubang Pasu dan anggaran perbelanjaan lebih kurang RM400,000.00.

Sungguhka..... Kalau tengok pada fasarananya tak tera mana pun sebab bangunan tu dah sedia ada cuma MDKP hanya perlu membaikpulih dan pengubahsuaian sahaja.

RM400,000.00 buang begitu saja sedangkan Tok2 Ketua Kampung ternganga dok tunggu 5 bulan elaun tak masuk2.

Yang seronoknya, kontraktor kesayangan Dato' DO (terkenal dgn panggilan "E").
Apa nak jadi ni..... takkan nak jadi medan ikan bakar terbengkalai yg kedua. Dulu PAS dok kata kat BN pasai medan ikan bakar di Kubang Rotan.

Ni kena atas batang hidung sendiri..... nak SALAH SAPA pulak.....?

La ni Geng Terjah nak kata sikit....., Utamakan titi patah, longkang pecah, jalan berlopak, bumbung bocor, org susah, sampah berceramok, gerai makan di Jitra macam cendawan dah...... Pikiaq la buat benda yg berfaedah demi kepentingan rakyat.
Print Friendly and PDF

Thursday, June 18, 2009

Balak Che Had Part 2.....

Dgn perwatakan bodo aku, dapat juga mengorek beberapa dokumen bagi membuktikan terjahan aku pasai Balak Kedah tempoh lalu adalah benar.

Insyallah..... akan aku londeh bukti2 tu. Pada mereka yg hentam aku kata aku bohong la, saja reka cerita la, cemburu pasai tak dapat projek la, dan lain2 lagi. Aku sabar saja. Hangpa nak kata apa pun, itu hak masing2 nak bersuara. Tapi bagi aku, baik apa pun atau sapa pun kalau tak betoi akan aku terjah berserta bukti yg kukuh. Kita lihat sapa betoi dan sapa pulak yg tak betoi.

Terimakasih pd mereka yg membantu.

Pembongkaran yg aku buat lalu terhenti kat tanda tanya samada report polis dibuat atau tidak......?

Ternyata bahawa report polis telah di buat :
  • Tempat : Balai Polis Jitra.
  • Tarikh : 24/03/2009.
  • Masa : 03:11pm.

Kalu aku tulis lagu ni nanti org kata aku bohong. Buat apa nak aku buang masa. Baca sendiri report di bawah:

Ini adalah report yg dibuat dari wakil CH Lim ke atas AY Trading Aziz Bin Ahmad kerana pelanggaran syarat perjanjian.

Puas hati dah.....?

Ini bukti pertama yg aku dapat. Tunggu pulak bukti:

  1. Surat permohonan.
  2. Surat kelulusan.
  3. Pengesahan Metro Sunview Sdn Bhd milik siapa.....?
  4. Surat perjanjian.

Aku heran..... sejak pemerintahan PR pimpinan PAS cuba tengok di Jeniang perjalanan lori balak kerap bergerak lewat malam dan awal pagi. Mai mana lori2 ni....?

Tu takpa lagi, la ni lori balak pun dah berani lalu pekan Alor Setar. Sejarah aku dok Alor Setar 30 tahun tak besa lagi tengok lori balak masuk pekan ooooo..... Lori balak ada laluan dia tersendiri.

Apa nak jadi ni..... Penguakuasaan takdak ka.....?

Tu tak keluar lagi cerita YB2 yg ada 2...3... konsesi balak.... malah ada dreba .... makan hasil balak. Yg sedih..... kebanyakannya ALIBABA..... Aku akan terjah.....

Print Friendly and PDF

Wednesday, June 17, 2009

Pakatan Rakyat ~ Agenda Rakyat Dikesampingkan.....

Hari ini sudah lebih 465 hari Pakatan Rakyat mentadbir 4 buah negeri yang pada asalnya kemenangan yang penuh gembira disambut di 5 buah negeri sehinggalah tragedi malang yang menimpa negeri Perak Darul Ridzuan.

Banyak hal-hal yang merungsingkan dan menyemakkan kepala otak telah terhidang dan dengan penuh harapan untuk dijadikan santapan istimewa untuk pendokong dan pejuang Pakatan Rakyat. Semuanya perlu dikunyah dan ditelan terutamanya mereka-mereka yang berada di bawah yang telah menaruh berjuta harapan kearah kebaikan dan kesejahteraan

Mereka-mereka yang diatas terus menggila !!! Terus menerus mengejar populariti, mengwar-warkan segala jenis program dan perancangan, berebut status dan pangkat, tuding menuding serta salah menyalahkan dan rakyat marhaen sentiasa di suruh akur dan bersabar.

Tanahairku yang tercinta.. ku sematkan harapan untuk melihat lahirnya pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas mungkin terpaksa ku lupakan. Semakin hari pemimpin pilihan semakin hilang arah dan akhirnya agenda untuk rakyat semakin pudar dan telah tidak kelihatan.


Kedah Bercelaru

Semalam kita dikejutkan dengan kehampaan sebilangan besar penjawat jawatan Ketua Komuniti yang telah dinafikan hak mereka. Dimanakah janji-janji yang ditaburkan untuk mereka ?. Khidmat mereka ditagih dan dituntut untuk menjanakan agenda rakyat namun pentabiran negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat seolah-olah lupa apa yang sewajibnya mereka lakukan. Dimanakah Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua ?

Silapnya dimana ? adakah kelemahan PAS, PKR ataupun DAP yang bergelar YB Pakatan Rakyat yang tidak searah dalam menetapkan halatuju untuk rakyat.

Ungkapan yang sering dilaung-laungkan ialah Kedah adalah negeri miskin, banyak hutang dan kerenah birokrasi dari kerajaan pusat sentiasa dijadikan alasan. Tidak malukan kalian-kalian semua sentiasa hidup dalam beralasan ? Lupakah kalian semua kerana alasan-alasan tersebutlah yang membolehkan rakyat bawahan membuka mata untuk menyokong kalian pada 8hb Mac 2008 agar sesuatu yang lebih baik dapat dilaksanakan.

Pelbagai projek yang tidak terlaksana termasuk juga didalam perancangan mungkinkah akan berterusan akan mengalami kegagalan seperti mana projek ternakan lembu dan yang akan datang dating penanaman tomato.

Kecelaruan dan tidak sekata antara PAS dan PKR akan terus dapat diperhatikan bilamana ada suara-suara sumbang menyatakan ahli-ahli PKR dianaktirikan kerana PAS lebih mengutamakan ahli-ahli termasuk dari Kelab Penyokong PAS. Sehinggakan dikatakan Batu 9 lebih menguasi pentadbiran negeri Kedah berbanding keputusan-keputusan yang dibuat melalui mesyuarat Exco.

PKR Kedah pulak semakin menunjukkan kelemahan terlalu berlembut dengan PAS dalam beberapa isu :-

a) Kes YB Arumugan.
b) Pemilihan YB Manikumar yang dikatakan didalangi oleh pihak tertentu
c) Penganugerahan pingat kebesaran
d) Penyaluran projek-projek.
e) Penganugerahan GLC
f) Peruntukkan tahunan untuk YB-YB dari PKR


PAS, PKR Kedah dan Halatuju

Satu kegemparan telah dilakukan oleh ahli-ahli PAS semasa Muktamar baru-baru ini dan semakin hari ungkapan Kerajaan Perpaduan (UG) dicanang-canangkan. Rakyat bawahan semakin susah untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat.

Kongress Khas Nasional 2009 PKR pula memperlihatkan sesuatu yang luar biasa tetapi hilang arahtuju bilamana perlembangaan seolah-olah untuk memberi kelebihan kepada pihak-pihak tertentu.

Halatuju dan janji-janji yang ditaburkan semasa PRU12 semakin jauh untuk digapai kerana pihak-pihak atasan hanya berusaha untuk melepaskan dan mencari keuntungan untuk diri masing-masing.

YAB Dato’ Seri MB seharusnya lebih berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri Kedah. Amatlah malang apabila kita didengarkan tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat bawahan yang rumah mereka dirobohkan dan penternakkan babi diberi perlindungan. YB Dato (Melayu) dari PKR dikhabarkan menjadi pengerusi rumah sembelihan babi.... hebat sungguh keputusan yang dilakukan.

Isu-isu yang sensitif sewajibnya ditangani dengan penuh berhemah dan bijaksana. Tetapi malangya YB-YB yang dipilih masih tidak reti atau cerdik untuk mencari jalan penyelesaian. Tidak mungkin Pakatan Rakyat mampu bertahan sehingga 50 tahun sepertimana BN kerana rakyat bawahan sebenarnya ramai yang lebih cerdik dan pintar dari YB-YB sekalian.


PAS Batu 9 (Hanya Gelaran)

Janganlah cuba menjadi jaguh dan befikiran sempit serta menganggapkan segala keputusan dari kalian semua adalah yang terbaik. Berilah peluang kepada YB-YB Pakatan Rakyat membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh agenda-agenda kalian. Mereka-mereka ini dipilih oleh rakyat pelbagai lapisan dan sebarang keputusan yang salah akan menyusahkan seluruh rakyat negeri Kedah.


PKR Negeri Kedah

Terlalunya berlembut dan mungkin juga ada keputusan yang menguntungkan pihak atasan pentadbiran telah menyebabkan hilangnya arah tuju dan terbantutnya perlaksanaan agenda untuk rakyat. Kamu boleh berbangga dengan anugerah dan pingat yang diberikan tapi mata ahli-ahli PKR bawahan melihat bahawasanya kalian semua masih belum mampu untuk dibanggakan sebagai pemimpin.



Akan menyusul di siri berikut :-


a) Kes YB Arumugan.
b) Pemilihan YB Manikumar yang dikatakan didalangi oleh pihak tertentu
c) Penganugerahan pingat kebesaran
d) Penyaluran projek-projek.
e) Penganugerahan GLC
f) Peruntukkan tahunan untuk YB-YB dari PKR

Print Friendly and PDF

PKR Kedah Jangan Tersalah Langkah…..

Hangat.. semakin hangat.. El-Nino melanda lagi !! Kala dan tika ini ramai yang mula demam-demam, sakit kepala, sakit sendi, sakit tekak dan bermacam-macam sakit lagi yang mai menjengah ...

Namun segala kesakitan tersebut ada cara dan kaedah untuk dielak... ada ubat untuk merawat dan bermacam-macam doa boleh diamal agar kesejahteraan dalam kehidupan tidak terjejas.

Duk tak duk mai pulak penyakit yang susah nampaknya nak diubat.. penyakit keturunan.. yang digelar PHD .. ramai sungguh yang terseret dan diseret oleh juak-juak yang nak menjadi hero tapi tak sesuai dengan kaedah dan tempat..

Mai la jalan-jalan atau kalau malas sangat hantaq la perisik ke Kedah !! pasang-pasang telinga.. buka mata sikit-sikit pun tak pa... nanti hangpa akan dengaq dan nampak gelagat-gelagat manusia PHD ini...

Dulu sebelum menang... hangpa selalu duk sebut-sebut.. kita lah pejuang.. kita akan bersama-sama menentukan halatuju dan bersama-sama meningkatkan kesajahteraan rakyat... tapi la ni... depa-depa yang duk ataih kerusi empuk .. semakin tak reti bahasa !! lupa daratan... !! lupa asal usul !! dan lupa siapa yang dulu tolong bawak hangpa pi mai pi mai... untuk diperkenalkan kepada rakyat !!

Kedah Sejahtera.... ahli PKR masih teraba-raba !!! masih tercari-cari dimanakah sinar yang mampu dibawa oleh pentadbiran tertinggi peringkat negeri.... masih cuba memahami apa yang dicanang-canangkan dengan maksud “kita adalah kerajaan”.

Apa yang kita dapat hari ini ialah... pentadbiran tertinggi seolah-olah cuba menjadi jaguh dimata Presiden.. semua yang dilaporkan adalah yang terbaik dan segala-galanya adalah atas kepandaian dan kecekapan depa-depa sahaja. Segala-galanya seolah-olah keluar atau terzahir dari otak-otak mereka yang dikatakan orang-orang atasan terpintar dan tercerdik...

Hari ini aku rasa semakin jauh dan tersisih.. suara bawahan hanyalah pencacai yang perlu diketepikan !!! orang-orang bawahan selayaknya menjadi tukang pasang poster, gantung bendera dan selebihnya hanya disuruh jerit kuat-kuat perkataan keramat..... REFORMASI !!!! REFORMASI !!!..

PPN PKR Kedah... hang cuba la tengok sekeliling hang... apa yang hang nampak dan hang rasa ? Layakkah hang duduk dikerusi empuk itu ? Pernahkah hang fikir dan buat penilaian keseluruhan tentang nasib ahli-ahli PKR Kedah ? Hang ikut kepala otak hang atau hang dan dibasuh oleh orang-orang sekeliling hang yang masing-masing ada kepentingan sendiri...

Kita adalah kerajaan... apa yang ahli-ahli PKR Kedah dapat ??... adakah perlu digunakan kanta pembesar untuk mencari dan melihat “debuan-debuan emas” yang ditabur sebagai rahmat !!!

Antara cakap-cakap dan khabar-khabar angin ... adakah ianya satu rahmat ?... :-
  1. Baling – Ketua Bahagian Sah dan Tidak Sah... yang masuk mesyuarat Perhubungan Negeri ialah berstatus penaja (tak tau sah ke tidak)... la ni memegang status Ketua Penerangan PKR Kedah.
  2. Langkawi – Ketua Bahagian hebat... tapi tak tahu la macamana dengan AJK depa... dengau-dengau bercelaru juga. Pak Wan gila jadi calon, gila jadi Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah dan mabuk biak.
  3. Kuala Kedah... – Ketua Bahagian ada lagi tak ? katanya dah berundur.
  4. Padang Serai – Kata-katanya akan digantung... atas perancangan dan strategi tertentu... ada orang bercita-cita nak bertanding sebagai ADUN kalau ADUN sekarang kena di”gugur”kan. Dengaq-dengaq kata “player import” juga.
  5. Perhubungan PKR Kedah dimonopoli oleh mereka-mereka yang bukannya memegang jawatan tertinggi dari PKR Bahagian... hebat-hebat depa-depa ni... orang lain susah-susah dan jaga bahagian .. hangpa bersenang-senang susun strategi dan pegang jawatan besaq-besaq... hampeh... berlagak pandai dan cerdik... tak sedaq diri ...
  6. Pemilihan Ahli Majlis... mana pi keistimewaan Ketua Bahagian untuk membuat keputusan.... dengaq2 kata pasai Kulim Hi-Tech... DSAI 4-5 kali telefon masih hari interview nak pastikan kelayakkan seseorang yang betul-betul layak untuk duduk dikerusi tersebut.. okay la... fair and square... tapi apsal yang terpilih bukan yang disokong dan dipilih oleh PKR Bahagian yang diberi kuota...
  7. Ahli Majlis Perbandaran Kulim.... dengaq-dengaq jugalah... kuota PKR Padang Serai dan dirampas dan diisi oleh makhluk dari Kulim Bandar Bharu... dan juga seorang pejuang wanita yang betul-betul hebat masa PRU12... dan pernah terlibat dalam perancangan untuk menjatuhkan Ketua Bahagian selepas gagal untuk memastikan kekalahan calon-calon PKR di Padang Serai.
  8. Kehebatan PKR Kedah tidak terhenti disitu sahaja... dengan terpilihnya seorang doktor yang sekejap ahli PAS... sekajap PKR... masuk balik PAS dan terbaru adalah AHLI PKR... mai kot mana ? Masa Kulim Bandar Bharu havoc dengan cerita Zulkifli Nordin ... DR ni pi sana... mungkin ada harapan.. kot kalau-kalau lah... then bila Padang Serai hendak dipersetankan... DR ni dengau-dengau kata dah jadi ahli PKR Padang Serai... ishhh kuat sungguh latah mu.... dan yang paling hebat la nieeee.... DR tu Ahli Majlis Perbandaran Kulim... tup-tup dapat pulak satu lagi jawatan Ahli Majlis Kulim Hi-Tech... jadi atas kebijaksanaan dan kepekaan PKR Kedah... maka DR yang benar-benar profesional ini dan menepati segala kelayakkan yang diperincikan oleh DSAI telah terpilih dengan bergaya sambil dibantu oleh hantu-hantu serta jin-jin yang MAHA RAKUS...
  9. Sungai Petani... katanya juga... hebat... yang terpilih sebagai Ahli Majlis... katanya dulu dulu dari sebuah pulau... masa dia keluar dari pulau... geng-geng kat pulau seronok tak terhingga...
  10. Sik.... sama lah malangnya nasib hangpa....
  11. Cikgu Shamsul tu sapa ? wakil bahagian mana ? Ketua Bahagian mana ? Sedangkan beliau Penyelaras Ahli Majlis PKR Negeri Kedah.
  12. Hafiz tu sapa ? Ketua Bahagian mana ?

Kalau tidak ada angin.. masakan pokok boleh bergoyang... takut-takut nanti tak cukup waras untuk menilai... sedaq-sedaq buah nyoq jatuih ataih kepala....

Sebelum terlupa... kepada yang bergelar “DATUK” PKR Kedah... ingat-ingatlah sama... pandai-pandailah menjaga diri... cita-cita lama nak jadik menteri penerangan tuh mungkin boleh dilupakan... kerana nak kasik datuk kat hang lah... pingat-pingat kecil yang dikuotakan kepada PKR Kedah terpaksa digalang ganti !!

La ni .... heboh pasai DATUK BABI..... ishhhhh.................. macam-macam cerita dok mai.. janganlah hangpa-hangpa yang duk kat Perhubungan PKR Negeri Kedah masih nak berkomplot dan hidup berkhayal-khayalan.... sedaq-sedaqlah kepada mereka-mereka yang tak pegang jawatan tertinggi kat PKR Bahagian... keluarlah secara terhormat dari Perhubungan PKR Negeri Kedah...

Akhir kata.... hangpa-hangpa semua.. renung-renung dan fikir-fikir sejenak... adakah hangpa cukup CERDIK dan WARAS !!!

Pkrantikusut ......

Print Friendly and PDF

Kongress Nasional Khas 2009 PKR ... Apa Dah Jadi.....?

Menarik dan cukup hebat untuk diperkatakan.. dan berakhirnya Kongress Nasional Khas 2009 PKR tidak dapat tidak untuk kita mengiyakan bahawa angin perubahan telah dan sedang ditiupkan untuk suatu perubahan yang amat besar tentang halatuju dan masa depan parti.

Tidak banyak yang dibicarakan dan diwar-warkan kerana semua yang hadir seolah-olah menerima dengan hati yang terbuka.. patuh... taat dan setia atas kehendak serta keperluan Penasihat Umum PKR.

Hanya dapat dilihat dan dipaparkan ialah majoriti yang menyokong pindaan perlembangaan dan kehadiran lebih 1000 orang perwakilan yang amat-amat berbesar hati sehinggalah direntap sedikit oleh satu golongan yang digelar sebagai “orang-orang” muda.

Orang-orang muda ini adalah yang dikenali sebagai Angkatan Muda KeADILan telah bersifat sedikit “kurang ajar” dan berani mencabar apa yang cuba dan hendak diputuskan semasa persidangan tersebut. Memang berani dan sesuai dengan tahap fizikal dan mental golongan-golongan tersebut. Orang-orang muda yang dimaksudkan ini ialah mereka-mereka yang berumur dibawah 40 tahun.

Kenapa dan mengapa orang-orang muda ini menolak tentang apa yang dicadangkan sebagai penafsiran untuk memimpin Angkatan Muda KeADILan mestilah berumur di bawah 35 tahun berdasarkan beberapa pandangan dan anggapan dari kacamata Penasihat Umum PKR dan juga Jawatankuasa Pindaan Perlembangaan. Adakah ianya adil dan dan waras ? Ataupun adakah terdapat sesuatu yang diselindungkan demi untuk maksud tertentu.

Kita tangguh dahulu kisah-kisah orang muda ini buat seketika kerana adanya keperluan lain yang perlu dibicarakan !!!

a) Malaysiakini :- Zaid Ibrahim masuk PKR
b) Kaedah pengundian
c) Lain-lain

Zaid Ibrahim masuk PKR

Sesuatu yang amat-amat istimewa apabila menyebut sikap, peranan dan keperluan Zaid Ibrahim. Kita seolah-oleh cuba dibutakan mata dan dipekakkan telinga hanya apabila pihak-pihak atasan membuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira hasrat dan pandangan dari ahli-ahli bawahan. Hanya dengan mengisi borang maka serta merta diberikan satu kedudukan ekslusif !! Jangan pisang berbuah dua kali sepertima apa yang berlaku apabila Penasihat Umum PKR ditipu mentah-mentah oleh permainan Datuk Nasa di Perak.

Wahai tuan-tuan yang teramat mulia di atas sana.. sayangilah pejuang-pejuang yang dibawah ini !! Kesihanilah mereka-mereka yang bermandikan simbahan dan pancutan dari water cannon... sanyangilah
mereka-mereka ini yang dibedil bertalu-talu dengan gas pemedih mata... sayangilah mereka-mereka ini yang dipukul dan dibelasah dengan cota-cota FRU... sayangilah mereka-mereka ini yang terpaksa dan hilang pencarian kerana kasihnya kepada Penasihat Umum PKR dan atas kasih sayang mereka-mereka itulah tertubuhnya PKN dan bertukar kepada PKR...

Parti Keadilan Nasional yang jiwa dan semangatnya telah dikuburkan demi untuk percaturan politik baru dan pengurusan yang berbeza.

Tertubuhnya Parti KeADILan Rakyat sedikit sebanyak melukan hati dan mengecewakan segelintir pejuang. Ramai diantara mereka ini tidak diberikan tempat yang sewajarnya !!! dan akhirnya ternokhtah dengan tercatitnya nama si bertuah Zaid Ibrahim !!!

Kaedah Pengundian

Menjadi sesuatu keajaiban bila satu perubahan besar hendak dilakukan.. ianya hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam untuk bersidang !!... adakah ini telah dilupai oleh Penasihat Umum PKR, Presiden, Jawatankuasa Pindaan Perlembangaan dan juga mereka-mereka yang digelar MPT. Apakah yang dimaksudkan dengan ADIL !!... semuanya main tangkap borong ... sekali mengundi keseluruhan diluluskan...

Betulkah undian melalui sistem angkat tangan ?.. adakah keputusan tersebut adalah kerana melihat apabila Penasihat Umum PKR berdiri dan akhirnya hampir keseluruhan perwakilan berdiri.

Keputusan yang diperolehi adakah kerana sayang kepada PKR, hormat kepada PKR ataupun takut kepada Penasihat Umum dan tidak mahu dilihat dan dilabel sebagai pengkhianat parti !!

Lain-lain

Betapa licik dan lunaknya permainan dan wayang yang cuba dipertontonkan kepada ahli-ahli bawahan. Sehinggakan ahli-ahli bawahan ini selayaknya diumpamakan seperti lembu dicucuk hidung..!!

Tunggu dan lihat... ahli-ahli bawahan tidak akan mendapat apa-apa keistimewaan. Gerak kerja “makhluk-makhluk” busuk yang berada dan mendominisi pemikiran dan pergerakan Penasihat Umum sebenarnya sedang melaksanakan satu kaedah terancang yang akhirnya akan membuatkan Parti Keadilan Rakyat akan terkubur dalam masa yang terdekat.

Suara akar umbi sebenarnya tidak diambil kira dan dibakul sampahkan !! Presiden menjadi orang yang tidak berkuasa kerana diwar-warkan Penasihat Umum adalah Raja kepada parti dan penasihat-penasihat
disekelilingnya adalah yang terbijak, terpandai... dan akhirnya akan berulang sejarah Firaun & Hamman... tersebut disitu apa yang tidak dipandang !!! Kerana Hamman lah antara sebabnya Firaun menderhaka kepada Allah swt.. dan itulah jalan yang sedang dirintis !!.

MPT janganlah berlagak terlampau pandai dan bijak !! Kalian semua sedang diperhatikan dan setiap apa yang kalian lakukan akan dicatat sebagai satu sebab untuk menjatuhkan kalian dari menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.

Tersirat Antara Tersurat

10 tahun yang lalu orang-muda muda memenuhi jalan dan seluruh pelusuk tanah air untuk bangkit bersama dan memperjuangkan sesuatu yang dinamakan dengan ‘REFORMASI’ yang berteraskan paksi keadilan.

Orang-orang muda tersebut kemungkinan besar ialah berumur antara lingkungan seawal 20 hingga 40 tahun. Mereka-mereka ini jujur, ikhlas, amanah dan berani merintis liku-liku perjuangan.

Hari ini mereka-mereka ini masih orang-orang muda yang mungkin segelingtir berjaya memegang tampuk pentadbiran Angkatan Muda KeADILan. Suara-suara mereka sebenarnya kadangkala tidak lunak untuk didengari dan adakalanya juga tidak seronok untuk difahami tentang konsep dan asas perjuangan yang telah mereka pelajari. Ini sedikit sebanyak menjadi penentang kepada “makhluk-makhluk” busuk yang sentiasa mengelilini dan berdampingan dengan Penasihat Umum PKR.

Kepada orang-orang muda yang masih teguh berdiri diatas landasan perjuangan ... TAHNIAH !!!!

Kecoh Angkatan Muda KeADILan

Betul atau tidak ? Kenapa dan mengapa ? Jawapan yang ikhlas... betul adanya tunjuk perasaan sebagai tanda tidak kepuasan hati terhadap perjalanan persidangan dan usul had umur untuk Angkatan Muda KeADILan dibawah 35 tahun.

Sebelah mata melihat alangkah bagus dan bersemangat... jiwa yang memberontak telah disalurkan sebaik mungkin seperti apa yang telah diajar sebelum ini... demonstrasi ataupun tunjuk perasaan.

Atau adakah mungkin jika dilihat sebelah mata lagi... sebenarnya kekecohan yang ditimbulkan adalah sebagai menutup apa yang perlu dilihat semasa persidangan dan pengundian yang berlaku... !!!


MPT dan Kuasa

Lihat lah sedikit masa lagi... MPT akan mempergunakan segala kuasa dan ruang yang mereka ada... dan disitu.. kita yang bawah tidak akan mempunyai apa-apa kecuali kad keahlian sebagai tanda ahli yang setia !!

Perhubungan Negeri akan ditunggang dengan pelbagai cara dan peringkat bahagian akan terus diperbodohkan.....

Akhirnya Parti KeADILan Rakyat akan berkubur...

Pkrantikusut.....
Print Friendly and PDF

Sunday, June 14, 2009

Dalang Kehancuran PKR.

Oooo….. selama ni aku sangka puak erdogan yg wujud berlaku dalam PAS sahaja, rupa-rupanya sangkaan ku salah.

Puak Erdogan dalam PKR telah lama wujud menguasai parti. Watak-watak ini memainkan peranan yg besar menyebabkan akar umbi hilang kepercayaan serta timbul rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin-pemimpin diperingkat bahagian dibeberapa buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Selangor dan sebahagian kecil daerah dalam Perak.

Ternyata apa yg berlaku dlm kongres khas PKR di Kolej Universiti Islam Selangor pada 13hb. Jun, 2009 lalu, bagaimana AMK memprotes dgn mengadakan demonstrasi di luar dewan kerana tidak berpuas hati dgn keputusan cara pengundian yg dibuat.

Aku setuju dgn AMK kerana ada ka patut keputusan keputusan usul pindaan perlembagaan diadakan secara diplomasi sedangkan amalan biasa perwakilan yg menentukan keputusan pindaan usul tersebut. Patutla kongres ni dibuat dlm masa 1 hari sedangkan pindaan perlembagaan terlalu banyak.

Apa tujuan mereka sebenarnya…..?

Dlm perlembagaan terbaru, sangat jelas berlaku Pemusatan Kuasa PKR. Majlis Perwakilan Tertinggi (MPT) adalah penentu kpd segala keputusan dan hala tuju parti sekaligus membelakangi suara akar umbi diperingkat bawahan.

Dgn wujudnya Pemusatan Kuasa ini, Perhubungan Negeri hanya menjadi “Mr. Yes Man” sahaja. Apatah lagi suara peringkat Bahagian bo layan la…..

Puak Erdogan menjadi perosak utama yang menjadi punca perpecahan parti. Puak-puak ni pro PAS, kerana watak-watak ini hilang jati diri dengan menjadi pendokong kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.

Pemimpin-pemimpin Perhubungan PKR Negeri, khususnya di Kedah terang-terang di bawah telunjuk puak Erdogan ini. Ada satu gerakan terancang untuk memastikan puak Erdogan menguasai PKR dgn mengamalkan budaya politik yang tidak sihat. Di antaranya ialah budaya chah keting, iaitu budaya yang amat sinonim dan menjadi praktis dalam parti UMNO.

Siapa mereka…..?

Sungguhka…. Dato’ Johari Abdul, Saifuddin Nasution Ismail dan Dato’ Zahrain.

Print Friendly and PDF

Saturday, June 13, 2009

PERLUKAH HAJI HADI MEMINTA MAAF PADA PKR DAN DAP.

ABG TUAH.

PULAU PINANG, 12 JUN (BERNAMA) -- PRESIDEN PAS DATUK SERI ABDUL HADI AWANG PERLU MEMINTA MAAF KEPADA DAP DAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) KERANA MENCADANGKAN PERBINCANGAN ISU KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO KERANA JELAS IA TIDAK JUJUR, KATA PENGERUSI DAP KARPAL SINGH.

"HADI AWANG TELAH MEMALUKAN PAKATAN PEMBANGKANG DAN SELEPAS INI BELIAU KENA BERFIKIR DUA KALI SEBELUM BERCAKAP," KATANYA DALAM SATU KENYATAAN DI SINI, JUMAAT.

KATANYA MENTERI BESAR KELANTAN DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT YANG JUGA MURSYIDUL AM PAS DALAM NADA PENUH EMOSI DAN MARAH DIPETIK SEBAGAI BERKATA BAHAWA PEMIMPIN INI (PEMIMPIN PAS) MAHU MEROSAKKAN PARTI ITU.

"MALAH NIK AZIZ SECARA TERBUKA MENGKRITIK RAKANNYA DALAM PAS KERANA MENYOKONG AGENDA PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO," KATANYA.

KATANYA DAP JUGA TIDAK MEMBIARKAN WALAUPUN ABDUL HADI YANG MENCADANGKAN PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO BARU-BARU INI.


KOMEN PENULIS –

ISH..ISHH..ISHHH..KESIAN HJ HADI..BERSAORANGAN TERPAKSA MENGHARUNG BADAI BAGI MEREALISASIKAN KERAJAAN PERPADUAN YANG DICITAKAN RAMAI PIHAK.

TAPI YANG PROBLEM SIKIT KITA NAK BACK- UP IALAH KERANA HJ HADI NI NAMPAK MACAM DAH MULA TAKUT. LAGI PUN BANYAK PULA SONGELNYA DENGAN BERBAGAI TUNTUTAN YANG DIJADIKAN PRA SYARAT SEBELUM SANGGUP BERBINCANG DENGAN UMNO.

HAJI..BE REALISTIKLAH..USAH TAKUT-TAKUT…REMPUH AJE..HARUNG AJE…

JANGANLAH CEPAT SANGAT MELATAH DAN MENGAKU KALAH…!!!
Print Friendly and PDF

Mesin Judi Dan Kuda Bersepah Di Bandar Sungai Petani..... Apa Kerajaan Negeri Buat.....?

CERAMAH DAN TERUS CERAMAH...ASYIK BERPOLITIK MENYEBABKAN KERAJAAN NEGERI PIMPINAN PAS GAGAL MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT, SEKALIGUS MENYAKSIKAN PELBAGAI MASALAH RAKYAT GAGAL DISELESAIKAN TERMASUK MESIN JUDI DAN RUMAH URUT YANG BERTAMBAH MACAM CENDAWAN LEPAS HUJAN.

Saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri Kedah dapat mengawal percambahan kedai Judi Kuda dan Urut yang menjadi-jadi di Sungai Petani terutama di sekitar Sungai Petani Selatan termasuk Taman Sejati.

Walaupun kawasan Sungai Petani adalah kawasan Parti Keadilan, namun Kerajaan Pas perlu bertanggungjawab demi anak-anak kita yang sedikit sebanyak sudah pasti akan membesar mengikut keadaan persekitaran.

Pas dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah adalah lebih besar berbanding Keadilan dan DAP lantas Pas yang membawa imej keagamaan perlu lebih tegas dalam perkara-perkara yang menyalahi akhlak malah semua agama dan bangsa menuntut kemulian akhlak dan pekerti.

Saya amat berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan demi masa depan anak-anak dan generasi muda. - Dari Yan.
Print Friendly and PDF

Friday, June 12, 2009

5 Bulan Buat Kerja Percuma…..

“Ring…..ring…..ring…..”
Apa hal la pulak ni…..? Masalah apa la pulak…..? Kena pi kawasan mana la pulak…..? Haru ni…. Takkan nak buat pekak pulak. Tak pi salah pasai tanggungjawab. Kalau pi masalah la pulak. Nak karau kat mana lagi….?

Kalu lagu ni aku tak sanggup dah. Larat ka nak berjihad. Hampir 37 tahun bersama PAS dok berjihad. Kerajaan PAS perintah Kedah pun masih lagi kena berjihad. Bukannya aku nak tuntut, tapi sampai bila nak kena buat kerja free.

Minyak motor nak kena bubuh, bil telefon nak kena bayar, kertas nak kena beli dan perut pun nak kena isi. Dah la kerja tak tentu masa. Mengalah YB lagi.

Aku heran la. Apa nak jadi dgn kerajaan PR di bawah pimpinan PAS. Depa ni tau tak buat kerja atau tak cari duit ka…..?

Tak sepatutnya aku nak buat bising, tapi masalah ni dah berbuih mulut dok bagi tau kat Wisma Darulaman malah Batu 9 lebih arif dlm perkara ni, buta tuli kot. Jawatankuasa Batu 9 pun boleh dapat elaun….. Kami ni KETUA KAMPUNG buat kerja free.

Hangpa ni jenis takdak hati perut kot. Last sekali kami dapat elaun bulan 12,2008. Masa perjumpaan kat Sri Mentaloon majlis Ketua Kampung suruh kami buat buku akaun bank supaya elaun kami boleh masuk otomatik dlm bank. Itu janji MB. Tapi…..

La ni jenis kerajaan buta tuli, mangkok hayun, takdak hati perut….. 5 bulan kami tunggu satu sen pun tak masuk. Lagu ni ka kerajaan pimpinan PAS tadbir…..? Perah kerengat kami buat kerja, hangpa hidup mewah. Rakyat mampus pi, ketua kampong jadi mangsa buat kerja.

Elaun RM300.00 buat kerja mengalah YB yg gaji RM5,000.00. Elaun JKKP lebih banyak dari kami tambah pulak tiap2 bulan dapat. Pi mana habis duik kerajaan….. Kami ada yg mengikat perut demi memberi khidmat pada masyarakat, tapi YB pula hayun sana hayun sini dan ada yg bertambah hebat. Claim lambat dapat, hangpa bising.

Malas aku nak sebut nama YB mahupun SU dan Pegawai khas MB, ada yg pegang dua tiga konsesi balak, ada yg hebat berkereta baru, ada yg mengALIBABAkan projek, ada yg kesana-sini makan angin yg kononnya nak bawa masuk pelaburan. Hakikat dia haram satu pembangunan pun tak nampak lagi la di Kedah ni. Di mana pentadbiran Islam yg hanpa bawa kalu lagu ni. Lebih kurang YAHUDI.

Malah ada 2 YB ni seperti merpati dua sejoli , kalau keluar Negara selalu mesti bersama nak cari pelaburan la konon tapi sampai la bukan kata habuk, bau pun takdak. Depa ni gay pa. Ni dengaq kata nak ke Holland pulak…..tengok cara tanam tomato ka pa entah. Banyak la pulak duit kerajaan. Tak payah pi jauh laaaaa, pi naik Cameron belajaq kat MARDI. Berapa det la sangat. Kalu MARDI tu bawah Persekutuan hangpa tak mau kerjasama, pi Thailand (Negara terbaik pertanian Asia Tenggara) tambah pulak cuaca dan suhu lebikurang sama saja.

Tolong la wahai MB dan pihak berkenaan, jgn buta mata, pekak telinga. Kalau dok ikut jugak apa Batu 9 kata, hancurlah PAS. Bukan aku saja, ramai dah naik meluat dgn pakatan di Batu 9.

Bukan ugutan tapi kenyataan “JANGAN SAMPAI KAMI KETUA KAMPUNG BERARAK PI WISMA DARULAMAN".

Elaun RM300.00.
Ketua Kg seluruh Kedah lebih kurang 2,000 orang (ambil anggaran saja).

RM300.00 x 2,000 org x 5 bulan = RM3,000,000.00.
(hangpa nak karau kat mana.....?)


Luahan Ketua Kampung.
Print Friendly and PDF

Thursday, June 11, 2009

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi.....

Apa hendak jadi dengan parti yang mengelarkan parti mereka Parti Islam. Muktamar Pas sudah berlabuh 3 hari semenjak Sabtu lalu. Namun, masih ada suara-suara sumbang mengenainya terutama mengenai Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh Presiden Parti di dalam Muktamar Pas baru-baru ini:

1. Hasil persundalan haram di antara Pas dan DAP/PKR, Pas telah berjaya melahirkan generasi pelapis yang "tinggi" akhlaknya. Pemimpin-pemimpin parti tidak lagi dihormati, malah dicaci cerca dan dimaki. Inilah kejayaan pergabungan Pas di dalam Fuckatan Riot. Kita lihat wajah-wajah generasi baru Pas:
Benda ni mudah sebenarnya. Tapi sebab ahli PAS jenis bodoh, melantik perwakilan jenis bodoh, melantik Hadi menjadi Presiden, maka, rosak kecil yang berlaku selepas rosak besar, menjadi besar. Ntah apa ke faedahnya mempromosi UG pun gua tak tahu. Kalau nak promosi atau lontar idea boleh, tapi buat homework la. Penyudahnya jadi macam ni. Sekali lagi gua merakam betapa stupidnya ulama celaka ni. - Aduka Taruna.

Untuk penyokong PAS, PAS sekarang telah dirogol oleh Hadi Awang dan Nasha. Perogolan berganda dan berulang-ulang, bukan sehaja dirogol tetapi diliwat oleh kedua mereka ini. Saya benci Hadi Awang dan Nasha! - Perisik Rakyat.

Masih tertutupkah lagi kepala hotak Presiden dan Timbalan Presiden PAS, pekak dan butakah dengan kenyataan tersebut, bodoh tak boleh di ajar… suara akar umbi yang berdentum-dentam tidak di ambil peduli. Seperkara lagi, jika dah tahu ada musuh dalam selimut, Pelesit atau Parasit yang buat kerja-kerja BARUA maka tindakannya pancung sampai mati…. halau atau pecat saja Barua lalang yang mengganggu gugat ketenteraman Parti. - IkutSukaAku.

Inilah antara suara generasi baru Pas yang telah dididik secara halus oleh tangan-tangan ghaib Anwar Al Juburi (meminjam kata-kata Mohammad Sabu).

2. Orang-orang Pas mengadakan muktamar. Orang-orang Pas membuat pilihan siapakah pemimpin mereka. Apabila wujud ketidakpuasan hati di antara dua pemimpin, Pas menjadi retak terbelah dua. Satu pihak masih menganggap Presiden parti sebagai nakhoda kapal. Satu pihak lagi menganggap Mursyidul Am sebagai Ketua Parti. Persoalannya, siapakah yang patut diikut dan siapakah yang mempunyai hiraki yang tertinggi di dalam parti? Sekiranya mengikut logik akal, sekiranya Mursyidul Am adalah hiraki yang tertinggi di dalam parti, kenapakah beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden Parti?

Saya tidak perduli orang-orang Pas hendak bergolok berparang. Lantak koranglah. Tidak cukup kapak, senapang saya hadiahkan. Yang saya kisah mereka guna nama Islam pada Parti sedangkan pemimpin dan pengikutnya berperangai lebih dari Yahudi. Kalau hendak mencalarkan nama Islam, buang perkataan Islam pada Pas. Habis cerita. Lepas tu, sambung balik maki hamun dan caci cerca. Apa daa ...

Cucu Tok Selampit.


Print Friendly and PDF

Saturday, June 6, 2009

PAS Lain Laaa....

Anak Bukit.

Pohon maaf. Aku minta tumpang sekaki. Benar, PAS dulu lain, PAS sekarang lain.Aku cukup setuju.

Tak dak yang tak setuju. Ini pandangan bebas dan ikhlas. Betul, beberapa ketika dulu di tempat aku pun berlaku binatang sembelihan orang yang berkawan dengan orang agama lain, telah dibuang ke sungai, tak boleh makan.

Arwah emak aku telah dipaksa mengundi, dalam satu PRU, PAS kerana PAS adalah tiket ke syurga. Kalau yang lagi satu masuk nerakalah padahnya.

Bagi golongan seusia emak aku Bukan Islam (politik)lah "hukum" yang wajib dipatuhi Pohon maaf.

Aku minta tumpang sekaki. Benar, PAS dulu lain, PAS sekarang lain. Aku cukup setuju. Tak dak yang tak setuju.

Ini pandangan bebas dn ikhlas. Betul, beberapa ketika dulu di tempat aku pun berlaku binatang sembelihan orang yang berkawan dengan orang agama lain, telah dibuang ke sungai, tak boleh makan.

Arwah emak aku telah dipaksa mengundi, dalam satu PRU, PAS, kerana PAS adalah tiket ke syurga. Kalau yang lagi satu masuk nerakalah padahnya.

Bagi golongan seusia emak aku itulah "hukum" yang wajib dipatuhi Kalau mau ke syurga. Sekarang apa dah jadi…..tak "orang lain pun" boleh ke syurga kerana memilih PAS.
Bahagia lagi orang yang menjadi penyokong PAS.

Dalam pilihan raya dah tentu menang dan dapat pula ke syurga. Apa main-main ka ? Kadang-kadang sebagai seorang Islam, aku pun hairan dan kecewa, gagasan Negara Islam yang dicanangkan buat beberapa ketika yang kadang-kadang orang Islam di luar PAS turut tumpang berasa bangga, tiba-tiba direntikan kerana adanya bantahan dari "keluarga" sendiri.

Dan yang paling menyayatkan hati bila aku terbaca pendapat seorang pemimpin atas-atasan PAS "bahawa judi (dan lain-lain jugalah tu)tidak dapat diambil apa-apa tindakan kerana kalau tutup tempat judi PAS tak akan dapat sokongan orang Bukan Islam" dan tak boleh memerintah... (aku faham macam tu lah maksud "petua" – kalau salah pohon berbanyak maaf)

Aku juga faham PAS dulu lain, PAS sekrang lain. Tapi sayangnya PKR khasnya lambat membaca langkah "taici" PAS.
Aku jangka, berdasarkan "perkara-perkarayang berlaku" dan dengan sokongan kut Kelab Penyokong PAS, di Kedah khasnya PAS akan meletakkan calon-calonnya di semua 36 kerusi DUN.

Apalah nasib PKR dan DAP pada masa tu.

Renung-renungkan lah. Kalau mau ke syurga. Sekarang apa dah jadi…..tak "orang lain pun" boleh ke syurga kerana memilih PAS.

Bahagia lagi orang yang menjadi penyokong PAS.
Dalam pilihan raya dah tentu menang dan dapat pula ke syurga. Apa main-main ka ? Kadang-kadang sebagai seorang Islam, aku pun hairan dan kecewa, gagasan Negara Islam yang dicanangkan buat beberapa ketika yang kadang-kadang orang Islam PAS turut tumpang berasa bangga, tiba-tiba direntikan kerana adanya bantahan dari "keluarga" sendiri.

Dan yang paling menyayatkan hati bila aku terbaca pendapat seorang pemimpin atas-atasan PAS "bahawa judi (dan lain-lain jugalah tu) tidak dapat diambil apa-apa tindakan kerana kalau tutup tempat judi PAS tak akan dapat sokongan orang Bukan Islam".
Print Friendly and PDF

Penyakit Cinta Dunia Dalam PAS.....

Pak Malau.

Penyakit cinta dunia dalam PAS hari ini kian parah merebak dikalangan pemimpin pemimpin hari ini,berbanding kepimpinan terdahulu. Mungkin faktor minority dan wabak hubbul dunia ketika PAS di cap parti pak lebai tidak menular secara drastik seperti hari ini.

Kerana waktu itu kebanyakkan pemimpin2 Pas terdiri pada mereka yang lebih mementingkan Kebangkitan Islam dari apa yang PAS kejar dan perjuangkan hari ini.

Pas hari ini lebih berjiwa besar tetapi ilmu tidak selaras dengan keupayaan memerintah.
Akhirnya PAS menjadi Kambing Hitam pada Anwar dan DAP. Lebih2 lagi dengan kemasukkan pengaruh luar yang ingin menguasi PAS..menjadikan PAS lebih mempejuangkan Nasionalime.

Akhirnya hari ini PAS tidak lagi mejadi Parti yang ada kelainannya dengan UMNO.

Cuma membezakan UMNO dan PAS dari segi retorik Negara Islam dan Hudud yang samasekali tidak terdapat dalam Mnifesto partinya.

Hari ini terbukti PAS menukar agenda Negara Islam kepada Negara Kebajikan atas desakkan sekutu mereka DAP. Lebih lebih lagi pengakuan Angkuh MB Pas Perak Ir Nizar dan MB kedah yang menolak pelaksanaan hukum.

Jelas terbukti PAS hari ini sudah berubah hala tuju perjuangan asal mereka, walaubagaimana pun PAS masih anggkuh dengan Retorik untuk mengujudkan negara Islam dan Hudud, walaupun mereka merestui telunjuk sekutu mereka DAP yang menentang keras retorik PAS.

Hari ini PAS bersama,DAP dan PKR bukan lagi menerus agenda lama.Hudud dan Negara Islam hanya DANA untuk menkaburi mata pengundi2 Islam agar terus menyokong PAS, PKR dan DAP.

Agenda mereka Semata mata untuk membunuh politik bangsa sendiri, tidak lebih dari itu.
Print Friendly and PDF

Friday, June 5, 2009

Impian & Angan-Angan PAS.....

Muktamar PAS yang sedang berlangsung menyaksikan percambahan idea-idea menarik dari setiap delegasi yang memberi ucapan. Macam UMNO le jugak, bercakap mengenai perkembangan-perkembangan terkini, tapi yang di akar umbi...tetap ternanti-nanti. Ucapan dasar yang dibahas, tapi suara dari bawah, kadang-kadang kita terlupa.

Walaubagaimanapun, idea paling hebat diperdengarkan pada muktamar kali ini oleh Presidennya, Datuk Seri Haji Hadi adalah, PAS menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika pakatan pembangkang terpilih sebagai kerajaan pemerintah.

Mungkin agak optimistik, tapi tidak pada realiti yang berlaku sekarang. PAS sedang terpinggir di dalam Pakatan Pembangkang. PAS cuma menjadi expendable aset dalam Pakatan Pembangkang. Ada.....tapi macam tak ada.

Di Kedah cuma PAS tampak bergaya dengan Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar, di Kelantan, semua sudah sedia maklum bagaimana performance PAS di sana...di Pulau Pinang, alahai, lagi teruk, pandang muka pun diorang tak mahu, apatah lagi nak bagi jawatan, di Perak, terjerumus dan terperangkap dengan kehebatan DAP, di Selangor, PKR berjaya membentuk satu tembok ilusi bagi PAS untuk bersuara.

Antara delegasi PAS yang hadir, telah ada yang terjaga dari mimpi basah gabungan ketiga-tiga parti ini. Ada yang terasa seperti tunggul atau selayaknya secara terhormat, kita katakan sebagai dikudakan oleh teman mereka sendiri. Di Penanti sahaja baru-baru ini masih ada ahli-ahli PAS yang tidak keluar megundi, malah menutup pintu dan tingkap taktala perayu-perayu undi ini datang ke rumah mereka. Mereka yang dahulunya bertungkus lumus bekerja di Penanti pada PRK Permatang Pauh dan PRU12, telah merasakan diri mereka sebagai terabai tanpa sebarang kuasa portfolio diberikan.

Kemudianya mereka cuba mengejutkan Pemuda mereka yang seolah-olah masih dibuai mimpi agar bertindak sebagai pendesak untuk Pakatan Pembangkang. Idea nie cilok Pemuda UMNO jugak!

PAS kini mula terasa madu yang pahit daripada perkahwinan ketiga-ketiga parti ini. PAS cuba menongkah keluar dari kandang kuda yang telah "dibina" secara tidak langsung oleh kedua rakan parti mereka tanpa mereka sedari dahulu.

Untuk memikul tanggungjawab kepimpinan dan perubahan dalam negara? PAS perlu tegas dalam bersuaran di dalam gabungan Pembangkang. Jika dengan prestasi sekarang sebagai kebanyakannya Pak Turut di beberapa negeri...hmmm, ghentikan le angan-angan tuh!

Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.