Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, February 27, 2009

Kenapa PAS begitu Kecewa Apabila Perak Dikuasai Oleh Islam.....?

Perkembangan terbaru ini sangat menghairankan saya, lebih lebih lagi sikap penyokong PAS tentang apa yang berlaku di Perak.

Di Perak semasa pakatan rakyat memerintah, MB tiada kuasa. yang ada kuasa ialah DAP. MB hanyalah MAKE UP sahaja. Tetapi segala dasar di tentukan oleh DAP. Nah, kali ini, BN menguasai negeri Perak.

Majoritinya ADUN adalah dari UMNO, yakni Melayu beragama Islam. Sudah tentu dari segi dasar kali ini ditentukan oleh kita. Jadi kenapa PAS begitu kecewa? Adakah kerana kehilangan jawatan MB yang di pegang Nizar?

Adakah kerana segala-galanya hanya tentang jawatan BONEKA itu.....? Saya harap penyokong PAS fikir dalam-dalam.

Lihat selama 11 bulan PR memerintah Perak, siapakah yang mendapat untung? Fikir.....! Jangan menjerumuskan diri seperti era penjajahan British dahulu. Sultannya Melayu, tetapi Residen British yang tentukan segalanya.

Sepatutnya perkembangan yang amat menggembirakan orang Melayu di Perak disambut baik oleh PAS.Perak sekarang diperintah 100% oleh kerajaan Melayu Islam ataupun tak 100% mungkin 99% barisan exconya adalah org Melayu Islam.

PAS sudah dimomok dan diperbodohkan oleh DAP dan PKR namun penyokong-penyokongnya seperti orang buta mata dan tuli telinganya bahkan sudah buta hati kerana kecewa apabila kerajaan PASDAP tumbang mereka tidak boleh menerima hakikat tersebut.

Dahulu mereka ketawa da mengejek-ejek DS Tajol apabila beliau menangis ketika meninggalkan rumah MB.

Beliau menangis bukan kerana tamakkan jawatan dan kedudukan tetapi menangis mengenangkan nasib orang Melayu Islam di Perak yang memilih utk berada di bawah pemerintahan PASDAP.

Tetapi kenapa PAS kelihatan begitu kecewa?

Print Friendly and PDF

PAS Hanya Pada Nama...

Parti politik mana yang mahukan hukum ALLAH dilaksanakan kemudian duduk di belakang parti yang tidak Islamik.

Sebenarnya apabila bicara politik - jangan mendabik dada mengatakan bahawa ini perjuangan Islam - tak tepat - yang nampak adalah perjuangan politik dahulu, Islam kedua.

Kita bicara Karpal, kenapa tidak ada statement dari parti yg mahu perjuangkan Islam mengenai isu ini - menolak Karpal secara terbuka - Lim Kit Siang yang anti Islam.

Pernah Khairy Jamaluddin cabar PAS Kelantan - buat lah hudud - lakukan - kalau perlembagaan tak bagi lawan - tentang - bukankah itu perjuangan menegakkan Islam.

Sayang bila isu naik tol bangkit menentang - bila isu Lina Joy ke - IFC keciput aje yang turun. Aku tak pernah tengok lagi demo PAS - bila Karpal ebut - hudud di Malaysia - over my dead body lantas demo parti yang perjuangkan Islam di hadiri berjuta-juta umat Islam di Malaysia.

Paling ada kenyataan dari Tok Guru Nik Aziz yang lain tunggu impak politik dulu...
Print Friendly and PDF

Bekas Ketua Bahagian PKR Ingin Jadi Calon Bebas.

Bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal akan bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, April depan.

"Saya tunggu PKR membuat keputusan.Jika saya tidak dicalonkan, saya akan bertanding sebagai calon bebas.“Saya mahu bertanding kerana sudah lama dalam PKR iaitu sejak 1999 lagi.

Saya paling layak kerana saya boleh berbahasa Melayu, Cina dan Tamil serta tidak terbabit dengan kes rasuah.

“Tetapi PKR ini mereka suka pilih orang baru, walaupun yang tidak jadi ahli parti,” katanya.Beliau pernah bertanding kerusi DUN Derga sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 1990 dan atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1995.

Jayagopal berkata, beliau telah dipanggil temuduga oleh sepasukan ahli parlimen PKR Kedah bersama 17 lagi untuk menjadi calon Bukit Selambau.

Tiga ahli parlimen terbabit ialah Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, ahli parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.Katanya, peluang beliau untuk menjadi calon PKR tipis kerana hubungannya yang tidak baik dengan Ahmad dan Johari.

"Keahlian saya digantung sejak tiga tahun kerana membawa kes parti (ke mahkamah) tetapi kes itu telah ditarik balik.

"Seorang pemimpin PKR negeri juga menuduh saya telah menawarkan jawatan ahli-ahli majlis PBT kepada orang-orang India di Kedah," katanya.

Pilihanraya DUN itu diadakan 7 April ini berikutan peletakan jawatan A Arumugam, yang juga ahli exco kerajaan negeri Kedah, awal bulan ini.
PKR penuh engan pengkhianat...
Print Friendly and PDF

Karpal Singh Oh Karpal Singh...

Memandang berat tuduhan Karpal Singh terhadap Pemuda UMNO Malaysia dalam isu menghantar 2 butir peluru terhadap dirinya.

Karpal Singh dengan angkuh menuduh tanpa sebarang bukti sahih dan ini tidak sepatutnya berlaku kerana beliau adalah pengamal undang-undang dan juga ahli parlimen veteran.

Namun Karpal sebenarnya sudah mula bangkit untuk mengotorkan dirinya dengan perasaan bongkak lantas seterusnya menjatuhkan kredibilitinya serta kredibiliti Pakatan Rakyat sebagai pembangkang utama di negara kita ini.

Karpal seolah-olah tidak lagi menghormati bukan saja sistem demokrasi yang ada – tidak menghormati perundangan yang menjadi ketetapan kita – nilai budaya – malah pernah mencabar PAS dalam perjuangan negara Islam. Kontroversi pada awalnya lahir dengan Karpal Singh mahu mengambil tindakan perundangan terhadap Sultan Azlan Shah – sehingga baru-baru ini menggunakan perkataan celaka terhadap Pemuda UMNO Malaysia.

Adakah wajar perkataan CELAKA di gunakan – Adakah wajar tuduhan MENGHANTAR PELURU di buat dan dikatakan dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia. Datuk Hishammuddin dalam kenyataannya di BERNAMA NEWS membidas tindakan Karpal dan mendakwa rakyat sudah mual dengan tindakannya menghina Sultan oleh Karpal dan hari ini Karpal berdepan dengan ratusan laporan polis.

Umat Islam Malaysia tidak kira apa parti sekali pun mungkin mual dengan sikap Karpal Singh ini – lebih-lebih lagi dalam isu Agama Islam.

Kita sepatutnya sepakat dalam memastikan Karpal Singh ini yang mungkin sudah tidak selesa duduk di Malaysia di hadapkan ke muka pengadil.

Apakah pendapat anda mengenai Karpal Singh khususnya dari DAP – PKR dan PAS...?
Print Friendly and PDF

Thursday, February 26, 2009

PEMUDA UMNO HANTAR PELURU KEPADA KARPAL SINGH?

Karpal Singh telah membuat tuduhan di dalam Sidang Parlimen mengatakan pemuda UMNO telah menghantar 2 butir peluru kepada beliau. Apabila disoal oleh beberapa ahli Yang Berhormat yang lain berkenaan asas dan bukti tuduhan beliau, Karpal tidak menjawab malah mengeluarkan kata-kata "Pemuda UMNO memang celaka".

Adakah tuduhan Karpal ini dibuat kerana marah kepada Pemuda UMNO yang telah mengadakan tunjuk perasaan dan membuat lapuran Polis terhadap beliau kerana menghina Sultan Perak dan institusi Raja secara amnya?.

Sebagai seorang peguam Karpal sepatutnya membuat lapuran polis sekiranya beliau mempunyai bukti atau alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Pemuda UMNO telah menghantar peluru kepada beliau. Polis boleh menjalankan siasatan berkenaan perkara tersebut. Kegagalan Karpal membuat lapuran polis akan menimbulkan andaian bahawa Karpal hanya membuat tuduhan tidak yang berasas.

Umum sedia maklum bahawa sebarang kenyataan di dalam sidang Parlimen berimuniti yakni tiada sebarang tindakan boleh diambil terhadap pembuat kenyataan tersebut. Sebagai seorang Ahli Yang Berhormat Karpal sepetutnya lebih bertanggungjawab dalam membuat sesuatu kenyataan, janganlah isu peribadi dibawa untuk melepaskan geram di Parlimen.

Sungguh ka Pemuda UMNO hantar peluru kepada Karpal? Hanya Karpal yang tahu....
Print Friendly and PDF

Wednesday, February 25, 2009

AHLI PARLIMEN KULIM SOKONG PENJENAYAH.

Petikan dari Laman Blog MP Kulim :

Rakyat Kulim khususnya merasa terkejut apabila Enam (6) orang pemuda India telah terbunuh akibat tembakan pihak keselamatan polis malam semalam dalam satu kejadia di pekan Karangan dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pihak polis mendakwa mereka adalah disyaki penjenayah dan telah menembak kearah pasukan polis apabila diminta menyerah diri. Dua (2) pucuk pistol dikatakan dijumpai bersama mereka.

Mereka yang ditembak mati tersebut adalah Elanggo a/l Rajoo, Santhana, Dhilip Kumar, Pannirselvam, Vadivelu dan Chandran. Masyarakat Karangan mengenali Elanggo sebagai peniaga barangan komputer disebuah premis di pekan kecil tersebut. Yang lain-lain adalah pekerja beliau, rakan-rakan serta kenalan

Mengenali mangsa-mangsa tersebut, kini sudah timbul keresahan dikalangan rakyat Kulim tentang mengapa dan bagaimana penama-penama tersebut ditembak mati. Mereka bertanya samada ujud unsur-unsur kelalaian atau penganiayaan terhadap mereka.

Demi keadilan bagi rakyat, dan untuk merungkai sebarang salah faham dan fitnah, saya sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu mendesak agar suatu siasatan bebas dijalankan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar kejadian tersebut. Saya berpendapat adalah wajar suatu inquiry dilaksanakan untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi semua pihak.
CARILAH PUBLISITI CARA LAIN

Pak Pelandok terpanggil untuk memperkatakan mengenai kejadiaan ini..........dan merasa amat sedih dan terkejut di atas cubaan YB ini yang ingin menjadi Hero dan Pembela Penjenayah........adakah YB Zulkilli ini sedar tentang bahaya dan trauma yang di alami oleh mangsa dan masyarakat dengan tindakan jenayah yang berleluasa di Kulim dan di negara ini.

Apakah YB ini tidak pernah rasa simpati atau kasihan kepada mangsa-mangsa penjenayah yang tidak kira masa dan tempat itu...yang begitu menganas dan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Pernahkah YB melawat dan menziarah mangsa dan keluarganya disaat mereka dirundung malang....sehingga ada yang kehilangan orang tersayang akibat perbuatan penjenayah yang begitu kejam......Atau pernahkah YB melihat bagaimana saban hari ...puluhan mangsa yang cedera........yang kehilangan harta benda membuat laporan di Balai Polis..........

Janganlah dek kerana politik.......YB menyokong dan bersuara membabi buta........sehingga hilang kewarasan dan pertimbangan..........janganlah menjadi alat dan tunggangan orang lain. Jenayah dan soal keselamatan bukan isu politik, perkauman atau untuk mencari pengaruh dan publisiti murahan......... Jangan diborong semua pekara sebagai hal politik............. maruah, harga diri dan tanggungjawab biarlah betul dan kena pada tempatnya serta wajar di jaga dengan baik.

Masih banyak benda yang boleh diperjuangankan..........bagaimana dengan nasib dan kesusahan rakyat.........bagaimana isu sampah, longkang dan jalan yang pecah..........isu banjir dan perberhentian pekerja....bagaimana tentang kawasan yang jarang YB lawati............itu yang sepatutnya diberi perhatian dan keutamaan.

Pak Pelandok merakamkan tahniah dan syabas diatas kegigihan Pihak Polis dalam usaha dalam membasmi jenayah...dan menjaga keselamatan rakyat dan negara.......walaupun di kecam dan di keji.............demi bangsa dan negara..........
Print Friendly and PDF

PEMIMPIN PAS BUAT HUKUM SENDIRI DEMI POLITIK.

Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram dan diikuti pula dengan amanat Haji Hadi Awang pada April 1981 menyatakan sesiapa di kalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid.

Haji Hadi membuat amanat itu semata-mata kerana padanya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, padahal Pas juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh Pas 6 (11)).

Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif 1999.
Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 15 April 1995 bahawa tokoh-tokoh agama UMNO sama dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO pada pilihan raya umum 1995.

Pada 24 Januari 1999, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka bahawa Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah dengan syaitan sekalipun dia terima berkawan.

Sebaik sahaja memegang memegang tampuk pemerintahan negeri Terengganu pada pilihan raya umum 1999, Datuk Seri Haji Hadi mempersendakan hudud Allah dengan mengatakan pelaksanaan hukum hudud melalui proses yang panjang apabila, katanya: “Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam.”

Semua ini merupakan contoh bagaimana pemimpin-pemimpin Pas membuat sesuatu hukum hanya semata-mata kepentingan kuasa dan politik mereka.

Natijahnya, sehingga kini pengikut dan penyokong Pas masih lagi taksub berpegang kepada kata-kata pemimpin mereka.
Print Friendly and PDF

Sungguh ka PKR letak calon Melayu di Bukit Selambau?

Sungguh ka kata PKR Kedah bermati-matian hendakkan calon Melayu di Bukit Selambau walaupun Ketua Umum PKR bertegas bahawa kerusi N25 Dun Bukit Selambau akan diberikan kepada calon India. Katanya PKR Kedah telah menamakan Dato' Rashid Din Ahli Parlimen Merbok sebagai calon Bukit Selambau tapi Anwar tidak bersetuju kerana beliau hendakkan calon India.

Calon daripada kaum India juga ramai yang menawarkan diri untuk jadi Calon PKR di Bukit Selambau. Ada yang sanggup pergi ke Parlimen untuk berjumpa Anwar Ibrahim semata-mata untuk melobi hendak jadi calon. Itu tak kira lagi yang menyerbu Azmin Ali di Kelab Cinta Sayang dengan lebih 200 orang penyokong semata-mata hendak tunjuk pengaruh agar terpilih menjadi calon. Yang pastinya ramai yang akan merajuk dengan PKR dan menjadi calon Bebas.

Kalau direnungkan wajar kerusi Bukit Selambau ini diberikan kepada calon India memandangkan di Kedah sekarang ini tiada wakil daripada kaum India. Dulu Arumugam satu-satunya wakil kaum India Kedah sekarang dia dah jadi sejarah. Katanya hendak balik membantu kempen PKR di Bukit Selambau. Kempen untuk menang ka kempen membawa rebah?. Masyarakat India Bukit Selambau katanya masih "hot" dengan Arumugam yang tak semena-mena letak jawatan. Ribut tak ada angin tak ada tiba-tiba letak jawatan. Lepas letak jawatan pergi melancong di Chennai. Banyak la pulak duit dia. Mungkin duit "claim" masa 10 bulan jadi exco dulu masih banyak lagi.

Bebalik kepada kerusi Bukit Selambau ni kita hairan kenapa PKR Kedah berkira sangat hendakkan calon Melayu?. Sepatutnya isu kerusi melayu kerusi India tidak timbul sekarang ini yang pentingnya supaya ada wakil kaum India dalam Kerajaan PR Kedah. Nanti MB Kedah pening kepala pulak hendak wakilkan Exco pergi "Randok Api".

N25 Bukit Selambau patut diberikan kepada calon dari kaum India. PKR Kedah kena la tunjukkan semangat setiakawan yang selama ini dilaungkan. Jangan sampai Bukit Selambau jadi kubu kuat parti Bebas.
Print Friendly and PDF

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT BERTAHAN.....?

Perbezaan idealogi yang amat ketara antara parti Pas, PKR dan DAP di dalam ‘pakatan’ mereka yang digelar Pakatan Rakyat (PR) tidak akan dapat bertahan lama, sebagaimana kata Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustaffa Ali.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, sehingga kini terdapat perbezaan fahaman yang ketara walaupun pembangkang dapat menguasai kerajaan negeri di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor selain Kelantan dan keretakan itu menanti belah.

Ini jelas beberapa kali pertemuan parti-parti dalam pakatan tersebut tidak dapat diteruskan kerana ada di antara mereka tidak datang dan sesetengah memboikot perjumpaan anjuran PKR dan begitu sebaliknya jika dianjurkan oleh DAP.

Datuk Mustaffa berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan dengan wartawan di Kuala Terengganu bagi mencari sebab kenapa Pas kalah teruk di Terengganu, sedangkan pembangkang menang besar dan berjaya membentuk kerajaan pakatan di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Menurut beliau, laporan daripada pelbagai pihak memaklumkan Pas Terengganu sepatutnya menang besar dalam pilihan raya umum ke 12 tetapi malangnya berakhir dengan kalah teruk di mana Pas hanya mampu menawan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 32 kerusi dan satu kerusi Parlimen dari lapan kerusi Parlimen di Terengganu atas sebab kesilapan Pas sendiri.
Print Friendly and PDF

Tuesday, February 24, 2009

Sungguh Ka.....?

Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Kerajaan PR di bawah pimpinan PAS menerajui Negeri Kedah.....?

Terlalu banyak persoalan serta penantian rakyat untuk mengiakannya.

Persoalannya SUNGGUH KA.....?
Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.